Followers

Monday, February 28, 2011

164 Penduduk Kampung Melayu Sri Kundang,Gombak Dapat Hak Milik Tanah


 
Seramai 164 penduduk Kampung Melayu Sri Kundang, Gombak hari ini menerima Notis 5A atau surat kelulusan pemberi milikan tanah dengan kadar premium RM2 sekaki persegi. 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata permohonan pemilikan tanah untuk pembinaan kediaman di kampung itu dibuat sejak 1999 dengan lebih 700 pemohon.

"Daripada jumlah itu, 571 orang telah menerima hak milik ini dan bakinya tertangguh disebabkan beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, " katanya.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan permohonan ditolak atau belum diluluskan ialah kerana tapak yang diberi dibiarkan kosong serta tidak diusahakan, permohonan bertindih dan dua tapak yang dipohon dikenal pasti telah mempunyai pemilik.

Ada juga yang tidak menerima Notis 5A yang dipohon mereka kerana kerja-kerja mengukur tanah yang masih tidak diselesaikan lagi.

"Kadar premium yang telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk para penerima Notis 5A pada hari ini ialah sebanyak RM2," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan sehingga 100,000 permohonan berkaitan tanah dalam tempoh terdekat. 

TVS News

Rosmah tak mahu lawan, serah pada Allah

NONEIsteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau.



Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak "dakyah" dan "fitnah" Pakatan Rakyat.

"Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah.


"Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja," katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 - antara kubu kuat BN di Kerdau.


Beliau bagaimanapun meminta orang ramai menilai sendiri dirinya dan bukan mendengar semata-mata daripada kumpulan tersebut.


"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?" soalnya.


Bukan seronok-seronok


Berucap kepada kira-kira 200 penduduk setempat, Rosmah yang sering menghadapi pelbagai sindiran pembangkang tampil secara terbuka menjawab dakwaan-dakwaan terhadapnya.


Beliau antaranya menafikan mengawal suaminya Datuk Seri Najib Razak dan melakukan pemborosan dalam rawatanya bagi menyampaikan ucap utama dalam persidangan mengenai pendidikan di Arab Saudi baru-baru ini.


najib and rosmah 250608 01
"Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah," katanya yang kerap berseloroh dalam ucapannya.

Berhubung lawatannya ke Riyadh, Rosmah menjelaskan beliau hadir ke sana kerana diberikan peluang dan pengiktirafan oleh negara luar yang diakwanya jarang diperoleh oleh rakyat Malaysia, apatah lagi seorang wanita.


Menurutnya, pemergiannya atas undangan kerajaan Arab Saudi itu mendapat sambutan menggalakkan, antaranya daripada anakanda raja dan permaisuri kerajaan itu sendiri yang mengucapkan terima kasih melalui panggilan telefon dan menjemputnya makan malam bersama.


"Saya bukan hendak membesarkan diri, tetapi saya hendak tunjukkan, saya pergi saya bukan untuk seronok-senorok, bukan hendak '
happy happy' (bergembira)," katanya lagi.

'Dia tak kerja, beritahu saya'


Justeru, beliau yang mengaku berpeluh-peluh berkempen datang ke kawasan Felda itu bagi membantu kempen Najib merayu penduduk Kerdau terus memberikan undi kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.


azlan
"Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia.

"Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya berseloroh.


Rosmah sebelum itu mengunjungi beberapa rumah di Felda tersebut bagi beramah-mesra dan bertanyakan masalah penduduk setempat.


Felda Jengka 25 merupakan antara tiga kawasan Felda di kawasan itu yang dianggap sebagai kubu kuat BN dan menjadi faktor yang menjamin kemenangan mereka selama ini.


Dalam pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac ini, calon BN atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra akan ditandingi calon PAS Hassanuddin Salim - seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.- mkini

Sunday, February 27, 2011

Hindraf & Perkasa: Sikap Polis Yang Double Standard Dikecam

Rakyat Selangor dari berbilang bangsa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Polis menahan lebih 100 orang menjelang perhimpunan di KLCC yang dirancang oleh beberapa organisasi masyarakat India pada hari ini.


Hampir semua yang ditahan terdiri dari masyarakat India dan tindakan ini bakal menyemarakkan kebencian masyarakat India terhadap regim UMNO/BN Najib Razak yang merupakan satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India yang merupakan etnik ketiga tertinggi di Malaysia.
Tindakan Polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi Negara.

Kerajaan UMNO/Barisan Nasional harus menghormati hasrat masyarakat India yang ingin menyatakan pendirian mereka dalam isu novel "Interlok" dengan mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan KLCC tersebut, sebaliknya kerajaan UMNO/BN memperalatkan pihak Polis dengan menggunakan tindakan "kuku besi" menahan orang ramai terutamanya berketurunan India di beberapa sekatan jalanraya menghala ke pusat belibelah tersebut.

