Followers

Tuesday, March 2, 2010

10 Wakil Rakyat PKR Ambil Sedikit Masa Lagi Untuk Umum Keluar Parti - Salehuddin

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu.

Menurut beliau, kesemua pemimpin berkenaan dijangka mengambil langkah demikian kerana kecewa dengan pengurusan dan hala tuju parti.

"Saya jangka kemungkinan ada lagi pemimpin PKR yang akan keluar parti... mungkin dalam 10 orang.

"Siapa yang kamu jangkakan selama ini untuk ambil langkah itu berkemungkinan betul," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan.

"Saya tak boleh nak cakap... ini semua terpulang kepada mereka sendiri.

"Mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk itu (umum keluar parti), kita tunggu saja waktunya, biarlah masa yang menentukannya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.