Followers

Tuesday, July 27, 2010

Pemuda Umno Tenggara Tersungkur Sebelum Berdebat - AMK Gelang Patah


Kegagalan Sdr.Halim hadir dalam debat tersebut ternyata mengecewakan ratusan peneroka yang hadir pada malam tersebut yang ingin mengetahui apakah hujah dari pimpinan Umno untuk menafikan bahawa sebenarnya Peneroka Felda telah lama ditipu dan tertipu.

Kegagalan Ketua Pemuda Umno Tenggara hadir dalam debat tersebut juga memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya "TAKUT" untuk berdepan dengan kebenaran apatah lagi jika hujah2 dari Pemuda Umno dengan mudah ditangkis oleh wakil Pakatan Rakyat di hadapan peneroka felda sendiri.

Debat malam tadi sebenarnya bukan mencari siapa salah siapa benar, namun ianya ingin merungkai dan memperjelaskan kepada peneroka isu sebenar yang berlaku agar mereka tidak dipolitikan atau menjadi mangsa kepada pihak tertentu.Pemuda Umno yang takut berdepan dengan kebenaran, memilih untuk tidak hadir dan mungkin Sdr Halim telah diberikan kata dua oleh pihak tertentu agar tidak hadir dalam debat tersebut bagi mengelakkan segala pembohongan oleh pihak kerajaan dan felda terbongkar.

Debat "Isu Felda" dengan tajuk "Benarkah Peneroka Tertipu" sepatutnya berlangsung pada 24/7/2010 (jam 9.00mlm) antara Ketua Pemuda Umno Tenggara (Halim Jalil) dan Wakil Pakatan Rakyat (Che'gu Bard), namun wakil Pemuda umno/Ketua Pemuda Umno Tenggara tidak muncul tiba hingga ke akhir.


Cabaran dari Sdr. Halim terus disambut oleh Pemuda Pakatan Rakyat dan surat cabaran segera dihantar kepada beliau melalui serahan tangan.

Menurut sumber dalaman Umno Tenggara bahawa Sdr Halim aakan dikenakan tindakan disiplin oleh J/kuasa Tatatertib Umno atas cabaran debat ini.

Mungkin penyokong Umno merasakan ketidakadilan berlaku apabila Pakatan Rakyat menampilkan Che'gu Bard iaitu Majlis Pimpinan PKR Pusat manakala Pemuda Umno Tenggara menampilkan Sdr.Halim Jalil iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara sebagai wakil Umno, namun Pemuda Pakatan Rakyat bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja termasuk Ahmad Maslan atau Najib sendiri. Persoalannya... beranikah mereka?????

di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah

CADANGAN SUPAYA NEGERI PR UMUM BUBARKAN PARLIMEN PADA FEB/MAC 2013 - by BLOGMASTERS ·


BN takut dengan idea PR untuk mengadakan pilihanraya berasingan. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media hari ini seolah-olah menidakkan hak dan autoriti Kerajaan PR untuk membubarkan DUN masing-masing secara berasingan.

Muhyiddin berkata jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.

Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya.

Jelas sekali bahawa BN tidak sedar bahawa mereka berhak membubarkan parlimen tetapi tidak berhak untuk membubarkan semua DUN kerana 4 negeri sekarang ini dikuasai oleh PR.

Saya mencadangkan negeri-negeri kesemua negeri PR mengadakan pilihanraya pada tahun ke lima selepas PRU 12 iaitu pada tahun 2013. Adalah lebih baik Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri –negeri PR membuat kenyataan akhbar bersama sekarang ini dengan menyatakan bahawa Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang akan membubarkan parlimen pada bulan Febuari atau Mac 2013.

Jika kita melakukan perkara sedemikian maknanya kita membuktikan bahawa negeri-negeri PR adalah anak jantan kerana berani menyatakan tarikh bila Pilihanraya Umum akan diadakan di negeri-negeri PR.

Langkah benar guru siswazah aktif berpolitik agenda BN hadapi PRU-13? - Posted by Anak Sungai Derhaka


Benarkan Guru Berpolitik , agenda BN menghadapi PRU13?.. dah agak dah.

“Jadi kalau tidak ada pemantauan bimbang guru akan menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik dan kita tidak mahu kejadian guru bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempunyai idealogi politik berbeza,”

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Penganalisis-penganalisis politik melihat keputusan terbaru kerajaan membenarkan guru — antaranya guru besar dan pengetua — terlibat aktif dalam politik hanya semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan golongan tersebut dan juga masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana menurut beberapa penganalisis, guru mempunyai pengaruh besar, jadi penglibatan mereka dalam politik boleh digunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya ketika pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik mungkin kerana ingin mendapatkan semula sokongan yang terhakis saban tahun.

“Saya lihat keputusan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana apabila guru aktif berpolitik mereka boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi masyarakat,” katanya.

“Boleh dikatakan kerajaan (mahu) menggunakan pengaruh guru untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

“Ini kerana bagi saya guru mempunyai pengaruh yang besar memandangkan mereka adalah pemimpin dalam sekolah, jadi apabila terlibat dalam politik ia boleh mempengaruhi masyarakat,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dengan adanya pengaruh guru ini, jelas beliau, secara tidak langsung generasi muda akan mengikut mendokong sama perjuangan guru.

“Sebelum ini pun guru merupakan pejuang asal cuma pada tahun 1990 golongan ini diketepikan selepas golongan korporat terlibat dalan Umno,” ujar beliau.

Pun begitu katanya, apabila kerajaan membenarkan semula guru terlibat dalam politik saya melihat ia satu perkara yang bagus memandangkan selama ini guru memang mendokong perjuangan kerajaan.

“Apabila guru terlibat dalam politik sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang kerajaan, masyarakat akan melihat perkara ini dan ia boleh mempengaruhi mereka nanti,” katanya.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (gambar) hari ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” kata beliau hari ini.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman juga berkata, penglibatan guru dalam politik boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat.

“Pengaruh guru ini besar, jadi bila dibenarkan semula terlibat dalam politik ia boleh mempengarui masyarakat tempatan.

“Apabila kita benarkan guru bercakap di kampung mereka boleh mempengaruhi masyarakat, jadi bagi saya guru mempunyai pengaruh yang amat besar.

“Walaupun saya tidak tahu apa agenda sebenarnya kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik semula tapi ia merupakan satu langkah yang bagus,” katanya.

Selain itu, Nidzamuddin berkata kerajaan juga perlu membenarkan kakitangan kerajaan lain untuk sama-sama aktif dalam politik memandangkan mereka juga sebahagian daripada anggota perkhidmatan awam.

“Jadi timbul persoalan, mengapa mesti guru sahaja? Adakah guru lebih layak?

“Perlu ada satu penjelasan akan perkara ini oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata guru yang ingin terlibat secara aktif perlu mengimbangi soal politik dan juga kerja.

“Secara dekat kita lihat guru ini mempunyai kecenderungan yang berbeza, ada yang sokong kerajaan dan ada pembangkang.

“Jadi adakah guru boleh membezakan soal politik dan kerja? Kita tidak mahu melihat hanya kerana berbeza politik guru berselisih pendapat, bergaduh dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan itu dibuat mungkin disebabkan peredaran masa yang memerlukan penglibatan guru dalam politik.

“Penglibatan guru akan membolehkan peningkatan sosial, malah ia selari dengan peredaran suasana politik sekarang.

“Saya tidak melihat ia ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana ia lebih kepada keperluan pemimpin dari kalangan guru.

“Ini barangkali guru boleh memainkan peranan sebagai pemimpin sebuah parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau menyarankan agar guru yang terlibat dalam politik perlu tahu membezakan antara politik dan juga pekerjaan.