Seperti laporan yang dipetik dari Malaysiakini dan beberapa laman web yang lain, kita merakam rasa kesal dengan tindakan pihak polis menahan dan seterusnya menggari pemimpin Parti Hak Asasi (HRP) P. Uthayakumar sebaik saja beliau meninggalkan rumahnya pagi ini. Beberapa lagi pemimpin HRP turut ditahan pihak Polis tanpa sebarang waran tangkap seperti yang diperuntukan oleh undang-undang.

Kita menyelar tindakan "berat sebelah" dan "pilih kasih" yang diamalkan oleh pihak Polis. Pihak Polis tidak melakukan tangkapan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO, GAPS dan PERKASA semasa mereka berarak beramai-ramai ke bangunan SUK, Shah Alam dalam isu hangat perlantikan Khusrin sebagai SUK baru-baru ini, sebaliknya dikhabarkan pihak Polis turut mengiringi perarakan tersebut. Beberapa lagi perarakan dan perhimpunan yang diadakan oleh gerombolan UMNO/BN di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor itu bukan sahaja tidak dihalang sebaliknya pihak Polis sekadar membiarkan ianya berjalan tanpa mengambil sebarang tindakan seperti apa yang berlaku hari ini.

Apakah pihak Polis mengamalkan dasar "warna kulit", tindakan keras hanya diambil terhadap kaum India sahaja tetapi bersikap "menikus" terhadap orang "Melayu" UMNO?


Lantaran itu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meminta Hishamuddin Hussein, Menteri dalam Negeri untuk "serta merta" membebaskan P. Utthayakumar serta yang lain-lain tanpa sebarang syarat.

Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat.

Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan. -MR

*Kenyataan media oleh Xavier Jayakumar selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

0 comments:

FITNAH UMNO : Sertai Umno: 1,800 atau 18 orang - Oleh M Faqih

Dok Kata Dah.. Jika 1800 tu mai dari Johor ok laa jugak nie mai dari Kelantan..he he he.. Kencin Hangit...



PASIR PUTEH, 27 Feb: Seramai 1,800 orang atau 18 orang bekas penyokong PAS yang dikatakan menyertai Umno. Inilah gimik yang berjaya dicetus ketua Umno bahagian ini, Zawawi Othman.

Atau beliau sekadar mahu menutup 300 penyokong Umno yang kecewa dengannya sehingga bertindak meninggalkan Umno di Dun Selising baru-baru ini.

Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Ketua Umno sekarang terpaksa mencipta gimik yang keterlaluan bagi mengatasi pencabarnya dalam Umno sendiri.
“Sebab itulah cerita yang tidak masuk pun hendak disumbat dalam media massa bagi menggambarkan Umno bahagian ketika di bawahnya sekarang kuat.

“Sedangkan Zawawi sedang berdepan dengan situasi agak mencabar apabila beberapa nama besar Umno di Pasir Puteh sedang berusaha menjatuhnya,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seramai 1,800 penyokong PAS sertai Umno di Pasir Puteh dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini kononnya menyedari mereka ditipu.

Malah retorik itu beberapa kali diulang tayang sehingga seorang wanita yang memakai purdah dikenali sebagai Noriah Salleh disebut sebagai ketua muslimat PAS, sedangkan tiada ahli bernama seperti itu di Semerak.

Wan Hassan yang juga Adun Semerak berkata, Zawawi terpaksa mencipta pelbagai gimik yang tidak masuk akal untuk menggambarkan kekuatannya sekarang.

“Sepatutnya beliau menjawab mengapa 300 penyokong Umno di Dun Selising meninggalkan parti itu baru-baru ini. Ini realiti yang berlaku dan cuba disembunyikan Zawawi.

“Di Dun Semerak pula tiga bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan seorang ketua JKKKP Semerak hilang kepercayaan kepada Zawawi kerana sikap begitu ego,” katanya.

Malah kata beliau ketua Umno Pasir Puteh sekarang didakwa menghalang bukan penyokongnya mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat.

Dakwa beliau mana-mana ahli Umno yang didapati menyokong kumpulan lain termasuk bekas ketua bahagian, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan bekas ketua pemuda, Rujhan Salleh akan dipinggirkan.-/ Harakahdaily

Bila ditegur, Umno BN makin membazir wang rakyat - Aziz Muda

Kepada Pemimpin UMNO.. Sampai bila hangpa nak bertongkat langit..??



JASIN, 27 Feb: Para pemimpin Umno BN kini semakin melampau, sehingga sanggup melakukan pembaziran terhadap wang rakyat dengan berleluasa, tanpa memikirkan kesan buruknya kepada rakyat dan negara.

Amat dikesali apabila tindakan tersebut tetap juga dilakukan oleh para pemimpin Umno BN, walaupun telah ditegur secara berterusan oleh pihak pembangkang dengan pelbagai cara.

AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, malah lebih dikesali lagi apabila semakin ditegur, semakin menjadi-jadi pula pembaziran yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN, seolah-olah wang rakyat adalah milik peribadinya.

Menurut beliau, untuk menghadapi PRK Dun Merlimau, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Melaka turut melakukan pembaziran berleluasa termasuk melakukan pelbagai projek di luar keperluan rakyat dan dengan kos terlalu tinggi pula.

Katanya, antaranya termasuklah pembinaan jeti tercanggih di Merlimau yang melibatkan perbelanjaan amat besar yang sebahagian besar darpadanya masuk ke dalam poket para pemimpin Umno itu sendiri.

"Kita tidak nafikan, jeti perlu dibina untuk kepentingan rakyat terutama nelayan, tetapi tidak sepatutnya dibina jeti tercanggih yang menelan kos jutaan ringgit.

"Sepatutnya hanya dibina jeti yang hanya memenuhi keperluan rakyat sahaja, dengan kos yang berpatutan, kerana wang itu milik rakyat dan perlu dimanfaatkan dalam pelbagai aspek lain lagi untuk kepentingan rakyat," katanya ketika menyampaikan ceramahnya di Merlimau, di sini, malam tadi.

Selain itu, beliau turut kesal apablia Kerajaan Melaka turut melakukan pelbagai pembaziran lain lagi yang sebenarnya merupakan rasuah politik kepada para pengundi di Dun Merlimau yang akan membuang undi 6 Mac ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, kesemua itu dilakukan oleh para pemimpin Umno bagi membolehkan mereka kekal berkuasa, walaupun ia jelas merupakan penyelewengan kuasa dan salah guna wang rakyat.

Menyedari perkara itulah, katanya, tidak hairanlah jika para pemimpin Umno sanggup merampas kuasa dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang berada di bawah kepimpinannya di Perak, bagi membolehkan mereka terus mengaut kekayaan dengan cara salah untuk kepentingan diri mereka sendiri.

"Jadi kepada para pengundi pelbagai bangsa di Dun Merlimau, faham dan sedarilah perkara itu. Jika tidak, kita pasti akan terus tertipu dengan sikap hipokrit, tidak bertangungjawab dan sandiwara para pemimpin Umno dan BN," katanya yang pernah menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Ceramah tersebut merupakan yang pertama dari PAS dan Pakatan Rakyat selepas penamaan calon Dun Merlimau, semalam, dan dihadiri ribuan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat dan penduduk tempatan.

Turut berceramah malam tadi, Bob Lokman yang ternyata turut berbakat besar dalam mengetengahkan pelbagai mesej penting kepada orang ramai walaupun baru pertama kali muncul di pentas politik.
 
kedahlanie.info

Kerajaan Kedah Tanggung Hantar Balik Pelajar Ke Mesir

ALOR SETAR 27 FEB : Kerajaan Kedah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan berita itu kepada lebih 800 pelajar Kedah yang belajar di Mesir pada satu majlis perjumpaan di sini hari ini.

Beliau berkata RM2.5 juta diperuntukkan untuk menghantar pelajar pulang yang dibiayai bersama anak-anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah seperti Syarikat Air Darul Aman, Bina Darulaman Berhad dan Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd.

"Bagaimanapun pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Tapi kita akan pertimbangkan untuk pelajar bukan tajaan Mara tapi dapat pinjaman Mara. Kalau Mara tak tawarkan tempat untuk mereka, kita mungkin akan hantar mereka balik sekali," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menyewa khas tiga pesawat Egypt Air untuk tujuan penghantaran pulang pelajar ke Mesir bermula 5 hingga 10 Mac ini.

Azizan berkata sebanyak empat penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kaherah dijadual dilakukan dengan membawa lebih 200 pelajar bagi setiap penerbangan.

Katanya enam buah bas disediakan untuk membawa pelajar dari Wisma Darul Aman di sini ke KLIA. Pelajar diminta mendaftar diri mulai hari ini dengan mengemukan pasport masing-masing untuk diuruskan oleh Yayasan Islam Kedah.

Beliau juga berkata kerajaan Mesir juga telah menawarkan sebidang tanah secara percuma kepada kerajaan negeri untuk pembinaan bangunan asrama pelajar Kedah di sana.

Kerajaan Negeri hanya perlu menanggung kos pembinaan bangunan asrama berkenaan, manakala kos penyelenggaraan serta makan dan minum pelajar akan ditanggung oleh pihak Universiti Al-Azhar sepanjang tempoh pengajian pelajar,katanya.

TVS News

Tidak Mustahil Politik Asia Ikut Jejak Mesir Jika Media Massa Terus Ditekan - DSAI

Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika mereka terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman  dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi,  kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ketua Pembangkang itu menegaskan pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan  bangkit menolak penindasan sebegitu. 

“Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan,  tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa...amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,’ tegas Anwar.

Anwar menyifatkan Jepun, India dan kini Indonesia sebagai pengamal sistem   demokrasi yang agak rancak, manakala kebanyakan negara Asia yang lain dibelit dengan pemerintahan kuku besi.  

“Pemimpin di rantau ini harus diingatkan untuk melaksanakan pembaharuan sosio ekonomi dan memperkasakan institusi-institusi demokrasi dan hak kebebasan rakyat,” kata Anwar dalam ucaptamanya mengenai forum kebangkitan Asia yang berlansung di Phonm Penh Kemboja. 

Anwar berkata gerakan demokrasi di Mesir, Libya, Tunisia dan dunia Islam lain mempunyai impak yang besar ke atas negara-negara Asia.

Seperti di Timur Tengah, ramai pemerintah di Asia secara sistematik bertindak menghakis, malah memansuhkan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk   memastikan keseimbangan kuasa.

“Sebagai pengganti, mereka memperkenalkan undang-undang zalim yang mencabul kebebasan asas rakyat dan konsep pengasingan kuasa yang menjadi prinsip asas sistem demokrasi,” tegas Anwar.

Akibatnya, kata Anwar, hak dan kebebasan rakyat di negara-negara Asia berkenaan semakin terhakis, tidak kira samada mereka dari golongan miskin, suku kaum minoriti atau  kelas pertengahan. 

“Di tengah-tengah penindasan ini, kita melihat pemimpin kerajaan begitu ghairah  mencari sokongan walaupun dengan cara meniupkan api perkauman yang menggugat kestabilan negara,” tambah Anwar. 

Lebih menjengkelkan apabila pemimpin negara penduduk majmuk mengawal penuh institusi-institusi negara temasuk media massa hanya untuk mencetuskan ketegangan kaum demi kelangsungan politik diri. 

Dalam ucapannya itu, Anwar menegaskan selain pilihanraya yang bebas dan adil, institusi kehakiman adalah tunjang utma untuk mempertahankan kewibawaan sesebuah negara. 

“Sesebuah badan kehakiman yang tercemar boleh dan akan membawa negara ke ambang kehancuran. Ia akan membawa kepada kegagalan secara terancang proses keadilan di negara itu,” kata Anwar. 

Anwar melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pemimpin Asia yang terus engkar menghayati mesej  yang dibawa menerusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah. 

“Kita harus ingatkan pemimpin autokrat yang angkuh ini bahawa lambat laun mereka akan membayar harga yang tinggi kerana menolak suara rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi,” tegas Anwar.

“Apa yang rakyat mahukan ialah keadilan sosial, kebertanggungjawaban untuk membanteras rasuah, urus tadbir telus dan pemberdayaan politik,” tambah Anwar.

TVS News

Tidak mustahil berlaku kejutan di Merlimau

Ceramah Bob Lokman di Merlimau - Menakutkan UMNO ??

Bob Lokman berkempen untuk Pas di Merlimau
JASIN — Pas tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau. 
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari yang lalu.
Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 500 orang.

“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai Pas selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).

“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama Pas,” kata Bob Lokman.

Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.

Beliau juga yakin Pas boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.

“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad berkata, jika Bob Lokman boleh melakukan perubahan dengan memilih Pas mengapa tidak pengundi di Merlimau.

“Dulu beliau (Bob Lokman) sokong Umno-BN tapi sekarang boleh sokong Pas pula.

“Nanti bila tiba hari pengundian kalau nak pangkah Umno, ingatlah Bob Lokman dan pangkah Pas,” katanya.

Pas meletakkan Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, 

PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.

Sementara itu, calon Pas Yuhaizat Abdullah berkata pengundi di DUN Merlimau perlu membuat keputusan bijak dengan memilih seorang wakil rakyat yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.

“Pilihan raya bukan masa untuk buat jalan raya, pilihan raya bukan masa untuk betulkan atap rumah, pilihan raya bukan masa untuk perbaiki longkang, pilihan raya juga bukan masa untuk menabur janji kosong.

“Tapi sistem untuk pilih wakil rakyat yang memahami kehendak rakyat, BN sedar betapa besar kuasa rakyat sebab itu pelbagai projek dibawa ke Merlimau,” katanya.

Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka dan Timbalan Yang Dipertua Pas Jasin berkata beliau sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Merlimau.

“Saya merayu untuk berikan undi dan kepercayaan kepada saya di Merlimau, saya janji dan akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat serta memahami masalah rakyat,” katanya.
Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.



Dipetik daripada blog Tintahijau

BN Sudah Mula Fitnah..!!

TEMERLOH : PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.


"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.

Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.

“Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.


“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.

Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.  

 sumber: Pencacai SeMalaysia

Salam Seram - Kadar Kenderaan Terbakar Seminggu Sekali??

Salam Seram,

Lagi kes kereta terbakar hari ini harus menerbitkan rasa gusar di kalangan pengguna jalanraya. Minggu lepas sekali terbakar dan hari ini juga satu kemalangan terbakar berlaku menjadikan dua kemalangan terbakar dalam masa dua minggu.

RON95 bukan persoalan yang akan saya bawa hari ini, walaupun ia berkait rapat kerana kemalangan terbakar ini kerap berlaku semenjak RON95 diperkenalkan. Bukan cerita kosong tetapi statistik kemalangan terbakar menunjukkan peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Apakah ini tidak cukup menggerunkan? Apakah menyenarai-hitamkan 'mangsa' saman ekor membantu dalam menyelesaikan masalah ini? Atau mengkompulsarikan penggunaan talipinggang belakang dengan saman RM300 tanpa diskaun boleh melegakan pengguna?

Pengguna jalanraya bukan sahaja berdepan dengan jumlah statistik kemalangan yang agak membimbangkan, tetapi berdepan juga dengan risiko untuk hangus rentung di tengah jalanraya. Itu belum dikira akan kehadiran saman ekor yang tidak diundang.

Minggu lepas kita baru dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila sebuah Proton BLM terbakar ketika yang sama, mangsa bergelut untuk keluar dari kenderaan yang sedang marak terbakar. Kesudahannya seorang dari empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Harus difikirkan saranan kerajaan untuk menyaman pengguna yang tidak mengenakan talipinggang keledar di tempat duduk belakang, mungkin sebenarnya mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi. Dalam keadaan tidak sedar atau cedera parah, ia pasti menyulitkan cubaan untuk keluar dari kenderaan yang sedang terbakar.

Saya yakin mangsa yang berada di tempat duduk belakang dalam BLM terbakar minggu lalu tidak mengenakan talipinggang keledar. Bayangkan sekiranya talipinggang belakang itu dikenakan, tidak mustahil ia menjadi penyebab kepada hangusnya empat orang mangsa.

Mekanisma yang lebih berkesan harus diperkenal di sebalik penguatkuasaan saman ekor dan pemakaian talipinggang belakang semata-mata. Sudahnya rakyat akan terkesan dengan bebanan risiko kemungkinan kenderaan terbakar apabila berlaku perlanggaran malah ada juga kes terpencil di mana kereta terbakar secara tiba-tiba.

Sedarlah bahawa saman ekor itu amat membebankan rakyat termasuklah isu talipinggang belakang. Ditambah lagi dengan keraguan kualiti RON95 yang sering diperdebatkan.

Bagaimana pula dengan faktor kualiti jalanraya di Malaysia?

Nyawa rakyat Malaysia umpama tidak berharga di mata kerajaan. Jangan marah kepada blogger dan mana-mana pengamal media alternatif termasuk pengguna laman sosial apabila mereka sebulat suara mengatakan - Kerajaan Malaysia hanya mementingkan wang ringgit hasil dari saman ke atas rakyat.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bangun melawan dalam isu saman ekor dan saman berkaitan. Jangan tunduk menyerah wang ringgit kita sewenang-wenangnya. Sokonglah tajuk ini tanpa mengira warna kepartian kerana sesungguhnya tembakkan saman ekor itu juga tidak mengenal mangsanya, begitu jugalah kemalangan terbakar.

EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rafidah Aziz Akan Dilantik Sebagai Pengerusi Lembaga AirAsia X


Bekas menteri Kabinet pusat Tan Sri Rafidah Aziz akan dinamakan sebagai pengerusi lembaga AirAsia X minggu ini, usaha yang dilihat dapat membantu syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu bagi mendapatkan lebih banyak laluan antarabangsa.

Menurut The Malaysian Insider , syarikat itu, yang turut meletakkan harapan pada ahli perniagaan dari Britain Sir Richard Branson sebagai pemegang sahamnya, tidak mengalami pertumbuhan pesat sebagaimana disasarkan oleh pengasasnya Datuk Seri Tony Fernandes selepas kejayaan perkhidmatan penerbangan jarak dekat kumpulan AirAsia.

"Lembaga telah memutuskan untuk meminta beliau menerima jawatan itu dan beliau telah pun bersetuju," kata sumber AirAsia X.

Pemegang saham penerbangan itu mengesahkan Rafidah akan menggantikan pengerusi semasa Datuk Kamaruddin Meranun, yang merupakan rakan kongsi Fernandes dalam kumpulan AirAsia, yang termasuk unit-unit di Thailand, Indonesia dan Filipina.

Rafidah, menteri perdagangan antarabangsa paling lama berkhidmat iaitu sehingga 2008, telah berjaya dalam perundingan perdagangan antarabangsa sehingga menjadikan Malaysia negara utama perdagangan di dunia.

Beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada 2008 tetapi tidak dilantik semula sebagai anggota Kabinet meskipun telah dibersihkan daripada dakwaan meluluskan permit import kereta kepada kroninya.

Bekas ketua Wanita Umno berusia 68 tahun ini kini merupakan penaung dan penasihat Forum Malaysia-Eropah.

Difahamkan pelantikan terbaru ini akan membolehkan syarikat penerbangan tambang murah ini untuk memperoleh kelulusan cepat bagi laluan-laluan seperti ke Amerika Syarikat dan rantau Timur Tengah.

Syarikat itu baru memulakan penerbangan ke Paris-Orly bulan ini dan ke lapangan terbang Haneda di Tokyo Disember lalu dengan memiliki 11 pesawat.

Ia juga menyediakan perkhidmatan ke Darwin, Perth, Gold Coast dan Melbourne di Australia, lapangan terbang Stansted di London, lapangan terbang Khomeini Iran dan lapangan Incheon, Seoul tetapi menarik balik penerbangan ke Abu Dhabi ekoran respons dingin.

Kesemua pesawat AirAsia X menggunakan hak-hak pendaratan yang diberikan kepada kerajaan Malaysia, kebanyakannya diperoleh ketika era Rafidah sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri apabila negara mengadakan perjanjian langit terbuka.

AirAsia X bercadang untuk menyenaraikan syarikat itu pada separuh kedua tahun ini, tetapi bergantung pada keadaan pasaran dan telah menyempurnakan pengeluaran hak bernilai RM100 juta bagi mendapatkan dana dan bebas pembiayaan bagi pertumbuhan berterusan.

TVS News

Hipokrasi Umno ??

 

SATU - Kalau Syeikh al-Qardawi menerima cadangan perlantikannya sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin suatu masa dahulu, adakah kerajaan Malaysia akan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau?

 




Saya berani berkata tidak, bahkan tidak sekali-kali. Serangan Najib kepada Ikhwan dan tokoh ulama itu yang dibantah oleh pimpinan PAS membuktikannya.

Al-Qardhawi memang orang Ikhwan dan itu bukan rahsia lagi. Beliau antara produk terbaik Ikhwan. Namun beliau pernah menolak untuk memegang jawatan itu kerana baginya, suaranya lebih berkesan jika beliau tidak memegang jawatan itu.

Hasilnya ialah, suaranya berharga kepada semua pihak dan itu bukan sekadar menguntungkan Ikhwan bahkan Islam secara keseluruhan.

Namun orang tidak pernah lupa bahawa beliau adalah orang Ikhwan. Sekali lagi, serangan serentak Najib ke atas Ikhwan dan al-Qardawi membuktikan semua itu.

DUA - Calon BN di Kerdau terpaksa menunjukkan sijil yang dimilikinya kepada umum selepas dikatakan tidak berjaya menamatkan pengajian. Selepas sijil itu ditunjukkan, dia diserang lagi dengan dakwaan sijil itu diperolehi bukan dengan lulus peperiksaan tetapi dibeli.

Adakah calon Umno / BN itu akan terpilih sebagai calon jika dia bukan lepasan al-Azhar? Saya berani berkata tidak, bahkan sekali-kali tidak.

Calon Umno / BN tidak dikenali umum sebagai tokoh agama. Setahu saya, beliau tidak pernah muncul dalam acara agama berprsetij. Namun itu semua tidak penting. Apa yang penting ialah beliau lepasan al-Azhar.

Samada beliau lepas dengan pintu belakang atau depan juga tidak penting. Apa yang penting, canangkan sahaja bahawa beliau lepasan al-Azhar.

TIGA – Mengapa Umno / BN menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada al-Qardawi? Mengapa Umno / BN memilih lepasan al-Azhar sebagai calon di Kerdau?

Tentulah untuk membuktikan kepada umum bahawa Umno / BN pro agama. Samada Umno / BN benar-benar pro agama atau tidak itu tidak penting. Apa yang penting ialah persepsi umum mesti dibentuk bahawa Umno / BN adalah parti pro agama.

Ada satu lagi langkah yang boleh dilakukan oleh Najib untuk membuktikan Umno / BN pro agama. Apa dia?

Ha… suruh saja si Rosmah bertudung semasa berkempen di Kerdau. Tak perlu pakai furdah, tudung sahaja sikit-sikit, nampak jambul pun tak apa, itu sudah boleh dikira bertudung versi Umno / BN. Kalau si Rosmah boleh bertudung litup, itu lebih mengagumkan.
Semua ini membuktikan apa? Ya… hipokrasi Umno / BN. Itu sahaja.

----------------------------------------------------------------------

Psssttttt…. orang kuat PAS Perlis yang tolong cetak 'poster PRU' kami tu faham ke apa itu hipokrasi? Jangan marah, nanti kena jual.

