Followers

Tuesday, February 28, 2012

Janji Pilihanraya Jenis Apa nie UMNO oiii!!


Kita menang besor 2/3 PRU 2004 dulu pun kita tak ubah.. Ini Najib lak berjanji? hehehehe..


Kalau dapat 2/3 majoriti akan bagi kuasa lebih pada SPRM!

Ini apa jenis janji nie..
Pernah ke Ahli parlimen PR bantah nak tambah kuasa SPRM?
Apa perlunya majoriti 2/3 dalam parlimen kalau sekadar untuk tambah kuasa SPRM?

aduhhh!!
Yang paling best! Sejak bila UMNO-BN ikhlas nak tambah kuasa SPRM?

Sudah-sudahlah..

Dah lama sangat melayu kena bodoh dengan UMNO nehhh!!
Bagi la peluang melayu berfikir sendiri... Asyik pemimpin-pemimpin UMNO je yang fikirkan untuk melayu UMNO!

budakbalun 26022012

PM janji lebih kuasa bagi SPRM jika BN dapat 2/3

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.-Mkini

Wanita Kes Dr.Badrulamin - Beliau Berkata: 'Fitnah, Saya Tak Khalwat'


Rompin - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.
Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.


“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti. -SH



 

Isu Khalwat: Tengku Mahkota Akan Campur Tangan

 
Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.


"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya.


"Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin.


JAIP Sabtu lalu dilapor menangkap "seorang pemimpin PKR" kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.


Badrulamin - yang dinamakan di blog-blog - bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan beranggapan kejadian itu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkannya.


Pada ceramah sulungnya di pentas Seremban selepas didakwa berkhalwat, Badrulamin juga malam tadi diiringi isterinya.


Bercakap di hadapan kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat, beliau juga mendakwa pembantunya di Kuala Lumpur mendapat ugutan supaya bersedia menjadi saksi bagi memburukkannya.


Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung isu itu hari ini.


Semalam, dalam kenyataan akhbarnya, Badrulamin juga berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.


Dakwanya, selain pemandunya diugut, beliau juga diberitahu oleh ayah kepada wanita yang dituduh berkhalwat dengannya itu bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.
 

Menyentuh siasatan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang bermula semalam, Badrulamin berkata beliau memberikan kerjasama penuh.- Mkini

Ceramah Hasan Ali di pukul ribut Laporan Kisah Ceramah Hasan Ali di Seri Manjung..



Lebih jam 6.00 tadi hujan dah mula turun,, walaupun dalam cuaca yang agak terang,, terdetik dihati kecil ku, alangkah baik nya jika malam ni hujan lagi,,,,, lebih kurang 6 30 hujan berenti, sempat aku pergi ke pasar malam...


Macam biasa magrib aku pi berjemaah kat surau taman belakan rumah aku,, balik dari solat magrib, dongak ke langit nak gelap,,, nak hujan lagi ka.,
lebih kurang 15 minit nak masuk waktu isyak, aku keluar siap bawa kamera,, gatai pergi round kawasan stadium Manjung, nakpaknya ceramah dah mula,, rasa-rasanya dengar ke suara macam Yeop Saidin,, seorang lagi ustaz pencacai UMNO..., dalam aku dok pusing,, nak cari tempat sesuai nak snap ambik gambar, baru sempat snap satu gambar hujan dah turun,, kelam kelibut nak keluar,, sampai satu kereta dia dok pasang lampu,, hala kat aku,, siap sound kat aku,, haa ambik gambar,, nanti boleh siar dalam blog,, aku tak kenai siapa mereka,, aku hanya sekadar senyum,,, mereka bagi tau Hasan Ali tak sampai lagi...

Aku sempat keluar dari stadium dalam hujan dah mula turun,, dan dapat berteduh di stesyen minyak petronas depan stadium... Alhamdulillah, aku tak lah basah,, hanya lembap-lembap saja baju tu,, tak lah kesejukan,, dan yang rasa selamatnya,, bila aku dah sampai dapat berteduh, hujan mula bertambah lebat, sehingga azan kedengaran dari masjid daerah,, namun ceramah di staduim macam biasa juga....

Agaknya Allah nak tunjuk kepada hamba-hambanya,, hujan yang lebat ditambah pulat kilat dan guruh yang cukup kuat,,, dan akhirnya pentas tempat berucap dihapan stadium gelap,, tak tahu kenapa,, sehingga jam 10 20 mlm, hujan baru mula perlahan,, gerimis yang masih kasar-kasar,, aku stat motor redah balik juga,, sehingga sekarang suasana masih lagi hunjan diselang seli cahaya kilat...