“Ini kerana apabila guru terlibat dalam politik ada positif dan negatif. Yang positifnya guru boleh memainkan peranan besar dalam parti politik.

“Sementara itu, yang negatifnya pula jika guru tidak dapat membezakan antara politik dan kerja ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

“Jadi bila terlibat dalam politik, setiap guru perlu mengimbangi antara soal politik dan kerja. Jangan sesekali mencampurkannya kerana nanti yang akan menerima kesan adalah sekolah dan juga masyarakat,” katanya.

Justeru Sivamurugam mencadangkan agar ada satu badan pemantauan untuk memantau pergerakan guru yang terlibat dalam politik.

“Pengaruh guru ini amat besar dan ia boleh mempengaruhi anak-anak, pelajar, rakan sebaya dan juga sekolah.

“Jadi kalau tidak ada pemantauan bimbang guru akan menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik dan kita tidak mahu kejadian guru bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempunyai idealogi politik berbeza,” katanya.


The Malaysian Insider

12 orang 'samseng taik minyak' yang kononnya 'juara Agama' - didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen.


12 Hero 'Kepala Lembu' dapat 'imbuhan' RM1000 seorang

12 orang 'samseng taik minyak' yang kononnya 'juara Agama' yang berpakat untuk membawa 'kepala lembu' sebagai membantah membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan kediaman mereka pada Ogos tahun lalu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen.

2 orang daripada mereka yang ter'samseng' daripada yang 10 orang lagi yang 'samseng' iaitu Mohd. Azmir Mohd. Zain dan Eyzva Ezhar Ramly didenda; masing-masing RM3,000 bagi kesalahan membawa dan memijak kepala lembu dalam perhimpunan itu.

Salah sorang daripada 2 orang yang ter'samseng' itu iaitu Eyzva Ezhar Ramly rupa-rupanya 'hero' daripada segala 'hero' sedang merengkok dalam penjara selama 10 bulan kerana memiliki dadah diarahkan oleh Mahkamah dipenjara seminggu sebaik tamat hukuman itu pada 4 Ogos ini. [sumber .]

Nota:

Inilah 'juara Agama' konon, akhirnya mengaku salah.

Yang ironinya, 'juara Agama' boleh terlibat dengan dadah?

Berkemungkinan 'samseng taik minyak' yang jadi 'juara sorak di luar' akan 'sponsor denda tu, tolak campur lebih kurang 1 atau 2 lori pasir kot.

Insaflah wahai saudara ku, Islam melarang kita menghina sebarang anutan atau kepercayaan penganut agama lain, usah membiarkan kita diperkudakan oleh 'mereka' yang sengaja berniat untuk mengeruhkan suasana.

Felda: Anak sudah bertemu Tengku Razaleigh Oleh: Nazri Abdullah27 Julai 2010 Felda: Anak sudah bertemu Tengku Razaleigh 15 Syaaban 1431 H Oleh: Nazr



Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), minggu lalu telahpun mengadakan pertemuan dengan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pertemuan itu sebagai usaha berterusan mereka mengangkat isu salahurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sehingga mahu kepada penubuhan kaukus khas membawa isu Felda ke Parlimen.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (gambar) berkata, pertemuan hampir sejam di kediaman Ahli Parlimen Guang Musang di ibu negara itu antara lain memperlihatkan respons positif Tengku Razaleigh untuk bersama memperjuangkan dan mengangkat isu tersebut.

"Respons sangat positif. Dia (Tengku Razaleigh) bersetuju bahawa, Felda sudah tersasar dari matlamat asal dan bersedia menyuarakan isu tersebut ke Parlimen," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Tengku Razaleigh juga mahu melihat Felda dipacu mengikut hasrat asal penubuhannya dengan memberikan hak sepatutnya kepada peneroka.

Ianya termasuk isu hak milik, pemberian pendapatan dan beberapa perjanjian antara agensi kerajaan itu dengan peneroka yang dilihat selama ini seperti menekan warga peneroka.

Selain itu, Tengku Razaleigh juga membangkitkan isu pelaburan yang dibuat Felda tanpa pengetahuan peneroka yang sepatutnya tidak berlaku sedemikian.

Veteran Umno itu juga didakwa bersetuju bahawa Akta Penempatan Kawasan Berkelompok (GSA) 1960 perlu dipinda dalam usaha memberi hak tanah kepada peneroka.

Dalam pertemuan itu juga menurut Mazlan, Tengku Razaleigh turut melahirkan kebimbangan terhadap nasib peneroka jika kerajaan tidak dapat menangani isu tersebut dengan baik.

"Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat tangani isu ini dengan baik, ia bukan sahaja memberi kesan kepada orang Melayu di Felda, malah masyarakat Felda itu sendiri," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Menurut Mazlan, pertemuan peringkat kedua dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri nanti untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan dalam mengenengahkan isu Felda tersebut.

Anak sebelum ini mengumumkan mahu berbincang dengan Tengku Razaleigh ke arah pembentukan kaukus khas di Parlimen berhubung isu Felda.

Mazlan juga sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir Felda sehingga menyebabkan kemerosotan rizab tunai agensi kerajaan itu.

Harakahdaily/-
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Bongkar Derma ibu tunggal RM20, derma politik BN RM2.7 juta ?Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Semakin banyak didedahkan mengenai penyelewengan dalam GLC di zaman BN, semakin banyak pihak atau individu yang menghubungi penulis memberikan maklumat. Cuma saya perlu berhati-hati kerana bukan semua maklumat boleh disiarkan sewenang-wenang. Bukan kerana ianya tidak benar tetapi kerana semua fakta perlu disokong oleh bukti.

Jadi, walaupun terlalu banyak maklumat penyelewengan GLC yang diterima namun hanya maklumat yang terpilih sahaja yang boleh dan wajar didedahkan.

Saat di mana BN menggunakan cengkaman kuku besinya untuk mengawal media, kita perlu berhati-hati. Suara Keadilan hanya melakukan kesilapan tidak meletakkan tanda ‘?’ pada tajuk ‘Felda Bangkrap’ menyebabkan ia diharamkan, walhal seluruh isi berita dalam akhbar tersebut tidak menyebut sepatah pun bahawa Felda sudah diisytiharkan bangkrap.

Bukti yang nyata bahawa Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) di zaman BN menyalurkan duit syarikat untuk kepentingan politik BN sebanyak RM1.7 juta. Itu adalah pemberian tunai secara langsung. Masih ada lagi perbelanjaan yang dibuat untuk program politik BN oleh STDC. Maksudnya STDC tolong lunaskan perbelanjaan program BN. Semuanya itu dianggarkan RM1 juta. Bermakna ‘derma politik’ untuk BN dari STDC menjelang pilihanraya umum ke 12 lalu ialah sebanyak RM2.7 juta.

Di antara tuntutan yang terdapat dalam invois pembekal ialah menyewa khemah untuk program kempen politik BN sebanyak lebih RM300 ribu. Semua itu terpaksa dijelaskan oleh STDC kini secara beransur. Tak fasal-fasal pihak pengurusan sekarang yang menanggung beban yang ditinggalkan mereka.

Terdapat juga perbelanjaan membekal kain tudung sewaktu pilihanraya umum sebanyak RM20 ribu. Walaupun tidak dinyatakan kain tudung untuk siapa, tetapi tentulah kain tudung itu bukan untuk Muslimat PAS. Cuma kita berharap tidak terjumpa selepas ini dokumen pembelian kain batik dan baju dalam Wanita dan Puteri Umno oleh GLC.

Berhubung pemberian RM1.7 juta untuk membiayai program politik BN, ada juga yang bertanya siapa penerimanyanya. Mestilah semua itu tercatat dalam baucer. Inilah yang sukarnya untuk mencari siapa penerimanya kerana dalam dokumen pembayaran hanya dicatatkan ‘Tunai’. Bayangkan jika penyelewengan GLC itu berlaku di masa pemerintahan PAS, maka teruklah pegawai-pegawai atau pihak politik di soal-siasat.

