Followers

Tuesday, September 28, 2010

KEBEBASAN MEDIA : Malaysia Ditempat ke 131 ?



Malaysia Di Tempat 131 daripada 175 Negara Laporan Indeks Kebebasan Media - Kawalan Ketat Atas Media Cetak dan Elektronik

Pengasas bersama ensiklopedia online - Wikipedia yang dalam lawatan ke Malaysia berkata negara ini mesti menyingkirkan penapisan yang membantutkan pertumbuhan ekonomi, lapor AFP.

Menurut Jimmy Wales, penapisan adalah tidak produktif bagi Malaysia yang berada pada senarai 131 daripada 175 negara dalam laporan indeks kebebasan media yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan pada 2009. Ini kerana Malaysia mengenakan kawalan ketat yang dikenakan ke atas media cetak dan elektronik.

"Ini adalah negara yang mempunyai rekod campuran...masih ada penapisan di negara ini dan saya berfikir kita mula melihat bahawa ia tidak lagi mempunyai stategi efektif apabila kita memikirkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

"Apabila anda berkata untuk memastikan orang ramai mempunyai maklumat yang mereka perlukan bagi membuat keputusan yang betul dalam kehidupan mereka , adalah penting bagi memastikan pengaliran maklumat terbuka,” katanya pada persidangan kewangan.

Ada 'Dalang' Di Sebalik Keperkasaan Mahader ??






Patutlah Mahader Jadi Perkasa 2-3 Minggu Ini..Rupanya Ada 'Dalang' Di Sebalik Keperkasaan Mahader.

Amboi..amboi..meriahnya mahader dikelilingi wanita-wanita yang cantik. Sedap noo, 'berpoya-poya' ketika isteri tiada di sini. Siap lambai sampai masuk kereta lagi. Memang first class layanan untuk mahader. Sebab itulah mahader sejak kebelakangan ni Perkasa semacam je...

Kalau tok guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang, mati hidup semula pun muslimat PAS takkan berani buat macam Puteri UMNO buat kat Mahader ni. Memang puteri UMNO takde nilai harga, sanggup gadaikan maruah demi UMNO. Apa? Dah gatal sangat ke ha..? Jadilah bini no 2 hingga 4 pemimpin UMNO lain, bukannya gedik kat si tua tu. Kesian dia, bukanke kubur dah kata mari..takkanlah nak biarkan mahader terus bernyawa lagi.

Puteri..puteri..elok tak payah pakai nama puteri. Pakai perempuan lagi elok. Harin tu dah dikelilinginya si Muhyiddin itu, hari ini pula dibuatnya kat mahader..

Perhimpunan Agong PBB- Najib cakap kosong - oleh: Khalil Samad



Sejarah memang menujukkan bahawa semua pemimpin negara menjadi hero apabila bercakap di pentas antarabangsa.

Terbaru kita lihat punya baiknya PM kita semasa berucap di Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu bercakap mengenai perpaduan, diskriminasi, keselamatan dan sebagainya sehingga ramai yang terkulum kagumnya.

Kalau ucapan itu di buat di Malaya ini sudah tentu belum lagi habis beliau habis ayat - ayat semua pakat – pakat tepuk tangan….maklum budaya ` kaki kipas ` memang sinonim dengan mereka.

Kata orang Kuala Kangsar manusia yang suka ` Cakap Kosong ` di kategorikan sebagai cakap lainnya ` cakap tak serba bikin ` atau bahasa Perak lainnya ` bedeaah atau ngecik `.

Begitu juga kita perhatikan gelagat pemimpin negara yang umat Islam memerintah di seluruh termasuk di Negara – Negara Arab. Kenyataan mereka itu ditujukan kepada kerajaan seluruh dunia kerana kononnya hanya pandai mengutuk keganasan regim Israel tanpa sebarang tindakan berkesan.

Eh…wah cayalah….cakap – cakap berdego – dego tapi negara haram Israel tu pun tak berani nak ` cuit ` apatah lagi nak maki…nak perang lagi le….Teman sebenornya maleh nak ulas….kerana teman dah lama kawan dah faham sangat ni cakap le ape pun, tapi ` tak ngombeng `maksud teman tak mau berubah.

Di Malaysia ni sekali sekala apabila meletup serangan ganas yahudi keatas umat Islam….maka semua pakat – pakat lagi bangun kononnya marah dan membuat kutipan kemanusiaan tapi waktu yang sama belum lagi kita dengar kenyataan atau fatwa yang menyebut bahawa sebarang kerjasama dengan Yahudi ini HARAM…..yang kita ada dengar hukum ketam batu atau sotong kureta boleh makan ke tidak kerana orang melayu sahaja begitu….kalau bab makan memang sensitive. Ini terbukti bila ada pembesar atau penceramah nak datang maka mesyuarat panjang leret bincangkan menu nak makan apa nak masak apa hingga penyakit angin, ghout penceramah pun diambil kira sebelum menyediakan makanan tersebut.

Teman senang aje jamu aje gulai kambing….InsyaAllah tak ape kan penyakit tu Allah Taala yang berikan dan sembuhkan. Tak payah pening – peningkan perut…nak makan tak dak sudah.

Kita balik cerita tadi.

