Followers

Saturday, May 8, 2010

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu Bakal Jadi Penentu Sokongan Dan Pengaruh Pakatan Rakyat Untuk Benamkan BN Dalam PRU-13 Nanti

Gerbang pilihanraya kecil kini mula dibuka, rakyat kini mula tertumpu ke Sarawak Bumi Kenyalang iaitu lokasi yang menjadi "talian hayat BN" untuk memerintah negara ini. Jika tiada bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mewujudkan begitu banyak kawasan parlimen di sana, sudah pasti UMNO BN sudah karam dipukul golambang "tsunami rakyat" yang mahukan perubahan. Inilah kali kedua rakyat menyaksikan pilihanraya kecil di bumi itu, selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.

Jika sebelum ini, hanya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi pertaruhan iaitu ketika di Batang Ai. Biarpun kemenangan BN itu dikatakan "penuh misteri" akibat larangan wakil calon pembangkang berada sama dalam helikopter SPR yang membawa peti undi ke pusat pengiraan ketika itu. Namun, kekalahan tersebut tidak langsung mematahkan semangat pejuang rakyat di sana. Malah, momentem sokongan rakyat terhadap pembangkang (Pakatan Rakyat) meningkat secara mendadak.

Penolakan besar-besaran dilakukan oleh rakyat terhadap kepimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud yang sudah dianggap umpama "besi buruk" yang sudah usang dan perlu digantikan dengan pemimpin yang baru pula. Kini, kawasan parlimen pula menjadi taruhan dan ia merupakan satu kekuatan untuk menguji pengaruh Pakatan Rakyat di negeri itu. Pilihanraya kecil Sibu yang akan menyaksikan pengundi Cina memonopolinya, sudah pasti menakutkan pemimpin UMNO BN. Mereka gusar, tragedi "Hulu Selangor" bakal berjangkit pula ke "Sibu".

Majoriti pengundi Cina di Hulu Selangor secara "mutlak" telah menolak BN, biarpun pakatan karat itu dimenangkan oleh SPR di sana. Kini, sejarah bakal tercipta pula di Sibu. Pengundi Cina dilihat bakal menjadi penentu kemenangan. Inilah yang bakal menjerat BN di sana nanti. Tambahan pula pengundi kaum Iban kini dilihat mula cenderong kepada Pakatan Rakyat. Apatah lagi dengan kemasukan Sarawak National Party (SNAP) ke dalam gabungan itu baru-baru ini. Ini juga merupakan satu lagi tamparan besar buat UMNO BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.