TERKINI!! - PEMIMPIN HINDRAF DITANGKAP!! (DIKEMASKINI)!

TERKINI!!


Dari sumber Twitter Malaysiakini, kira-kira 12 minit lalu menyebut pemimpin Hindraf yang lantang bersuara, P Uthayakumar ditahan polis beberapa jam sebelum demonstrasi anti-Umno-APCO dirancang diadakan di KLCC!

Laporan lanjut menyusul!

Kemaskini jam 9050 hrs


Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.

Demonstrasi besar-besaran yang dijadualkan itu juga sebagai membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

“Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih,” kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.

Adalah difahamkan perarakan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Selain Uthayakumar, 17 lagi individu yang terbabit dengan perarakan itu juga dicekup oleh polis pagi ini - tujuh di KLCC manakala 10 lagi di Hotel Renaissance.

Identiti mereka belum diketahui.

Sementara itu, jalan-jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak malam semalam telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu.

Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan Jalan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh.

Perarakan itu sepatunya bermula di KLCC tetapi rancangan mereka terpaksa ditukar kerana kehadiran jumlah polis yang agak besar pagi ini sekitar bangunan berkenaan.

Dianggarkan tidak kurang 200 anggota polis termasuk mereka yang tidak memakai pakaian seragam berada di lokasi berkenaan. Sebahagian besar mereka ditempatkan di antara Jalan Ampang - Avenue K dan bangunan berkembar Petronas.

Wartawan diberi arahan supaya tunggu di sebuah perhentian bas di KLCC, tetapi arahan itu seringkali tidak diendahkan apabila mereka mendapat tahu berlaku kekecohan di sesetengah tempat.

DAP Akan Pastikan Kemenangan PAS Di Kerdau

DAP akan berusaha untuk memastikan undi pemilih Cina kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dapat ditingkatkan.


Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun jumlah pengundi Cina di Dun Kerdau sekitar 450 orang atau 3.6 peratus, namun pertambahan walaupun satu undi adalah penting.

Katanya, DAP akan menerangkan kepada mereka mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sama ada kerajaan negeri dan Pusat dalam usaha untuk menambahkan sokongan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Kerdau.


“Kami akan menerangkan kepada mereka keadaan negara dalam semua segi, politik, ekonomi bagi menambah undi kepada calon PAS kerana semua adalah penting,” katanya ketika ditemui semasa menunggu pengisytiharan calon yang akan bertanding pada PRK Kerdau di perkarangan Dewan Majlis Daerah Temerloh, di sini sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong menambah rakyat mesti didedahkan dengan penyelewengan kerajaan BN seperti penyalahgunaan wang rakyat, rasuah, nepotisme, pilih kasih dalam pembahagian projek dan tender kerajaan dan sebagainya.

“Kita akan menerangkan isu-isu berkenaan kepada mereka,” ujarnya.

Berdasarkan statistik Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Dun Kerdau mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 455 pengundi Cina (3.6 peratus), India (3.4 peratus) dan 260 orang daripada lain-lain kaum (2.98 peratus).

Berada kira-kira 20 kilometer dari bandar Temerloh, Kerdau mempunyai penduduk yang rata-ratanya menjalankan kegiatan pertanian kelapa sawit dan getah di bawah program Felda dan Felcra selain usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Terdapat tiga tanah rancangan dalam Dun Kerdau iaitu Felda Jengka 22, 23 an 25, selain mempunyai beberapa penempatan Orang Asli.


YB NURUL IZZAH : "RAKYAT PERLU BANGUN DAN SEDAR"

 

PAKMAN KADIR @ PAK JABIT (KIRI) CIKGU JALALUDDIN PENYELARAS DUN LANCHANG(KANAN)


SDR NIZAM KETUA CABANG TEMERLOH DAN YB NURUL IZZAH(KANAN)





LANCHANG-Puteri Reformasi itulah gelaran yang diberikan suatu ketika dahulu dan kini menjadi ahli Parlimen Lembah Pantai , ibu kepada 2 orang anak ini bukan sahaja menjadi idola anak muda khasnya kaum muda dan wanita , petang tadi telah memberikan ucap utama dalam jamuan bersama 150 orang penyokong PKR di DUN Lanchang petang tadi.


Turut sama menyertai ceramah kecil tetapi padat dengan kupasan ini ialah Ketua Cabang Temerloh Sdr Nizam Hamid, Penyelaras DUN Lanchang Cikgu Jalaludin ,dramatis Pak Jabit atau Pak Man Kadir, para penyokong dan juga sebahagian besar ahli wanita di kawasan DUN Lanchang.


Beliau menjelaskan mengenai peranan Umno yang dilihat bukan sahaja gagal membantu kaum Melayu , malahan telah menjadikan duit rakyat sebagai duit mereka sendiri. Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis ringkas namun penuh bermakna kerana turut menandatangani buku Jingga yang dibawa bersama .