Negara umat Islam patut sangat malu dengan Presiden Iran, Ahmednejad tu….dengan tenang beliau berani mengutuk amerika dan barat dalam apa sahaja isu….malah dengan tenang konfiden mengangkat Al – Quran dan Bible sebagai tanda simbolik kepada penyelesaian isu antarabangsa. Bukan macam Najib cakap pun berhati – hati takut – takut menyinggung perasaan barat tapi habuk pun tarak. Ini juga ciri – ciri cakap kosong berprofil tinggi.

Beliau juga dipetik sebagai berkata….semua pihak sibuk merancang mengenai demokrasi dan hak asasi manusia, namun kekejaman terhadap mereka yang tidak berdosa terus berterusan dan kerajaan seluruh dunia hanya mampu mengutuk tanpa membuat apa – apa tindakan kerana mereka dilindungi kuasa besar.

Sudahlah negara yang semakin sarat dengan gejala maksiat dan sosial yang bagaikan naik rak..pemimpin -pemimpin negara hanya berpeluk tubuh seribu satu bahasa tidak ambil peduli desakan rakyat prihatin.

Buat rakyat Malaysia yang masih kenal erti kebaikan dan keburukan , bezakanlah pemimpin yang mahu membina negara kearah kebaikan dengan peminpin negara yang mahu menjahanamkan negara dan rakyat kearah kebinasaan .Tolaklah pemimpin seperti ini supaya kita boleh merasakan kenikmatan dan keamanan serta mendapat keberkatan dari Allah.

Malaysia memang terkenal dengan banyak pentas – pentas diantaranya pentas akademi fantasia, raja lawak, mari berdansa dan terbaru ini mari menari….maka elok juga ada pentas cakap kosong baru cukup pentas 1 Malaysia.

Teman bukan cakap kosong, tapi kosong cakap, maklum le teman ilmu tak de kuasa pun tak de.


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman "Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

TPM CABAR SAIFUDDIN NASUTION DEDAHKAN EJEN UMNO DALAM PKR !

Muhyiddin cabar Saifuddin dedah identiti `ejen BN’ dalam PKR

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan identiti mereka yang didakwa menjadi "ejen Barisan Nasional" di dalam parti pembangkang itu.

Muhyiddin berkata PKR patut bertanggungjawab ke atas masalah mereka sendiri dan bukannya bertindak menuduh orang lain.

"Dakwaan yang tidak berasas ini tidak harus kita layan. Tapi saya mahu mencabar Saifuddin supaya bagi bukti. Beritahu siapa dan dari parti mana mereka ini.

"Kalau orang yang mereka maksudkan ialah kita ni, atau orang dari luar…saya tidak tau siapa yang dimaksudkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum International Herald Tribune di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan Saifuddin semalam bahawa kekecohan yang berlaku pada mesyuarat cabang parti itu pada hujung minggu lepas adalah unsur sabotaj yang didalangi sesetengah pihak dari luar yang sengaja mahu memporak-perandakan mesyuarat yang sedang dijalankan.

"Apa yang berlaku dalam PKR sekarang harus dijadikan pengajaran kepada rakyat untuk menilai sifat sebenar parti itu yang disifatkan (oleh Muhyiddin) sebagai cakap tidak serupa bikin," tegas Muhyiddin seperti dilapur Bernama.

Azmin tawar jawatan untuk apa?



ZAID:TERIMAKASIH AZMIN:RUKUNLAH KAMU BERDUA!!!

Labels: SATIRA POLITIK

Zaid berkata beliau melihat budaya politik PKR yang menjunjung demokrasi, berpandukan persetujuan bersama, serta beraskan kemampuan dan merit.

“Kalau Azmin (Ali) bersetuju dengan saya bahawa ciri-ciri ini telahpun ada sejak 12 tahun lalu, saya tidak akan cabar sesiapa. Saya cuma akan tegaskan apa yang telah ada, tapi sekiranya budaya PKR dia berbeza daripada apa yang saya beritahu itu, maka itu bukanlah budaya PKR dan ia tidak akan pergi jauh,” katanya lagi.

Mengulas tawaran oleh Azmin sebelum ini untuk tidak meminggirkannya dengan memberikan satu jawatan, Zaid berkata Azmin hanya “bermain politik” apabila membuat tawaran itu.

“Jawatan itu untuk apa? Jawatan untuk saya akur kepada beliau atau personaliti tertentu? Untuk apa? Jawatan tidak penting, tapi peranan. Apa yang saya hendak lakukan dengan cabang, dasar parti, apa yang saya hendak lakukan untuk menarik ahli baru?

“Adakah saya dibenarkan untuk tarik ahli baru? Ini yang lebih penting. Saya rasa dia cuma bermain politik, bagaimanapun saya ucap terima kasih.

“(Tawaran) ini tindakan yang kosher (wajar) lah. Dalam pertandingan anda akan kata bahawa anda akan jaga pesaing anda. Walaupun anda seorang killer (dalam politik), anda akan kata begitu. Orang politik begitulah. Tapi sekiranya dia ikhlas, terima kasih,” katanya lagi. 

Bapa Reezal Merican Hanya Seorang Kakitangan Awam Biasa !!


Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ? - Oleh Afrar Yunus

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.

Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

Detikdaily http://alkerohi.blogspot.com/

Sabah akan menjadi medan pembongkaran Skandal Seks para pemimpin UMNO

Siapa Pemimpin Umno Yang Ada Anak Haram?

Skandal SEKS HARAM para pemimpin UMNO akan terbongkar di SABAH!

Menjelang nya pilihanraya umum Ke-13, Sabah akan menjadi medan pembongkaran Skandal Seks para pemimpin UMNO, terutama melibatkan beberapa VVIP yang sedang hangat dijaja di kedai kopi hingga di lobi parlimen dan pejabat Perdana Menteri.

Seorang menteri Kabinet Persekutuan yang mempunyai anak luar nikah dan terpaksa mengahwinkan wanita yang dihamilinya dengan adik kandungnya bagi menutup Skandal Seksnya dikhabarkan mempunyai satu lagi skandal yang baru.

Namun seorang VVIP tidak kurang hebatnya kerana walaupun beragama Islam, namun mempunyai anak luar nikah dengan seorang wanita serani bernama Benebin Peter yang kini menetap di London Endgland.


Benebin merupakan anak seorang bekas Pengurus Besar sebuah syarikat yang ada hubung kait dengan bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Bintang Baru kini mempunyai suami, namun masih berhubungan dengan VVIP tersebut.

Anak perempuan hasil hubungan sulit VVIP berkenaan dikhabarkan sudah mengetahui bahawa suami ibunya bukanlah bapa biologinya dan sedang mencari ayahnya yang juga VVIP berkenaan yang turut dikhabarkan mempunyai tiga orang isteri dan lima gundik lain.

Salah seorang gundiknya akan dilantik menjawat jawatan tertinggi bagi sebuah organisasi penting kini kurang senang mendengar perkembangan terbaru tersebut kerana VVIP berkenaan tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan bekas Setiausahanya sehingga memperolehi dua orang anak dan kini terpaksa menetap di luar negara.

Nantikan berita gempar dari London!
- midah ladfa Sabah

"Persiapan Pas seperti biasa, kita orang Islam bersiap sedia 24 jam, selama-selamanya.

Siap 24 Jam, Mati Tiada Amaran - TG Nik Aziz


KOTA BHARU 28 SEPT 2010: "Persiapan Pas seperti biasa, kita orang Islam bersiap sedia 24 jam, selama-selamanya. Tidak mesti siap untuk pilihan raya tetapi siap sedia lawan nafsu dan godaan syaitan."

Jelas Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan, ketika ditanya media tentang persiapan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Galas.


"Kita sentiasa bersiap, mati tidak ada amaran, anak dalam perut pun mati. Kita tidak keluar arahan lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, Kota

Tuesday, September 21, 2010

AKAN PERGI KE BRUNEI UNTUK BERAYA BERSAMA KELUARGA MERTUA


Saya sekeluarga akan ke Brunei pada 21hb. September hingga 27hb. September untuk beraya kerumah keluarga mertua di Brunei Darussalam, insyallah saya akan kembali ke blog ini pada 28hb. September 2010. Wassalam.

Monday, September 20, 2010

PADAN DENGAN MUKA : PENAWAR MENDESAK SU AGONG UMNO MEMOHON MAAF


Kesiann..Teuku Adnan, Kerana Mulut Badan Binasa..!!

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Penawar) mendesak Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf secara terbuka kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu ekoran tindakan beliau melabelkan mereka sebagai rasis dalam memperjuang hak Melayu dan bumiputera.

Presiden Penawar, Tan Sri Adam Kadir berkata keputusan itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu.

"Sekiranya Tengku Adnan enggan memohon maaf, pihaknya akan menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai Setiausaha Agung Umno," katanya dalam satu kenyataan tiga perenggan di sini pada Isnin.

Adam berkata mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara mendesak Umno supaya bekerjasama dengan Perkasa dan semua NGO Melayu yang memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Pada 8 September lepas, Tengku Adnan dilaporkan berkata Umno perlu menjauhi Perkasa yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.

Selain itu, beliau mendakwa Umno tidak menyokong Perkasa mahupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Barisan Nasional.

Juragan : Orang Melayu memang dah meluat dengan Umno..Hampehh

Nukilan Oleh Juragan

Anwar Ibrahim Tetap Tidak Akan Bertanding Jawatan Presiden Keadilan.


Thanks but no thanks

Walau pun dia sudah mendapat pencalonan yang lebih daripada mencukupi, namun Anwar Ibrahim tetap tidak akan bertanding jawatan Presiden Keadilan.

Terima kasih jer lah... Biarlah tanggung jawab mengepali Parti Keadilan itu dipikul oleh Wan Azizah. Well... kalau itu pendirian dia dan dia bertegas untuk tidak mahu bertanding... biarkan saja. Kita kena hormat pendirian dan keputusannya.

Apa-apa pun.... dia tetap akan menjadi Ketua Umum bagi PKR dan lebih selesa memainkan peranan untuk memperkukuh persefahaman gadingan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mungkin dia percaya yang Wan Azizah mampu mengurus parti, jadi biarlah dia concentrate untuk memantapkan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU13.

Tambahan pulak, kes Sodomi II dia masih belem setel lagi. Seperti mana yang dilaporkan hari ini, Mahkamah Rayuan 1Malaysia, telah menolak rayuannya untuk mengetepikan kes tersebut.

