Followers

Friday, February 26, 2010

OTAK RAIS = OTAK NALLA , DUA-DUANYA BANGKRAP


Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS anak Yatim adalah MP dari Jelebu yang kini memegang jawatan menteri yang menjaga TV dan Radio serta multimedia. Sebelum Pilihanraya Umum yang lalu, kita masih ingat Rais pernah memohon simpati Pak Lah, PM ketika itu untuk diberi peluang terakhir sebagai calon Parlimen di Jelebu. Sebenarnya kerjaya politik Rais boleh bertahan kerana simpati semata-mata bukan kerana ketokohan beliau. Bahkan, Ketua Umno Bahagian Jelebu yang disandangnya sekarang, dahulunya adalah `simpati' dari YB Yunus Rahmat yang menyerahkan kerusi tersebut kepada beliau sebaik sahaja Rais `melompat' dari Parti Melayu Semangat 46 kepada Umno semula.

Rais pernah `membakar jambatan' dengan Umno sewaktu di dalam Parti Melayu Semangat 46, tetapi akhirnya Rais sendiri yang membakar maruah dirinya dengan melutut bahkan merayu untuk hidup mencari makan di dalam Umno. Kita merasa hairan, tidakkah Rais merasa malu apabila menyatakan DS Anwar tidak layak menjadi Ketua Pembangkang? Tidakkah beliau menyuluh dirinya sendiri yang hidup hanya bergantung di bawah bulu ketiak PM? Dahulu beliau bergantung dengan Pak Lah, sekarang nampaknya ke hulu ke hilir menjaja 1 Malaysia, membodek dan mengampu Najib pula. Percayakah anda Rais tidak akan bertanding lagi di dalam Pilihanraya akan datang? Terlalu jauh bezanya ketokohan Rais jika hendak dibandingkan dengan DS Anwar. Usahkan DS Anwar, dengan budak-budak DS Anwar seperti Zahid Hamidi pun Rais tewas. Bertanding Naib Presiden Umno pun tewas. Jika masalah bas dan pengangkutan awam di Jelebu pun Rais gagal hendak atasi, usahlah Rais cuba hendak menilai ketokohan DS Anwar. Baiki dulu jalan-jalan di Jelebu itu terlebih dahulu agar tidak mengakibatkan pengguna jalan raya muntah dan pening melaluinya.

Seorang lagi yang bersamaan otak dengan Rais ini ialah Nalla. Dahulunya beliau pernah dilibatkan dengan fitnah liwat 1 DS Anwar kerana beliau adalah rakan karib DS Anwar. Beliau pernah berada di dalam parti KeADILan selepas DS Anwar dibebaskan dari penjara. Kemudian beliau keluar dari parti setelah beliau tidak dicalonkan di dalam satu Pilihanraya Kecil. Nalla ini pernah berada di samping Ezam raja sesumpah untuk memburuk-burukkan DS Anwar. Mereka berganding bahu sewaktu berkempen di Parmatang Pauh tatkala DS Anwar bertanding di situ , tetapi apa kesannya? Umno lingkup dan terkangkang di sana. Berbagai-bagai dakwaan telah dilakukan oleh kedua-dua mereka ini terhadap DS Anwar, tetapi sehingga sekarang satu pun belum terbukti.

Baru-baru ini Nalla benar-benar kehabisan modal untuk mengampu Najib. Maka, tiada jalan lain otak Nalla berfungsi seperti budak sekolah yang bergaduh. Sasaran beliau adalah DS Wan Azizah pula. Apa tuduhan beliau terhadap DS Wan Azizah? Rasuah ? penyelewengan ? Moral ? Bukan itu tuduhannya, sebaliknya beliau hanya mahu mengiktiraf DS Wan Azizah sebagai `Pelakon Terbaik'. Kununnya DS Wan Azizah `berlakon' untuk mempertahankan suaminya yang difitnah di dalam kes liwat 2. Beliau merasa pelik mengapa DS Wan Azizah sanggup mempertahankan suaminya di dalam kesalahan moral. Bila pula suami DS Anwar disabitkan dengan kesalahan moral? Nalla seolah-olah lebih tahu apa keputusan Hakim di dalam kes liwat ini nanti. Begitukah cara orang berpolitik? Apakah Nalla ingat semua orang sama sepertinya yang mudah dijadikan `pelacur politik'? Bukan mudah untuk mencari seorang Hindu yang sanggup menjual maruah diri seperti Nalla. Mungkin sinonim Nalla dengan `lidah biawak' yang sentiasa terjelir mencari telor busuk.

Dunia semakin kagum dengan ketokohan DS Anwar sehinggakan memaksa kerajaan menghantar budak-budak hingusan untuk mengajar diplomat dan Ahli-Ahli Parlimen negara luar tentang kes DS Anwar. Sepatutnya Najib malu apabila negara ini menjadi bahan ketawa dunia luar. Maka, berkumpullah puak-puak NGO dan Pemuda Umno berdemontrasi dan menghantar memo membantah kenyataan MPs negara-negara berkenaan. Mengapa mereka tidak berani menghantar memo kepada Syeikh Yusof Qhardawi, Syeikh Jabir Alwani dan ramai lagi Ulamak tersohor termasuk kerajaan Turki yang terang-terang menentang kezaliman yang dilakukan ke atas DS Anwar?

