INILAH AKIBATNYA ABILA HUKUM ALLAH TIDAK LAKSANAKAN
KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.(BACA)
Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.
Kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.
Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki
(Surah Al-Ahzab : 59)
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”) (Surah Al-Ahzab : 59)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.