Saturday, February 27, 2010=Tengku Razaleigh Hamzah, seorang anggota veteran Umno mungkin diipecat daripada Umno ekoran pendirian tegas beliau yang mempertahankan isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan, negeri tumpah darahnya sendiri Namun percayalah Umno tidak mempunyai keberanian untuk menyingkir bekas Pengerusi Petronas itu.
Jika tindakan itu diambil, bererti Umno yang memang sudah tiada harapan akan bertambah berputih mata untuk menawan Kelantan. Jika disingkirkan, akan ada ahli Umno Kelantan yang berpaling tadah menyertai Pas. Sentimen anak Kelantan adalah jelas... jika ia hak negeri Kelantan, maka serahkan hak itu kepada yang benar. Awang Adek dan Datuk Mustapha Mohamad ternyata menderhakai hak rakyat Kelantan.
Bagi orang Kelantan, kebiasaannya anak negeri yang menidakkan hak negeri sendiri atau melupai usul negerinya, maka digelar sebagai Kelantan murtad. Beliau yang lebih mesra dengan Ku Li mungkin sejak awal telah sedia maklom dan menyedari akan dikenakan tindakan, namun bagi Ku Li yang berjiwa rakyat itu, apa juapun kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
Tengku Razaleigh telah sekian lama bertahan dan bertapak di kubu kuatnya Gua Musang. Sejak mula kawasan Parlimen itu diperkenalkan sehinggalah menjangkau abad ke 21 ini tiada siapapun mampu menggugat kedudukannya. Ku Li memang Umno, tetapi namanya juga sinonim dengan rakyat Kelantan. Beliau mula dipinggirkan daripada arus perdana Umno, setelah nyaris mengalahkan Presiden Umno (ketika itu Dr Mahathir Mohamad) pada tahun 1987.
Namun akhir-akhir ini tindakan Ku Li menyokong tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas (Pakatan Rakyat) berkenaan royalti petroleum mengusarkan kalangan pimpinan Umno. Realitinya, Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak mempunyai apa-apa imuniti dan tindakan demi tindakannya (menyokong tuntutan royalti petroleum) ternyata menyanggahi keputusan pimpinan DS Najib. Beberapa suara anggota Majlis Tertinggi kini kedengaran agar Ku Li dikenakan tindakan.
Bagaimanapun tiada yang berani mengambil tindakan keras terhadap beliau kerana ia akan memberikan kesan langsung pada senario politik Kelantan. Posted by perakite
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.