Persoalan yang timbul sekarang ialah sama ada pihak pengurusan STDC mahupun Lembaga Pengarah STDC mempunyai kuasa untuk meluluskan sumbangan yang sebanyak ini. Ini adalah kerana menurut akaun pengurusan STDC, pendapatan syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 adalah RM1,415,888.77 ("actual recorded figures taken from STDC’s Management Account from January 2009-March 2009"). Sedangkan jumlah program "Pemimpin Bersama Rakyat" disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman adalah sebanyak RM1.7 juta berbanding pendapatan syarikat sebanyak RM1.4 juta.

Oleh itu, dari segi logiknya sumbangan yang jumlahnya melebihi pendapatan dalam tempoh yang sama bolehlah dianggap penting atau "significant" yang mungkin memerlukan kelulusan lebih dari Lembaga Pengarah.

Adakah perkara seumpama ini tidak memerlukan kelulusan pemegang saham (iaitu PKNK) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa ("Extraordinary General Meeting") atau Mesyuarat Agung Tahunan ("Annual General Meeting")?

Mari kita menganalisa Akta Syarikat, 1965 ("Companies Act, 1965"). Menurut Bahagian 5(2) (Pengarah & Pegawai Syarikat) Seksyen 132 (Tugas dan Tanggungan Pengarah & Pegawai) Peruntukan 1E (Tanggungjawab Pengarah Lantikan):

"Seseorang pengarah, yang dilantik melalui kedudukannya sebagai seorang pekerja atau; dilantik mewakili pemegang saham, majikan atau pemegang debentur; hendaklah sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat tersebut; dan sekiranya wujud percanggahan antara tanggungjawabnya atas kepentingan syarikat dengan tanggungjawabnya atas kepentingan pihak yang melantiknya, maka beliau tidak boleh mendahulukan tanggunjawabnya pihak yang melantiknya dengan tanggungjawabnya terhadap kepentingan syarikat."

Peraturan ini jelas menyatakan seseorang pengarah yang dilantik hendaklah menjaga kepentingan syarikat pada setiap masa. Oleh kerana Syed Sobri dan pengarah-pengarah lain tidak memegang saham secara langsung dalam syarikat STDC, maka mereka adalah pengarah yang dilantik mewakili pemegang saham ("nominee directors"). Justeru itu, mereka tanggungjawab mereka termaktub di bawah peruntukan yang disebut di atas. Mereka ialah Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Encik Mustafar Ahmad, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semua pemimpin politik Umno.

Di dalam peraturan ini juga disebut bahawa tanggungjawab pengarah menjaga kepentingan syarikat mendahului tanggungjawab pengarah itu terhadap pihak yang melantiknya samada pihak itu pemegang saham (dalam kes ini PKNK) atau pihak yang lebih tinggi (dalam kes ini Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid). Persoalan yang timbul adalah:

• Adakah menyumbang sebanyak RM1.7 juta di ketika pendapatan syarikat semasa hanya RM1.4 juta merupakan satu tindakan yang dianggap menjaga kepentingan syarikat?

• Biarlah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM") membuat penilaian apabila perkara ini dilaporkan kepada SSM secara rasminya tidak lama lagi. Harap-harap Syed Sobri dan ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang lepas bersedia menghadapi sesi soal-siasat SSM yang mempunyai kuasa mendakwa tersendiri sebagaimana diperuntukan kepadanya di dalam Akta Syarikat, 1965 Bahagian 2, Peruntukan 7-7D.

Dalam pada itu, ahli lembaga pengarah STDC pada ketika itu masih boleh dipanggil oleh PKNK sebagai pemegang saham 100% dalam STDC bagi menerangkan sebab Lembaga Pengarah meluluskan sumbangan RM1.7 juta ini.

Di celah-celah penemuan sebanyak RM2.7 juta wang STDC digunakan untuk membiayai program politik BN, terdapat sekeping bukti pembayaran yang ‘menyedihkan’ iaitu sumbangan untuk ibu tunggal sebanyak RM20! Bukan saja sedih, lucu dan geram pun ada.

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Detikdaily.net. Detikdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

detikdaily

BERLANJA PERTAHANAN RM180 BILION RINGGIT -mkini


DI SINI DUIT BOCOR

SENJATA BARU UNTUK KESELAMATAN RAKYAT DARI SERANGAN NUKLEAR

Sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan jumlah yang besar sebanyak RM180 bilion.


Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004, yang seharusnya menyediakan Malaysia dengan kemampuan pertahanan yang sewajarnya, kata seorang penganalisis pertahanan.

Namun, angkatan tentera Malaysia dalam keadaan menyedihkan yang hanya dapat menangani operasi tentera selain perang (OMSP).

Hal ini tidak menghairankan kerana tuduhan rasuah dan salah pengurusan yang berkaitan dengan perolehan pertahanan terus ditimbulkan.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh yang lain dalam bajet 2009.

Perbelanjaan Kementerian Pertahanan telah meningkat lebih daripada lima kali ganda - dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010.

Jumlah perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut ialah RM178.989 bilion - sama dengan kos membina enam Putrajaya atau 60,000 sekolah rendah.

Peruntukan untuk pertahanan berkisar dari 1.6-3.2 peratus daripada KDNK negara. Menurut Lam Choong Wah, editor portal pertahanan - KL Security Review - ini adalah sederhana dibandingkan dengan purata antarabangsa 2 peratus.

nota:

maka jelas disini bagiamana jual beli

alat senjata menjadi lubuk membuat duit
tahun demi tahun senjata baru di beli senjata
lama ditukar – semua jual beli senjata ada komisen
yang kita tahu hanya komisen untuk razak baginda
ini pun kerana altantuya di bunuh. senjata ini tidak
pernah dipakai. rasuah dan kick back berleluasa
dalam jual beli senjata – amalan ini merebak luas
jadi kalau musuh hendak menyerang tidak perlu jet
atau tank – hanya perlu bawa china doll dan mongol doll saja.

perhatikan jumlah duit yang hangus beli senjata:
180 bilion ringgit


berapa puluh buah hospital boleh dibuat?
berapa puluh sekolah boleh dibuat?
berapa kali warga muslim boleh naik haji percuma?
berapa banyak boleh diguna untuk subsidi gula?
berapa banyak boleh diguna untuk subsidi beras . minyak, tepong?
berapa banyak choli sais XXXXXXLLL telah dapat dibeli
dengan 180 bilion ringgit? kah kah kah


Mahu berbaik, tapi masih berbalah! Oleh: Wan Nik Wan Yussof


Mana mungkin boleh berbaik PAS dengan Umno, kerana banyak perkara yang Umno/kerajaan BN buat terhadap PAS/kerajaan PAS dan orang PAS yang bercanggah dengan hasrat berbaik-baik, antaranya mendiskriminasikan kerajaaan negeri Pakatan Rakyat.

Sehingga sampai satu peringkat, menggunakan pelbagai agensi di bawah kerajaan pusat untuk mengenakan tekanan dan menyekat beberapa kemudahan serta menggagalkan rancangan kerajaan negeri. Pengalaman sebegini cukup dirasai dan secara berterusan dialami oleh PAS di Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir negeri.

Kes diskriminasi

Di antara kes-kes diskriminasi tersebut ialah:

Melarang sekolah di bawah kerajaan pusat daripada menyertai sebarang kejohanan dan pertandingan anjuran kerjaaan negeri. Perkembangan terbaru antaranya tidak membenarkan sekolah-sekolah menengah menyertai peseta wau antarabangsa anjuran Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Takiyuddin Hasaan yang diadakan di Pantai Irama Bachok pada pertengahan Julai 2010.