Dah dapat agak dah... Tapi, dia tak putus asa. Itulah semangat kental, seorang pejuang dan seorang survivor.

Lawan Tetap Lawan!! Melalui peguamnya, dia akan membuat rayuan pula kepada Mahkamah Persekutuan.

Sama ada berjaya atau ditolak sekali lagi, sama-samalah kita tunggu dan lihat...

Sumber dari sini dan sini. Posted by A Mum Of Three Mohd 

BN dijangka terpaksa berusaha mengekalkan kemenangan kerusi DUN Kota Siputih.


PENANTIAN PRK DUN SIPUTEH & SARAWAK SERTA SABAH?

Bagaimanapun , sebelum Sarawak berkemungkinan satu PRK(pilihan raya kecil) di Semenanjung akan diadakan terlebih dahulu membabitkan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Kita masih ingat pada 24 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan penangguhan interim (sementara) yang dipohon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh sementara menunggu rayuan.

SPR pula mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang Dewan 2 kali berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun lalu.

Selepas 1 tahun, tarikh pendengaran rayuan berhubung pengosongan kerusi itu pula telah ditetapkan ditetapkan pada 20 dan 22 September ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail sebelum ini berkata, tarikh itu diputuskan oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya semasa pengurusan kes tersebut pada 29 Julai lalu.

Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan SPR selepas pendengaran kes itu pada Isnin dan Rabu, bermakna satu lagi pilihanraya kecil tidak dapat dielakkan.

Mengambil kira tempoh mesti mengadakan pilihanraya dalam masa 60 hari, besar kemungkinan ianya akan diadakan hujung Oktober selepas Pembentangan Bajet 2011 serta Perhimpunan Agung UMNO.

BN (Barisan Nasional) dijangka terpaksa berusaha mengekalkan kemenangan kerusi DUN ini walaupun tidak membawa sebarang kesan kepada pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan rakyat selepas pilihan raya umum lalu.

Abu Hasan pada pilihan raya umum lalu hanya menang dengan majoriti 495 undi menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh dan dijangka sukar untuk mempertahankannya. Malah BN sedang mencari jalan & alasan agar tidak perlu bertanding kerana natijah kekalahan memang di ambang keputusannya.

PAS melalui Pakatan Rakyat pastinya berusaha memenangi kerusi ini bagi mengukuhkan kedudukan parti itu bagi mengetuai pentadbiran di Kedah bersama=sama rakan seperjuangan PKR dan DAP.

Mahu atau tidak BN terpaksa berdepan dengan tentangan hebat PAS kerana ada pihak melihat pilihan raya kecil ini sebagai kayu pengukur kekukuhan kerajaan BN selepas pelbagai isu menunjukkan kelemahan kerajaan BN contohnya di Perak.

Apapun keputusan Mahkamah Rayuan adalah menjadi penyelamat kepada BN dan memang ditunggu penuh minat oleh semua pihak selepas pilihan raya kecil Sibu Mei lalu yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 

Pegawai RISDA Terkena Tembakan Ketua Polis ?


Kakitangan Risda cedera terkena tembakan ketika berburu

Seorang kakitangan Risda cedera selepas terkena serpihan tembakan daripada peluru penabur yang dilepaskan seorang pegawai polis ketika berburu di hutan Kemasul, Lanchang Sabtu lepas.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, Abdul Ghani Midon, 49, dikatakan sedang memburu landak bersama beberapa rakannya termasuk Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Ahmad Fadzillah Mohamad.

Ketika kejadian Ahmad Fadzillah dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senapang patah miliknya ke arah benda bergerak yang disangkakan haiwan buruan.

Bagaimanapun, serpihan peluru berkenaan terkena bahagian muka mangsa.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk rawatan.

"Mangsa dilapor berada dalam keadaan stabil," katanya.

Sharifuddin turut mengesahkan Ahmad Fadzillah memiliki senjata api dan permit untuk memburu.

Beliau berkata, Ahmad Fadzillah turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata mangsa keluar mengikut rakan-rakannya memburu pada pukul 8 pagi tetapi dia tidak membawa senapang patah miliknya.

Beliau berkata, lelaki itu cedera di dahi berdekatan mata kanannya.

Kontroversi: UMNO Paya Besar Hina Sultan Pahang, Hanya Memaparkan Gambar Pemimpin Parti Itu Pada Kain Rentang Program Raja Bersa




PAYA BESAR, 20 Sept [1.57 pm] - Orang ramai kecewa dengan tindakan UMNO Bahagian Paya Besar yang telah "Menghina Sultan Pahang" menerusi program Majlis Raja Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran parti itu. Difahamkan ia berkaitan tindakan parti itu memasang kain rentang berkaitan program yang dipercayai berunsur penghinaan terhadap Sultan Pahang.

Difahamkan program terbabit diadakan hari ini di Padang Kompleks Belia Felda Bukit Goh dekat sini. Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati khemah-khemah telah pun didirikan. Malah khemah diraja berwarna kuning juga telah didirikan. Ini membukitkan bahwa sememangnya program tersebut akan dihadiri oleh "Tuanku Sultan Pahang". Apa yang menimbulkan persoalannya sekarang ialah kenapa gambar Sultan Pahang tidak diletakkan pada kain rentang terbabit?.

