Followers

Wednesday, September 9, 2009

Kerajaan PR lebih Telus dari UMNO/BN


Semua media pengampu milik Umno@BN menyiarkan kekecohan yang berlaku dalam sesi dialog melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan isu pembinaan kuil di Seksyen 23 semalam.

Dialog itu membuktikan kesediaan kerajaan Pakatan Rakyat bersemuka dan berbincang tentang masalah rakyat. Pujian wajar diberikan kerana kesediaan mendengar masalah rakyat. Tak kisah apa kesudahan dialog itu tetapi ia membuktikan bahawa kerajaan pakatan Rakyat lebih telus dan berani berhadapan dengan rakyat. Begitu juga seperti yang ditunjukkan Menteri Besar Kedah Ustaz Datuk seri Azizan Razak dalam isu pusat penyembelihan babi di Alor Star dan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu Kampung Buah Pala mereka turun dan mendengar masalah dan rintihan suara lubuk hati rakyat walaupun pun mengetahui mereka bakal disumpah seranah.Mereka lebih gentelman berbanding pemimpin Umno@BN yang takut berhadapan dengan rakyat.Sebagai contoh bila Kampung Berembang di Selangor hendak dirobohkan pemaju mana pergi pemimpin Umno@BN yang diketuai Datuk Muhd. Khir Toyo ketika itu? ( sibuk meninjau projek istananya barangkali).


Begitu juga apabila Masjid Kampung Bujal di Kuala Berang dirobohkan mana pergi kelibat pemimpin Umno@BN? Malah merekalah yang menjadi dalang merobohkan masjid berkenaan. Dalam hal yang lain pemimpin Umno@BN takut untuk bersemuka dengan rakyat dalam isu besar negara seperti PPSMI dan ISA.Pemimpin Umno@BN patut rasa malu dengan sikap mereka yang lebih mementingkan kepentingan diri dari memberi perhatian dan mengutamakan masalah rakyat. Tahniah dan syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat!


sumber : kedahlanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.