Followers

Sunday, December 27, 2009

YB Tian Chua: "Pesta Konsumer Peluang Peniaga Perkenal Produk"

Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan syarikat MC2 Sdn Bhd menganjurkan Pesta Konsumer 2009 bertempat di Dewan Bandar Utama, Petaling Jaya.

Pesta tahunan itu diadakan bertujuan memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk memperkenal dan memasarkan produk mereka kepada pengguna.


Pesta siri ke-2 yang diadakan untuk tahun ini dirasmikan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.


Chua dalam ucapannya berkata, penganjuran ini dapat membantu pengguna berkomunikasi secara langsung dengan pengusaha selain mempromosikan produk-produk buatan tempatan.


“Pesta seperti ini membenarkan perniagaan dan pengguna berinteraksi secara langsung. Oleh yang demikian mereka dapat memperhalusi serta menyusun struktur perniagaan supaya mencapai hasrat keperluan semasa dan pengguna,” kata beliau.

Chua turut meminta pengguna untuk tampil memberi sokongan kepada usaha kerajaan negeri membangunkan ekonomi negeri melalui program-program yang dianjurkan.

Katanya, semua program anjuran kerajaan negeri dilakukan bagi membolehkan hasilnya dinikmati rakyat.


Tian berpendapat, pesta ini juga dilihat dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil memperkenalkan serta memperluaskan pasaran produk tempatan.


“Ada banyak perubahan struktur yang perlu kita lakukan dan memerlukan kesungguhan untuk melaksanakannya. Sebab tu kita memerlukan pengguna, kawan dan penyokong untuk bersama-sama memberi sokongan moral, teknikal dan sumber supaya kita boleh berjaya,” ujarnya.


Tambah Chua, pesta ini merupakan salah satu daripada pelbagai program yang bakal dilaksanakan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat bagi menjalankan tanggungjawab berbakti kepada rakyat.


sumber: tvselangor


Pesta Konsumer 2009 ini akan berlangsung dari 23 Disember sehingga 27 Disember 2009. Orang ramai dijemput hadir ke Dewan Bandar Utama dari jam 11 pagi hingga 9 malam untuk menikmati diskaun barangan sehingga 70 peratus selain mengambil bahagian dalam acara yang disediakan pihak penganjur.- Hadri Yaziz

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.