Mengulas perkara itu, Tuan Hj.Zahari Mamat (foto), selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar berkata bahawa tindakan UMNO itu jelas sekali satu penghinaan terhadap tuanku. "Jika sebelum ini UMNO bukan main hebat lagi mengatakan PKR menghina Sultan Johor apabila terjumpanya kain rentang yang memaparkan gambar Sultan Johor bersama Pengerusi PKR negeri itu Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim. Mereka membuat provokasi mengatakan PKR tidak menghormati institusi raja.

Malahan, Anwar juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat. Walhal, terdapat maklumat yang kain rentang itu dibuat sendiri oleh UMNO bagi mencetuskan keadaan tidak tenteram, kononnya PKR menyokong Chua Jui Meng menjadi Menteri Besar Johor", kata Hj. Zahari. "Persoalannya sekarang kenapa ia berlaku pula kepada UMNO itu sendiri?.

Kain rentang yang tertera program raja bersama rakyat tetapi yang dipaparkan ialah gambar Datuk Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) dan Suhaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing), sedangkan gambar tuanku sultan tidak tertera langsung. Bukankah ini mengelirukan rakyat. Kenapa guna nama raja untuk menarik perhatian rakyat?. Ini jelas merupakan satu penghinaan kepada isntitusi raja itu sendiri sebenarnya", katanya.

PENYAMUN PENYAMUN MULA BERGADUH BEREBUT HARTA PERANG


PENYAMUN TARBUS - SELANGOR SANGAT TERUK – TOYO TAK MINAT JADI MB LAGI -mkini

Khir Toyo berkata beliau tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor. Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, sekiranya mereka berjaya merampas semula negeri itu.

KAH KAH KAHKAH KAH KAHKAH KAH KAH

woit... NAK JADI MACAM MANA... MAT EZAM YANG AKAN JADI MB... kah kah kah..

kah kah kah... TIMBALAN MB ... LOKMAN ADAM... kah kah kah..


Dicatat oleh Tukar Tiub 

Ramuan naik taraf UMNO ...? Kah kah kaahhh ...?


Soal-jawab dua sahabat:Sahabat 1: Apakah bahan-bahan naik taraf UMNO ...?Sahabat 2:

PM Baru ...Sahabat 1: Salah ...

Sahabat 2: 1Malaysia ...Sahabat 1: Salah ...

Sahabat 2: PRU baru ...Sahabat 1: Salah ...

Sahabat 2: Kalau semua salah, apa yang betul?

Sahabat 1: APCO, MAIS, JAIS dan PERKOSA.Kah kah kaahhh ...?

Umno-Mais-Jais Tunjuk Sikap Hipokrit Layan Kamalanathan Dalam Masjid

Oleh Fazli Othman & Frederick Luccas

SHAH ALAM 19 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata majlis penyerahan 'mock cheque' oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan di Masjid Sg Tengi Selatan baru-baru ini menyerlahkan sikap hipokrit Umno.

Malah lebih menyedihkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang hebat menghentam Pakatan Rakyat dalam isu lawatan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral bulan lalu turut menunjukkan sifat munafik apabila turut bersama-sama Kamalanathan dalam masjid tersebut.

"Bagi Pakatan Rakyat semenjak dulu kita telah memberitahu tidak ada masalah orang buka Islam mengunjungi masjid atau surau. Kita dasarkan hujah kita kepada dalil hadis serta seerah Nabi SAW, sejarah Islam malah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini.

"Hanya apabila kita buat, riuh rendahlah satu kampung Umno, Mais dan Jais mengatakan kita menghina Islam dan mengeluarkan arahan orang bukan Islam tidak bloleh masjid dan sebagainya. Tetapi dia buat boleh, malah Mais dan Jais turut sekali memberi sokongan kepada Kamalanathan dalam masjid tersebut.

"Pada pandangan kita, orang bukan Islam tidak dihalang daripada memasuki surau dan masjid asalkan tujuan dan niatnya baik serta mendapat persetujuan dan dijemput oleh jawatakuasa surau atau masjid berkenaan.

"Sebab itulah kita labelkan Umno, Mais dan Jais hipokrit, dia buat boleh, kita buat semua tak boleh," kata Khalid kepada Suara Keadilan.

Khalid menegaskan strategi yang digunakan oleh Umno-BN adalah untuk menunjukkan seolah-olah kedudukan Islam tercabar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat PR di Selangor.

"Apabila Umno-BN membawa masuk pemimpin bukan Islam ke dalam masjid, tak salah tetapi apabila kita berbuat yang sama, kita dituduh menghina Islam sedangkan itu sama sahaja.

"Ini hanyalah satu pembohongan dan saya harap rakyat tidak termakan dengan propoganda Umno-BN kerana semua usaha oleh pemimpin Pakatan Rakyat amat jelas tidak bercanggah dengan Islam," tegas beliau lagi.

Tambah beliau, Umno-BN khuatir strategi mereka tidak berkesan lagi dan DAP akan diterima oleh masyarakat umum sebagai sebuah parti yang bukan anti Islam, dan PAS pula akan dapat diterima sebagai parti yang bukan ekstremis Islam.

