Followers

Monday, May 31, 2010

MEREKA ADA GAS DAN GAM, KITA ADA GAB

GAS (Gerakan Anti Samy) semalam baru sahaja menyemburkan `gas'nya walaupun disedut dengan pantas oleh geng-geng Samy. Maka, GAS pun dianggap gagal kerana jauh dari sasarannya untuk mengumpulkan lebih kurang 15 ribu para penyokongnya agar boleh bikin Samy kecut perut.

Ternyata yang hadir dikatakan hanya sekitar 3, 500 sahaja yang masih ada `gas' untuk berdepan dengan Samy. Tentu Samy dan juga GAM (Gerakan Anti Mugilan) bersorak besar dengan keaiban yang diterima oleh GAS yang dikatakan `proksi' Umno itu.


Kita yang berada di luar ini hanya menonton drama demi drama oleh parti-parti komponen Bn ini setelah MCA baru selesai menayangkan drama mereka. Kita penuh yakin bahawa drama-drama ini akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum ke 13 nanti kerana kebanyakan pemimpin di dalam parti komponen Bn telah mulai kenal wajah Umno.

Jika mereka boleh mempromosikan GAS dan GAM, kita juga akan cuba mempromosikan GAB pula. GAB (Gerakan Anti Bn) sebenarnya telah lama berjalan dan kini telah mula menampakkan hasilnya, cuma jenama GAB sahaja yang belum dipromosikan secara meluas. Mungkin tidak salah jika pimpinan di dalam PR mula memperkenalkan jenama terbaik GAB ini. Kita jangan peduli samada GAS atau GAM yang berjaya, samada Samy akan berundur atau tidak, yang penting adalah GAB akan beroleh kejayaan. Nampaknya mereka semakin bimbang dengan keutuhan PR apatah lagi melihat kepada kesefahaman di antara PAS dan DAP yang sukar untuk kepala otak pimpinan Umno memikirkannya.

Najib kini dilihat tiada arah di dalam dasar dan prinsipnya yang kejap-kejap berubah. Najib perkenalkan MEB kununnya untuk menandingi dasar PR, tetapi baru berdepan dengan beberapa desakan NGO yang diketuai oleh Ibrahim Al-Kataki, Najib terketar-ketar mengumumkan bahawa sebenarnya MEB belum muktamad. Rupa-rupanya selama ini Najib bercakap benda yang belum muktamad. Inikah PM yang dikatakan Obama Presiden Amerika memujinya dan ingin mencontohi dan belajar dasar ekonomi dari Najib?

Percayalah, apabila Najib berdepan dengan kaum bukan Melayu nanti, Najib akan memaklumkan bahawa MEB sudah dimuktamadkan. Tidak hairanlah jika rakyat bukan Melayu kini semakin tidak mempercayai apa jua yang keluar dari mulut Najib. Di dalam kenyataan beliau berkenaan MEB yang belum muktamad itu, Najib pun menyebut betapa Islam sendiri pun memerintahkan berlaku adil tidak mengira apa jua bangsa dan agama. Mengapa Najib tidak menyebut tentang lesen judi bola yang diluluskannya itu? Tidak berjumpakah Najib tentang ayat Al-Quran berkaitan judi?

Pemimpin yang terlalu banyak berbohong dan retorik akhirnya cepat diketahui rakyat. Tidak seperti pemimpin PR yang konsisten apabila menyebut tentang dasar dan perjuangan kepada rakyat. Bahkan, pemimpin PR sanggup berdebat bila-bila masa sahaja dengan pemimpin Umno berkaitan apa jua dasar agar kesemua rakyat berbilang kaum tahu dan menilai dasar siapakah yang lebih adil. Masalahnya, belum ada sejarah Najib berani untuk berdebat dengan pemimpin PR. Kerana apa? Ini adalah kerana Najib terlalu banyak hipokrit serta terlalu banyak membohongi rakyat.

Najib gagal di dalam semua aspek kerana itu dikatakan bahawa negara ini menuju ke arah bankrap. Tiada siapa pun di kalangan menteri beliau yang mampu membantunya bahkan lebih ramai hanya mendekati Najib untuk mencium tangannya sahaja. Jika dahulu Umno menuduh ekonomi negara terganggu kerana perjuangan reformasi yang dibawa oleh DS Anwar, kini dikatakan pula negara akan bankrap kerana adanya dasar subsidi kerajaan kepada rakyat selama ini. Begitulah lintang pukangnya bacaan ekonomi Najib sehinggakan beliau benar-benar hilang idea untuk membangunkan negara ini. Untuk menguatkuasakan larang penjualan rokok 14 batang pun tidak menjadi dan bertangguh, apa mahu diharapkan dengan dasar yang lebih besar?

Tiada cara lain lagi melainkan GAB perlu diperkuatkan. Bukan sahaja Najib perlu disingkirkan dari memimpin negara ini bahkan Bn juga mesti dinyahkan. Jika mereka sendiri sudah tidak yakin untuk membangunkan negara dengan berbagai dasar yang lintang pukang, rakyat perlu memilih kerajaan baru untuk menyelamatkan negara ini. /wfauzdin.blogspot.com

Panas : ADUN BN Kuala Nerang, Kedah Umum Masuk PAS?


Dato' Syed Sobri Syed Hashim (Foto) ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu. Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu. Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini.

Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat. - Abdul Rahman Hashim

Benca Kepada Yang Terlalu Berani Bersumpah !