Membatalkan kebenaran pihak Sekolah Menengah Chung Hwa Kota Bharu kepada kerjaaan negeri Kelantan untuk menggunakan gelanggang bola keranjang semasa pengajuran Kejohanan Bola Tampar peringkat negeri di bawah kelolaan ahli exco Abdul Fattah Mahmood.

Menubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang disifatkan sebagai kerajaan dalam kerajaan didapati telah merampas hak kerajaan negeri Kelantan dari segi menerima agihan wang pembangunan yang dipertuntukkan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) sejak daripada RMK6 sampailah sekarang memasuki RMK10.

Lanjutan penubuhan JPP di Kelantan, terbaru pula (pada bulan Mei lalu) ialah satu lagi agensi di bawah telunjuk pemimpin Umno telah ditubuhkan semula, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP). Langkah tersebut merupakan kelangsungan daripada pewujudan jawatan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) bagi mengantikan Penghulu Mukim selepas Umno kalah di Kelantan tahun 1990.

JKKP adalah sebenarnya agen Umno yang berselindung di balik tabir JPP yang berperanan untuk menjadi mata telinga dan pengawas serta sekaligus sebagai agensi kerajaan pusat yang erat dengan pemimpin dan cawangan Umno peringkat akar umbi. Secara tersirat ia adalah wadah bagi pemimpin Umno untuk demand sesuatu demi survival cawangan Umno yang rata-rata hampir ranap di Kelantan.

Menyalurkan pelbagai projek pembangunan kepada rakyat, tetapi diagihkan mengikut selera politik Umno. Sehingga ramai kalangan rakyat yang bukan menyokong Barisan Nasional telah dinafikan hak menerima agihan tersebut. Misalnya, baja padi subsidi telah dicap dengan lambang dacing kemudian diagih-agihkan kepada ahli Persatuan Peladang yang merupakan penyokong Umno.

Semasa bancian, semua ahli persatuan dinamakan sebagai penerima, tetapi apabila pihak PPM menyaring nama-nama penerima dan mereka yang bukan penyokong Umno dinafikan. Ia berbeza dengan pendekatan kerajaan negeri Kelantan yang menyediakan baja padi berharga RM3 yang diagihkan kepada semua petani asalkan membayar pada harga ditetapkan.

Melengah-lengahkan penyaluran geran kewangan tahunan yang sepatutnya dibayar dua kali setahun, tetapi dilewatkan pembayaran dan dibayar secara sekaligus pada penghujung tahun. Amalan ini berlaku sampai sekarang, terutama dari segi penyaluran geran tahunan kepada majlis-majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Cara melengah-lengahkan pembayaran itu juga berlaku ke atas pemberian geran wajib yang kepada Kumpulan Wang Rezab Negeri seperti mana termaktub di dalam Perkara 109 dan Perkara 110, Perlembagaan Persekutuan: geran perkapita penduduk, geran penyelenggaraan jalan negeri dan geran pembangunan.

Mempolitikkan bantuan pelajar miskin apabila Kementerian Pendidikan melalui sekolah-sekolahnya dipaksa oleh kepimpinan Umno supaya melaksanakan agihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada pelajar yang terpilih mengikut senarai Umno. Di samping itu, borang permohonannya pula hendaklah disahkan oleh PPM. Sekiranya ada pelajar yang ibu bapa mereka bukan penyokong Umno, maka ibu bapa tersebut dikehendaki bersumpah di hadapan PPM untuk menyokong Umno di dalam pilihan raya.

Sementara perkembangan terbaru pula, satu lagi bantuan pelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah atas nama ‘wang ehsan’ turut disalurkan. Cara penyalurannya juga sama dengan KWAPM. Apa yang jelas setiap majlis penyampaiannya bantuan itu akan dimulakan dengan kempen politik Umno oleh ketua bahagian atau mana-mana menteri yang kebetulan hadir. Sudah tentu, kempen itu dipenuhi dengan sindiran dan fitnah terhadap pemimpin dan penyokong PAS serta kerajaan negeri pimpinan.

Paling besar sikap berbalah Umno terhadap umat Islam dan seluruh rakyat Kelantan ialah tidak membayar wang royalti petroleum kepada kerajaan negeri. Semenjak perjanjian dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1975, wang royalti tidak pernah berbayar. Ia adalah di bawah kerajaan pusat yang dikawal oleh Umno. Justeru Presiden Umno selaku Perdana Menteri telah mengumumkan secara rasmi (kenyataan yang dianggap salah) di parlimen pada 4 November 2009 bahawa Kelantan tiada hak menerima wang royalti itu.

Pihak kerajaan negeri Kelantan pula telah mengutus surat secara rasmi mohon wang royalti itu dibayar. Sehingga kini surat itu tidak dijawab. Malah beberapa pemimpin Umno Kelantan menafikan langsung hak rakyat Kelantan ke atas hasil petroleum di perut bumi perairan Kelantan. Apa yang jelas telaga minyak sudah dikeluarkan hasil, jutaan ringgit sudah dikaut, wang royalti tidak dibayar, tiba-tiba kerajaan pusat akan bayar wang ehsan sebanyak RM40 juta.

Sikap menganaktiri Kelantan adalah cara Umno berkeluarga dengan rakyat Kelantan. Saban hari mereka berjanji untuk membantu rakyat dan setiap kali pilihan raya pula mereka ulangi janji-janji yang tertunggak, malah janji baru terluah sampai berbuih mulut. Hasilnya tidak kurang tujuh projek besar tergendala kerana salah urus dan tertangguh kerana mainan politik adu-domba sesama pemimpin Umno.

Antara projek-projek itu ialah belum buat apa-apa lagi lebuh raya Gua Musang-Kuala Krai, siap separuh jalan jalan Simpang Pulai-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Berang, Universiti Malaysia Kelantan belum muncul janji di Bachok dan Jeli tetapi yang beroperasi dalam terbatuk-batuk di Pengkalan Chepa, pelebaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra, pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra, 20 buah sekolah seluruh Kelantan dan pembinaan Projek Terminal Makanan Negara (TEMAM) di Tunjong.

Siaran televisyen dan akhbar perdana milik kerajaan Umno-Barisan Nasional sering kali membuat liputan berita yang berat sebelah, berbau fitnah dan provaktif. Di samping sengaja melakonkan sesuatu peristiwa (seperti isu bekalan air, kedaifan hidup rakyat dan kemudahan asas rakyat yang terabai) yang kononnya rakyat tidak dipedulikan dan segala kemudahan rakyat tidak dilayan dengan baik.

Paling mendukacitakan lagi, pihak berkuasa Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pernah melarang guru-guru daripada memakai kopiah semasa bertugas. Ia dikatakan berpunca daripada desakan pemimpin Umno yang kononnya tidak mahu melihat guru berkopiah di sekolah-sekolah kerana ia menyamai dengan budaya berkopiah kalangan pemimpin PAS. Rentetan larangan itu, seterusnya semua sekolah agama-Arab telah disekat bantuan pelajaran, dan mengenakan syarat mesti mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan barulah bantuan disalurkan.

Masih segar dalam ingatan, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib ke Kelantan telah tidak mahu bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Ia terbukti apabila pihak Red Carpet yang mengurus Kelantan Fiesta telah menolak kehadiran Menteri Besar di dalam majlis perasmiannya yang menyaksikan kegagalan majlis tersebut. Tindakan itu dilihat sebagai manifestasi sikap berbalah bukannya mahu berbaik-baik.

