Followers

Wednesday, November 11, 2009

Malaysia Harus Contohi Indonesia kata DS Anwar

Demikian antara ulasan yang dibuat Ketua Pembangkang Dato` Sri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Dialog Bajet 2010 di MPAJ malam tadi.
Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi Negara itu mula menunjukkan peningkatan sejak awal tahun ini, manakala Negara ini masih dalam kemelesatan. “Kerana kegagalan kita menarik minat pelabur asing, kegagalan kita memepertahankan Malaysis sebagai negara yang punya daya saing, realitinya kita tewas. Dengan siapa? Indonesia? Indonesia dah catat pertumbuhan ekonomi awal tahun lalu, kita masih meleset dan kita ketinggalan 5-6peratus dari pertumbuhan ekonomi Indonesia”, katanya.
Jelas Anwar, jika dahulu Malaysia boleh membandingkan kemajuan pembangunan ekonomi dengan Negara Asia lain seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan, kini Negara ini sudah jauh ketinggalan. Menurutnya lagi, malah Indonesia yang dahulu menjadikan Malaysia sebagai rujukan, kini Republik itu yang seharusnya dicontohi pemimpin Negara ini. “Bila Presiden Indonesia datang sepatutnya dia ajar sedikit Perdana Menteri kita macam mana urus ekonomi. Nampaknya dia lebih berhasil dari kita.sekarang, 10 anggota cabinet kita kena pergi ke Jakarta, belajar daripada mereka”tambahnya lagi.
Sesi Dialog Bajet malam tadi merupakan kesinambungan daripada sesi Dialog sesi pertama yang diadakan 3November lalu. Kira kira 500 orang hadir dalam sesi kali ini. Dialog anjuran Kerajaan Negeri ini menampilkan beberapa panel dari pihak pembangkang untuk membahaskan kepincangan di dalam Bajet yang diunjurkan Perdana Menteri,Najib Razak. Tiga panel yang hadir untuk melontarkan pandangan mereka malam tadi ialah, Exco Selangor Yaakob Sapari, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.