Dari Muqabalah.blogspot.com

Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang memutuskan[menidakkan] hak seseorang muslim dengan sumpahnya, maka sesungguhnya diwajibkan Allah baginya Api Neraka, dan Allah haramkan baginya syurga”. Para sahabat bertanya:”meskipun dalam perkara yang remeh?” Rasulullah bersabda:”[memang benar] walaupun tentang sepotong ranting daripada kayu arak [iaitu kayu untuk sugian gigi]

Hadith ini memperingatkan kita tentang bahaya berani bersumpah, terutama seperti yang ditekankan di dalam hadith ini bersumpah yang menyebabkan orang Islam lain akan kehilangan hak mereka; hak yang dimaksudkan di dalam hadith ini mengikut Syaikh Muhammad Ibn ‘Illan di dalam Dalilu al-Falihin merangkumi bukan setakat harta-benda yang diiktiraf syara, bahkan merangkumi perkara-perkara selainnya yang memberi faedah umpama kulit bangkai haiwan dan tahi binatang yang dikira najis. Ianya juga termasuk bersumpah dalam soal berkaitan had qazaf [perlaksanaan hukum berkaittan tuduhan zina atau liwat] atau pembahagian hak untuk isteri atau seumpamanya.

Disebutkan ‘hak seorang muslim’ tidak bermakna ianya tidak haram ke atas hak orang kafir zimmi., bahkan sebutan itu merujuk kepada amaran “sesungguhnya telah diwajibkan Allah ke atasnya neraka dan diharamkan baginya syurga” . Hak orang kafir zimmi itu haram dicerobohi tetapi amaran keras Rasulullah ini khusus bagi hak muslim, kerana hak orang muslim itu lebih berat haramnya.

Sebahagian ulama berpendapat amaran keras Rasulullah ini terjadi sekiranya pelaku maksiat ini mati tanpa taubat dan ruju’ [termasuk menyesal serta minta dihalalkan daripada individu yang dicabut haknya kerana sumpah tersebut] secara sebenar-benarnya, ataupun dia akan diseksa terlebih dahulu di neraka sehingga dia mendapat pembalasan siksa yang setimpal.

Di dalam hadith ini, Rasulullah menyebut walaupun bersumpah dalam soal sepotong ranting kayu sugian bagi menunjukkan beratnya dosa perlakuan berani bersumpah tanpa penelitian yang secukupnya mengikut neraca syari’ah walaupun dalam soal yang dianggap remeh. Bagaimana pula dengan keberanian bersumpah yang menyentuh soal-soal maruah dan tuduhan jenayah yang berat terhadap seoranmg muslim yang lain?

Al-Quran menyebut di dalam dua surah tentang yang orang yang berani bersumpah ini biasanya akan mengatakan mereka tidak sekali-kali mempunyai tujuan yang selain kebaikan. Antara lain Allah menyebut:

Bagaimanakah sikap mereka [munafiqun] apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan usaha-usaha tangan mereka, kemudian mereka mendatangi engkau (Ya Rasulullah) dan mereka bersumpah dengan nama Allah “sesungguhya kami tiada kehendaki kecuali kebaikan dan taufiq”. Mereka adalah golongan yang Allah mengetahui isi hati mereka. Maka hindarilah mereka dan beri peringatanlah kepada mereka dan nyatakan kepada mereka tentang perihal diri mereka secara jelas [an-nisa 62-63]

Dan orang-orang [munafiq] yang membina masjid untuk memberi kemudaratan dan mencetuskan kekufuran dan mendatangkan perpecahan di kalangan mu’minin dan melakukan pengintipan bagi pihak golongan yang memerangi Allah dan Rasul-Nya semenjak sebelum ini . Mereka bersumpah: ” bukanlah kami kehendaki [dari usaha kami ini] kecuali kebaikan”. Allah menyaksikan yang sesungguhnya mereka adalah golongan pembohong” [at-Taubah:107]

Sebahagian ahli masyarakat kita memandang apabila seseorang itu berani bersumpah mengguna nama Allah. maka dia tentunya seorang berani serta tentu benar. Berani untuk bersumpah demi kebenaran, masakan dia berani untuk bersumpah sekiranya dia berbohong?. Logik itulah yang telah disanggah oleh Allah dalam kedua ayat di atas. Orang yang berani melanggar perentah Allah, rupanya akan berani juga bersumpah menggunakan nama Allah. Mereka juga akan mendakwa beriya-iya benar yang mereka berani bersumpah demi menegakkan kebenaran dan cintakan kebajikan dan keadilan. Itulah perangai oarang yang berani bersumpah dari zaman Rasulullah sehingga zaman sekarang sehingga menjelang Hari Qiyamat. Allah menyebut tentang keberanian bersumpah ini:

Pada Hari yang Allah bangkitkan mereka sekeliannya, lalu mereka bersumpah kepada-Nya [Allah] sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu [dalam kehidupan dunia dulunya], dan mereka mengira yang mereka di atas suatu (kebenaran). ingatlah sesungguhnya mereka adalah golongan pendusta. Mereka telah dikuasai oleh syaitan, lalu syaitan melupakan mereka dari memperingati Allah. Mereka adalah dari puak syaitan.Ingatlah puak syaitan adalah golongan yang rugi” [al-Mujadalah:17-18]

Allah mengajar kita dengan peringatan yang terlalu tinggi nilainya:

