Followers

Saturday, October 30, 2010

WAL KARUT BIN MARUT ? - INI PUN JIN KALI KLENTONG !


SITI BALQIS DITEMUI DIRUMAH KENALAN DI JELEBU - melayau

BESUT 28 Okt. - Siti Balqis Mohd. Nor, 22, yang terus mencetuskan misteri apabila dikatakan hilang semula sejak Ahad lalu akhirnya ditemui di rumah kenalannya di Kampung Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.

Bagaimanapun penemuan kali ini bukan menggunakan khidmat bomoh pengamal perubatan Islam seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya melalui hasil siasatan polis.

Penemuan itu sekali gus menolak andaian bahawa Siti Balqis 'ghaib' kononnya masih dilarikan oleh makhluk halus pada malam Ahad lalu dan berada di Gunung Jerai, Kedah.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria hari ini mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini mengenai penemuan Siti Balqis.

Turut hadir ibunya, Norizan Said, 47, dan dua bapa saudaranya, Abdullah Said, 72, Daerawi Said, 62, serta kenalan gadis itu, Norwaniza Ramli, 19.

Bagaimanapun sepanjang sidang akhbar itu, Siti Balqis tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh pihak media.

Dia juga dilihat enggan memasuki kenderaan untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal dekat sini sehingga ibu serta anggota keluarganya terpaksa memujuknya.

Menurut Kamarudin, berdasarkan laporan ibu Siti Balqis pada pukul 1.50 pagi, Isnin lalu, pihaknya terus menjalankan siasatan termasuk berpandukan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Siti Balqis kepada ibunya.

''Kami mendapati, SMS itu dihantar dari Negeri Sembilan dan bukannya dari Gunung Jerai.

"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenalinya melalui surat-menyurat sejak lima tahun lalu di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.

"Sehubungan itu, dua anggota polis telah dihantar ke sana dan dia bersama rakannya, Norwaniza telah dibawa ke sini pagi ini, "jelasnya.

Beliau memberitahu, berdasarkan tiket bas yang diperoleh, Siti Balqis menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam sebelum menuju Negeri Sembilan dan bercadang pulang semula ke Besut pada 31 Oktober ini.

Dia yang tidak menjelaskan punca gadis itu menghilangkan diri ke Negeri Sembilan menyifatkan kes berkenaan sebagai selesai dengan penemuannya dan tidak timbul soal disembunyikan atau ghaib.

Dengan penemuannya itu, Norizan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis tetapi tidak pasti bagaimana kesudahan nasib anaknya itu kerana kerap ghaib dalam keadaan mengelirukan.

Sementara itu Norwaniza ketika ditemui memberitahu, dia mengenali Siti Balqis menerusi majalah Remaja lima tahun lalu dan sejak itu mereka sering berutus surat walaupun tidak pernah bertemu.

Katanya, Siti Balqis hanya memberitahunya menerusi telefon akan datang ke rumahnya dengan tujuan melawat dan pada pagi Isnin Siti Balqis tiba di rumahnya dengan sebuah teksi.

Norwaniza juga mengakui tidak pernah mengetahui mengenai kisah Siti Balqis yang menarik perhatian media kerana sering 'ghaib' sejak lebih dua bulan lalu dan menimbulkan misteri sehinggalah anggota polis datang ke rumahnya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH…


woit… DARO… EKAO DATANG KAMPONG DEN…. kah kah kah..

kah kah kah…. LAAA…. APA JADI DONGAN JIN ITU…. kah kah kah..

kah kah kah…. DARO… EKAO DATANG NAIK BAS…. kah kah kah..

kah kah kah… PEMBONGAK BOTO JIN NI…. JIN BOHONG…kah kah kah….

kah kah kah… CAKAP ADA POWER…MACAM POWER RANJER…. kah kah kah…

kah kah kah… APAKAH JIN INI KEHABISAN TENAGA UNTUK PENERBANGAN KE GUNUNG JERAI?.... kah kah kah..

kah kah kah… APAKAH JIN INI TIDAK MEMILIK GPRS… HINGGA SILAP KE JELEBU…. kah kah kah..

kah kah kah…. JIN INI BETUL BETUL TAK BOLEH PAKAI…. kah kah kah..

nota:
inilah cerita karut bin marut
suraah dari bohong bin tipu

kalau bomoh kita telah tangkap jin ini
harap jangan buang kan ke dalam laut
kita hantar jin ini ke israel untuk menentang
rejim zionis yang ganas itu kah kah kah..

kalau jin ini banyak permata
maka kita ambil jin ini jadikan
gobenor bank negara
atau gantikan zeti atau idris jala
pasti ekonomi kita naik melonjak kah kah kah

kalau bomoh kita tangkap jin ini
harap jang dibuang ke laut
kita lantik dia jadi angkasawan negara
kapal angkasa kita bukan ke bulan
kita menuju ke matahari kah kah kah

kalau bomoh kita tangkap jin ini
harap jangan buang ke laut
kita jadikan dia atlet negara
pada olympik london 2012
jin ini wakil negara
pasti berkepok kepok pingat emas untuk kita kah kah kah


kalau bomoh kita tangkap jin ini
tolong jangan buang ke laut
bomoh dan jin ini kita hantar ke norway
untuk menrima hadiah nobel
yang selama ini kita mimpi mimpikan

kalau bomoh kita tangkap jin ini
tolong jangan buangkan ke laut
minta jin ini ubat kan bisul zul nordin
yang dah mula tumbuh di mulut kah kah kah

kalau bomoh kita tangkap jin ini
tolong jangan buang ke laut
zunar nak pakai dia sebagi model
untuk buku karton yang akan datang

kalau bomoh kita tangkap jin ini
tolong jangan buangkan ke laut
minta jin ini tolong satu lagi jin kaki tipu
yang ambil duit kerajaan perak
kata nak buat pasir salak kah kah kah

nota:
kalau dapat tangkap jin ini
jualkan pada bik mama
bik mama akan bayar berjuta juta
untuk kurangkan kilonya kah kah kah

nota:
ada bau tekanan keberahian
ada bau seksualiti
ada bau female bonding

anak gadis ini perlu
menemui pakar saikoloji
bukan pakar tangkap jin

kalau nak tangkap jin
minta sprm buat siasatan di finas kah kah kah

Friday, October 29, 2010

DATUK ZAID Mendahului 79 Undi Untuk Jawatan Timbalan Presiden PKR ?