Sekiranya usaha PAS dan DAP berjaya mengikis persepsi negatif yang dilabelkan oleh Umno-BN, maka masyarakat akan dapat menerima kedua-dua parti dengan lebih baik lagi, lantas akan mengugat kedudukan dan kekuasaaan Umno-BN.

"Pada hakikatnya, apa yang dilakukan oleh PAS dan DAP adalah untuk memecahkan propoganda negatif yang disebarkan secara luas oleh Umno-BN selama ini. DAP mahu membasmikan imej anti Islam manakala PAS pula mahu membasmikan imej ekstremis Islam yang diletakkan oleh Umno-BN," jelas Khalid.

Dalam blognya, Khalid menyifatkan tindakan pemimpin Umno tanpa syak lagi berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.

Beliau menyelar sikap Pengarah Jabatan Agama Jais dan Mais yang bersengkokol dengan Umno yang sebelum ini lantang bersuara berhubung isu penyampaian tazkirah dan ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi menutup sebelah mata sahaja membabitkan pemimpin parti itu.

"Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara".

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi Mais menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya 'ahli parlimen berkopiah' (Zulkifli Noordin) dan mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soal Khalid.

Dalam satu ganbar yang dirakam semasa satu program gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Pengerusi Mais, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa bersama Kamalanathan yang memakai kemeja T berlogo BN dilihat menyerahkan cenderahati 'Kalimah Allah' kpada salah seorang perserta.



Akibat dari pengurusan yang tidak telus, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja ! - YB DS ANWAR IBRAHIM

KEMUSYKILAN ANWAR IBRAHIM

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM61 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?

Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.

Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, a khirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.

ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

DATO ZAID IBRAHIM MENGUASAI MAJORITI PENCALONAN ?

Pemilihan PKR: Datuk Zaid Ibrahim Menguasai Majoriti Pencalonan Untuk Jawatan Timbalan Presiden Parti Dari Cabang-Cabang Negeri Pahang !!

KUANTAN, 20 Sept [9.30 am] - Perebutan jawatan nombor dua Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini nampaknya semakin hangat dan mendebarkan. Hampir semua cabang di negeri Pahang memilih Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (foto) sebagai calon Timbalan Presiden parti itu. Terbaru, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang diadakan semalam, Zaid berjaya mendapat sokongan daripada cabang Bera, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Rompin.

Azmin pula hanya mendapat sokongan daripada cabang Bentong. Keputusan ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana pengaruh Azmin juga dilihat kuat sebenarnya di negeri ini. Cuma, kata salah seorang pemimpin setempat bahawa Azmin tersilap langkah kerana tidak menghantar wakilnya untuk meraih undi. Sedangkan ia jauh sekali berbeza dengan Zaid Ibrahim. Ini menyebabkan ahli cabang lebih terpengaruh untuk mengundi beliau.

Sementara itu, bagi jawatan Presiden pula nama Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail isteri Anwar masih berada di atas sekali. Majoriti cabang mahu beliau dikekalkan. Cuma bagi jawatan Naib Presiden parti ada beberapa nama yang dipilih iaitu Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Mustaffa Kamil Ayob (Pengerusi PKR Perak), Dr.Chua Jui Meng (MPP), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) dan N.Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai). Sementara itu, kedudukan teringgi calon pilihan bagi jawatan Timbalan Presiden setakat ini masih didahului oleh Azmin Ali (36 undi), Zaid Ibrahim (19 undi), Mustafa Kamil Ayub (10 undi) dan Tian Chua (2 undi). Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada kedudukan sehingga malam semalam. Undi terhadap Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden hanya diperolehi daripada Cabang Kuala Lipis, Indera Mahkota

[Biar pun ada beberapa cabang yang memilih Azmin namun hakikatnya undi terhadap Zaid Ibrahim adalah lebih tinggi. Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, kerana Azmin dipercayai mempunyai pengaruh yang kuat di negeri Pahang. Walau bagaimana pun segalanya telah tersurat bahawa Zaid akhirnya mendahului biar pun hakikatnya Azmin yang mendapat perhatian.

tu terutamanta cabang Rompin. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Terdapat sumber mengatakan ia berkaitan usaha melobi yang keterlaluan daripada sesetengah pihak terhadap Zaid Ibrahim. Soalnya, kenapakah ini berlaku dalam PKR?. Semoga pemilihan selepas ini dapat dijalankan dengan sebaiknya kerana ahli juga mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tersebut nanti].

MUFTI KEDAH : "KEMBALI LAH KEPADA HUKUM ALLAH"


Mufti saran hukum Qisas

ALOR SETAR - Masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa.

“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.

“Apabila masyarakat melihat kesan daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Mereka akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin mengulas kejadian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai, baru-baru ini.

Tragedi yang turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu.

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan.

“Banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya.

Menurutnya, ajaran Islam tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan.

“Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini.

“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya. 

sumber : DUN PENGAKALAN KUNDOR

PERNIAGAAN RAJA GOPAL TERANCAM - DATUK DATUK SEDANG SANTAI (TUNGGU UNTUK DISEMBELIH)


KERAJAAN PERLU AMBIL TINDAKAN KE ATAS DATUK, DATUK SERI – PEMUDA MIC – mStar

Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendakwa kononnya telah dianugerahi gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' serta menipu golongan yang tidak bersalah, kata Pemuda MIC.