Maka jangan engkau turuti orang-orang yang membohongi agama, mereka ini mahu agar kamu bersikap lunak terhadap mereka, niscaya mereka akan bersikap lunak terhadap kamu.Jangalah kamu turuti orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang mencaci orang lain dan menyebarkan adu-domba [agar timbul perbalahan], yang menghalangi kebajikan serta menganiayai orang lain lagi bergelumang dengan perbuatan dosa, yang kasar hati dan berketurunan hina” [al-Qalam:10-13]

nota tambahan: Syaikh Sabuni menyebut dalam Durratu at-Tafasir ketika mengulas ayat ke 13 Surah al-Qalam tentang berturunan hina , ini merujuk kepada Alwalid bin Mughirah yang mengaku dia adalah dari qabilah tertentu, sedangkan dia bukan dari mereka kerana dia adalah anak zina. Mengikut Saiyyidina Ibn Abbas “tiada diketahui seorang lain yang disifatkan oleh Allah Ta’ala dengan ‘aib sebegini kecuali yang ini”

KERAJAAN MELAKA WAJAR CONTOHI KERAJAAN PULAU PINANG

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Cikgu Yusof Wahab menggesa kerajaan negeri Melaka supaya mencontohi kerajaan Pulau Pinang yang mengharamkan judi bola diniagakan di premis-premis dalam negeri tersebut.

Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dicontohi bagi memastikan kegiatan perjudian bolasepak tidak merosakkan rakyat negeri Melaka.


"Kita sudah tidak sanggup lagi melihat penagih-penagih judi ini bertambah hanyut dengan kegiatan judi yang telah sedia ada seperti 4D, Magnum, Toto dan lain-lain."

"Kalau sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh pemimpin bukan Islam seperti Lim Guan Eng takkan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam tidak mahu mengharamkan judi bola" ujar Cikgu Yusof yang merupakan Pesara Guru.

Beliau juga turut mengulangi kekesalannya di atas tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi bola yang jelas bertentangan dengan Islam kerana Allah berfirman di dalam Al Qur'an bahawa judi adalah haram.

Cikgu Yusof menggesa lesen judi bola dan lain-lain judi tersebut ditarik balik demi kesejahteraan rakyat.

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat keputusan mengharamkan premis-premis di negeri Pulau Pinang menjalankan perniagaan judi bola mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.

Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.

Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.

PAS sudah menapak di PUTRAJAYA mulai hari ini..

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan rasa syukur kepada Allah kerana kekal memelihara PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.

“Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno,” jelas beliau tengah hari tadi ketika merasmikan Masjlis Pecah Tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetland, di sini. (Gambar)

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS seharusnya terus mendekati masyarakat bukan Islam dari kalangan kaum Cina dan India untuk menghadapi Umno, selain memperkukuh hubungannya dengan masyarakat Islam berbangsa Melayu.

“Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang Melayu (Umno).

“Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memuji kepemimpinan PAS kerana meletakkan PAS sebagai parti yang disegani oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di tanah air.

“Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,” ujar beliau.

Mengambil contoh reaksi rakyat terhadap PAS dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa masyarakat bukan Islam kian mengenali keindahan Islam.

“Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak mustahil Islam di tanah air akan dominan dengan keislaman bangsa Cina dan India kerana sejarah membuktikan bahawa kedua-dua bangsa itu lebih awal menerima Islam berbanding bangsa Melayu serta sudahpun mempunyai tamadun Islamnya yang tersendiri.

Sebelum pada itu, Abdul Hadi mewakili kepemimpinan PAS Pusat merakamkan penghargaan kepada Nik Abdul Aziz kerana sudi merasmikan masjlis pecah tanah tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru seluruh rakyat khususnya ahli-ahli PAS supaya berlumba-lumba berwakaf harta untuk membina kompleks PAS sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan membeli sebidang tanah untuk didirikan Masjid Nabawi di Madinah.

Turut bercakap di pentas yang sama, Datuk Husam Musa selaku Pengarah Jawatankuasa Pembinaan Kompleks PAS.

Sebarang derma dan sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui Bank Islam Sdn. Bhd. (BIMB) bernombor 14023010039098 atas penama Parti Islam SeMalaysia Markaz Tarbiah PAS.

Samy diberi masa seminggu untuk letak jawatan - GAS

Posted by Anak Sungai Derhaka

Bekas timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan berkata perhimpunan Gerakan Anti Samy (GAS) di Pusat Konvensyen Mines di Serdang hari ini adalah berjaya walaupun mendakwa ada "taktik samseng" digunakan untuk menggagalkannya.

Hanya 3,500 hadir menyertai perhimpunan itu walaupun Mugilan menjangka 15,000 akan hadir.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

“RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada datang menghadiri perhimpunan tersebut," dakwa Mugilan.



Beliau mendakwa bas-bas dari Pulau Pinang dan Pahang telah dihalang dan RM5,000 dibayar bagi setiap bas supaya tidak menyertai penghimpunan hari ini.

Namun begitu, Mugilan berkata GAS telah berjaya menyampaikan mesejnya kepada rakyat dengan terang dan jelas.

“Selama seminggu, kami dilaporkan media dan di Internet. Semua rakyat telah melihat dan mendengar mengenainya. Program ini telah berjaya memberi tekanan kepada (presiden MIC) Datuk Seri S Samy Vellu untuk meletak jawatan," katanya sambil menambah BBC turut menyiarkan program tersebut.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.