Timbalan: Zaid dahului pengundian - Abdul Rahim SabriOkt 29, 107:18pm

Daripada sepuluh cabang PKR yang mula mengadakan pemilihan jawatan untuk jawatan tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim kini mendahului di depan dengan 79 undi untuk jawatan timbalan presiden.

Lima cabang di Kedah dan lima lagi di Kelantan memulakan pemilihannya hari ini.

Berbeza dengan pencalonan, kemenangan calon dikira berdasarkan jumlah undi yang terkumpul dan tidak dikira berdasarkan kemenangan di cabang.

Berikut keputusan yang diperoleh setakat ini:

Rantau PanjangKetua AMK: Shamsul Iskandar Md Akin (14), Badrul Hisham Shaharin (0)Timbalan: Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (14), Chang Lih Kang (0)Naib: Azmizam Zaman Huri (14), Erveana Ansari Ali (13), V Sivam (13), Abdul Yunus Jamahri (1)

Alor SetarTimbalan: Zaid Ibrahim (59), Azmin Ali (20), Mustaffa Kamil Ayub (5)

Pokok Sena Timbalan: Zaid Ibrahim (20), Azmin Ali (3), Mustaffa Kamil Ayub (1)

Naib: Tian Chua (20), Sivarasa (17), Nurul Izzah Anwar (15), Mansor Othman (10), N Gobalakhrisnan (9), Fuziah Salleh (5), Suresh Kumar (3), Baru Bian (1), Xavier Jayakumar (1)

Ketua AMK: Badrul Hisham Shaharin (3), Shamsul Iskandar (0)Timbalan: Chang Lih Kang (2), Kharul Anuar Ahmad Zainuddin (1)Naib: Azmizam Zaman Huri (3 undi), S Kesavan (2) dan Lee Khai Loon (2 undi).

Ketua Wanita: Animah Ferrar (1), Suraya Sudin (2), Zuraida Kamarudin (0)Timbalan: Rodziah Ismail (3), Asmah Abd Kadir (0)Naib: Gan Pei Nei (3), Haniza Talha (3) dan Salma Ismail (2).

(Hanya 24 daripada 314 yang layak membuang undi)

Nasib Malang calon Keadilan Batu Sapi !


Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.

Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.

Ansari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh

Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.

Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.

Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada.

* Bayangkan bertapa daif kehidupan orang di Sabah , mujur yang jatuh itu calon PKR ? cuba bayangkan kalau yang jatuh itu perenpuan mengandung atau kanak kanak tak tau apa malapetakanya pulak. *

KPT, PTPTN Didakwa Sogok RM1,500 Setiap Mahasiswa Oleh Fazli Othman

galas-skGUA MUSANG 29 Okt - Kementerian Pengajian Tinggi didakwa bersengkokol dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyogok bakal mahasiswa dengan imbuhan RM1,500 sebagai pembayaran awal meskipun belum mendapat tawaran secara rasmi daripada Unit Permohonan Universiti (UPU).

Menurut sumber yang memberitahu, pihak atasan kementerian terbabit memberikan arahan supaya pegawai di PTPTN menghubungi pemohon-pemohon tersebut bagi memaklumkan mereka berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Apa yang pelik katanya, sepatutnya itu menjadi bidang tugas kakitangan UPU untuk menghubungi bakal-bakal mahasiswa dan bukannya menjadi kelaziman pihak PTPTN untuk menyatakan perkara tersebut.

"Ini berkemungkinan ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas yang akan diadakan 4 November ini.

"Arahan yang diberikan adalah pegawai di PTPTN menghubungi bakal mahasiswa ini tetapi tumpuannya adalah mereka yang tinggal di Guaptptn Musang.

"Kalau betul nak bagi, sepatutnya diberikan kepada semua mahasiswa di seluruh Malaysia tetapi kenapa hanya untuk di Gua Musang sahaja," kata sumber itu.

Sumber tersebut turut memaklumkan satu majlis bergambar turut akan diadakan bagi menyerahkan pinjaman kepada bakal pelajar ini hujung minggu ini.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak akan melayan mana-mana tuntutan termasuk usul pembinaan sebuah universiti oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang.

Beliau berkata tidak mahu disebabkan adanya PRK maka kerajaan terpaksa melayan pelbagai tuntutan yang dianggap tidak munasabah

Rosmah Guna Duit Permata Anjur Sidang Wanita Pertama? Oleh Dzulkarnain Taib

Rosmah Guna Duit Permata Anjur Sidang Wanita Pertama?
RMKUALA LUMPUR 28 Okt - Kalangan ahli parlimen Barisan Nasional melahirkan rasa tidak puas hati secara senyap apabila timbul desas desus isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan peruntukan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) untuk menganjurkan persidangan Wanita Pertama 'Dunia Ketiga' yang glamer baru-baru ini.

Oleh kerana intipati Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diadakan dari 12 hingga 14 Oktober lalu memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak maka timbul dakwaan bahawa peruntukan Permata telah digunakan.

Malah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendakwa sebanyak RM24 juta telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut yang mengumpulkan seramai 15 Wanita Pertama, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Apa yang mengecewakan kata Zuraida kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah sasau apabila tidak tahu menentukan perkara yang mana perlu didahulukan.

"Ahli Parlimen Lubuk Antu tadi ada menyebut di kawasannya, di sesetengah tempat tidak mempunyai sekolah dan ada tempat, murid terpaksa berkongsi meja.

"Macam-macam yang tidak ada tetapi RM24 juta dibelanjakan untuk 'First Lady Summit".

Malaysia juga katanya turut dicemarkan dengan Islamic Fashion Fair (IFF) yang dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri yang menurut beliaufirstladysummit berlagak ala Wanita Pertama Malaysia.

"Ramai rakyat sedang menunggu kenyataan maaf daripada penganjur tetapi masih memekakkan telinga. Dulu Islam Hadhari sekarang Islam First Lady," ujar Zuraida ketika membahas Bajet 2011, petang semalam.