Sementara yang terbaru, kehadiran lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ke jajahan Jeli dan Tanah Merah yang kononnya mahu berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan sebagai respon kepada kesediaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjumpa beliau sehari sebelum lawatan berlangsung. Namun, respon itu dilihat berlaku secara spontan adalah suatu keadaan terdesak kerana tidak hubungan rasmi antara pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan Menteri Besar. Katanya ia sekadar diuruskan melalui pihak ketiga yang memang tidak sesuai dan di luar nilai berbaik-baik.
Bercanggah dengan sunah Nabi

Sehubungan itu, kesemua sikap ingin berbaik dari pihak Umno itu adalah tersirat keadaan di mana pada masa sama terjemla sikap berbalah dengan PAS. Maka ia merupakan sandiwara pemimpin Umno yang kononnya cintakan perpaduan. Sekaligus ia adalah bercanggah dengan teori perpaduan sejagat yang mengkehendaki persefahaman dan penyatuan sikap serta tujuan sebagai teras ke arah termeterai perpaduan sejati.

Sebagaimana sunah nabi Muhammad taktkala berhijrah dari Mekah ke Madinah, lalu dianjurkan perpaduan umah antara golongan Mekah dengan golongan Madinah. Bukti perpaduan adalah menerima Nabi Muhammad selaku pemimpin dan termeterai Piagam Madinah yang menyatukan kesemuanya di atas landasan Islam. Maka, sikap diskriminasi pemimpin Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat masa kini adalah bercanggah dengan sunah Nabi Muhammad SAW.

Paling lekeh untuk dilihat sebagai praktik kepada teori perpaduan ialah realiti kerjasama kerajaan campuran PAS-Perikatan tahun 1971-1974 di Kelantan. Perpaduan itu terjadi atas dorongan dan nilai political will antara pemimpin PAS dan Umno yang mahu mengukuhkan ikatan umat Islam ketika berdepan dengan kesan rusuhan kaum13 Mei 1969.

Maka, teori dan praktik perpaduan itu tidak terbayang di dalam suasana ajakan perpaduan PAS-Umno pada hari ini. Tiada asas komitmen pemimpin Umno untuk meninggalkan dasar sekular dan pragmatis ke arah menerima dasar Islam. Sedangkan kesediaan menerima Islam telah diungkap sejak sekian lama olerh PAS kerana PAS memperjuankan Islam. Justeru teori perpaduan sahaja yang wujud tetapi praktik perpaduan sebenarnya tidak timbul di dalam parti Umno.

Persoalan untuk umat Islam

Renungi dan fahami beberapa persoalan untuk umat Islam. Apakah mungkin bagi Umno, ia berteori kemudian mempraktikkan teori perpaduan itu dengan cara keikhlasan sejati? Bagaimanakah pula rupanya perpaduan yang berkonsepkan keikhlasan sejati? Secara mudah mungkin boleh diterima idea seorang blogger (kalam perantau), yang mencadangkan langkah rasional ke arah berbaik-baik antara PAS dengan Umno ialah dengan memulakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

Kerjasama kerajaan itu boleh berlaku kalangan top level dalam kerajaan dan tidak semestinya melibatkan PerdanaMenteri dengan Menteri Besar ataukah padan sekadar Datuk Seri Utama Dr. Rais dengan ahli exco kerajaan negeri, Dr. Mohamed Fadli. Pendekatan perpaduan kerajaan-kerajaan itu sudah tentu akan dapat meredakan banyak permasalahan berbangkit selama ini. Sanggupkah pemimpin Umno?

Apa pun, perpaduan sejati hanya boleh dicapai setelah penghayatan dan daya istiqamah tertinggi kalangan pemimpin, iaitu berpaksikan prinsip perpaduan Islam yang telah dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW. Saya yakin, pemimpin Umno belum bersedia untuk mengikut sunah Nabi Muhammad SAW!

Harakahdaily/-

WHO ARE YOU ? - Apa cerita di sebalik pelawaan Umno? - Oleh: Shirzad Lifeboat


Walaupun bukan dicetuskan oleh PAS, cakap-cakap mengenai gabungan UMNO-PAS, atau lebih tepat lagi pelawaan UMNO agar PAS menyertai parti tersebut dalam satu bentuk gabungan politik kembali diperkatakan.

Menurut logik pasaran para pencacai cerita, kononnya PAS perlu menerima pelawaan UMNO itu demi perpaduan Melayu. Mengepalai kumpulan pencacai ini adalah seorang mufti yang mengangkat dirinya sendiri sebagai pemikir sosio-politik dan berkemungkinan besar bakal dijadikan, apa yang dianggap oleh puak UMNO sebagai orang-tengah dalam apa yang dipersepsikan oleh parti berkenaan sebagai usaha menggabungkan parti mereka dan PAS

Menurut Tan Sri Harussani Zakaria, mufti yang dimaksudkan itu, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar organ tak rasmi UMNO-BN beberapa hari lalu: “Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru."

Hakikat Harussani dipilih merasmikan dan bercakap hal tersebut di Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini sudah tentulah merupakan satu perkara ajaib bin pelik. Siapakah beliau mahu bercakap tentang perpaduan orang politik? Apakah seorang yang sekadar berjawatan (tidak semestinya bertaraf dalam erti kata sebenarnya) seorang mufti layak bercakap hal-hal seperti ini? Kalau mahu sangat campur tangan hal politik, berhenti sahaja jadi pegawai kerajaan dan jadi ahli politik. Barulah boleh bercakap tentang politik kepartian.

Sementara umum mungkin boleh menerima analisis sahibul samahah tentang prospek kekalahan yang bakal dialami UMNO-BN pada PRU-13 kelak, namun tidak jelas apakah perpecahan yang dimaksudkan oleh beliau itu.

Sekiranya ia bermaksud perpecahan orang Melayu, maka ini tidak mungkin berlaku, kerana sejarah telah menunjukkan orang Melayu, terutama dalam apa sahaja yang membabitkan soal mempertahankan agama Islam dan juga hak, mereka tetap bersatu walaupun kesatuan tersebut tidak semestinya dalam bentuk ketara atau melibatkan fahaman politik dan kecenderungan menganggotai parti politik berbeza.

Dari dulu hingga kini kesatuan dan ukhwah orang Melayu di negara ini sentiasa terpelihara walaupun, lebih lazim dari tidak, ia tidak dizahirkan secara eksplisit. Memang benar terdapat perbahalan dan kejadian tegang urat di antara orang PAS dan orang UMNO tentang siapa yang lebih benar dan siapa yang lebih Islam dan sebagainya. Tetapi kita tidak melihat mereka sentiasa dalam keadaan bertumbuk atau bersingsing lengan di antara satu sama lain.

Dan lebih lazim dari tidak, kekacauan yang berlaku di antara dua pihak ini lebih banyak dicetus dan diprovokasikan oleh UMNO sendiri yang berselindung atau menggunakan kerajaan yang mereka kuasai untuk mengekang PAS. Kedudukan, populariti dan keikhlasan PAS yang mengancam kedudukan dan populariti UMNO dan juga ada kalanya kerap menelanjangkan kepincangan UMNO mengenai perjuangan orang Melayu dan Islam diterjemahkan oleh UMNO yang menguasai kerjaaan sebagai ancaman terhadap kerajaan.

Begitupun di zaman teknologi maklumat ini di mana pelbagai maklumat disalurkan oleh pelbagai laman web di internet dan disebarkan seterusnya menerusi pelbagai aplikasi ICT dan juga dicetak oleh mesin cetak berharga kurang dari RM100 dan disebarkan ke seluruh ceruk kampung terutama kawasan yang tidak mempunyak akses internet, the art of war ala-UMNO ini sudah layak disimpan di dalam muzium (melainkan sekiranya kerajaan UMNO-BN meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar mesin cetak komputer semurah RM100 ini juga tertakluk kepada pemilikan permit).

Walaupun tidak dizahirkan secara jelas, UMNO begitu faham betapa mereka sudah kehabisan segala strategi, sudah ketandusan segala silap-mata, sudah tidak boleh lagi menggunakan jabatan kerajaan sama ada yang bersabit secara langsung dengan pilihanraya atau pun tidak tanpa menjolok mata semua pihak termasuk pemerhati luar negara.

