Followers

Friday, April 30, 2010

YANG MENANG TIDAK TENANG, KALAH TIDAK ERTI BERSALAH

YANG MENANG TIDAK TENANG, KALAH TIDAK ERTI BERSALAH
(PRK 094 HULU SELANGOR - 25 APRIL 2010 - AHAD)

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Saya mulakan rencana ini, dengan akal waras walau menghadapi pergerakkan fizikal yang terbatas. Rasa bertanggungjawab berusaha sedayaupaya alirkan minda purba yang dimuat kerencana ini. Sesungguhnya ianya tidaklah sekadar berseloka untuk menghiburkan hati merawat perasaan duka saya atau untuk membawa bersama penyokong PR khususnya ahli, pimpinan dan penyokong PKR berdepan keputusan PRK Hulu Selangor Ahad 25 April 2010 yang lalu. Keputusan sensasi tersebut telah menjadi simpanan rekod sejarah negara dan dunia.

Betapa dulu, kini dan seterusnya menjana rasuah menjadi halal pegangan UMno - BN dan larangan dari Allah dalam risalah Ql Quraan tidak membabitkan pimpinan, ahli dan penyokong UMno - BN, mereka terkecuali barangkali. Asalkan nawaitunya untuk memangkah calun BN - Mic, UMno, Mca dalam di mana-mana PRK dan PRU secara otomatiknya rasuah bertukat menjadi halal. Bagaimana?

Tempoh 30 tahun Utusan Malaysia terbitan Utusan Melayu yang rakyat marhaen labelnya dengan nama Utusan Meloya, telah keluar kepompong fitnah tehadap lawan UMno-BN. Kali ini Utusan Meloya melaporkan sehari selepas PRK Hulu Selangor dengan berita yang sah lagi tepat secara jujur padat, iklas serta bertanggungjawab memperakui sememangnya Mic-BN yang diketuai PM6 1Malaysia DS NTR dan TPM saya Melayu dahulu TS MY, konform telah menjana rasuah sebagai dana pembiayaan untuk mendapat undi dan mengugut pengundi di PRK P094 Hulu Selangor.

Disahkan secara resmi oleh lidah resmi UMno-BN bagi pehak Mic iaitu dana rasuah besar sejumlah RM64,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puloh Empat Juta) untuk menambat hati pengundi Hulu Selangor. Group conglomerate BN macam lanun menghadapi pengundi dan PR-PKR, bersama penyamun tarbus bernama PDRM, ditemani pencuri Ali Baba 40 biji tempayan berbaju SPR. Bertopeng kawaq media-media perdana kertas dan maya, bersekonkol suburkan rasuah restu anak yatim diRTM dan johan pok-pok Mediaperdana.Umph!!!!! Menjadi kehadapan dalam maniplasi menabur fitnah dan halalkan.

Disaaat mereka menjulang tangan 1telunjuk kelangit, jenama 1Malaysia mengia dan mengesah halal dana rasuah yang berbaur nanah dan danor dijana kepada pengundi P094 Hulu Selangor. Dalam masa yang sama Pemimpin 1Malaysia dan kuncu-kuncunya menyedari, perayaan ini cuma sekadar seloka gurindam untuk menambat hati pekerja BN dalam PRK dan komponan ahli parti BN. Merawat melawat gawat perasaan dan membendung sanggahan bantahan. Kerana mereka menyedari peristiwa PRK Ijok berligar dikepala mereka untuk PRK13 nanti berulang. Parlimen Hulu Selangor akan kembali kepada PKR-PR.

Dengan bahasa baru, alasan terkini disudut menterjermahkan rasuah seperti sabda pencetus 1Malaysia DS NTR maka bersabdalah untuk melindungi kemenangan PRK P094 Hulu Selangor, yang ramai-ramai diluar BN dengan 1tunjuk iaitu Bn menang kerana dana rasuah yang terang-terang tidak berselindung seperti petuduh pembunuh Altantuya yang sentiasa berselindung sampai lani kita tak nampak wajahnya setiap kali kemahkamah diperbicaraan....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.