Perdana Menteri ujar beliau dalam menjawab soalan berhubung siapakah 'First Lady' Malaysia telah menjelaskan kononnya jolokan Wanita Pertama tidak boleh mengatasi Pemaisuri Agong.

"Datuk Yang DiPertua, saya ingin tahu sekolah mana yang mengajar ada nombor lain sebelum nombor satu, mungkin Permata kot - merujuk kepada program Rosmah yang mendapat peruntukan RM111 juta dalam Bajet 2011," ujar Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Umno Bergolak, Kumpulan Anti Musa Aman Diberi Amaran Keras Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3630SANDAKAN 29 Okt - Bekas penaja Umno Sabah, Datuk Karim Ghani berkata pergolakan dalam kem Umno dan Barisan Nasional dalam jentera pilihan raya kecil Batu Sapi bukan lagi rahsia apabila kumpulan pro Datuk Seri Shafie Afdal dan kumpulan pro Ketua Menteri saling sabotaj mensabotaj dalam usaha mereka menguasai politik Sabah.

Beliau mendakwa kumpulan Shafie sedang bergiat untuk memastikan bahawa ahli Umno dalam BN mengundi calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam PRK Batu Sapi 4 November depan.

Tindakan mereka telah sampai ke pengetahuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehingga telah memberi amaran keras kepada kelompok supaya berhenti berbuat demikian.

"Tujuan mereka ialah untuk memalukan Musa Aman sebagai Ketua Perhubungan Umno Sabah dan Pengarah Pilihan Raya Batu Sapi," kata Karim kepada Suara Keadilan.

Beliau juga menggesa ahli-ahli Usno yang menyertai Umno supaya tidak mengundi calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

"Ini kerana pada tahun 1985 PBS belot dan mengkhianati Usno serta menindas ahli-ahli Usno hampir 10 tahun.

"Untuk mereka menunjukkan kebencian kepada PBS saya harap mereka tidak mengundi calon PBS ini," ujar beliau.

Karim menegaskan PRK P185 Batu Sapi merupakan isyarat penting untuk menghadapi Pilihah Raya Umum ke-13 di mana hanya BN atau Pakatan Rakyat sahaja yang mampu membentuk kerajaan pusat.

Justeru itu adalah tindakan yang merugikan sekiranya pengundi Batu Sapi memberikan undi kepada Sapp yang hanya parti negeri yang tidak boleh membentuk kerajaan persekutuan dan merubah dasar kerajaan pusat.

"Kalau BN pula, rakyat juga akan menderita kerana ia mengamalkan buadaya 'cium tangan, angkat kaki, 'business as usual' dan 'status quo'. Kalau mahu perubahan tidak ada pilihan kecuali menyokong Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga bekas Naib Presiden Usno dan penasihat kumpulan bekas ahli-ahli Usno.

LIM GUAN ENG BERKEMPEN DI GALAS


Setiausaha Agung DAP Kebangsaaan, Lim Guan Eng menempelak dakwaan dan propaganda Umno-BN yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak mampu untuk mentadbir dan memerintah sesebuah negeri apatah lagi sebuah negara.

Beliau membawa beberapa isu yang sengaja ditimbulkan oleh Umno-BN di negeri yang ditadbirnya iaitu Pulau Pinang.

"Umno menyalahkan kerajaan Pulau Pinang yang memberikan wang kepada rakyat melalui pelbagai bentuk program termasuk insentif kepada pelajar tahfiz, dengan pandangan yang sangat negatif seolah-olah ianya suatu kesalahan yang sangat besar.

"Sebaliknya, tindakan mereka yang mengambil wang rakyat dan memasukkan dalam poket sendiri itu tidak salahkah?" ujarnya kepada kira-kira 200 orang yang hadir pada sebuah ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dun Galas di Sungai Terah malam tadi.

Tambahnya, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga telah menyambung semula program Sekolah Agama Rakyat yang dihentikan oleh kerajaaan Umno-BN.

Selain itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini memaklumkan mengenai kemampuan Pakatan Rakyat mengurustadbir negeri itu dengan lebih baik apatah lagi dalam membela nasib dan keperluan orang Islam.

"Pada tahun akhir semasa pemerintahan ketua menteri sebelum ini, Koh Tsu Koon kerajaan negeri Pulau Pinang hanya memberikan peruntukan untuk orang Islam sebanyak RM12.5 juta, tetapi setelah kita (Pakatan Rakyat) mengambil alih, peruntukan tersebut telah meningkat kepada RM20.5 juta dan terbaru RM24.3 juta," katanya.

Beliau turut menepis segala bentuk isu berbentuk sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak lawan bagi memecahbelahkan kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul isu siapa(parti) yang lebih berkuasa dalam pakatan Rakyat kerana rakyatlah yang lebih berkuasa bagi Pakatan Rakyat.

"Umno-BN sanggup menimbulkan isu-isu sensitif perkauman ini adalah bertujuan untuk menutup isu sebenar yang lebih besar iaitu kronisme dalam parti-parti komponen BN.

Beliau membawa contoh isu skandal terbesar iaitu PKFZ yang melibatan kos yang begitu besar sehingga kerajaan mengalami kerugian.

"Selepas Ling Liong Sik ditangkap, kita lihat seolah-olah Ling pula yang lebih berkuasa dan bijak daripada Perdana Menteri ketika iaitu Mahathir sedangkan semua tahu siapa yang sebenarnya yang lebih bijak.

"Bagaimana Ling Liong Sik yang hanyalah seorang menteri boleh tipu Mahathir? semua ini rakyat sudah boleh membuat penilaian dengan bijak," ujarnya lagi.

Zulkifli Noordin "Anjing yang Menyalak" - Azmin Ali Posted by Love Perak


KUALA LUMPUR, — Pemimpin Keadilan dan DAP menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa mereka mengadakan pakatan rahsia dengan mengetepikan PAS bagi menjamin dominasi kepimpinan Cina jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Sebaliknya kepimpinan kedua-dua parti itu membidas Zulkifli Noordin, yang keluar keadilan awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk 'berkhidmat' kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Tiada pakatan atau perjanjian rahsia sama sekali. Ini cerita mengarut Zulkifli yang hanya berminat untuk memecahbelahkan anggota Pakatan Rakyat.