Tak tahulah aku,, Hasan Ali sempat atau tidak berceramah,,, mereka merancang,, Allah juga merancang,, pada mulanya ceramah nak dibuat dalam dewan MPM,,, namun entah kenapa,, tak cukup bajet agaknya,, atau pun mereka-mereka dah tahu apa yang berlaku di Perlis ketika Hassan Ali berceramah,, jadi ambik ambik iktibar tak mau berulang,, maka buat di stadium,,,
Alhamdulillah,, Maha suci Allah umat Islam di Manjung terselamat akidah dari dicemari oleh pakar motivasi yang mengaku pakar ilmu usul...

Kesian kat pakcik makcik yang aku lihat berjalan kaki nak pegi dengar Hasan Ali,,, nak balik sekarang ni jam dan 11 05 malam,, masih lagi hujan.....

Ambik ko UMNO Lumut, moga-moga kalian lepas ni ada rasa kesedaran apa yang kamu nak lakukan,, jangan nak permainkan agama Allah,, kalau dahulu hangpa dok kata PAS perguna agama Islam untuk kepentingan politik sempit,, tetapi sekarang siapa yang menggunakan agama Islam untuk politik,,, habaq mai..

http://manjongmari.blogspot.com/2012/02/laporan-kisah-ceramah-hasan-ali-di-seri.html

Pejabat, rumah pemimpin PKR dipecah masuk - Nigel Aw


Ketika pemimpin PKR berhimpun di Kuantan untuk temurapat atau permukiman parti itu, hujung minggu lalu di Kuantan, pejabatnya di Wangsa Maju dipecah masuk.

NONEMendedahkan perkara itu, hari ini, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata kejadian disedari pagi ini apabila mereka mendapati pintu pejabat telah diumpil dan terbuka.

"Dua komputer, kamera, beberapa dokumen dan wang tunai RM750 dicuri," katanya.

Menurut Nurul Izzah, rumah penyelaras PKR Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong juga cuba dipecah-masuk tetapi gagal.

Beberapa pemimpin PKR tempatan telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan, pagi ini.

Adalah dipercayai kejadian yang disedari pagi ini berlaku di antara Jumaat lalu dan pagi tadi, ketika pemimpin PKR bermesyuarat di Kuantan bagi persiapan pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nurul Izzah berkata demikian pada sidang akhbarnya bagi menceritakan kejadian malam semalam apabila beliau dan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berceramah di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

"Semua ini kelihatan seolah-olah sesuatu yang dirancang, (cubaan serangan) ini tidak boleh dipisahkan daripada kejadian pecah masuk di pejabat Wangsa Maju dan rumah Tan," katanya.

Gambar Terbaru Dr Badrulamin Bersama Isteri Tiba Di JAIP Beri Keterangan


 
Badrulamin disiasat Jaip hampir 3 jam

KUANTAN - Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Bahron yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berkata, beliau akan "berehat" dari menjalankan semua tugas dan tanggungjawab parti dan kerajaan supaya perkembangan semasa tidak memudaratkan jamaah, lapor Sinar Harian. Gambar dari mstar.

"Saya akan berehat dulu daripada semua jawatan parti dan kerajaan," kata beliau ketika ditemui di pekarangan pejabat Jaip di sini petang.

Beliau yang sekali lagi menafikan laporan media bahawa ditahan Jaip berhubung isu berkhalwat tiba di pejabat agensi agama itu kira-kira 2.40 petang dan meninggalkan premis tiga jam kemudian.

Dengan ditemani isteri dan tiga peguamnya, Badrolamin tiba di pekarangan Jaip kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Dalam pada itu, pasangannya pula tiba jam 3.05 petang dengan ditemani dua orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Pas tidak masuk mencampuri isu Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrolamin Bahron, yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, Pas menyerahkan sepenuhnya kepada PKR untuk menyelesaikan perkara itu.

"Biarlah PKR yang selesaikan. Pas tak mahu masuk campur.

"Siasatan pun masih dijalankan, lebih baik mereka (PKR) selesai sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabat Pas Pusat hari ini.

Badrolamin, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, petang ini hadir di pejabat Jaip untuk membantu siasatan.

Kerajaan Selangor pula tidak akan terlibat dalam isu khalwat yang mempunyai kaitan dengan ketua penerangannya, Datuk Dr Badrulamin Bahron.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia terpulang kepada pihak berkuasa agama di Kuantan untuk menyelesaikan perkara itu.

“Kami tidak akan terlibat dalam perkara ini dan tidak mahu sebarang penjelasan daripada Dr Badrulamin,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Sekolah Monfort Boys Town di sini, Isnin.

