Followers

Saturday, October 24, 2009

Dua Ekor Katak Ingin Kembali Kepada PKR?



IPOH: Ketika memuncak cerita dua ADUN PKR yang kini menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan DUN Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen. Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen. Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi (foto), ADUN Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar. Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut. Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak. Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu. “Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar,” kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman. Jamaluddin dan Osman Jailu (ADUN Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas. Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran. Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini. Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan tiga wanita Cina itu. Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah. Mereka berdua bersama ADUN BN yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

[Nampaknya kisah politik Perak ini akan kembali bergegar dengan perkembangan terkini itu. Maknanya bekas Exco terbabit tidak bersalah dan segala tuduhan yang dibuat terhadapnya hanyalah rekaan semata-mata. Sememangnya angin kencang menyatakan bahawa kedua-dua ADUN bebas terbabit ingin kembali kepada Pakatan Rakyat, selepas mereka dipercayai telah ditipu dengan bayaran yang dijanjikan. Malah ada laporan mengatakan "orang tengah" yang menguruskan keluarnya mereka dari Pakatan Rakyat juga telah meninggal dunia. Kekecewaan mereka itu kini sudah ditahap paling maksima, dan memang terdapat ura-ura yang mengatakan mereka akan bersama Pakatan Rakyat semula. Soalnya sekarang, apa akan terjadi kepada kerajaan haram di Perak sekarang ini jika mereka kembali bersama Pakatan Rakyat. Bukankah senario politik juga akan berubah dan makin panas. Justeru itulah Sultan Perak wajar mempertimbangkan pembubaran DUN demi menjaga keharmonian dan memberi rakyat peluang untuk memilih kerajaan baru di negeri Perak].
SUMBER" PAHANGDAILYONLINE


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.