“Dia ahli politik yang sudah bankrup, yang digunakan oleh BN untuk membangkitkan dakwaan-dakwaan seperti ini ke atas kami,” kata Azmin Ali

“Kami bukan macam B-end,” kata Azmin yang menyifatkan Zulkifli sebagai “anjing yang menyalak.” Azmin juga berkata, serangan bertubi-tubi B-end terhadap mereka membuktikan bahawa perikatan diterajui Datuk Seri Najib Razak terganggu dengan perpaduan kukuh di kalangan pemimpin DAP, Keadilan dan PAS.

“Kami berada dalam kedudukan mantap sekarang. Kami akan terus kuat, bersatu dan akan membuktikan untuk muncul barisan yang menggerunkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kekuatan Pakatan Rakyat ialah menerusi (pendekatan) perbincangan sepanjang masa dan datang dengan (keputusan) konsensus,” kata Azmin lagi.

Semalam, Zulkifli mendakwa DAP dan Keadilan membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli mendakwa hubungan rapat antara DAP dan Keadilan adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut. “Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika Keadilan menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

“Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang senada dengan pandangan Azmin pula mempertikaikan waktu wakil rakyat itu membuat “pendedahan” itu.

“Tiada perkara sedemikian, ia tidak benar. Ke mana dia hendak pergi dengan ini (kenyataan),” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

“Apa yang dia katakan itu cerita dongeng. Parlimen tidak harus dijadikan tempat untuk membuat cerita-cerita dongeng,” kata beliau

Bagaimanapun pemimpin veteran ini enggan mengulas lanjut atas alasan tidak mahu memberi tumpuan kepada bekas pemimpin PR itu.

Pengarah Pilihan Raya Keadilan Fuziah Salleh juga mengetepikan dakwaan Zulkifli sambil berkata, beliau melihatnya sebagai perkara “normal” memandangkan PR berhadapan dengan dua pilihan raya kecil sekarang.

“Ini perkara biasa bagi Zulkifli Noordin, ini helah untuk dia berkhidmat bagi pemimpin-pemimpin politik (dari BN).

“Biasalah, hari pengundian semakin dekat, kami memang telah menjangkakan yang dia akan muncul dengan perkara-perkara macam ini,” kata Fuziah lagi. “Zul, berhentilah daripada bercakap cerita dongeng... bertanggungjawab dengan tindakan-tindakan kamu,” kata Fuziah yang menyelia jentera pilihan raya Keadilan di Batu Sapi sekarang.

Malah Fuziah menegaskan, Keadilan sama sekali tidak akan membuat pakatan berasingan bersama DAP dengan mengetepikan PAS.

“Kami menafikan dakwaan ini. Ia tidak benar. Jika anda melihat, kesemua PAS, DAP, Keadilan, kami bersatu,” kata beliau sambil menambah, “mengapa kami perlu buat macam ini?”

“Ia bukan ciri politik dalam Pakatan Rakyat. Dia pembohong,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Sudahlah ganggu ceramah PR, berlagak sombong pulak tu!


Video Umno Melaka 'mengganas':

Ini adalah video bagaimana UMNO mengaku bahawa dialah yang memberi segala-galanya dalam Malaysia. Jalan raya, bangunan, hospital dan sebagainya serta mengatakan manusia ini adalah menumpang jalan. Manusia seperti orang UMNO ini sudah lupa Tuhan dan menghina hukum hudud.

VIDEO: Boleh lihat video keangkuhan Umno Melaka di SINI..

Dalam ceramah ini juga, pihak UMNO menggangu ceramah yang telah dianjurkan oleh pihak PAS. Berceramah yang merapu bahawa UMNO akan mempertahankan keris Hang Tuah. Dia lupa sejarah bahawa negeri yang mula-mula ada sultan adalah dari Melaka namun Melaka juga negeri yang tiada sultan sehingga ke hari ini.

Ini akibat sifat Melayu UMNO yang tamak serta menghina hukum Tuhan. Mereka lupa diri dan tidak tahu bersyukur. Akibatnya ceramah mereka dipulaukan oleh ahli mereka sendiri. Cuba lihat video di atas dan kira berapa jumlahyang datang ke ceramah UMNO yang merapu itu?

Pada masa yang sama ada juga kedengaran ceramah dari pihak PAS yang turut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek namun diganggu oleh 'ustaz' dari UMNO yang bernama Tajuddin Osman.

Beginilah sikap umno yang suka buat kacau jika Pakatan Rakyat cuba untuk berceramah. Mereka sering dilihat seperti cacing kebingungan dan sering kali menjadi lembu liar ketika ceramah Pakatan Rakyat diadakan.


CERAMAH PR







CERAMAH BN





Baru sebentar tadi berlangsungnya ceramah oleh pihak PAS selaku wakil Pakatan Rakyat namun pada masa yang sama dengan jarak hanya 50 meter, UMNO juga mengadakan ceramahnya untuk mengganggu pihak PAS. Ceramah PAS turut menjemput ADUN DAP dari Kesidang dan ADUN Bachang manakala PAS menampilkan Ustaz Sidek Noor dari Perak.

Di pihak UMNO pula menampilkan Tajuddin Osman dan menayangkan video kerana mereka tiada penceramah termasuk ketiadaan Ali Rustam untuk berceramah pada ceramah tersebut. Kehadiran orang ramai pada pihak PAS dan Pakatan Rakyat adalah sekitar 400 orang manakala bagi UMNO dan BN sekitar kurang dari 50 orang seperti dalam gambar di atas.


Sekarang rakyat telah membuktikan mereka boleh hidup tanpa UMNO kerana rezeki datang dari Tuhan dan bukannya dari UMNO. Apatah lagi manusia yang hidup akan menemui ajalnya inikan UMNO yang akan mati pada bila-bila masa sahaja.

Perjuangan mereka hanyalah bersifat holistik dan seperti gajah namun berkaki plastik. Mereka hebat dengan laungan membela melayu tetapi membisu dalam menipu Melayu. Inilah UMNO yang licik tapi jahil. Gambar di atas juga menunjukkan sudah tiba masanya untuk Ali Rustam mengundurkan diri dari DUN Bukit Baru.

