Followers

Friday, February 19, 2010

Sejarah tercipta di Dewan Millenium, Kepala Batas!






Buat pertama kali dalam sejarah..hampir 10 ribu orang hadir ke ceramah 'HIMPUNAN RAKYAT MENYOKONG Kerajaan Negeri Pulau Pinang' di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 16 Feb yang lalu. Kawasan Pak Lah..

Sejarah.. kerana inilah pertama kali DS Anwar menyampaikan ucapan beliau di Dewan Millenium..


Sejarah juga kerana inilah Ceramah yang diberikan kerjasama yang baik dari pihak Polis Trafik.


DS Anwar telah berkata "Malam ini kita tawan Dewan Millenium, Selepas ini kita akan tawan Kepala Batas.."


Pakatan pertahan Guan Eng untuk keadilan rakyat
Ali Hashim

KEPALA BATAS, 18 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong dan mempertahankan apa juga tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sekiranya untuk kebenaran dan keadilan kepada rakyat.


Menurut, sekiranya Lim tidak dapat memberikan keadilan kepada semua golongan masyarakat yang dipimpinnya di Pulau Pinang termasuk orang Melayu, maka beliau sepatutnya ditentang.


"Kita bukan menyokong mereka yang memperjuangkan perkauman seperti Barisan Nasional, sebaliknya dalam PR, kita akan menyokong siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan keadilan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.


"Namun begitu, dalam konteks Pulau Pinang, orang Melayu adalah terbukti yang termiskin, maka perjuangan untuk memastikan nasib Melayu terbela harus dilakukan oleh kerajaan yang memerintah iaitu PR di negeri ini,” ujarnya.


Anwar berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Dewan Millenium, di sini kelmarin yang turut dihadiri Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I dan II, Dr Mansor Othman dan Prof Dr P Ramasamy, barisan Exco serta kepimpinan PKR, PAS dan DAP negeri.


Justeru itu, katanya dakwaan yang menyatakan masyarakat Melayu dipinggirkan oleh Kerajaan PR yang memerintah negeri ini adalah tidak benar dan berasas sama sekali.


Anwar juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak prihatin terhadap masalah kemiskinan.


"Masalah kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang ini bukannya satu masalah baru. Ia adalah masalah lama yang wujud sejak pemerintahan Umno dan Barisan Nasional lagi,” ujarnya.


Namun begitu, ujarnya dalam tempoh hampir dua tahun mentadbir negeri, usaha yang dibuat oleh Kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng telah dan masih berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, serangan demi serangan sedang diatur oleh Umno dan Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.


Menurutnya, bermula di Perak, mereka menuju ke Kelantan tetapi tidak berjaya, kemudian dihalakan pula ke Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.


Ini semua, katanya adalah strategi mereka untuk meraih kembali sokongan daripada rakyat yang ternyata sudah terhakis terhadap mereka.


Berita dari HarakahDaily
Gambar dari SharpShooter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.