Semalam Dr Badrulamin Bahron telah dinasihat mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu.

Khalwat: Badrulamin Dakwa Didalangi Umno

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,"
katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..

Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.

"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.

Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
-mstar

YB Nurul Izzah Anwar: "MATA SAYA HAMPIR LEBAM MACAM PAPA"

 
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campur tangan penyokong di ceramah di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti sudah mendapat mata lebam seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya

“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah, dipetik Malaysia Kini.
 
 
Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.
 
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih 10 tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.
 
 
Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin didesak memberi penjelasan berhubung provokasi melampau yang dilakukan samseng Umno di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan malam semalam.

“Kita minta Khairy beri penjelasan sebab budak-budak ini memang penyokong Umno kerana mereka membawa bendera Umno dan BN.
 
“Mereka hafal lagu Umno dan menyanyikannya dalam provokasi malam itu,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di balai polis Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.Keadilandaily

Monday, February 27, 2012

Dedah Surat-Surat Sulit Mahathir Dengan Yahudi Sudah Terlewat - Oleh MSO

 

Sekonyang-konyang Ha Najib Razak menyatakan kesediaan untuk mendedahkan surat sulit bekas PM Dr Mahathir Mohamad dengan 'menantang' Yahudi. Mahathir semasa menjadi PM telah mengutuskan beberapa surat merah kepada PM Israel, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak.

Kata Najib dia telah meminta Wisma Putra membuat kajian apakah implikasi dengan pendedan surat itu nanti dari segi keselamatan negara.

Sebenarnya Najib tidak payah meminta Wisma Putra mendedahkan surat-surat itu kerana ia sudah bertaburan di alam maya. Rakyat semua lapisan dan golongan sudah pun mengetahui akan kewujudan hubungan Mahathir dengan Yahudi itu.

Sama ada Mahathir bersetuju untuk mematahui kehendak Israel atau tidak, tetapi yang jelasnya mereka berhubung. Berintraksi atau bertukar-tukar pendapat dengan Israel. Mahathir juga secara tidak langsung mengikhtiraf kerajaan Yahudi apabila beliau mengucapkan tahniah atas perlantikan Ehud Barak sebagai perdana menteri Israel.

Bayangkan macam mana terjadi kalau pengucapan itu lahir dari mulut Anwar Ibrahim. Tentu ucapan tahniah itu akan di blow-up di siarkan di muka depan akhbar Utusan Melayu dan juga tv dan radio Rais Yatim serta media PB yang lainnya.

Tiada guna untuk Najib membuat tindakan itu - mendedah surat-surat sulit Mahathir kepada Istrael setelah 12 tahun Mahathir tidak menjadi perdana menteri. Melainkan pendedahan itu untuk mencemarkan kesucian Mahathir yang kononnya begitu jujur, telus dan bersih di sepajang pentabdirannya.

Sebaliknya surat itu nanti mengenalkan orang siapa Mahathir sebenarnya. Surat itu mengesahkan kemunafikan Mahathir seorang ahli Umno.

Dalam pada itu saya percaya Wisama Putra akan membuat ulasan surat-surat sulit itu tidak perlu didedahkan. Itu pun yang Najib mahu. Kenyataan bersediaan untuk mendedahkan surat cinta Mahathir dengan Israel hanya sebagai bertanam tebu di bibir mulut saja. Ia satu lagi pengeliruan Najib terhadap rakyat kesekian kalinya.

Saya yakin Wisma Putra akan membuat ulasan pendedahan itu akan membahayakan kepada negara, sebenarnya membahayakan Umno. Dengan itu surat-surat Mahathir seterusnya dengan Yahudi atau pun pihak-pihak lain yang tidak sepatutnya berlaku, tidak akan didedahkan.

Lagipun sekiranya surat-surat itu didedahkan, sudah pasti rakyat akan menuntut banyak lagi surat-surat merah lain yang diutuskan kerajaan Malaysia semasa Mahathir jadi PM kena didedahkan. Ia tidak akan berhenti setakat surat Mahathir kepada Nentayahu dan Ehudu saja. Pendedahan surat itu tidak akan membersihkan keseluruhan kejelikan Mahathir.

Rahsia-rahsia lain yang membabitkan keselamatan negara sekaligus maruah Mahathir juga nanti perlu didedahkan. Misalnya skandal BMF yang melibatkan RM2.5 billion di Hong Kong tidak pernah terungkap secara tuntas. Satu masa Mahathir cuba mengaitkan skandal itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah tanpa membabitkan sama dirinya.