Ceramah yang dianjurkan mereka sebelum ini dipulaukan oleh penduduk setempat dan bukan sebelum ini sahaja malahan malam ini juga rakyat Bukit Baru menterjemahkannya dalam siri ceramah yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Bukan itu sahaja, pihak polis sudah terbuka pintu hati mereka untuk mendengar ceramah PAS termasuk juga 'Special Branch'. Pihak polis lebih aman jika berada dikawasan Pakatan Rakyat berbanding dengan ceramah UMNO. Sebab itu ceramah UMNO polis tidak berkawal kerana tiada apa untuk dikawal.

Yang datang ceramah UMNO hanyalah budak-budak kecil dan pakcik-pakcik yang saja-saja singgah mahu melihat ceramah UMNO. UMNO berceramah bukan dengan penceramah sebaliknya memasang ytayangan video. Jelas membuktikan UMNO ketiadaan penceramah.

Sumber: suaramelaka.blogspot.com

GALAS - BN AKAN KALAH ?


Ketua Pemuda UMNO Gua Musang



Kempen Pilihan Raya Kecil Galas dan Batu Sapi semakan hangat. Pengundian serentak di kedua-dua kawasan itu akan diadakan serentak pada 4 hb November nanti. Saya tidak menyertai mana-mana kempen seperti sebelum ini. Kali ini tidak ada undangan dan arahan. Mungkin kerana saya bukan dari kumpulan A atau B. Saya pun tidak pasti samaada saya dari kumpulan C atau pun D ataupun memang tidak berada dalam mana-mana kumpulan kerana bukan kroni sesiapa.

Membaca blog serta mendengar nanti.cerita dari kawan-kawan, kemungkinan untuk menang adalah tinggi. Pas kalah dari segi isu. Antara isu yang menghangatkan dan menungkinkan Pas tewas adalah isu calon adalah 'Orang Luar'. Anak temptan Pas Gua Musang sungguh kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon, kerana itu mereka bertindak memboikot segala kempen yang dijalankan. (Baca Sini) Ini membuatkan jentera Pas dari luar Gua Musang juga kecewa dan bersikap dingin terhadap kempen. Tambahan pula peruntukan kempen dari pusat diberitakan tidak sampai, justru bagi sesetengah jentera, mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri. (Baca Sini)

Selain berkenaan, isu tanah orang kampong yang dirampas kononnya untuk dijadikan 'Ladang Rakyat' tetapi sebenarnya diusahakan oleh 'Tokey Ladang dan Tokey Kebun Sayur Cina' masih menimbulkan ketidak-puashatian orang-orang kampong.sama ada mereka penyokong BN mahupun Pas sendiri. Isu bekalan air berkeladak selama pentadbiran Pas sejak dahulu lagi masih membuatkan pemimpin Pas merasa sendah diri kerana gagal mengatasi isu berkenaan. Ini membuatkan ceramah-ceramah sepanjang kempen Pas selama ini semakin suram. (Baca Sini)

Rakyat Kelantan sudah muak mendengar janji syurga yang diberikan oleh ulamak Pas. Mereka sedah selain syurga, mereka juga inginkan kehidupan bahagia dan senang didunia ini. Mereka juga sedar bahawa para pemimpin mereka yang menjanjikan syurga untuk mereka juga berlumba-lumba merebut dunia. Generasi muda rakyat Kelantan sekarang ini sudah berbeza fikirannya dari generasi terhahulu dan Pas nyata gagal menangani kehendak mereka semua.

Justru, peluang BN menang adalah sangat cerah. Bagaimanapun kemungkinan kekalahan tetap ada dengan adanya mereka yang akan menjaringkan gol sendiri.(Baca Sini) Galas - BN akan kalah jika dalam parti masih ada manusia yang berperangai sebegini. Jika masih ada mereka yang menyayangi diri sendiri serta kumpulan mereka melebihi dari menyayangi perjuangan parti. Kita kena lihat apakah ini kerja seseorang secara peribadi atau sabotaj parti secara berkumpulan. Jika benar apa yang diperkatakan itu, Pergerakan Pemuda UMNO yang berketuakan KJ mesti menyelesaikan isu ini.

YB DS ANWAR BERULANG ALIK KL - GALAS SETIAP HARI ?


GUA MUSANG - Walaupun perlu berada di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur setiap hari bagi mengikuti kes liwatnya, namun tidak mematahkan semangat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tiba di Galas sehingga 4 November ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, pihaknya tidak akan tertipu dengan mainan politik pihak lawan yang mahu membataskan pergerakan beliau untuk membantu Pas di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Menurutnya, beliau akan terus berjuang walaupun terpaksa berulang alik setiap hari dari Kuala Lumpur ke Gua Musang untuk menghadiri ceramah perdana sehingga 3 November ini. ”Walaupun selepas (ceramah) ini saya perlu kembali hadir ke mahkamah pagi esok, esok selepas selesai urusan di mahkamah, saya akan terus ke sini semula. ”Jangan kita tertipu dengan mainan mereka, semoga kemenangan berpihak kepada kita pada 4 November nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan di ceramah perdana Kampung Kerinting, kelmarin.

Dalam ceramahnya, Anwar menggesa pengundi DUN Galas menolak kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang dilihat suka menjadikan isu perkauman sebagai pendebatan mereka. “Beza Pakatan Rakyat (PR) dan UMNO ini besar, kita walaupun mempunyai perbezaan kaum dan agama kita tidak nafikan perkara itu tetapi UMNO gunakan ia sebagai alat untuk menghina kaum lain. “Bagi PR, kita anggap semua sebagai rakan dan kita tidak hukum sesiapa kerana warna kulit, dalam PR,

Melayu, Cina dan India semua sama sahaja. Kita jaga kebajikan semua dan kita tolong semua,” katanya. Anwar berkata, pengundi di Galas perlu memilih Dr Zulkefli sebagai wakil rakyat memandangkan beliau mempunyai pengaruh dan sentiasa berkhidmat kepada rakyat.

