Posted by Skuad Dun Batu Caves
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekali lagi diperkuda Umno-BN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Esok, Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan Adun Batu Caves Amirudin Shari diarah tampil ke SPRM Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung kes yang dirahsiakan.
Shuhaimi ketika dihubungi Tv Selangor menjangkakan beliau akan ditekan hebat di sesi soalsiasat itu nanti. Beliau membayangkan sejenis tawaran akan dibuat SPRM bagi memastikan rancangan Umno-BN berjaya.
“Bermula dengan serangan kononnya ada pergeseran antara YB Azmin dan Tan Sri diikuti oleh nama tiga lagi ADUN. Kemudian disusuli panggil untuk penyiasatan oleh SPRM Putrajaya dan saya hendak tambah selepas ini tekanan akan diberikan kepada kita dan mungkin akan bermula tawar menawar sekiranya mereka mendapati tidak ada apa-apa kesalahan,” katanya.
Sementara itu Adun Batu Caves Amirudin Shari berkata SPRM enggan memaklumkan apakah mereka berdua dipanggil sebagai saksi atau suspek dalam siasatan rahsia itu.
Beliau bagaimanapun yakin media arus perdana akan memainkan isu ini untuk melakar persepsi negatif terhadap Adun-Adun Pakatan Rakyat.
“Tetapi jalan ceritanya hampir sama dan kemungkinan ada unsur-unsur untuk beri tekanan kepada kita untuk membuat keputusan bertindak luar kewajaran.
“Namun saya yakin, saya dan teman-teman lain berada pada landasan yang betul dan terus mengekal perjuangan dengan PKR dan terus memastikan usaha memartabatkan Selangor dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.