Beberapa minggu sebelum PRK Dun Permatang Pasir, terlalu galak dan lantang beberapa pemimpin Umno yang diketuai oleh TPM Muhyiddin Yassin menuduh DS Anwar Ibrahim adalah pengkhianat. Seperti biasa, `burung-burung belatuk dan terkukur' pun berebut-rebut mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju apa yang di`kahak'kan oleh bos mereka itu. Dan, tidak ketinggalan akhbar `pencacai pengangkut najis' pun sama memainkan peranan mereka siang malam menghasut rakyat agar percaya bahawa DS Anwar adalah `pengkhianat'.
Allah maha kuasa. Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Ditakdirkan PRK Permatang Pasir pun berlaku dan lebih takjub lagi berlaku di dalam kawasan Si `Pengkhianat'. Lojiknya, j ika Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno termasuk `Raja Sesumpah' Ezam (yang sanggup jadi saksi untuk menyokong bahawa DS Anwar memang pengkhianat) dipercayai rakyat, sudah tentu DS Anwar bakal `ditelanjangkan' di Permatang Pasir. Pelik, ia tidak berlaku malah yang `telanjang bulat' di Permatang Pasir adalah mereka yang `menyembah keris telanjang tak bersarung' itu dulu, kini dan selamanya..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.