Tengku Razaleigh sungguh kecewa dengan tindakan Mahathir itu sampai Tengku Razaleigh bersumpah sedia untuk menerima binasa Allah kalau dia terlibat dengan skandal itu atau memakan duit kerajaan. "Saya sedia dibinasakan Allah kalau saya terlibat," begitu ucap Tengku Razaleigh di Gua Musang tahun 1987.

Secara logiknya macam mana seorang perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh terhadap perkembangan hal ehwal negaranya tidak mengetahui mengenai aktiviti bank milik negara itu yang memberi pinjaman tanpa cagaran kepada seseorang? Adalah mustahil kerana ia melibatkan jumlah yang bukan sedikit kalau perdana menteri (Mahathir) tidak tahu.

Dalam kasus ini Mahathir cuba cuci tangan dengan melemparkan biawak hidup dengan ke bahu Tengku Razaleigh. Lama juga Tengku Razaleigh dan kerabatnya merana mengenai isu BMF ini. Akhirnya kebenaran wujud apabila akhbar yang disaman oleh Tengku Razaleigh menuduh beliau menjadi dalang dalam skandal itu terpaksa membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit kepada Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleig sudah bersih dari tuduhan itu tetapi Mahathir belum.

Mudah saja untuk memahami kenapa Tengku Razaleigh menjadi mangsa. Mahathir ketika itu berpengaruh dan memiliki kuasa. Mahathir boleh arahkan media massa atau mana-mana pihak untuk meletakkan bebanan dan kejijikan itu ke atas bahu Tengku Razaleigh. Tindakan politik seperti ini tidak asing bagi Mahathir. Sebenarnya sebelum dia menganiaya Anwar dia telah menganiaya dan menzalimi Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahathir sampai sekarang ini tidak pernah cuba membersihkan dirinya dari skandal berkenaan? Mudah sahaja sebab tidak ada sesiapa yang membuat tuduhan dan spekulasi mengenai dirinya. Dengan kuasa kewangan Mahathir berjaya menutup mulut media-masa asing untuk tidak mengaitkannya. Manakala media dalam negeri pula seperti sedia maklumlah menjadi tukang tempel najis Mahathir yang terkicit di mana-mana.

Tektik dan formula itu juga dilakukan N ajib terhadap Anwar. Najib boleh mengupah seberapa banyak media asing untuk menghitamkan Anwar kemudian memutihkan dirinya. Apakah kita tidak terfikir komisyen yang begitu banyak dikaut dari pembelian peralatan pertahanan negara bukan untuk diguna perundingan dan pengkhianat asing?

Tegasnya kalau Najib hendak sucikan Mahathir, bukan dengan mendendahkan surat sulit MAhathir dan kerajaan UBN dengan Israel. Itu tidak perlu lagi kerana surat itu sudah pun dibaca rakyat. Apa yang rakyat tunggu selama ini ialah sejauh manakah penglibatan Mahathir dalam skandal BMF. Itu yang lebih wajar Najib dedahkan bukannya surat Mahathir menyokong Israel.
 
 
Mohd Sayuti Omar (MSO)

No telefon & alamat lahabau yg cuba tumbuk Nurul Izzah !!

Budak felda yg berangan nak jadi artis lah konon, phuikkk

 

   

 

 

Polis Terpaksa Iringi YB Nurul Izzah Anwar......???

Mereka kacau ceramah yang diadakan, polis terpaksa iringi YB Nurul Izzah yang menyampaikan ceramah di Felda Lepar Hilir, Pahang. 
 
Malaysiakini melaporkan YB Nurul Izzah menulis ditwiternya “Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya,”. 
 
Telah jelas negara 1Malaysia yang ditadbir oleh Umno Barisan Nasional terdiri dari orang-orang bodoh dan tak berpendidikan. 
 
Hoiiii bangkai bernyawa!!! kau pergilah tenggelamkan kapal Israel yang bawa barang2 di Pelabuhan Kelang tu, bodoh!!!!

Jika YB Umno kena begini, dah ramai bangkai2 tu kena sumbat dalam trak, tapi apa boleh buat, negara ini ditadbir oleh bangkai2 bernyawa.... 
 
Korang tunggulah balasannya PRU 13 nanti, insyaAllah - Apek

Mahathir Nak Menipu Lagi !!

TAK SUDAH-SUDAH NAK MENIPU

TUN MAHATHIR MENIPU LAGI, CUBA SAMAKAN MINYAK SAWIT NEGARA DENGAN PISANG KAKI NEGARA ISRAEL... KAH KAH KAH KAH !!!