Mugilan mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang.

Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”

Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

MAT MONGOL NAK TIOU LAGI - RAKYAT DIGESA BIJAK MENILAI JANJI ANWAR


Najib Razak berkata, rakyat perlu menilai secara bijak setiap janji yang dibuat Anwar Ibrahim kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebenarnya hanya mahu mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

“Dia (Anwar) dah berjanji macam-macam, sebab dia nak kuasa, saya berharap rakyat berhati-hati dengan janjinya,” katanya.
Dia mengulas janji terbaru Anwar yang kononnya akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datan


KAH KAH KAH... woit...

APA JADI DENGAN LU HELP MI AND MI HELP YOU
...kah kah kah.. woit..

APA JADI DENGAN GUA BAGI LU LIMA JUTA...kah kah kah.. kah kah kah...

APA SALAH NYA ADA ORANG CHINA ATAU INDIA JADI TIMBALAN PM.
..kah kah kah..

woit...
INI SEJUTA KALI LEBIH BAIK DARI MALIKUL SEMBAB...kah kah kah...

woit..
KALAU ANWAR JADI PM...

SEJUTA KALI LEBIH BAIK DARI MAT MONGOL
..kah kah kah

Nuffnang Ads

Manikumar Setia Pada PKR


Keyakinan teguh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S Manikumar mendorong beliau mengulangi ikrar kesetiaannya kepada Parti Keadilan Rakyat.

Ikrar kesetiaan itu diluahkan Manikumar ketika berucap pada Kongres Nasional PKR dalam sesi ucapan pemimpin pelbagai kaum di Bangunan Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu.

Untuk sekian kali, Manikumar mengulangi keyakinannya terhadap perjuangan yang didukung PKR dan menegaskan tidak akan sama sekali meninggalkan parti ini.

Manikumar, ahli Cabang Sungai Petani sebelum ini diwar-warkan media arus perdana kononnya bakal meninggalkan PKR bersama-sama ADUN Sidam, Tan Chow Kang dan ADUN Kulim, Lim Soo Nee.

Beliau yakin kerajaan Kedah tetap teguh walaupun Umno BN tidak habis-habis meletakkan tekanan.

Sunday, May 30, 2010

Anwar Tidak Gentar, Cabar Wakil Rakyat Melompat Nafi Terima Sogokan



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bimbang jika pihak tertentu menuduhnya berbohong mengenai pendedahan tawaran jutaan ringgit kepada Ahli Parlimen dan ADUN PKR untuk belot.

Sambil menyifatkan mereka sebagai khianat kepada amanah rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih bijak menilai dan mengetahui hal sebenar apabila pendedahan dibuat.

Anwar yakin ada hikmah di sebalik insiden 'lompat katak' kerana rakyat dapat melihat sendiri kerakusan yang Umno sanggup berbuat apa sahaja termasuk rasuah demi kuasa.

"Tapi ada baiknya, pengajaran maknanya bukti yang nyata. Umno ini caranya rasuah orang, ugut. Tak boleh ugut, beli. Ini dia kekuatan dia. Zahir kekuatan dia nampak hebat tapi dia kosong. Percayalah saudara. Saya lama dalam Umno ni. Saya ada pengalaman. Orang Umno ni, katalah kalau wang dia dah kuran, kuasa tak ada, ranap. Termasuk Umno Kelantan. Dia tak ada kekuatan, semangat juang tidak ada," kata Anwar.

Ketua Pembangkang berkata demikian depan hampir 10 ribu hadirin di ceramah perdana, di Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di Kelantan.

Anwar hadir sempena Kongres nasional PKR ke 6 yang berlangsung di Kota Bharu dari 28 hingga 30 Mei

"Sekarang saya ada maklumat baru. Apa dia maklumat? Saya tau ni katak-katak yang melompat ni, dapat sekurang-kurangnya 2 juta ringgit. dan kontrak. Saya bagitau malam ni, saya ada keterangan yang cukup untuk mengesahkan orang yang lompat knianat ini terima dari ejen Umno 2 juta ringgit," kata Anwar.

Anwar setakat ini belum membuat pendedahan itu kerana menunggu masa yang sesuai, selain ternanti-nanti sebarang penafian Ahli parlimen yang melompat berkaitan tawaran rasuah itu.

Dalam hal ini, Beliau sempat berseloroh dengan para hadirin

"Pertama saya nak orang-orang Umno dan Najib tuduh saya bohong. Nak bagitau Anwar ni berlawak. Dan saya nak dengar orang-orang yang melompat ni nafi. Kemudian saya bagi macam drama hindustan tiga babak. Biar dia terkejut sedikit. Jangan bimbang saya kata ada, ada. Di mana? saya terlupa di mana tapi ada. Kerana puak penyamun ni akan curi habis bukti jadi tak ada," tegas Anwar.

AMK Bidas SPR Melengahkan Pendaftaran Pengundi Baru

Untuk sekian kali, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengulangi kecaman mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat melengah-lengahkan proses pendaftaran pengundi baru.

Tindakan SPR ini sukar diterima berikutan pilihan raya umum ke-13 digembar-gembur banyak pihak, bakal berlangsung seawal tahun depan.

Ini menimbulkan kesangsian kerana SPR seolah-olah ia disengajakan berikutan pengundi baru terdiri dari golongan muda yang cenderung menyokong Parti Keadilan Rakyat.