Untuk memburukkan lagi keadaan, kemelut dalaman UMNO, terutama yang melibatkan UMNO Selangor, Terengganu dan Kedah semakin kelihatan sukar dibendung apabila pihak-pihak yang mahukan si anu dan si anu menjadi ketua atau timbalan ketua kerana ada si anu lain yang takut kehilangan pencalonan piliharaya atau berhasrat menjadi calon tetapi takut tidak dipilih sekiranya si anu yang disokong tidak terpilih semakin menunjukkan petanda akan menjadi krisis dalaman besar parti.

Hal ini sudah menjadi sebahagian daripada ciri politik UMNO sejak bermulanya masa. Kalau dulu ia hanyalah merupakan ribut dalam sebutir cawan teh, hari ini ia semakin cenderung bertukar menjadi angin puting beliung yang berpotensi mensusutkan seluruh UMNO sebagai puing-puing politik yang hanya bakal di kenang dalam sejarah.

Selain daripada politics of fear atau politik ketakutan kononnya Melayu akan kehilangan kuasa atau sebagaimana yang disebut oleh jurucakap baru parti tersebut, “dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru,” satu-satunya lagu lama yang masih diputarkan sebagai usaha terdesak mendapatkan sokongan Melayu (atau kali ini sokongan agar PAS menerima pelawaan UMNO), tidaklah begitu jelas sekiranya UMNO mempunyai tujuan lain.

Namun, apa yang jelas ialah orang Melayu rata-rata menyokong dan mendokong usaha pengukuhan perpaduan Melayu tidak kira sama ada di antara PAS dan UMNO atau dengan apa-apa sahaja badan, persatuan, organisasi dan sebagainya selagi ia tidak berbau politik dan apatah lagi di atas niat semata-mata menyelamatkan sesebuah organisasi politik yang hampir karam akibat daripada budaya yang dipupuk dan segala kemungkaran yang dilakukan oleh organisasi itu sendiri.

Sekiranya sesetengah orang Melayu percaya UMNO masih relevan maka hanya ada satu cara sahaja yang tinggal bagi menyelematkan parti tersebut – iaitu ia perlu tewas dan kehilangan sama sekali kuasa memerintah terlebih dahulu sebelum sebarang reformasi lebih bermakna dapat dilaksanakan. Sekiranya tidak, reformasi hanya tinggal sebagai retorik politik sahaja.

Dan sementara UMNO mengadah dan insaf kesilapan masa lalu dan cuba menawan kembali hati orang Melayu dengan cara baru yang lebih beretika, setidak-tidaknya pegawai kerajaan dan para pencacai yang melukut di tepi gantang tidak lagi menyibukkan media arus perdana dengan omong-omong yang mengelirukan orang Melayu.

BESARNYA HASRAT DAN CITA-CITA BN/UMNO MENGAMBIL PENGUNDI LUAR PADA PRU 13 NANTI


KAD PENGENALAN UNTUK INDON DAN KEMBOJA ?

Salam


Sebenarnya ini adalah cerita lama akan tetapi disegarkan kembali kerana ada cerita yang terbaru sebagaimana yang telah dibongkar oleh naib presiden PAS diluar parlimen, berita itu menyatakan bahawa kebanyakan warga indonesia dan Kemboja telah di oper oleh agen-agen BN/UMNO untuk diberikan kad pengenalan baru bagi membolehkan mereka ini mengundi pada PRU 13 nanti, Pak Karamu rasa berita ini akan mengundang bahaya kepada negara kerana ada kemungkinan rakyat tempatan akan bertindak tegas sekalipun laporan polis telah dibuat

Nasihat Pak Karamu kepada pendatang asing terutama indonesia dan Kemboja bahawa kalian sebenarnya tidak selamat tinggal disini untuk mencari rezeki sekalipun kalian memiliki kad pengenalan yang sah kerana kehadiran kalian disini adalah kerana rasuah politik dan mengancam keselamatan negara ini

MUHYIDDIN MENANGISSSSSS......


....NAJWA DAH JADI ARTIS....APA RAAA ...JADI LA USTAZAH KA ...BARU ORANG RESPEK.....GLAMOUR KAT DUNIA BUKAN ORANG RESPEK...... NAK IKUT JEJAK
GENG NI KE?????/...GASAK LAH LANTAK KORANG LA...L BAHAGIA SUDAHHHH...ADUHAI PEMIMPIN PEMIMPIN UMNGOK

Ezam Senatak dijadikan panglima untuk selamatkan Selangor Darul Ehsan. Kononnyer....


Ooooo.... takutnya!!

Ezam Senatak telah diberi peranan yang lebih besar di Selangor oleh Najib, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Ala-ala jeneral.. panglima gitu!! Baca sini.

Misi dia..... Ya, besaq punya!! Ezam Senatak dijadikan panglima untuk selamatkan Selangor Darul Ehsan. Kononnyer.... nak selamatkan Selangor dengan merampas kembali ia daripada tangan Pakatan Rakyat. Maka.... Ezam Senantak dengan gengnya akan pusing satu Selangor untuk menipu rakyat Selangor dengan memburuk-memburukkan Pakatan Rakyat. Sasaran mereka ialah Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim.

Tapi pelik... mereka selalu kata Anwar is nobody. Rakyat telah menolak Anwar dan PKRnya. Kalau begitu..... mengapa mereka terus-terusan menyerang Anwar dan PKR?? Weh.... cakap tak serupa bikin. Sebenarnya.... mereka ini amat takutkan pengaruh Anwar. Impak pengaruh manusia bernama Anwar ini, bisa menguburkan mereka!! Sebab tu.... mereka kecut perut, terketaq lutut!!

Fine..... mereka nak selamatkan Selangor Darul Ehsan. It's ok... Itu hak mereka nak mencuba. This is a democratic country. Go ahead. No problem. Lu punya sukak!!

Pakatan Rakyat pula.... on the other hand, nak selamatkan RAKYAT SELANGOR!! Nak selamatkan dan melindungi rakyat Selangor daripada dizalimi, diperbodoh, dimanipulasi dan dikikis oleh pisau cukor bernama UMNO/BN.

Lantas.... RM15 juta diperuntukkan oleh kerajaan PR Selangor untuk RAKYAT SELANGOR. RM15 juta itu adalah untuk mendidik dan menjadikan rakyat Selangor, rakyat yang cerdik dan berinformasi. Yes.... rakyat yang bermaklumat. Bukan maklumat 'sampah'..... bukan maklumat yang sudah ditwisted dan diputar belit.... bukan maklumat berbentuk propaganda dan bukan maklumat berunsur fitnah.

RM15 juta itu adalah untuk menjadikan RAKYAT Selangor..... rakyat yang merdeka mindanya dan merdeka jiwanya. Ya.... rakyat yang benar-benar merdeka!! Merdeka daripada penjajahan UMNO/BN yang telah menzalimi mereka selama mereka memerintah Selangor Darul Ehsan. Baca di sini

Untuk itu..... adalah tanggung jawab kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, membekalkan rakyatnya dengan maklumat yang benar, yang rasional, yang ada sunstance dan yang telus.

Maka, wajarlah wang rakyat dikembalikan semula kepada rakyat. Bukan macam UMNO/BN.... Wang rakyat dibuat macam wang mak bapak dia orang. Pergi melancong, pakai duit rakyat.... beli hadiah mahal-mahal, pakai duit rakyat..... kumpul harta, tipu duit rakyat dan nak transform paras rupa pun, entah-entah pakai duit rakyat juga!!

Sebab itu.... mereka takut ya amat apabila RM15 juta mahu dibelanjakan untuk membuka minda rakyat dengan maklumat yang sahih. Minda rakyat terbuka...... mereka akan kecewa. Rakyat bermaklumat..... mereka tak selamat!!