YB Nurul menjelaskan beerapa contah misalnya mengenai syarikat Hati Budi yang merupakan sebuah syarikat umno setelah didesak oleh Sdr Kit Siang pada tahun 1986,telah mendapat kontal lebuhraya dan umpama masuk duit poket kanan dan masuk juga poket kiri kerana Umno mengunakan wang negara seumpama menggunakan duit mereka szendiri.

Malah menurut beliau lagi, skandal BMF,yang mana melibatkan kebocoran kewangan negara sejak dahulu dan sehingga kini keadaan kebocoran kewangan negara semakin serius dan berterusan, namun tiada apa tindakan bagi membetulkanya.

YB Nurul juga menjelaskan mengenai bagaimana Buku Jingga dan janji janji Pakatan Rakyat bagi membantu rakyat bagi mengurangkan permasalahan yang berlaku dan yakin Pakatan Rakyat mampu untuk melaksanakan kerana janji kita kepada rakyat bukanlah sebuah janji semata-mata namun mahu melaksanakanya.Jadi menurut beliau lagi, rakyat harus sedar dan bersama menyertai bantahan bukan sahaja ketidakadilan mengenai pengurusan wang negara, malahan kenaikan harga barang dan jatuhnya kuasabeli rakyat menjadikan kaum Melayu di kampung-kampung antara kaum yang termiskin.Beliau berlepas ke Indera Mahkota untuk sessi ceramah umum malam ini.

MB Pahang, Adnan fitnah PAS isu sijil calon BN ??

PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.

"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.

Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.
Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.

“Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.

“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.

Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
 
sumber: kedahlanie.info

Ali Rustam sombong, usaha bodohkan pengundi Merlimau akan gagal ??

PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.

“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.

“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.


Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat, malah turut memburukkan keadaan.

Kata Nasharudin, Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Umno yang sudah lama terlibat dalam arena politik patut tahu maksud sebenar amalan demokrasi yang diamalkan.

“Patut beliau yang sudah lama menjadi pemimpin Umno patut faham erti demokrasi yang membolehkan mana-mana parti untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.

“Bukan kerana rakyat tapi sistem yang diamalkan di Mesir, dan kita di sini telah terlibat dalam pilihan raya sejak dari dulu lagi... sudah banyak yang kita sertai,” katanya.

Jelas beliau, strategi Umno untuk memburukkan PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung tidak akan mempengaruhi pengundi di Merlimau.

“Ini bukan kempen Umno tapi ia adalah sikap yang ditunjukkan pemimpin Umno terhadap Pakatan Rakyat dengan buat tuduhan liar untuk nafikan hak demokrasi.

“PAS sudah terlibat dalam pilihan raya sudah lama, rakyat tahu apa PAS dan mereka tahu kualiti yang ada pada PAS.

“Mereka (Barisan Nasional) boleh tuduh tapi usaha untuk memperbodohkan pengundi di Merlimau tidak akan berhasil,” kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya PAS akan memberikan saingan yang hebat.

“Kita jangkakan satu pertandingan yang sengit dan tak mudah (untuk menang) tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh beri tentangan,” kata Nasharudin.

PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. - MI

Saturday, February 26, 2011

Tak nampak ada jalan boleh menang???

Peneroka-peneroka sekali lagi bakal menjadi penentu kepada kejayaan parti mana dan calun-calun yang bertanding pada pilihanraya kecil Kerdau sepertimana di-Tenang.

Peneroka-peneroka dari skim Jengka 22, 23 dan 25 ini adalah setengah daripada 9 ribu pengundi berdaftar yang layak mengundi.

Hampir 80 peratus rumah-rumah peneroka di-Kerdau ini kalau kita perhatikan, mengibarkan bendera kati warna biru dan bendera umno, ini awal-awal lagi adalah isyarat kata hidup dan mati mereka hanya bersama dengan BN/umno.

Dengan kebangkitan anak-anak muda yang sedang bangun melawan di Tunisia,Mesir,Algeria serta anak-anak muda di IPTA-IPTA di negara kita sendiri, PAS/Pakatan Rakyat hanya menaruh harapan dan berharap kepada anak-anak muda di Kerdau yang merangkumi 40% dari keseluruhan pengundi berdaftar, mana tahu mungkin semangat anak muda yang bangun melawan disana boleh berjangkit dekat sini.

" SIAPA KATA FELDA BANKRAP?, FELDA TAK BANKRAP LAH!" itu kata seorang makcik yang tak reti baca dan tak reti menulis,yang tak tau apa-apa,yang dah duduk di-felda sana dekat 4o tahun... Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Betul lah kata blogger Al'Banjari..kalau tunggul kayu di cat dengan warna biru pun mereka akan memangkahnya..