SPR baru-baru ini mengakui seramai 4.5 juta pengundi baru yang memenuhi syarat, tidak mendaftar sebagai pemilih.

Bercakap pada sidang media Kongres PKR ke-6, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar menyifatkan SPR mengambil sikap sambil lewa dalam proses pendaftaran pengundi baru.

"Kita mengambil keputusan untuk melaporkan dan memaklumkan tentang kepincangan yang berlaku dalam SPR,tindakan-tindakan SPR yang lewat kebelekangan ini menunjukan mereka dengan sengaja seolah-olah melengah-lengahkan pendaftaran

pengundi baru," kata Shamsul.

Shamsul mendesak SPR segera menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi mereka, malah turut melontar cadangan tetapi dipandang sepi oleh suruhanjaya itu.

Katanya, AMK pada kongres ini turut meluluskan usul meminta pengerusi SPR meletak jawatan jika tidak berupaya menunaikan tanggungjawab mereka.

Menyokong cadangan pendaftaran automatik pengundi baru apabila berusia 21 tahun, Iskandar kesal kerana masalah ini menjejaskan usaha AMK untuk mendaftar pengundi baru.

"Antaranya masalah ialah borang daftar pengundi muda ini sudah habis dan borang untuk mengundi tidak cukup, masalah penolong pendaftar sehingga kini sukar untuk meluluskan,walhal setiap parti dibenarkan untuk melantik 2 orang penolong pendaftar yang untuk mewakili parti," tegas Shamsul.

Dalam pada itu, Adun Rawang Gan Pei Nie mengesyaki kelengahan SPR bukan disebabkan masalah teknikal.

"Sebenarnya ini adalah masalah teknikal yang kecil dan kita yakin kita boleh atasi tetapi Nampak sekarang SPR sengaja melambat-lambatkan semua proses ini dan menyusahkan siapa yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi wakil rakyat yang mereka mahukan.tetapi kita mahu SPR jawab dalam masa seminggu mengapa semua ini berlaku," kata Gan.

GAS beri Samy seminggu untuk letak jawatan


15 Jamadil Akhir 1431H.

5.38pm: Mugilan mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang.

Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”

Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

5.00pm: Mugilan mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

4.57pm: Mugilan mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Samy, dakwa Mugilan, akan menumpukan kepada usaha memenangi pemilihan jawatan presiden dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan mereka yang dia tidak suka sebelum pemilihan parti berikutan supaya dapat terus menguasai parti.

4.46pm: V Mugilan memberitahu media bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan insiden seorang penyokong memukul poster Samy dengan kasut yang berlaku sebelum ini (3.48pm), dan berharap insiden itu tidak akan diperbesar-besarkan kerana ia bukan budaya masyarakat India.

Katanya, lelaki tersebut bertindak demikian kerana merasakan dirinya ditipu berhubung skandal Maika.

Mugilan juga berkata tindakannya mendesak Samy meletak jawatan adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan diminta berbuat demikian oleh Umno atau pihak-pihak lain.

4.35pm: Ahli jawatankuasa pusat yang dipecat, G Kumar mengetaui 4,500 hadirin melaungkan sebanyak tiga kali mendesak Samy meletak jawatan.

Dalam ucapannya, Kumar berkata banyak pihak dalam masyarakat India yang mahu Samy meletak jawatan, tetapi beliau enggan tuntuk kepada kehendak mereka.

“V Mugilan bertekad untuk membawa perubahan dalam parti, dan dipecat oleh Samy."

4.47pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 4,500 ketika KP Samy, berucap, mendesak kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India.

3.48pm: Seorang penyokong GAS memukul poster Samy dengan kasut yang diikat pada hujung kayu penyapu, disambut dengan sorakan hadirin.

Beliau begitu emosional sekali dan terpaksa ditenang dan diminta duduk.

3.45pm: Bekas pemimpin veteran bahagian Petaling Jaya, V Subramaniam, yang lebih dikenali sebagai Baratmaniam, yang berucap kepada hadirin, mengecam Samy berhubung RM9 juta saham Telekom yang sepatutnya diperuntukkan kepada masyarakat India.

Beliau juga turut membangkitkan skandal yang membabitkan syarikat pendidikan MIC, Maju Institute for Education Development (MIED), dan mendakwa mempunyai satu dokumen yang ditandatatangani mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjamin bahawa MIED adalah badan untuk masyarakat India dan bukan untuk mana-mana individu.

Berikutan itu, beliau menggesa masyarakat India supaya bersatu untuk memperbaiki keadaan.

3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm: Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno."

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat.

Malaysiakini/-

Dedah bukti "ganjaran 2 juta" Anwar masih tunggu masa

Lim Hong Siang

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan bukti bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang melompat menerima ganjaran sekurang-kurangnya RM 2 juta daripada UMNO-Barisan Nasional.

"Saya ada keterangan yang cukup untuk mengesahkan orang-orang yang khianat ini terima dari agen UMNO dua juta ringgit," demikianlah kata-katanya kepada hampir 10 ribu orang yang menghadiri Ceramah Umum yang diadakan di Padang Perdana, Kota Bahru, semalam.

Biarpun diminta pemimpin PAS, Husam Musa yang berucap sebelumnya untuk mendedahkan bukti pada malam tersebut, setelah Anwar Ibrahim (gambar kiri) membuat tuduhan ini dalam satu kenyataan media pada 28 Mei, namun Anwar tetap enggan berbuat demikian, sebaliknya meminta agar orang umum menunggu.