Dengan  mengatakan minyak kelapa sawit negara yang konon nya dijual kepada Israel oleh pihak ke tiga... adalah pembohongan Tun Madey dalam usha menyelamatkan Umno/Bn dari diketahui rakyat sebagai munafik dalam bahasa arab... hipokrik dalam bahasa Inggeris Penjajah bapa kepada Umno... dan Bermuka-muka dalam peribahasa bangsa yang Umno tipu... ini untuk mengelakkan Umno dari tersungkur dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Beliau juga turut menyamakan hasil bumi Israel iaitu Pisang Kaki dalam bahasa saintifiknya persimmon fruit yang dibawa masuk ke Malaysia melalui Negara Singapura dengan Minyak Kepala Sawit... pada hal nya Pisang Kaki masuk kenegara ini melalui Negara Singapura... dan itu boleh lah dinamakan perdagangan terhad kerana terpaksa melalui Negara ketiga terdahulu sebelum sampai ke Malaysia.

BARANGAN ISRAEL INI PATUT DISEKAT MASUK NEGARA INI !
Sedangkan Minyak Kelapa Sawit tidak melalui Negara ketiga... yang mana barang tersebut terus ke Negara Israel selepas diambil dari Negara Malaysia... oleh Kapal yang dipunyai oleh Negara Israel... macam mana beliau boleh menyamakan perkara tersebut yang cukup berbeza dalam sistem perdagangan... kalau nak menipu pun agak-agak lah la oiiii !!!.

Dan kalau mengikutkan semangat Umno yang konon nya Perihatin keatas Rakyat Palestin... sepatut nya pun Pisang Kaki tak sepatut nya masuk ke Negara ini kerana ia nya keluaran Israel... sebab ia nya bukan makanan asasi rakyat Malaysia.... dan berapa ramai pun rakyat Malaysia yang kenal akan Pisang Kaki... itu belum ditanya berapa ramai yang dah makan Pisang Kaki ?... sepatut ianya pun tidak boleh dibenarkan masuk kerana ia adalah barangan Israel.

TAK KAN PERAIRAN SENDIRI TAK BOLEH SEKAT KAPAL ISRAEL ?
Mungkin pencacai Umno akan mengatakan kita tak boleh menyekat Perdagangan antara Syarikat... ini jenis pencacai lembu NFC yang dicucuk hidung... boleh tak kalau nak mengimport mercun dan bunga api untuk Syarikat Antarabangsa tetapi berniaga disini... dan dipasarkan di Negara ini... tentu mereka kata tak boleh disebabkan ia barang larangan... kalau perihatin sangat kenapa tak dijadikan barangan Israel sebagai barang larangan.

Sepatut nya begitu... kenapa tak dijadikan keseluruhan barangan Negara Israel sebagai Barangan Larangan kalau kata terlalu menghayati Semangat Rakyat Palestin... jangan lah nak menipu benda yang kebanyakkan orang tahu beza antara Perdagangan Terhad dengan Perdagangan Terus... sekali lagi kalau nak menipu pun agak-agak lah... kah kah kah kah !!!.


hemmmmm..... sekarang ni nampak macam tun madey pulak yang jadi macam perdana menteri... dan datuk seri najib sebagai timbalan perdana menteri... mana kala timbalan yang sebenar dah tenggelam kerana isu nfc yang beliau menjadi menteri pertanian semasa itu... kah kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee.....
 
 
Mat Indera Sipejuang

Panas!! Penyangak, Penyamun, Perompak Sedang Agih RM2.71B !!!


KOMENTAR: Pada 19 Disember tahun lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.

Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri yang hanya berjumlah RM1.9 bilion.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam tindakan Najib kerana menyalurkan peruntukan yang sebegitu besar wang dari titik peluh rakyat kepada Umno Selangor dan tidak kepada kerajaan Negeri.
 
Menurut Khalid, wang tersebut seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri supaya semua perbelanjaan dapat dipantau dan di audit serta menepati usaha membantu pembangunan negeri tersebut secara berhemah.

Kini, kesemua RM2,710,000,000 wang rakyat tersebut tidak dapat dipastikan kemana ia dibelanjakan. Tidak ada pihak yang mengaudit atau memantaunya.

Apakah perancangan yang dilakukan untuk pembangunan rakyat selangor dari wang rakyat tersebut juga tidak ada siapa yang tahu. Yang tahu hanya pemimpin-pemimpin Umno Selangor.

Sebagai Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar adalah antara pemimpin Umno yang tahu kemana wang rakyat itu berlegar.

