Followers

Tuesday, March 30, 2010

Hulu Selangor, BN Pasti Bakal Berhadapan Dengan Masalah Besar Jika PM Najib Razak Tersilap Membuat Percaturan Pada Kali Ini

UMNO Barisan Nasional bakal berhadapan dengan situasi yang amat meruncingkan menjelangnya pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Ini berikutan terdapat ura-ura yang kuat mengatakan UMNO mahu merampas kerusi parlimen itu daripada MIC.

Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak yang jelas menjurus ke arah itu. Antara lain, Najib mahu calon yang dipilih diterima oleh penduduk setempat atas gagasan "rakyat didahulukan". Makanya, memikirkan bahawa calon MIC terdahulu iaitu G.Palanivel
(foto), telah tewas kepada bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dalam pilihanraya umum ke-12 lalu maka UMNO kononnya mempunyai hak untuk bertanding di situ.

Tambahan pula majoriti pengundi melayu disitu ialah 51% sedangkan pengundi kaum India hanyalah 19% sahaja. Maknanya, kawasan parlimen itu dimonopoli oleh pengundi Melayu dan seharusnya UMNO diberikan peluang untuk bertanding pada kali ini. Soalnya sekarang, apakah Presiden MIC, Si Samy Vellu akan berdiam diri dengan senario yang bakal berlaku ini agaknya. Malah, Samy punyai alasan tersendiri untuk mengekalkan calon MIC di situ, atas alasan G.Palanivel hanya tewas dengan majoriti tipis 198 undi sahaja. Ini bermakna, jika usaha diperhebatkan maka peluang untuk BN menang pasti amat cerah.

Segala keputusan kini ditangan PM Najib Razak. Beliau yang layak menentukan siapakah yang bakal menjadi calon yang paling sesuai di situ. Jika menggunakan konsep "rakyat didahulukan" maka sudah pasti UMNO yang lebih layak. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa beliau kini diterima oleh rakyat biarpun terlibat dengan berbagai skandal sebelum ini. Paling menarik di sini, siapakah yang akan menjadi calon BN dari UMNO jika hak itu dipertahankan.

Terdapat desas desus yang mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kini sedang mengintai untuk bertanding di situ. Apakah Samy Vellu dan MIC akan berdiam diri jika kerusi mereka itu dirampas oleh UMNO?. Sudah pasti sesuatu yang lebih menarik akan terjadi. Kemungkinan besar jika senario ini tidak berubah, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menang dengan majoriti yang lebih besar.

Ini kerana, sudah pasti BN akan menerima tamparan undi protes daripada masyarakat kaum India jika calon MIC dibuang dari bertanding di situ. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu calon BN ini. Sesuatu harus diingat, masalah besar buat Pakatan Rakyat jika MIC terus dikekalkan kerana majoriti yang dimilik PKR hanya 198. Apapun boleh terjadi dengan jumlah undi sebanyak itu.

Namun, harus diingat juga bahawa ramai pemimpin dan ahli UMNO pasti kecewa jika pucuk pimpinan gagal melantik calon UMNO bertanding di situ. Ini kerana pengundi Melayu adalah majoriti di parlimen itu. Kemungkinan besar mereka juga akan membuat undi protes jika isu ini gagal ditangani dengan baik oleh PM Najib Razak pada kali ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.