DAKWAAN ZUL NOORDIN (KULIM) YANG BENGGONG !!


Terima kasih Zul - Kalau benda ni betoi sekalipun, tapi dah mai dari Zul Kulim, mampuih orang nak percaya. Lain la orang Umno yang dah sedia bengong... macam si Zul ni jugak... wakaka...

Zul Noordin dakwa PKR, DAP buat pakatan jamin dominasi Cina

Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 28 Okt – Zulkifli Noordin mendakwa wujud “kontrak rahsia” antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.

Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.

“Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah),” kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Wakil rakyat Bebas ini, yang satu ketika dahulu rapat dengan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam DAP dengan menyifatkan parti itu sebagai “parti dijangkiti elemen chauvinis” dan mendakwa ia bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.

“(Sekiranya PR mengambil alih kuasa) calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak. Dan, jika mereka menang (di negeri-negeri ini), mereka akan melantik menteri besar kalangan DAP untuk mengetuai negeri-negeri ini,” kata beliau lagi.

Zulkifli dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang lain, khususnya dari komponen PR, menafikan mereka adalah penyokong Barisan Nasional (BN), tetapi ucapan hari ini beliau senada pendirian Umno yang digunakan untuk menyerang PR sejak kebelakangan ini.

Kini, BN berhadapan dengan saingan komponen PR iaitu PAS dalam pilihan raya kecil serentak di DUN Galas dan PKR di Batu Sapi.

Bagaimanapun beliau tidak menyediakan sebarang butiran bagi memperkukuhkan dakwaan beliau dalam ucapannya, yang dipendekkan oleh Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Zulkifli berkata, rakyat Malaysia perlu diberi bimbingan semula mengenai rusuhan 13 Mei 1969 agar jiwa mereka boleh didedahkan siapa sebenar DAP itu.

“Apa yang mereka lakukan, ialah mereka memainkan paten sama mencetuskan pembencian kaum terhadap orang Melayu meskipun telah diberi amaran oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada berbuat demikian,” kata Zulkifli.

Menurut beliau, perdana menteri pertama itu memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan juga hak-hak orang Melayu.

“Dan, ini yang dilakukan oleh DAP sekarang,” kata Zulkifli.

Wakil rakyat itu juga mempertahankan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sambil menekankan, pembangkang telah salah petik kandungan ucapan itu. 

(SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta limtas pemeriksaan dan perundingan ?

Bila SPRM nak soalsiasat Ketua Hakim Negara?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta limtas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan tahun lepas. Berita [di sini]

Rakyat ingin tahu apa jadi dengan laporan Ketua Audit Negara 2008 yang menunjukkan projek landasan berkembar elektrik antara Rawang dan Ipoh yang panjangnya 179km melibatkan kos lebihan besar lebih daripada RM1.43 billion.

Ketua Hakim Negara Zaki Azmi ialah pengerusi dan pemegang saham terbesar dalam Emrail Sdn Bhd, salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut. Sama ada beliau akan disoalsiasat, masih kekal sebagai tanda soal.

Mendukung Biawak hidup la Rakyat Malaysia hasil kerakusan UMNO & BN

Oct 29, 2010

Mak Datuk !!! Banyak Giler Hutang Kerajaan UMNO & BN Mencecah RM362.39 Billion !!!

Assalamualaikum Wbr.


Mendukung Biawak hidup la Rakyat Malaysia hasil kerakusan UMNO & BN

Kita Jangan Sekali-kali Jadi Seperti Negara Indonesia...Hutang bayar tak sudah !!! Pasti tugas berat bagi PR apabila menawan Putrajaya.

Peningkatan mendadak hutang negara dalam tempoh 5 tahun kepada RM362.39 billion seperti didedahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dipercayai akibat KETIRISAN dan RASUAH.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, jumlah itu turut dipengaruhi kerugian RM10 billion dialami negara akibat RASUAH setiap tahun sebagaimana didedahkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

"Hutang Kerajaan di dalam negara tahun lalu RM348.60 billion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang" katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan agihan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

"Malah, ada penerima memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah." katanya.

Idris turut mempersoalkan keberkesanan pentadbiran oleh kerajaan pemerintah yang sentiasa mengaku 'bijak' sebaliknya negara dibebani hutang yang banyak.

"Adakah ini sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara? Biasanya pemimpin UMNO di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah UMNO dan BN. Selain mereka, tidak ada yang mampu." katanya.

Panglima7.
Inilah bahananya kalau mengundi UMNO dan BN. Sudah-sudahlah mengundi UMNO dan BN. Hutang negara dah mencecah RM362.39 billion pada tahun ini. Kalau kita dok lagi bagi undi pada UMNO & BN lagi.....tidak mustahil.....negara akan bangkrap dan muflis serta tergadai kepada negara asing.

Kita akan mudah dijajah semula. Kalau individu yang berhutang lebih RM30,000 dan tidak dapat membayarnya kepada pihak bank...bank boleh mengisytiharkan Muflis atau Bankrupcy kepada individu terbabit dan segala hartanya boleh dirampas dan dilelong. kalau negara pula gagal membayar hutang sebanyak RM362.39 Billion dalam tempoh yang diberikan....apakah mungkin negara kita tak akan tergadai ???? Patutlah rakyat Malaysia tak habis-habis membayar Tol dari aku kecil hinggalah dewasa sekarang...ada yang sampai 35 tahun tak habis lagi dok bayar Tol. Rupa-rupanya demi nak selesaikan hutang negara...rakyat bekerja setengah mati unutuk melunaskannya.

Kasihan rakyat dan orang Melayu. jadi Keldai UMNO. Sedangkan pemimpin pemimpin UMNO bersenang lenang...dengan rumah dan mahligai mewah yang macam istana seperti di Klang.....sekarang nak bina pula Menara Warisan yang bakal menelan puluhan juta ringgit di Kg Baru kononnya sebagai mercu tanda kemajuan dan kejayaan orang Melayu.

Apa yang Melayu dah maju dan berjaya setakat ini....tolong habaqkan kat aku.??? Aper dengan terdirinya Menara KLCC tuuu....orang Melayu boleh kenyang ker ???? Ada ker kedai dan gedung perniagaan orang Melayu di menara KLCC tu ??? Aduihhh...bangangnya Kerajaan UMNO ni.