Noh juga mungkin tahu kantung siapakah yang paling banyak di isi dengan dana dari titik peluh rakyat itu.

Noh pun tidak dapat memberikan jawapan berhubung penyelewengan RM110 juta yang di peruntukan kepada Kementerian di bawah jagaannya. Wang tersebut bertujuan diberikan kepada pesawah-pesawah sebagai insentif hilang entah kemana.

Rakyat pun tak tahu penyelewengan tersebut sehingga didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Akhirnya pesawah berdemontrasi meminta Noh memberikan hak mereka.

Noh kemudiannya diberi peruntukan tambahan oleh Najib sebanyak RM117 juta untuk dibayar kepada para pesawah.
 

Persoalan kemana wang RM110 juta yang dilesapkan masih tidak terjawab oleh Noh.

Sekarang Noh dipertanggungjawabkan terhadap dana hasil titik peluh petani, pesawah, pembayar cukai yang besar dan kecil bernilai RM2,710,000,000.

Lebih malang wang rakyat tersebut diperuntukan untuk Umno/BN di Selangor dan bukannya untuk seluruh rakyat Selangor.

Demikianlah kesimpulannya bagaimana dana dari titik peluh rakyat tersebut dijadikan hak milik mutlak pemimpin-pemimpin Umno.

Umno telah menjadi tulang belakang komponen BN sejak 54 tahun. Bayangkan berapakah jumlah wang negara dan wang rakyat telah disalah guna untuk kepentingan perompak dan para penyamun ini.

Cuba pula lihat kediaman ketua-ketua Umno di Selangor atau dimana-mana sahaja diseluruh negara. Ada dikalangan kediaman mereka tidak boleh lagi dikategori sebagai rumah atau kondo tetapi bagaikan istana.

Hitung pula jenis kenderaan dan bilangannya yang terpakir dilaman rumah ketua-ketua Umno tersebut.

Dari mana mereka beroleh kekayaan yang sebegitu lumayan?.

Apa yang telah dilakukan oleh Najib dan Noh Omar terhadap wang rakyat bernilai RM2,710,000,000 adalah salah satu dari ribuan deretan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Umno sejak memerintah lebih 54 tahun.

Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu juga memaparkan berlaku ketirisan wang negara sebanyak RM28,000,000,000 (RM28 bilion) setahun. Ketirisan ini berpunca dari amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan ketidak cekapan pengurusan dan pentadbiran negara.

Mengapa Selangor di Beri RM2,710,000,000

Matlamat Najib menyerahkan wang tersebut kepada penyamun dan perompak-perompak wang rakyat tersebut sememangnya telah di duga.

Namun tidak terduga pula jumlahnya sebegitu besar sehingga merupakan angka tertinggi dalam sejarah yang 'difraidkan' kepada Umno negeri.

Pertengahan Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perak mendapat peruntukan RM55.7 juta (RM0.056 bilion) sahaja. Tetapi wang tersebut disalurkan melalui kerajaan negeri.

Dasar tender terbuka Kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai Selangor sejak 2008 telah mengakibatkan ramai ketua-ketua bahagian serta pemimpin-pemimpin Umno negeri pokai dan tak kurang yang hampir muflis.

Selama ini, amalan rundingan terus, komisyen serta rasuah yang dinikmati oleh ketua-ketua Umno bahagian termasuk para Adun telah menjadikan mereka serta kaum kerabat dan kroni-kroni mereka senang lenang.

Amalan tender terbuka dalam Kerajaan PR Selangor sekarang menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno hilang sumber pendapatan yang selama ini diperoleh secara mudah.

Dalam budaya Umno pula 'tiada wang akan hilang kuasa dan pengaruh'. Semua aktiviti melibatkan parti akan dilakukan disebabkan ada peruntukan disediakan. Diringkaskan cerita, tak ada cerita, kerja secara sukarela dalam Umno. Inilah juga perbezaan besar antara Umno dan PR.

Akibat pembudayaan amalan rasuah wang ringgit inilah juga Najib serta pemimpin-pemimpin Umno tidak segan silu menggunakan segala dana dari wang rakyat sebagai hak mutlak milik Umno.

Bak kata bidalan apabila mengamanahkan harta kepada penyangak, maka ia akan membedak-bedakkannya kepada perompak dan para penyamun.

Kini setelah lebih tiga bulan RM2,710,000,000 wang rakyat tersebut sedang diagih-agih secara 'tiga Abdul' atau cara perompak dalam filem Nujum Pak belalang.
 

Tak ada siapa yang tahu.

