Harakahdaily - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir
Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan
ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung
dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan
zaman masing-masing. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata,
satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi
menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily
ketika diminta mengulas berhubung dakwaan
Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan
sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk
kegunaan peribadi beliau. Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini,
kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah
yang dihabiskan pada zaman masing-masing. Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam
masa 23 tahun pemerintahannya. "Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka
pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan
yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu.
Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.
Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka
perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu
perlu telus, bukan polis, bukan SPRM," katanya. Menurut Mahfuz juga, jika Suruhanjaya Diraja tidak
dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat
Parlimen harus ditubuhkan dan laporan siasatan
berkenaan diletakkan di bawah bidang kuasa Speaker
Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya lagi. "Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan
peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang,
diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan)
dihantar ke parlimen untuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya. Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan
Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling
menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam
salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat. "Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun. Seorang
kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang
yang samun lebih. Dua-dua pun penyamun. "Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion,
sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak
sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah
yang hanya lebih kurang 4 tahun," ujarnya. Mahfuz turut menegaskan, siasatan terhadap projek
pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta
uga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu
Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini katanya membuktikan Najib juga terlibat dalam
penyelewenagn dana awam. "Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.
Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya
dalam pengetahuan Najib."katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.