Tepuk dada tanyalah fikiran dan iman. Dan jangan jadi Keldai UMNO.

Chua: Ada pemimpin Umno "tak berapa cerdas"


Pemimpin UMNO Titiwangsa: Kita Tak Perlu Undi Cina Dan Undi India

Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.

“Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas, katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum.

“Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdas dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri.

“Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang,” kata Chua.

Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut.

Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana.

“Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India,” kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu.

Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari. 

Thursday, October 28, 2010

Fitnah liwat 2 terserlah lagi dengan laporan perubatan terbaru.


Fitnah liwat 2 - Ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh hari ini membantah tindakan saksi iaitu pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim yang mengemukakan salinan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani oleh doktor kepada mahkamah.

Dalam perbicaraan yang bersambung hari ini, Karpal berkata Dr Razali mengemukakan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani sedangkan beliau dalam keterangannya berkata laporan tersebut telah ditandatangani oleh ketiga-tiga doktor yang memeriksa saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum itu, Dr Razali di dalam kandang saksi berkata beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Menurut Dr Razali, laporan perubatan Saiful disediakan pada pagi 13 Julai 2008 dan beliau diminta menelitinya sebelum diserahkan kepada pihak atasan. Beliau mengaku ada terdapat laporan awal yang lain, selepas pemeriksaan dijalankan.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya berehat seketika dan bersambut petang nanti bagi membolehkan Dr Razali mendapatkan laporan berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakwaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Sementara itu, dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - turut hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

Pada 13 Julai, Razali dan dua rakannya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) - Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng — telah menyatukan nota-nota pemeriksaan mereka ke atas Saiful — yang telah pun diketengahkan di mahkamah sebagai bukti kes.

Bagaimanapun Razali berkata beliau tiada laporan itu dengannya buat masa sekarang.

Justeru, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengarahkan prosiding ditangguhkan sementara bagi membolehkan Razali mendapatkan dokumen kontroversi itu daripada HKL.

Seorang lagi peguam pasukan Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa perbicaraan sudah tentu tidak terganggu hari ini sekiranya pasukan pembelaan diberikan dokumen-dokumen penting terlebih awal.

“Pemeriksaan telah dilakukan pada 28 Jun, kami andaikan bahawa beberapa nota telah pun diambil, sejarah perubatan (juga) diambil. Temu bual (dengan Saiful) sudah tentu telah diadakan.

“Berdasarkan pada pemeriksaan, ‘B’ seharusnya telah disediakan,” kata Sankara merujuk kepada laporan awal kontroversi itu.

Peguam ini menekankan, pada laporan 13 Julai, hanya dua baris sejarah perubatan Saiful disebutkan.

Oleh itu tambah beliau, laporan awal diperlukan untuk membuat perbandingan dalammenentukan sama ada apa-apa tertinggal dalam laporan perubatan terakhir, yang dikemukakan kepada mahkamah.

“Jika diberikan kepada kami terlebih dahulu, isu ini sudah pasti tidak timbul,” kata Sankara lagi.

Kata beliau, pasukan mereka akan mengambil langkah-langkah perlu untuk menangani perkara-perkara lain yang memberi kesan ke atas urutan proses mengemukakan soalan nanti.

Selepas kembali ke mahkamah kira-kira satu setengah jam kemudian, Yusof mengumumkan bahawa pegawai penyiasat memerlukan lebih banyak masa untuk mencari laporan asal perubatan pertama.

Pendakwa raya menambah, mereka telah mengemukakan salinan laporan pertama yang tidak ditandatangani, daripada patologi forensik HKL Dr Siew, dan boleh mengemukakannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun pasukan pembelaan membantah keras.

“Salinan yang tidak ditandatangani tiada apa-apa kesan,” kata Karpal.

“Saksi memberitahu adanya satu salinan yang ditandatangani oleh kesemua tiga doktor,” kata Karpal.

“Itu yang kami mahukan,” tegas beliau.

Ekoran itu, Zabidin kemudian menangguhkan prosiding sehingga 9 pagi esok.- Che'gu Bard

Sharpshooter - Isyarat jelas Anwar akan terpenjara semula. Anwar yang menjadi pengikat kepada Pakatan Rakyat sudah pasti menggerunkan Najib. mahu tidak mahu Anwar wajib dipenjarakan supaya b-end boleh kekal di Putrajaya.



LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009: KEDAH TERUS SEJAHTERA BN TERUS SENGSARA


Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Negeri Kedah Darulaman. Bagi saya, laporan ini sudah cukup untuk memadamkan retorik pemimpin Barisan Nasional dan Umno bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu memerintah negara atau Negeri Kedah.

Fakta yang ada di hadapan kita jelas menunjukkan betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terus berada di landasan yang betul. Di sebalik parahnya hutang yang ditinggal oleh Kerajaan BN di Kedah sebagai 'hadiah' kepada rakyat Kedah, Kerajaan PR terus cemerlang melangkah gagah dan sepatutnya terus diyakini rakyat.

Sekalung TANIAH saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Dato Seri Azizan. Ada beberapa sebab untuk saya berkata demikian berdasarkan laporan yang saya baca sepintas lalu.

  1. Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan BN tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan BN mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.


  2. Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.


  3. Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.

  4. Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.

  5. Prestasi kewangan Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Laporan ini sudah cukup memberikan gambaran bahawa dongeng bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu mentadbir sudah berakhir.

Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh BN yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional.

http://www.nasirzakaria.com/ver3

Hab Hiburan: Najib Harus Dukung Perlembagaan Negara ?


KUALA LUMPUR 28 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pendukung perlembagaan negara Malaysia harus mengutarakan idea mencerminkan kebudayaan serta ketamadunan Islam yang diamalkan di negara ini dan bukan persembahan hiburan berunsur barat.

Demikian ulas Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa yang ditemubual TV Selangor menyifatkan Najib memperlekehkan nama Islam selain memandang sebelah mata sensitiviti masyarakat mengenai isu keagamaan. Beliau menambah, cadangan Perdana Menteri mewujudkan Hab Hiburan untuk menjana ekonomi adalah tidak munasabah justeru menyalurkan penghinaan kepada agama yang dianuti beliau sendiri.