Ketuanya T.Mohan berkata kerajaan juga perlu mewujudkan pangkalan data berpusat yang mengumpul semua gelaran yang dianugerahi kepada masyarakat oleh kerajaan persekutuan dan negeri, termasuk Wilayah Persekutuan.

Pangkalan data berpusat itu akan membolehkan orang ramai menyemak penyandang gelaran di negara ini, dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa pihak yang diragui perwatakannya, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Sabtu.

Mohan mengulas laporan akhbar mengenai seorang daripada peguam yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi, bukanlah bergelar 'Datuk'.

KAH KAH KAH

woit… DULU SENANG SAJA… HANYA POLIS DI PANGGIL DATUK…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU NAK KIRA DATUK YANG MENIPU … MESTI BANYAK…. kah kah kah..

kah kah kah… ADA DATUK JAGA AYAM…kah kah kah..

kah kah kah… ADA DATUK JAGA CHINA DOLL… kah kah kah..

kah kah kah.. ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG JAGA AYAM... kah kah kah..

kah kah kah… ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG JAGA CHINA DOLL…. kah kah kah..

kah kah kah…ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG BAWA PENDATANG HARAM…. kah kah kah..

kah kah kah… ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG BAWA DADAH MASUK…. kah kah kah…

woit… OOOO MAK DATUK…. BUKAN MAIN BANYAK… kah kah kah..

nota:ni belum kira lagi datuk dari suludatuk dari dari jambidatuk dari bagan datuk kah kah kah

nota:kalau hapus datukraja gopal nak jual apa kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub 

KES KLASIK MELAYU TIPU DAN JUAL MELAYU - BUKAN SAHAJA RASUAH - HUTANG BUAT BENDERA PUN TAK BAYAR !


500 MAHASISWA MELAYU CEMERLANG MUNGKIN PULANG - melayau

Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.

"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.

Menceritakan mengenai kemelut pelajar berkenaan, Hasan berkata, pada 29 Mei lalu, Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu, Ibrahim Ali telah menyerahkan memorandum pelajar berkenaan kepada Najib Razak.

"Pada mulanya kita difahamkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi malangnya kita dimaklumkan oleh pelajar berkenaan bahawa mereka masih belum mendapat biasiswa.

"Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung kemudian ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum tetapi tidak berpeluang melakukannya, sebab itulah kes ini diserahkan semula kepada MPM," katanya.

Sehubungan itu, MPM sekali bertanyakan kepada kerajaan sama ada ingin melayan kes tersebut atau mengabaikannya begitu sahaja.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas enggan menyelesaikan perkara itu, maka MPM tidak mempunyai pilihan melainkan akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut.

"MPM sedia memanjat pagar istana, jika tiada pilihan lagi untuk mengadu dan meminta Majlis Raja- Raja mengarahkan kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar itu," katanya

KAH KAH KAH

woit…. INI KES CUKUP SEDIH… kah kah kah..

kah kah kah… INI KES CUKUP BODOH… kah kah kah..

woit... INI KES CUKUP SENANG SELESAI.... kah kah kah..

woit… TANYA GEROMBOLAN KENAPA BAZIR DUIT BELI KAPAL SELAM ?... kah kah kah..

kah kah kah… DUIT RASUAH BELI KAPAL SELAM BOLEH TAMPONG SATU UNIVERSITI UNTUK SATU TAHUN… kah kah kah..

kah kah kah… TANYA GEROMBOLAN… APA GUNA KAPAL TERBANG RUSIA YANG TAK TERBANG TERBANG…. kah kah kah..

kah kah kah…. TANYA GEROMBOLAN…. APA GUNA BELI KERETA KEBAL… KITA BUKAN NAK PERANG…. kah kah kah…

nota:kalau duit tidak dibazirbeli kapal selambeli kereta kebalbeli jet pejuangtidak ada masaalah tak ada duitsemua universiti belajar percuma

Dicatat oleh Tukar Tiub 

The incumbent chief for PKR Kota Kinabalu division Chrisitna Liew defeated her contender Ronnie Klassen - By Queville To


Liew's team sweep KK division, rival cries foul

KOTA KINABALU: The incumbent chief for PKR Kota Kinabalu division Chrisitna Liew defeated her contender Ronnie Klassen with a majority of 165 votes after polling 252 votes against Klassen’s 87 votes. There were seven spoilt votes.

Her running mate Roman Lo also beat his opponent Dr Chong Eng Leong in the contest for the deputy chief post by a majority of 120 votes when he polled 228 votes against Chong’s 108 votes.

Her other running mate Wong Kin Yin also beat her opponent Benny Quek with a majority vote of 150, by polling 234 votes against Benny’s 84 votes. There were five spoilt votes.

In the battle to head the women's wing, Liew's running mate Roslind Bion polled 65 votes against Chu Shuk Fun (51) votes. There were two spoilt votes.

In an immediate response, Klassen claimed that there were irregularities in the voting process and that he had lodged an official protest with the election committee before the vote counting began.

Among others, he claimed that Liew had convened the Annual General Meeting (AGM) much earlier at 9.25am instead of 10am as stated in the notice of meeting, besides claiming that her people were seen marking the ballot papers on behalf of members, instead of them going into the designated voting area to vote on their own.