"Pertama saya nak Najib dan orang-orang UMNO tuduh saya bohong... dan saya nak dengar ahli-ahli parlimen yang lompat, yang khianat ini, nafi. Kemudian saya bagi (bukti) macam drama Hindustan tiga babak...," kata Anwar Ibrahim.

Malah, Anwar berseloroh bahawa dirinya terlupa di mana buktinya disimpan, kerana takut seandainya dimaklumkan maka "bukti" tersebut akan hilang dirampas. "(kalau) Ambo kata ada di rumah, habis dicuri.."

Fenomena "lompat parti" paling ketara berlaku di PKR, menjadi salah satu isu yang hangat dibincangkan dalam PKR, dalam Kongres Nasional Tahunan ke-6 yang berlangsung dari 27 hingga 30 Mei 2010. Tuduhan-tuduhan seperti "pelacur politik", "sampah-sarap" dilemparkan kepada mereka yang berpaling tadah.

Sambil meminta maaf kerana tersilap pilih calon pada PRU ke-12, Anwar Ibrahim sekali lagi berjanji untuk mewujudkan mekanisme yang lebih sempurna dalam perlantikan calon pilihan raya partinya.

Selain Anwar Ibrahim, Ceramah Umum yang dijadualkan semalam membariskan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai penceramah. Exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa akhirnya menggantikan Nik Aziz yang keletihan untuk berucap.

Subsidi itu wang rakyat, Khalid

Selain itu, kenyataan bahawa Malaysia bakal mengalami bankrap seandainya subsidi kerajaan tidak dibatalkan oleh Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala (gambar kiri), turut disanggah oleh penceramah. MB Selangor Khalid Ibrahim mendedahkan penyelewengan bekas kerajaan negeri BN yang ditemuinya setelah PR mengambil alih kerajaan Selangor, dan membuktikan bagaimana Malaysia boleh "diselamatkan" berdasarkan pengalaman PR di Selangor.

Khalid Ibrahim yang sebelum ini berkecimpung dalam dunia korporat, mendedahkan bagaimana bekas kerajaan Selangor BN menswastakan sesetengah syarikat kerajaan, kemudian syarikat tersebut mengalami kerugian, dan akhirnya dibeli semula oleh kerajaan dengan harga yang lebih tinggi daripada sepatutnya.

Beliau menyindir cara perniagaan yang tak masuk akal ini, lantas mendakwa pemimpin BN telah memanfaatkan diri daripada "kerugian" ini dengan wang rakyat. Malah, Khalid menyelar kerajaan BN sengaja memusingkan konsep "wang rakyat" itu dengan istilah "subsidi", semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Bankrap kerana rasuah

Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan kesempatan untuk mengulas pandangan Malaysia bakal menyusul jejak Greece menuju ke arah bankrap seandainya subsidi dibatalkan. Beliau mempersendakan propaganda BN sebelum ini yang mendakwa bahawa ekonomi negara kini "bergerak dengan pantas dan sungguh meyakinkan", "banyak pelabur datang setelah Najib menjadi PM", tetapi tiba-tiba keluar pula kenyataan bahawa negara bakal bankrap kalau subsidi tidak ditarik.

"Greece ini bankrap, kerana satu, rasuah. Kedua, tipu angka ekonomi. Nombor tiga, urus tadbir ekonominya cukup lemah sekali...," jelas Anwar. Beliau seterusnya membidas bagaimana kerajaan sanggup menarik balik bantuan kepada rakyat, tetapi terus menyalurkan subsidi kepada IPP (Penjana Tenaga Bebas) yang dimiliki syarikat besar kerana mereka turut dimanfaatkan daripadanya.

Bekas Menteri Kewangan yang mempunyai lapan tahun pengalaman ini mempersoalkan, "Berapa kerajaan bayar subsidi? 20 ribu juta ringgit (20 bilion). Mengapa tak tarik dari taukeh besar? Mengapa menarik hak orang kampung ni?"

UMNO dimanfaatkan daripada lesen judi

Anwar Ibrahim juga mempertahankan kerjasama antara parti komponen dalam PR, juga Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Sekarang ni, orang Cina, orang India, Iban, Kadazan, berkawan dengan kita. Kita tak halang budayanya, kita tak halang agamanya. Tapi ada titik persamaannya, dalam soal moral, soal keluarga, soal rumah tangga, soal kehidupan rakyat, dan susah deritanya rakyat..."

"Judi dah banyak dah, 12 cabutan. Tambah lagi, siapa tambah? UMNO tambah. Bagi kepada siapa? Syarikat kroninya. Siapa untung? Saya nak sebut di Kelantan, bukan sahaja taukeh judi untung, orang-orang UMNO pun untung daripada syarikat judi ini. Ini (sebab) dia tak sanggup batalkan."

Lim Guan Eng yang berucap sebelum Anwar Ibrahim, menerima tepukan daripada hadirin yang kebanyakannya Melayu-Islam, apabila menyatakan pendiriannya untuk membantah judi sukan dengan jenaka, "makan bola, minum bola, tidur bola boleh, tapi jangan judi bola."

Guan Eng: Takkan nak belajar dari UMNO?

