Followers

Saturday, April 3, 2010

Ini Bukan Cobaan..Ini Betul-Betul....Ini SPR Kaki UMNO

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April. Manakala penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 17 April 2010. Ada siapa-siapa boleh teka tak. Apa yang tak kena dengan penyataan pengerusi SPR ini.

Yang tak kena ialah tarikh penamaan dan hari pengundian. Jelas ada maksud tersirat kenapa SPR mahu pengundian dijalankan pada hari cuti hujung minggu. Satu kerana mahu pengundi keluar 100% dan dapat menangkan BN yang hanya kalah 198 undi sahaja. Kedua kerana inginkan suasana berserabut di Hulu Selangor kerana semua rakyat dari seluruh Malaysia akan datang ke sana dan ini memudahkan mereka menyeludup masuk pegundi hantu untuk memenangkan mereka.

Sedangkan dalam 5 pilihanraya kecil yang mana ia merupakan kubu kuat PR, SPR telah tetapkan hari mengundi pada hari bekerja dengan alasan mereka yang sokong PR takkan keluar mengundi. Tapi bila melibatkan kawasan BN dan merupakan kerusi yang dimenangi mereka sebelum PRK (Bagan Pinang dan Kuala Terengganu, maka SPR akan adakan PRK pada hari cuti. Tak percaya cuba tengok analisis yang saya buat ini :

PRK Yang Melibatkan Kawasan Yang Dimenangi Oleh BN Sebelum Adanya PRK

PRK Kuala Terengganu : Hari mengundi pada 17 Januari 2009 (Ahad)

PRK Bagan Pinang : Hari mengundi pada 11 Oktober 2009 (Ahad)

PRK Yang Melibatkan Kawasan Yang Dimenangi Oleh PR Sebelum Adanya PRK

PRK Permatang Pauh : Hari mengundi pada 26 Ogos 2008 (Rabu)

PRK Bukit Selambau : Hari mengundi pada 7 April 2009 (Selasa)

PRK Bukit Gantang : Hari mengundi pada 7 April 2009 (Selasa)

PRK Permatang Pasir : Hari mengundi pada 25 Ogos 2009 (Selasa)

PRK Manek Urai : Hari mengundi pada 14 Julai 2009 (Selasa)

Dahsyat kan. Boleh kan kita buat perbandingan wujud double standard yang dilakukan oleh SPR ini. Saya selalu ulangkan bahawa BERSIH perlu diaktifkan kembali bagi membersihkan SPR daripada pengaruh BN. Selagi SPR di bawah ketiak Nazri Aziz di Jabatan Perdana Menteri (dalam tu ada juga SPRM dan Jabatan Peguam Negara), maka selagi itulah pilihanraya di negara kita terus bergelumang dengan kekotoran penipuan. Tak lagi sentuh keenganan SPR untuk adakan PRK di Kota Siputih (arahan mahkamah) dan juga Titi Tinggi (ADUN MCA Merajuk), sampai sekarang tak umum-umum PRK. Buat orang menyampah je kat Suruhanjaya Puak Rasuah ni...ishh...sabar jo lah..

Bahkan dalam Pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir sendiri, hari pengundian diadakan pada bulan ramadhan.Separuh daripada tempoh berkempen – selama lapan hari yang diperuntukkan adalah jatuh pada bulan puasa. Tentu ada sesuatu kan..

Berlainan pula dalam PRK Penanti, hari mengundi diadakan pada 31 Mei 2009 (hari Ahad) kerana BN takkan letak calon di situ. Jadi mereka tak ada strategi dalam peratusan keluar undi ini. Bagi Hulu Selangor ini pula, BN melihat ia mempunyai banyak peluang jika peratusan pengundi keluar mengundi dan strateginya adalah berpakat dengan SPR agar hari mengundi jatuh pada hari ahad, hari cuti.

Memang SPR tak boleh tipu orang yang boleh berfikir. Kesabaran rakyat ada hadnya. Jangan sampai rakyat sendiri mengambil alih pejabat SPR dan menghumban pengerusi SPR dan konco-konconya ke dalam penjara. Tapi tahaptu mungkin Najib dah cabut lari ikut jejak Thaksin…mudah-mudahan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.