He claimed that one of the election officials upon being alerted by him had went over to stop Liew’s people from doing so.

He also claimed that the ballot papers did not tally with the number of members who turned out to vote with 325 members attending but 350 ballot papers submitted.

“In any election there’s always a victor and loser. I can accept defeat if it was truly done in a democratic manner,” he said.

“The tactics employed by my opponent are beyond the true spirit of a friendly contest. I may have lost but my fight for change in PKR will continue,” he added.

Klassen also refused to sign the result sheet.

“I will not recognise the result and I will protest till the end. My team members have taken photographs and a video of what transpired during the voting,” he said.

Liew: Let officials decideMeanwhile, in her response, Liew said she would leave it to the team of six election officials from the party headquarters to deal with Klassen’s complaints and allegations.

She thanked the members for their support to her and her team in the election, adding that it had reaffirmed their struggle to continue the work for the party.

“Our struggle is clear from day one – to change the corrupt, arrogant BN (Barisan Nasional) government to a Pakatan government in the next general election,” she said.

She also said she would be calling for a meeting with her new committee soon to activate the election machinery in full gear.

Meanwhile, Penampang PKR secretary Franky Lobinjang disclosed that its AGM cum election has been postponed to Oct 3 and the division was waiting for confirmation on the venue from the party headquarters.

“We will inform all the members once it is confirmed,” he said.

When contacted, PKR vice president Dr Jeffrey Kitingan said his contest with Danny Andiapi would only be held on Sept 26.

sumber : malaysiatoday

Tahniah! Ranking Malaysia kini No 1 Dunia. Posted by Love Perak


Bukan senang nak catatkan nama Malaysia dalam record dunia. Kerajaan berhabis berjuta-juta ringgit untuk sukan bagi menyenaraikan Malaysia dimata dunia tetapi tak kemana.

Tetapi untuk statistik kadar kematian jalanraya yang baru dikeluarkan melalui Forum Pengangkutan Antarabangsa, menyenaraikan Malaysia sebagai juara dan daripada nisbah bilangan kematian bersandarkan kepada setiap 100,000 bilangan penduduk. Sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara paling banyak mencatatkan bilangan kadar kematian jalanraya paling tinggi untuk setiap 100,000 penduduk bagi tahun 2009.

Kadar kematian di jalanraya untuk setiap 100,000 bilangan penduduk bagi 2009 :

1. Malaysia – 23.8 1. Argentina – 18.4

2. Greece – 13.8 3. Cambodia – 12.6 4. Korea – 12.0 5. Poland – 12.0 6. US – 11.1 7. Lithuania – 11.0 8. New Zealand – 8.9 9. Belgium – 8.9 10. Czech Rep – 8.6 11. Slovenia – 8.4 12. Hungary – 8.2 13. Portugal – 7.9 14. Italy – 7.9 15. Austria – 7.6 16. Luxembourg – 7.2 17. Australia – 6.9 18. France – 6.9 19. Canada – 6.3 20. Spain – 5.9 21. Denmark – 5.5 22. Ireland – 5.4 23. Iceland – 5.3 24. Finland – 5.3 25. Germany – 5.1 26. Japan – 4.5 27. Switzerland – 4.5 28. Norway – 4.4 29. Israel – 4.2 30. Sweden – 3.9 31. Netherlands – 3.9 32. UK – 3.8 

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU - MAHAFIRAUN MENANGIS KERANA TELOR PECAH


PELABUR BERHATI- HATI APBILA PEMBANGKANG BURUKKAN KERAJAAN : AHMAD HUSNI - berita hairan

Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.

Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini."Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.

"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

KAH KAH KAH

woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. KALAU PM TERLIBAT KES BUNUH… kah kah kah..

woit… INI BUKAN KES BUNUH YANG DI TIMBUL PAKATAN RAKYAT… kah kah kah..

woit… PELABUR MANA NAK DATANG… RASUAH TINGGI… YANG RASUAH BUKAN PAKATAN RAKYAT…. kah kah kah..

woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. BUAT BANGUNAN…. BANGUNAN RUNTUH…. kah kah kah…

woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. SEMUA DASAR BELUM MUKTAMAD…. kah kah kah..

woit…. PELABUR MANA NAK DATANG… TAKUT DENGAN BERAHENG… kah kah kah…

woit… PELABUR TAK NAK DATANG…. KERANA ADA TIGA PERDANA MENTERI DI MALAYSIA…. kah kah kah..

kah kah kah.... TAK PASTI MAN PM YANG BETUL BOLEH BUAT KERJA.... kah kah kah

kah kah kah…. NAK MELABUR KENA RASUAH TIGA PM…. kah kah ka

baca ini lagi :

RASUAH CULAS PUNCA PELABUR TAK MINAT – harakah daily

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan cuba memberi gambaran serba indah tentang ekonomi negara biarpun hakikat adalah sebaliknya.

Beliau merujuk Laporan Bank of America Merill Lynch yang mendapati Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana.

Kedudukan Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke-10, dan kini di kedudukan tercorot.

"Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala kedudukan negara menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara.

"Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembab ini," katanya lagi.

KAH KAH KAHKAH KAH KAHKAH KAH KAH

Dicatat oleh Tukar Tiub