Dalam ucapannya, Ketua Menteri Pulau Pinang ini membersihkan nama diri dan partinya bahawa DAP anti-Islam dan Melayu yang dilontarkan UMNO. Sebaliknya, DAP juga berdepan dengan tuduhan anti-bukan Melayu dari Gerakan-BN. Beliau menyatakan bagaimana beliau sanggup berdepan dengan sebarang tindakan lantaran pengumumannya untuk mengharamkan perjudian sukan di negeri Pulau Pinang.

Daripada reaksi penonton, Lim Guan Eng (gambar kanan) agak berjaya untuk menawan hati penduduk di Kota Bahru, apabila menceritakan bagaimana beliau cuba dipertikai dan dilarang pemimpin UMNO untuk menjalankan pemerintahan mengikut pendekatan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Lim Guan Eng mengakui bahawa dirinya yang belajar Islam hanya daripada Mohamad Sabu (pemimpin PAS), teragak-agak untuk mencabar,"...ayat surah mana, hadis mana yang menyatakan bahawa seseorang bukan Islam tak boleh belajar daripada contoh amalan baik daripada pemimpin tersohor dan ulong pemimpin Islam?"

Tetapi dalam hatinya, beliau yakin tiada ayat tersebut dalam hadis, kerana "agama Islam tentu akan ajar kita buat baik...," sebelum beliau menggelakkan satu padang, "Kalau kita tak boleh belajar daripada Khalifah Umar Abdul Aziz, kita nak belajar daripada siapa? Pemimpin UMNO kah? Mohd Khir Toyo kah?"

PRK Sibu: PAS bukan lagi beban

Setiausaha Agung DAP ini turut merakamkan penghargaannya kepada parti komponen PR kerana menyumbangkan kemenangan di PRK Sibu, pada 16 Mei lalu. Beliau menyimpulkan kejayaan PR menembusi kubu BN di Sarawak ini sebagai, "Manusia yang rancang, Tuhan yang takdirkan!"

Husam Musa, pemimpin PAS yang berucap selepas itu, juga menyatakan bahawa PAS berjaya mengubah persepsi penduduk Malaysia Timur menerusi PRK Sibu, apabila PAS bukan lagi beban kepada rakan parti di situ.

"Moral ceritanya ialah, kalau tiga parti tunggak dalam Pakatan Rakyat tidak dapat dipecahkan, kita mengimbangi antara satu sama lain, kita membantu rakan kita, mana yang kurang dan kita compliment each other, kita sudah mempunyai satu keseimbangan untuk disampaikan kepada masyarakat Malaysia sebagai pilihan kepada Barisan Nasional."

Husam Musa menjelaskan, seandainya PR berhenti langkah dengan pemerintahan di empat negeri, maka BN yang menguasai di peringkat persekutuan akan terus memecah belahkan PR dengan media yang dikuasainya.

Bankrap setahun sebelum 2020

"Yang lebih penting ialah, dari segi keseluruhan sistem politik, pentabiran dan ekonomi kita, menuju ke satu tahap yang lebih mundur. Dari segi kebebasan kehakiman, dia lebih merosot. Dari segi polis, polis sampai boleh ugut rakyat, polis tak nak lagi jaga jalan raya semata-mata bila rakyat menegur mereka membunuh seorang budak yang masih muda sesuka hati."

"Dari segi ekonomi, Alhamdulillah Barisan Nasional sudah mengumumkan Malaysia akan bankrap satu tahun sebelum Malaysia menjadi maju ikut Wawasan 2020, iaitu pada tahun 2019," kata Husam Musa (gambar kanan).

"Kalau Barisan Nasional dengan berani mengatakan Malaysia akan bankrap, pilihan rakyat Malaysia hanya dua," Sambungnya, "Sama ada nak bankrap sekali dengan Barisan Nasional (pada tahun) 2019, di mana kita tak mahu, atau kita tumbangkan mereka dan kita betulkan semula steering perjalanan masa depan Malaysia."

Husam Musa menyimpulkan, "Dan cara kita nak betulkan ini, mestilah dalam pilihan raya ke-13. Kalau kita tunggu 2019 ada lagi tiga pilihan raya sebelum kita betul-betul bankrap, baik kita betulkan sebelum kita bankrap melalui pilihan raya ke-13."

Samy Naik Angin.."Saya sudah kasi tarikh..lagi apa mau.??"

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mendesak beliau untuk mempercepatkan peralihan kuasa jawatan presiden MIC setelah beliau mengumumkan tarikh peralihan kuasa itu baru-baru ini.

“Saya sudah umum untuk melepaskan jawatan baru-baru ini... apa lagi mahu?

“Saya juga sudah tetapkan tarikh peralihan kuasa... apa lagi mahu? Kalau nak rosakkan nama parti... buat macam orang gila... kita nak sokong dia kah?,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen MIC Negeri Sembilan di Wisma MIC di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, dua Naib Presiden iaitu Datuk Dr S. Subramaniam dan Datuk S.K. Devamany, Setiausaha Agung MIC S. Murugesan, Bendahari MIC Datuk Jaspal Singh, Ketua Wanita MIC Datin Paduka Komala dan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan Datuk T. Rajagopalu.

Samy Vellu (gambar) mendakwa terdapat usaha sedang dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan pergolakan dalam parti dan menjadikan MIC tidak relevan lagi.

Katanya pergolakan ini boleh melemahkan dan merugikan parti dan kerana itu MIC mesti kuat.

