Followers

Saturday, March 27, 2010

Mahathir: Buktikan Melayu ‘rampas’ hak bukan Melayu

Posted by RAKYAT MARHAEN Sabtu, 2010 Mac 27

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR
, 27 Mac — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa satu kajian menyeluruh dijalankan bagi menjawab tuduhan bahawa orang Melayu telah merampas kekayaan negara dengan menafikan hak bukan Melayu.
Kajian itu boleh dijalankan oleh kerajaan ataupun mana-mana pihak bagi menyangkal tuduhan dan persepsi sedemikian.

“Saya minta kalau hendak buat tuduhan, biar buat tuduhan yang berasas, jangan berlaku tidak adil (kepada orang Melayu).
“Saya bukan rasis, saya sayangkan kepada negara, kita bukan rasis... kalau kita tidak berlaku adil kepada orang Melayu, kita tidak akan berlaku adil kepada kaum lain,” kata perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Dengan lebih 10 kali dengan nada kecewa meminta “buatlah kajian, buatlah bancian”, bekas presiden Umno itu berkata, “kalau saya salah buktikan kepada saya, buktikan kepada semua.”
Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang pertama di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.