So.... kalau setakat Ezam Senantak menjadi panglima untuk pusing satu Selangor bagi misi menyelamatkan Selangor Darul Ehsan, elehhh.... tak takut ler!! Errrmmmm.... setakat 200 orang yang datang dengar temberang dia, boleh blah ler....!! Elehh.... kalau setakat Lokman Nor Adam dan Zahid Mat Arip, dua malaun yang mengikut ponggong Ezam Senanak, pooaaraahh ler!!

Bagi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..... mereka bukan saja nak selamatkan negeri Selangor Darul Ehsan tetapi yang lebih utama ialah menyelamatkan RAKYAT Selangor Darul Ehsan daripada dijajah oleh syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia!!

Moga-moga..... biarlah kuasa rakyat yang menyelamatkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat!! Kuasa rakyat kuasa keramat!!

Khairy: Sokongan ahli politik perlu selagi ‘Napoleon Kecil berkuasa’ Oleh G. Manimaran

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sambil mengakui wujudnya “Napoleon Kecil” dalam perkhidmatan awam yang “bertindak atas motivasi tertentu”, peranan ahli-ahli politik dalam memberi surat sokongan tidak boleh diketepikan sama sekali.

“Di sini, saya ingin mengatakan bahawa suka atau tidak, di kalangan penjawat awam juga terdapat ‘Napoleon Kecil’ yang bertindak atas motivasi tertentu.

“Hakikatnya, kakitangan awam juga tidak terlepas daripada kemungkinan salah guna kuasa melalui tindakan ‘pilih kasih’ atau favouritism,” kata Khairy (gambar) dalam tulisan blognya berhubung arahan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan baru-baru ini.

Mohd Sidek mengarahkan kakitangan awam agar melaporkan sebarang kes di mana ahli politik cuba mempengaruhi pemberian kontrak kerajaan melalui surat sokongan mahupun secara lisan.

Pekeliling yang dikeluarkan oleh beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan dalam hal pemberian kontrak Kerajaan — baik kementerian, agensi mahupun jabatan — perlu berdasarkan merit dan kelayakan sesuatu permohonan, bukan sebarang hubungan politik.

Akibat dari kelemahan birokrasi ini, kata Khairy, ramai pemohon yang layak dan melalui saluran biasa ditolak. Dalam erti kata lain, sistem awam yang sedia ada telah menggagalkan mereka, lantas mereka terpaksa meminta bantuan dari wakil rakyat.

Dalam hal ini beliau juga membangkitkan persoalan mengenai peranan ahli politik yang dipilih rakyat.

“Apa guna kita mengadakan pilihan raya untuk memilih wakil rakyat sekiranya perkara seperti menulis surat sokongan pun tidak dibenarkan?

“Jika seorang wakil rakyat gagal membuktikan kebolehan membantu dan membela rakyat, maka beliau akan diundi keluar, manakala kakitangan awam pula tidak dipilih,” katanya.

Oleh itu, saran Khairy, pihak-pihak tertentu jangan terlalu cepat memandang serong peranan wakil rakyat dalam menyokong sesuatu permohonan kepada Kerajaan.

“Bukan niat saya untuk memburukkan kakitangan awam. Malah, saya yakin sebahagian besar daripada mereka mempunyai integriti dan keikhlasan yang tinggi.

“Namun, selagi wujud fenomena ‘Napoleon Kecil’ di kalangan kakitangan awam, kita tidak boleh menolak langsung peranan ahli politik yang mewakili kepentingan rakyat,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mencadangkan bahawa jika penjawat awam berperanan melaporkan sebarang surat sokongan dari ahli politik, maka ahli politik juga perlu diberi ruang untuk memanjangkan sesuatu permohonan apabila dirasakan sistem birokrasi telah menggagalkan permohonan itu sungguhpun mempunyai merit untuk diterima.

“Saya melihat kaedah ini dapat membantu dalam memantau penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka yang mempunyai hubungan politik, serta kegagalan birokrasi atau juga rasuah dalam perkhidmatan awam.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa cadangan ini dibuat bukan berasaskan dasar campurtangan politik, tetapi atas prinsip merit dan keperluan.

PELACUR POLITIK ? - Gua Lancarkan Nuklear... Pi Mampos Laa....!!!!

Panglima 7 Buat Fitnah Kedua...!!!!

Walaupun gua telah dinasihatkan oleh kawan2 blogger samada melalui blog mahupun sms, supaya tidak melayan "orang yang sakit jiwanya seperti Panglima7" ini, tetapi demi mempertahankan kebenaran dan maruah gua, sesekali gua tak akan tunduk kepada provokasi murahan beliau.

Gua sangkakan segalanya telah berakhir, tetapi apakan daya Panglima 7 masih tak berpuashati dan membuat tuduhan tanpa usul periksa, dengan menyiarkan N3 ini pula "Blogger Isa Sifatkan Dr Hasan Ali Sama Seperti Pelacur Maria Ozawa. Nauzubillah!"

Walaupun gua dah nasihatkan beliau jika hendak membuat sebarang tuduhan, periksa dan siasat dulu kebenaranya kemudian baru serang...., dan gua pun dah bagi address email gua dalam komen gua kepadanya sebelum ini. Kalau dia bagi alasan tak dapat atau tak tahu email address gua memang satu alasan bangang dan bodoh, sebab email gua juga ada tertera di atas blog ini dan juga di dalam kotak komen blog ini.

Tidak seperti beliau, dimana alamat email pun tak ada didalam blog, puas gua cari email address dia from top to the bottom of his blog (perghhh.. angin gua dah sampai... me speak no english lah pulak) macam takut jer... nak letakan email address.. itu bacul bin dayus namanya.

Di bawah ini adalah komen gua kepada Panglima7 dalam n3 yang beliau maksudkan sebagai menghina Hasan Ali. (Kalau dia anak jantan dan ada teloq dia siarkanlah)

Salam Saudara,

Saya tak sangka saudara ini jenis manusia yang terlalu singkat fikiran dan membuat andaian melulu tanpa usul periksa. (Maaf jika ayat ini agak kasar sedikit, kerana saudara sememangnya layak menerimanya atas sifat busuk hati saudara itu)

Berkenaan n3 yang saudara maksudkan, biarlah saya jelaskan di sini.

N3 tersebut di buat berdasarkan pembacaan di blog Justice for All (maaf blog tersebut juga telah memadamkan n3-nya)

Di dalam blog tersebut menyatakan bahawa itu adalah kenyataan Hasan Ali, lalu saya memetiknya dan buat satu n3 berkaitan kenyataan tersebut, dengan meletakkan gambar hasan ali.

Di bawahnya pula, saya meletakkan gambar Maria Ozawa (simbolik kepada pelacur politik) tetapi linknya adalah berkaitan Ezam Mohd Nor.

Setelah ada komen dari blogger Edyes (http://edyesdotcom.blogspot.com/) bertanya dari mana saya mendapat sumber tersebut, jadi saya kembali ke blog Justice For All dan membuat bacaan berkali2, hasilnya saya dapati kenyataan tersebut daripada Harussani dan bukannya dari Hasan Ali.

Lantas saya menarik balik N3 tersebut dengan memadamnya. Dan di waktu yang sama saya menghantar email kepada blogger Justice For All (hisyamuddincheali@gmail.com) bagi memaklumkan kesilapan fakta beliau.

Saudara boleh merujuk kepada blogger Justice for All (email di sertakan) bagi pengesahan samada benar atau tidak perkara ini berlaku.