“Sebagai Presiden saya berjanji pada semua ahli parti bahawa saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Oleh itu, saya perlukan sokongan dan kerjasama semua pihak untuk memastikan parti kita kuat dan stabil.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan parti kukuh dan kuat sebelum saya serahkan jawatan saya sebagai Presiden parti kepada pemimpin baru.

“Kekuatan saya datangnya dari semangat setiap ahli,” katanya.

Samy Vellu berkata MIC mempunyai cara sendiri untuk menguruskan parti dan tidak perlu “orang luar” mencampuri urusannya.

“Kalau guna orang luar campur tangan, kita akan dipergunakan. Pihak yang tidak bertanggungjawab mahu menghancurkan parti kita. Oleh itu, kita perlu sedar dan saya menyeru agar semua ahli terus memberikan sokongan padu pada parti,” katanya

Perlaburan haram, Tan Sri Harussani terlibat?


Rakyat Brunei mahu pelaburan $91j dipulangkan

KUALA LUMPUR: Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di Malaysia memohon kepada kerajaan Malaysia agar membantu mereka mendapatkan kembali wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta, atau RM211.55 juta ($91.5 juta).


Sembilan wakil pelabur itu, yang berada di Malaysia sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, Kelab Taqwa Malaysia (KTM), yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.

'Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,' katanya ketika datang ke pejabat akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), kelmarin.

Beliau berkata, sebelum membuat pembayaran kepada KTM, mereka berurusan dengan sebuah lagi syarikat dikendalikan pengurusan sama, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd (PPD), di Brunei tetapi ditutup tidak lama selepas itu kerana dikatakan terbabit menerima deposit tanpa lesen perbankan sah. -- BHM.

Kerajaan dapat untung, Rakyat dapat kelentung !


Oleh Annuar Kamaruddin

Setiap kali berlaku peristiwa serah harta dan hak negara kepada negara luar, maka Setiausaha Akhbar PM pun dikerahkan untuk jelaskan kewajaran dan mengapa sangat perlu nak buat begitu. Jawapan dan alasan paling atas adalah Kerajaan untung! Kerajaan dapat untung! Wah seronoknya rakyat! Kerajaan untung. Bila sebut untung dah tentu dapat duit. Bukan sekupang. Bukan seringgit. Berbilion-bilion ringgit agaknya. Tapi ke mana perginya duit untung tu.

Masa sekolah rendah dulu, adalah saya merasa bantuan makanan tambahan. Seminggu sekali kami dapat biskut patsegi tawar dengan air susu. Lepas tu tak ada dah. Masa naik form six merasa pula biasiswa pra U. Masuk U pulak dapat biasiswa tapi kerajaan tanggung sikit je, kontrak kena sepuluh tahun. Tapi tak apelah ayah pun tadak duit.

Lepas tu dengar budak-budak sekolah dapat Susu Kotak. Dapat susu free lah. Dapat RMT. Walaupun daging seketul sebesar cucuk sate je, tapi adalah jugak. Yuran sekolah pun empat ringgit setengah je setahun.

Itu dulu. Hari ni dah tak adedah yang free-free. Kerajaan kata rakyat mesti dididik bersedia untuk membayar untuk perkhidmatan yang disediakan. Terbaru ni nak tarik semua subsidi. Kerajaan dah tak larat nak tanggung rakyat. Kalau terus bagi bantuan dan subsidi, kerajaan akan bengkerap, katanya.

Eh! Macamana pulak ni. Kelmarin kita dengar kerajaan untung sebab bagi lombong minyak kat Brunei . Dapat kontrak dan untung untuk selama empat puluh tahun. Maknanya sampai tahun 2040. Tapi menteri di JPM pulak kata Negara akan bengkerap tahun 2019 kalau terus tolong rakyat.

Matematik apanama pulak ni. Dapat untung. Tapi akan bengkerap. Lepas tu dengar lagi. Tanah KTMB bagi kat Singapore takpa. Kita dapat untung. Wah untung lagi. Tapi ke mana untung tu.

Masa nak bawa gas keluar dari perairan Kelantan, sebab tak mau orang Kelantan dapat untung, kerajaan bawa masuk lalu ikut Thailand . Kat orang Kampong Chanae di Siam tu Petronas sanggup pulak taja dan bagi biasiswa, dari tadika hingga ke universiti, seluruh orang kampong tu, sebab paip gas tu lalu bawah kampong Chanae. Kat orang kampong sendiri bye-bye lah jawapnya.

Saya memang tak rasa pelek dengan fe’el kerajaan BN ni sebab perangai dia memang macam tu. Apa yang kerajaan buat semua bagus, semua untung. Tapi rakyat dapat apa?

Kita nak dengar juga PM cakap begini. “Oleh sebab kerajaan dapat untung hasil penyerahan blok minyak dan tanah kepada jiran kita, kerajaan akan membagi-bagikan untung ini kepada semua rakyat apabila untung tersebut kita dapat.”

Tapi mungkinkah dia akan cakap begitu. Entah. Yang pasti, kerajaan dapat untung, rakyat dapat kelentung.

Ulama Umno bakar kapal

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang NONEmemerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka u*****nya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ‘sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di 1Malaysiamanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

montageDiambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ‘sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno’ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

NONESehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

NONEUlama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

NONEKeadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

muhidul rasul procession 260210 fruKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

pas muktamar nasharuddin win post 060609 02Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

Detikdaily