"Bagi saya amat dikesalkan kerana Islam sebagai agama rasmi diberikan terjemahan yang sewenangnya. Seolah-olah kita lihat pandang sebelah mata. Malaysia ini dengan mengambil kira sensitiviti dan latar belakang Islam dia tidak sepatutnya membuat sesuatu yang mengguris hati orang Islam seperti mengistiharkan hab hiburan," kata beliau di lobi parlimen.

Tindakan Perdana Menteri mahu menjadikan Malaysia sebuah hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) mendapat bantahan pelbagai pihak.

Keuntungan dijadikan dasar utama kerajaan memacu ekonomi menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan justeru mengenepikan sensitiviti agama penduduk majoriti di negara ini.

Mujahid menambah, masyarakat tidak pernah menentang pembangunan sektor pelancongan dan hiburan namun ia harus berlandaskan budaya dan agama yang diamalkan masyarakat untuk memberikan persepsi baik kepada kerajaan yang dipimpin Najib.

Tambah beliau, Islam seharusnya dijadikan penanda ukur cadangan yang ingin diutarakan kerajaan agar tidak tersasar daripada landasan yang dilalui selama ini.

"Walaupun kita mahu menarik pelancong asing, apa salahnya kita perkenalkan hiburan pelancongan mengikut selera kita. Mengapa kita mahu ikut selera barat? Dekat barat mereka sudah hendak muntah. Mereka mahu lihat yang berbeza tapi kita pula mahu persembahkan apa yang mereka sudah meluat di sana," jelas beliau lagi.

(Hadri Yaziz)

Makhamah Hilang Punca !!

Liwat II: Rektum Saiful 'kosong', kata pakar bedah
Okt 28, 10 10:31am
Kongsi 65
Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.”

“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” katanya ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.

Perbicaraan hari ini ditangguhkan sebanyak tiga kali dengan kedua-dua pihak berbincang secara tertetutup di kamar hakim.

Tidak sampai dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula pagi ini, ia terpaksa ditangguhkan seketika.

Tindakan itu bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berbincang dengan pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya.

Ini berikutan peguam bela utama, Karpal Singh yang ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semalam mahkamah menolak permohonan berkenaan atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama.

8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi.

9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya.

"Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.”

Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya.

Mahkamah berehat seketika.

Terus diasak

9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.

Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.

9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.

9.26am: Mahkamah bersambung.

9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.

9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.

Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba mengahlang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Tangguh lagi

Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.

9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.

10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.

10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.

10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.

Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.

10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.

Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.

11.06am: Karpal dan Yusof sekali lagi dilihat menuju ke kamar Hakim Zabidin bagi perbincangan di kamarnya.

11.22am: Perbicaraan bersambung semula. Karpal meneruskan soal-balas.

Pelincir digunakan

11.42am: Sankara Nair mengambil-alih daripada Karpal dan sedang memasang projektor LCD.

11.56am: Sankara Nair kemudian mengambil-alih daripada Karpal dan menyoal-balas Dr Razali.

12.02pm: Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan.

12.13pm: Sankara kemudian menyoal Dr Razali berhubung tabiat membuang air besar Saiful dan sama ada penting atau tidak bagi doktor mendapatkan penjelasan daripada mangsa berhubung perkara itu.

Dr Razali berkata ia bergantung kepada keadaan. Katanya, meskipun Saiful mengadu kesakitan di dubur, beliau tidak ingat sama ada kesakitan itu berterusan.

12.24pm: Dr Razali berkata dubur Saiful diperiksa semasa mangsa berbaring secara lateral pada sebelah kirinya.

"Kedua-dua lututnya diletakkan berdekatan dadanya supaya bahagian duburnya terdedah untuk diperiksa,” katanya.

12.29pm: Menurut Dr Razali beliau mula-mula memeriksa bahagian perianal Saiful bagi mengambil beberapa calitan. Beliau kemudian memasukkan protoskop ke dubur Saiful untuk mengambil dua sampel - daripada bahagian atas dan bawah rektum.

“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” katanya semasa disoal balas oleh Sankara.

12.44pm: Dr Razali mengakui bahawa dia tidak menyoal Saiful bahawa ada peralatan dimasukkan ke duburnya apabila dia diperiksa di hospital Pusrawi.

Beliau bersetuju dengan peguam bela ia bukan satu amalan yang baik.

1.10pm: Mahkamah berehat seketika dan akan perbicaraan akan bersambung pada jam 2 petang ini.

2pm: Apabila bersambung semula, mahkamah dimaklumkan perbicaraan akan ditangguhkan kepada jam 8.30 pagi esok.



Foto asal yang digelapkan.. rujuk foto yang diterangkan dibawah..!! Tunggu hingga 1 November !



Panas Galas.N45 : Inilah tokoh Umno itu !! - Makin panas. Makin lemas. Makin terkilas. Wajah siapa gerangan tokoh itu? Biarlah dahulu..tidak lari gua dikejar..yang lari hanya musang2 yang mencuri ayam di Galas. Command Centre bisa 'rebah', tak terkira jua yang lelah. Yang jelas Umno/BN sudah hampir putus urat marihnya..!

Buat pekerja Umno/BN di Galas..jangan buang masa dan tenaga mengalas harapan yg sia-sia. Pulanglah..! Nikmatilah masa kalian bersama anak bini dirumah, kerna ia lebih enak dari 'tewas' yang sudah tahu kandungan talqinnya. Pasrah sajalah...!!

Kura-kura makan budu,

gerombolan tertelan sudu,

sudah..sudah..kemaskan kelambu,

BN dah tewas..semua orang dah tahu.

Makan-makan isi palat,

palat dimakan oleh pencacai,

kesian sungguh kena peralat,

siang malam muka pucat.

Minum-minum todi,

kita dangdut sampai pagi,

ku li kata mesti jadi,

dendam lama apa aku peduli?

Ram-ram suriram,

Ramlah Ram makan kanji,

Command Centre hari-hari nampak muram,

tu pun nak tunggu lagi ?

cukup ler tu...nanti pulak wak pantun..!