Saudara telah banyak membuat dosa dengan fitnah dan tuduhan tidak berasas, jadi eloklah jika saudara bermuhasabah diri di dalam bulan Syaaban ini sebelum menjelangnya Ramadhan.

p/s: Saya hanya ingin meminta saudara buangkan bloglist lalang itu, kerana ianya tidak melibatkan blogger2 yang lain, saudara boleh letakan blog saya sahaja di situ jika itu boleh memuaskan nafsu amarah dan benci saudara terhadap saya.

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah SWT, gua mengaku telah menyiarkan N3 tersebut yang bertajuk "Ah Sang..!!! Pelacur Politik...???" tanpa membuat sebarang penyelidikan dan semakan terlebih dahulu, dan menyedari kesilapan gua lantas menarik balik N3 tersebut secepat mungkin. Lu orang nak tengok jugak N3 yang gua padamkan itu, nah ini dia...(lu orang nilaikan sendiri tindakan gua memadamkan n3 tersebut betul atau tidak..???)

Penjelasan berkaitan tajuk: "Ah Sang..!!!" - gua letakkan gambar Hasan Ali dan kenyataan ini


"Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini. (Sebenarnya kenyataan Harusani, lihat email paste di bawah dan petikan dari MalaysianInsider)

Penjelasan berkaitan tajuk: "Pelacur Politik..??? - Gua letakkan gambar Maria Ozawa (simbolik) dan linknya berkaitan Ezam Md Nor.


Amacam Dato Panglima7, betul tak ini N3 yang lu maksudkan...???
Sudah Puashati...??? Sekarang lu boleh tidur lena dan mandi dengan basahnya dengan tuduhan sembrono lu itu...,

Sikap lu itu lebih jijik dari segelintir puak2 umnoApco. Lu pernah dengar tak dialog Kassim Selamat kepada Mak Dara di kuburannya Sabariah... ha..ha..ha... hamba tidak sebut tetapi Kassim Selamat yang sebut dialog tu puluhan tahun dahulu, dan masih relevan hingga kini.

Sebabnya lu nak bermain-mainkan... so lets play the game bro.... WTF...

(itu pasal gua dah cakap berulangkali kat lu... baca sampai habis baru buat tuduhan, tapi lu baca tak habis... baca suku jer.. lepas tu nak buat serangan... pasal tu otak lu pun suku juga..., lepas tu kata orang komen takda fakta la... budak hingusan la... dan macam2 lagi, kalau review balik semua tuduhan lu.. Anwar Ibrahim (Pemimpin Puuuujaaaaannnn Hati Lu..) pun akan kata jangan di layan provokasi murahan yang nak menarik publisiti... ada faham tak...???)

Di bawah ini pula adalah isi kandungan email yang di hantar kepada blogger Justice For All.

Isa to hisyamuddincheali@gmail.com 25 Jul (1 day ago)

Salam saudara,

berkaitan n3 saudara "Hasan Ali dan Harussanasini" dengan kenyataan ini.

"Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.

Apabila saya baca berulangkali, ternyata kenyataan tersebut adalah dari harusani bukannya hasan ali.

Saya pun ada membuat posting berkaitan kenyataan tersebut, tetapi sudah di padamkan. Takut menimbulkan fitnah dan kekeliruan.

Harap saudara selusuri kembali kenyataan akhbar yang saudara paste dalam n3 tersebut betul2.

Sekadar berkongsi maklumat. Di bawah ini saya C&P n3 saudara dan perhatikan kenyataan yang saya bold dan warnakan.

terima kasih.
Isa Mohammad.

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.

Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

"Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

"Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.

Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.

"Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan.

Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.

Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

"Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut," katanya.

Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.

"Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.

"Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.

"Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula," katanya.

Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai "satu fitnah dan pembohongan."

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Hassan Ali..memang keras kepala. Walaupun Harusani kata pertemuan itu bincangkan perpaduan melayu, bukannya kerjasama Pas dan UMNO. Tapi jelas yang perbincangan mereka ke arah kerajaan perpaduang. Dan sampai hari ini, si Hassan Ali terus bongkak nyatakan kerajaan perpaduan perlu diwujudkan. Ini kenyataannya..

"Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini."

Buat hassan ali. Kenapa tak minta PKR, DAP dan Gerakan serta PPP yang ada melayu join sekali perbincangan. Sah Hassan Ali ni pembawa virus umno dalam PAS. Kepada PAS, tolong siasat bekas ahli UMNO ini..

Dan buat harusani, tolong dedahkan mana lagi pemimpin PAS yang jumpa anda. Kata ramai kan..

Berkenaan kenyataan beliau ;

"Walaupun pertengkaran pendapat telah berakhir dan berhenti setakat itu sahaja...tetapi hentaman dan kecaman yang tidak professional (kecaman pribadi) masih berjalan di pihak beliau dan konco-konconya. Tak apalah saya tak kisah pun, malah saya dapat saham dari situ."

Berkaitan isu ini, tak dapek den nak nolong... kerana ruangan komen tersebut tiada tapisan dan itu adalah hak bagi sesiapa saja yang hendak bersuara, tetapi setiap komen yang di jawap oleh gua tidak memperlihatkan sebarang komen menghentam balik saudara Panglima 7.

Dan dengan komen2 dari komentator tersebut saudara Panglima 7 boleh menilaikan sendiri apakah perbuatan fitnah saudara itu berasas atau tidak, tindakan saudara itu betul atau tidak. Tepuk kepala tanya akal sendiri... kalau tak faham juga... gua pun tak tau nak kata apa lagi dah...

Related post dengan peperangan ini;

Top List Blogger Lalang ( Blogger yang tak bersalah pun habis dia kaut... gila punya orang)

Panglima 7 Tuduh Gua Agen Umno, Musang Berbulu Ayam... Kah..Kah..Kah...

Lu.. nak mengajar gua supaya berhemah... lu sendiri pun tak betul dengan membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa yang selayaknya di labelkan sebagai FITNAH. Apakah berhemah sangatkah tindakan lu itu...

Lu... apa hal nak ajar2 gua, blog ini identitinya adalah kurang ajar, kat pengatas tu pun dah bagi amaran, apa lu tak paham bahasa ke... atau buta huruf... lu suka lu baca..., lu tak suka lu boleh berambus... shooohhh... pergi main jauh... jauh... macam cilakessss jer... perangai melayu macam ni.... lepas ni kalau lu tak puashati lagi dengan gua... pergi cari bomoh pulak kasi santau sama gua... ini macam punya melayu pun ada lagi kaaa.... spesis melayu bermentalti Patih Karma Wijaya...

Siapa Patih Karma Wijaya? Kalau Hang Tuah watak penting dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, Patih Karma Wijaya lebih penting kerana dia pandai bermuka-muka. Patih Karma Wijaya dalam konteks hari ini adalah orang yang sentiasa mengambil peluang untuk kepentingan diri. Modus operandinya sama sahaja; “tunjuk baik dan memburukkan orang lain”.

Perghhh... panjang gilerrr... gua menaip nih... naik lenggoh jari gua nak melayan tuduhan gila babi dari Panglima 7 nih. Ok.. cukup setakat ni penjelasan bagi mensucikan maruah gua dari mamat tu... lepas2 ni.. kalau ada lagi serangan yang melibatkan maruah dan kejantanan gua... aci sunat lagi sekali memang gua akan hentak punya... pi mampuih la.. lu orang nak cop gua apa pun.., kalau sikit2 punya hal... gua bolayan jer.... buat menyemak blog jer....

Dan lu orang pergi laaa.... melawat blog dia... upkan sikit dia punya rating..., gua rasa itu yang dia maksudkan kot... malu tapi mahu... kah..kah...kah..... jangan lupa jadi followers blog dia...

Dah alang-alang gua ni kurang ajar dan tak berhemahkan... budak hingusankan..., so peduli apa gua.. ada gua kisah... nah ambik ni... hadiah dari gua khas untuk Panglima 7 @ Patih Karma Wijaya..

Adiosss... chow...chin...chow....