Followers

Thursday, July 1, 2010

APCO Dah Tunjuk Belang. Ajar UMNO Fitnah Anwar

Umno guna APCO serang saya - Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara.

"Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara," ujarnya kepada media di Parlimen petang ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yangh dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan Anwar itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post.

Berkenaan dengan zionis, Anwar menjelaskan, beliau ditanya kenapa menggunakan perkataan itu.

Jelasnya, mengikut fahamannya, zionis adalah berhubung kait dengan pencerobohan dan dasar imperial Israel yang terus memperluaskan wilayah Israel yang asal sehingga dalam keadaan sekarang.

Tetapi, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, mereka kata, bagi mereka zion adalah tanahair Yahudi.

"Saya kata jika itu istilah anda, ia berbeza dengan apa yang saya faham. Itu yang diputar belit oleh Utusan (Malaysia).

"Bila saya kata ‘dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel', itu Utusan tak sebut. Bila yang membayar lebih RM70 milion kepada APCO, itu Utusan tak sebut, jadi kita fahamlah. Saya pun tak fikir RTM dan TV3 akan sebut, itu faktanya," kata beliau lagi.

Anwar menjelaskan, tujuan beliau ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan.

Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa.

"Ramai rakyat Amerika dan Yahudi merasakan ia adalah satu terjemahan yang tidak adil kerana bagi mereka, zion adalah negeri/kerajaan yang adil dan sah.

"Jadi saya katakan pada mereka, jika itu maksud mereka, saya tidak merasakan demikian, dan saya tetap dengan pendirian dan fahaman saya bahawa zion itu adalah pencerobohan dan penjajahan," jelasnya.

Ini pula berita Utusan meloya..memang macam akhbar yahudi..

Anwar 'pujuk' tokoh Yahudi

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Washington itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin.

Diehl dalam tulisannya bertajuk Flirting with zealotry in Malaysia (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

"Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham? Saya harus lebih berhati-hati." kata Anwar seperti dipetik oleh Diehl yang merupakan timbalan pengarang untuk halaman pengarang The Washington Post.

Ini pula tulisan Kroni UMNO Yahudi yang cetuskan isu itu

Anwar Ibrahim, the leader of Malaysia's political opposition, has become known over the past decade as one of the foremost advocates of liberal democracy in Muslim countries. His many friends in Washington include prominent members of the neoconservative movement -- such as Paul Wolfowitz, the former World Bank president and U.S. ambassador to Indonesia -- as well as such Democratic grandees as Al Gore.

Lately, Anwar has been getting attention for something else: strident rhetoric about Israel and alleged "Zionist influence" in Malaysia. He recently joined a demonstration outside the U.S. embassy in Kuala Lumpur where an Israeli flag was burned. He's made dark insinuations about the "Jewish-controlled" Washington public relations firm Apco Worldwide, which is working for Malaysia's quasi-authoritarian government.

Therein lies a story of the Obama era -- about a beleaguered democrat fighting for political and personal survival with little help from Washington; about the growing global climate of hostility toward Israel; and about the increasing willingness of U.S. friends in places such as Turkey and Malaysia to exploit it.

First, a little about Anwar: While serving as deputy prime minister under Malaysian strongman Mahathir Mohamad in the 1990s, he began pushing for reforms -- only to be arrested, tried and imprisoned on trumped-up charges of homosexual sodomy. Freed after six years, he built a multiethnic democratic opposition movement that shocked the ruling party with its gains in recent elections. It now appears to have a chance at winning the next parliamentary campaign, which would allow Malaysia to join Indonesia and Turkey as full-fledged majority-Muslim democracies.

Not surprisingly, Anwar is being prosecuted again. Once again the charge is consensual sodomy, which to Malaysia's discredit remains a crime punishable by whipping and a prison sentence of up to 20 years. Anwar, who is 63 and married with children, denies the charge, and the evidence once again is highly suspect. His 25-year-old accuser has confessed to meeting Prime Minister Najib Razak and talking by phone with the national police chief in the days before the alleged sexual encounter. (baca lagi)

Dan hari ini juga, ada TPM kaki munafik yang komen kata wujub hubungan yang rapat antara Anwar dengan kumpulan-kumpulan yang dikatakan pro-zionis atau pro-Yahudi itu. Juga si kitol hitam, Khairy Jamaluddin menggelarAnwar Ibrahim sebagai 'sesumpah luar biasa".

Mana satu betul ni..tentulah Anwar. Utusan dan Muhyiddin, KJ putar belit je. Memang Anwar kata yahudi penceroboh. Yang tak kata yahudi jahat adalah geng Apco, umno dan najib babi..geram betul ada pemimpin melayu munafik

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.