Habuan masing-masing dah dapat dan setiap habuan mesti disertai kerja dan tugasan.
Maka tak hairanlah dengan pelbagai kenyataan media dibuat oleh pemimpin kecil dan besar Umno sejak kebelakangan ini menyerang pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Serangan-serangan tersebut pula seolah-olah pentadbiran BN di Selangor sebelum ini terlalu maksum. Inilah budaya Umno. Apa yang dilakukan sekiranya tidak mengikut acuan sebagaimana Umno lakukan sebelumnya akan dianggap sebagai salah dan tidak patut.

Pemberian Air percuma yang diperkenalkan TS Khalid sejak mula mentadbir Selangor dahulu dianggap pemimpin Umno sebagai usaha memufliskan negeri tersebut.

Ini disebabkan sebelum ini Umno tidak melakukannya. Bagi Umno khazanah negara adalah untuk diperniagakan kerana kroni dan pemimpin mereka akan mendapat keuntungan dan komesyin.

Selamatkan Maruah Najib

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang juga perdana Menteri lahir dari keluarga bangsawan di Pekan. Begitu juga dengan laluan politiknya yang bermula sebagai pengganti bapa beliau, Tun Razak.

Pemimpin Umno sendiri menganggap Najib sebagai pemimpin yang suka 'Play Save' dan naik dalam politik di atas sikap tersebut. Beliau tidak pernah dicabar dalam jawatannya sebelum ini kerana bergantung kepada kekuatan orang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam team wawasan.

Beliau yang lahir dalam 'Golden Bowl' juga tidak pernah merasai kesusahan. Apa yang dikehendaki semuanya pasti akan dapat.

Apabila diberi peranan mengetuai Umno Selangor untuk menawan kembali selangor dari PR, bukan hal yang mudah bagi beliau.

Walaupun berjaya merampas Perak dengan habuan wang, sogokan dan ugutan kepada beberapa pemimpin 'bidan terjun' PR yang menang dalam PRU12 lalu namun situasi di Selangor amat berbeza.

Sebagai pemimpin yang lahir dari keluarga bangsawan maka setentunya egoisnya tinggi dan akan cuba mendapatkan apa yang di peroleh dengan apa kaedah sekali pun.

Maka taklah salah Najib pernah berkata bahawa beliau dan Umno Selangor akan lakukan apa sahaja untuk menawan kembali Selangor dari PR. Dalam lawatan Najib ke Selangor semalam beliau berkata "Apa lagi yang hendak semua dah dapat, pendayong sudah ada di tangan, perahu sudah boleh berlayar dan jala sudah ada di tangan, ayuh kita terus pastikan kemenangan."

Sejumlah RM2,710,000,000 wang dari harta milik rakyat Malaysia digunakan untuk memenohi tuntutan serakah anak Bangsawan Pekan tersebut menjadi bukti dari kata-kata tersebut... dan wang tersebut sudah habis dibedak hanya dalam masa tiga bulan. Demikianlah rakusnya wang rakyat diperkuda oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Justeru dengan wang dari titik peluh rakyat itulah akan diperguna untuk dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin Umno supaya membuat pelbagai onak kepada pentadbiran Khalid.

Bukan setakat itu, wang tersebut juga akan digunakan untuk menyogok, merasuah dan mengugut pengundi.

Kepada rakyat Selangor diharapkan setiap pemberian dari mana-mana pemimpin Umno perlu diambil malah perlu diminta kerana wang tersebut bukan hak milik Umno tetapi wang rakyat.

Pemberian tersebut bukan dari Umno tetapi dari dana rakyat yang telah disamun oleh para penyangak dan perompak.

Amalan mencuri dan menyamun wang rakyat ini tidak akan berakhir selagi Umno diberi mandat untuk terus berkuasa di Selangor atau mana-mana negeri di Malaysia ini.

Begitu juga dengan amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa yang membabitkan wang rakyat akan terus diseleweng dan diperguna untuk kepentingan peribadi, sanak famili dan para kroni.

Keangkuhan dan egois Najib dan Noh perlu ditamatkan. Selangor adalah negeri yang kaya dengan hasil negerinya. Inilah yang menjadi rebutan Najib disebabkan wang negara semakin susut disebabkan sikap boros dan terlalu 'berimej' tanpa memikirkan kemampuan kewangan negara.

Apa pun, bagi penyangak, penyamun dan perompak, ini bukanlah masa untuk menghitung satu persatu harta negara yang diperguna kerana kuasa mereka semakin terhakis.

Apabila tanpa kuasa atau Selangor gagal di tawan dan Putrajaya gagal di kekalkan nasib mereka akan ditentukan oleh kerajaan baru PR.

