Followers

Tuesday, March 23, 2010

Auta Pasir Mas Vs. Aura DS Anwar

Posted by RAKYAT MARHAEN

Al-Katak Pasir Mas buat auta di Parlimen, mencari publisiti murahan, mencadangkan supaya satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengancam keselamatan negara atau membuka kertas putih berhubung dengan pendedahan Al-Katak Bayan Baru.[sumber.]


Menyedari hayat politiknya akan berkubur di PRU13 nanti, maka sekarang dijaja 'Perkasa'nya. Dicuba mengguna Istana untuk melariskan 'barang' lama ber'baju' baru, tetapi syukur Alhamdullillah Istana tidak terpedaya dengan autanya.

Akhirnya dijemput 'ayam pencen' untuk menyempurnakan hajatnya. Berlagak semacam licik tetapi orang ramai sudah mual meloya dengan autanya.

DS Anwar bukan tandingnya. Semua sudah maklum, jauh panggang dari api. Bercakap pun orang tak faham, macamana nak berpidato?

Samada dia sedar atau buat-buat tidak sedar atau memang dia tidak sedar bahawa segala 'antik'nya bukan menyerlahkan auranya tetapi menampilkan autanya......Alahai......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.