DAN.... semestinya semua ini akan di perhitung. Apa yang pasti penyangak, penyamun dan perompak akan di adili di mahkamah rakyat.

Ketika itu, Najib, Noh dan pemimpin-pemimpin Umno akan lebih memahami maksud sebenar berhubung 
 
 
 
HAK RAKYAT dan HAK UMNO

Najib "Minta Nyawa" Rakyat Pilih BN Semula ??

 
Najib akui BN ada buat kesilapan di Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka.

Namun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernama pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Bernama bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku.

Pada ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Sambil memanggil hadirin yang hadir sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib.

Menurut beliau, anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri,” katanya.

Najib juga mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. -mk

Ulasan GB

Mengaku buat salah, minta maaf, tapi nak harapkan rakyat terus undi BN di Selangor. Kan bingai punya statement.

Rakyat tidak akan memberi peluang kedua lagi kepada yang dah melakukan kesilapan yang selepas melakukan kesilapan berterusan mencari undi dengan menggunakan taktik-taktik yang tidak beretika dan tidak demokratik.

Kerajaan PR Selangor telah membuktikan keupayaan memerintah jauh lebih baik dari BN.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 secara umumnya telah berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan,” laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu dipetik.

Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010.

Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

“Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri,” laporan itu dipetik.


Justeru itu tiada sebab untuk rakyat untuk menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN di dalam pilihanraya akan datang ini.



Kelab Greenboc

Selepas Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Pula Cuba Dikasari Umno-APCO!

 

Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang, malam semalam (26 Februari).

Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan Umno kebelakangan ini, kian berleluasa.


Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar nyaris menjadi mangsa.


“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” katanya.


Menulis di Twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan Felda bukan lagi kubu kuat Umno BN.


Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.


“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.


“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” katanya di Twitter jam 1 pagi ini.


Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini.


Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu sebagai budaya gangsterisme Umno.


Petang tadi, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.


Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.


Ketua AMK Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.


Dalam kejadian itu, samseng yang kebanyakannya berkemaja-T merah dan membawa bendera Barisan Nasional (BN) turut melempar botol, kayu dan telur.



 Jalan Pulang

PENDUDUK BATU 58, BEAUFORT JADI KAMBING 2 MINGGU?

 
MENGADU..... Penduduk mengadu masalah bekalan air kepada Sanusi sambil diperhatikan oleh Thomas Chong.

SEKALIPUN rungutan dan aduan telah diluahkan kepada pelbagai pihak, namun ternyata dua minggu tanpa bekalan air bersih bagi penduduk di Batu 58, Beaufort sungguh memeritkan.

"Kami terpaksa jadi kambing selama dua minggu," kata seorang balu dalam nada berseloroh tetapi sinis berhubung terputusnya bekalan air sehingga menyebabkan beliau sukar untuk melakukan urusan harian, termasuk memasak dan mencuci.

Balu tersebut yang meminta namanya dirahsiakan, tinggal dengan ibunya yang uzur meminta kerajaan dan pemimpin masyarakat agar segera bertindak mengatasi masalah yang membebankan itu.

Masalah ini dikatakan berpunca dari kerosakan pam air yang sering berlaku dan menjadi punca beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan.

 Jawatankuasa Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai oleh Naib Pengerusinya Sanusi Hj Taripin melakukan lawatan ke kawasan tersebut sebaik menerima aduan amat terkejut kerana lokasi kampung tersebut hanya beberapa meter daripada loji penapis air bagi Daerah Beaufort.

“Adalah sesuatu yang sukar diterima apabila melihat loji tapisan dan pam air dapat dilihat tidak jauh dari kampung ini, tetapi penduduk pula tiada bekalan.”

Beliau bersama Pengerusi CLC, Thomas Chong dan Ketua Pemuda CLC Ramlan Sajap melahirkan kekesalan apabila diberitahu, jabatan berkenaan hanya menghantar bantuan air sekali sahaja pada Khamis minggu lalu, bermakna masalah itu sudah diketahui.

“Sikap sambil lewa pemimpin tempatan dan jabatan berkenaan amat dikesali, sepatutnya bantuan bekalan air yang diangkut menggunakan lori boleh dibuat memandangkan Jabatan dan wakil rakyat berkenaan mempunyai peruntukan kontigensi untuk berbuat demikian," kata Sajap lagi yang kesal kerana ADUN dan Ahli Parlimen seolah-olah tidak mempedulikan mereka.

Tambah beliau lagi, ia bertentangan dengan slogan kerajaan yang dikatakan mendahulukan rakyat tetapi gagal memberikan kemudahan asas seperti bekalan air.


SK