Inilah berkatnya orang yang jujur dan amanah, yang sanggup berkorban dan berani menentang kezaliman. Sebanyak mana pun DS Anwar dihina, maka bertambah naik darjat beliau. Tidak seperti orang yang zalim, hina dan kaki fitnah itu. Semakin lama kita lihat orang itu semakin hina sehinggakan tidak lagi berani berdepan dengan masyarakat. Setiap saat, dia dilaknat oleh manusia merata dunia termasuk makhluk dilangit./wfauzdin.blogspot.com

Berita yang sangat menyedihkan UMNO


PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.

Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.

Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. - Harakahdaily

Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/02/berita-yang-sangat-menyedihkan-umno.html#ixzz0gcHrI1Jy

EKONOMI MALAYSIA: RETAK MENANTI BELAH

Dari Pejabat Ketua Pembangkang-KENYATAN AKHBAR.

Pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri bahawa “senario ekonomi terburuk” negara telah berakhir kerana KDNK berkembang pada kadar 4.5% dalam suku terakhir 2009 bukan sahaja dikira terlalu awal tetapi juga tidak bertanggungjawab.

Apa yang jelas, pertumbuhan itu sebenarnya dipacu oleh perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan sejak setahun lepas. Suntikan pakej rangsangan, seperti yang diketahui oleh mana-mana ahli ekonomi, sebaiknya adalah langkah sementara dan tidak boleh dilakukan secara berterusan. Oleh sebab itulah, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius. Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba.

Sejak 1998, kerajaan Barisan Nasional hanya tahu satu dasar ekonomi sahaja, iaitu menaikkan perbelanjaan kerajaan (melalui projek-projek besar yang tidak diperlukan dan membazir kerana melibatkan kepentingan kroni) untuk menutup kegagalannya menarik pelaburan individu dan swasta yang telah jatuh merudum.

Data pelaburan individu dan swasta sejak 1991 menjadi peringatan bagaimana Barisan Nasional telah mengheret negara ke lembah kehancuran ekonomi. Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2%, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1% secara purata sejak 11 tahun lepas.

Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun. Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu.

Pada ketika Barisan Nasional terus hilang punca untuk menghidupkan kembali ekonomi bagi jangka masa panjang, kadar pelaburan individu dan swasta menjunam berbanding dengan tahapnya sebelum tahun 1997. Pada ketika itu, pelaburan individu dan swasta menyumbang 40% kepada KDNK. Malangnya sejak sedekad yang lalu, sumbangan pelaburan individu dan swasta terus merosot secara puratanya kepada kadar 28% sahaja daripada KDNK.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat tidak akan membuat pengisytiharan yang cuai seperti Perdana Menteri bahawa ekonomi kita sudah pulih, kerana masih terlalu banyak masalah pokok yang perlu diselesaikan dengan segera sekiranya kita tidak mahu Malaysia terus tertinggal di belakang.

Tindakan Perdana Menteri merwar-warkan anggaran pertumbuhan 5% bagi 2010 sebagai sangat baik sebenarnya kurang berhemah. Apa yang tidak diwar-warkan oleh Perdana Menteri disebalik anggaran pertumbuhan 5% itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak. Malaysia pada suatu ketika adalah setanding dengan Korea Selatan dan Singapura dan jauh lebih maju dari negara-negara yang lain.

Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi, walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50% lebih pesat dari Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional perlulah bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa ekonomi kita tersangkut di dalam perangkap seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua suatu masa dahulu; adalah disebabkan oleh salahguna kuasa dan rasuah oleh mereka yang berkuasa sejak sekian lama.

Kemakmuran negara pada masa hadapan hanya boleh dijamin oleh sebuah kerajaan yang memikul amanah yang diberikan oleh rakyat dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Maka, persoalan ketelusan dan amalan pentadbiran yang baik adalah prasyarat untuk memulihkan ekonomi negara.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat akan terus bekerja keras untuk menawarkan kepada rakyat pentadbiran ekonomi yang telus, tulus dan berkembang secara sihat bagi jangkamasa yang panjang demi generasi akan datang.


ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
26 Februari 2010

MENGAPA MAHYUDIN DEDAHKAN????

Kekalutan hubungan Najib - Muhyidin kian menampakkan jurangnya. Terbaru kenyataan Muhyidin yang mendedahkan pertemuan antara Najib dengan Tengku Razaleig. Walaupun belia mendedahkan pertemuan itu dalam keadaaan kononnya untuk mengkritik Tengku, namun seakan ada agenda lain dari pendedahan tersebut.

Pagi semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau hairan dengan tindakan dan kenyataan Tengku Razaleigh yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan.

Malah, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu juga telah pun berjumpa dengan Najib berhubung perkara tersebut.

“Saya dimaklumkan beliau (Tengku Razaleigh) telah berjumpa dengan Perdana Menteri, tetapi saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu.

“(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan,” katanya.

Kenyataan balas Najib yang terpaksa mengakui pertemuan tersebut, namun tidak mahu mendedahkan butir pertemuan itu sangat meragukan . Ia dilihat sesuatu yang bersifat sulit. Persoalannya mengapa Mahyudin mendedahkan pertemuan yang tak mahu didedahkan oleh Najib.Ia seakan menjelaskan lagi krisis yang di dakwa berlaku antara Najib dan timbalannya itu.

Pemerhati politik sedang menghitung langkah politik Mahyudin. Beliau dilihat sedang melakukan satu langkah yang mengguagat kedudukan Najib. Umum telah mendengar bagaimana mahyudin yang tidak berapa selesa dengan Najib melalui konsep satu Malaysia. Mahyudin yang berasal dari negeri kelahiran umNO - Johor dilihat masih merah darah melayunya.

Konsep satu Malaysia Najib jelas membelakangkan perjuangan mleayu yang kononnya menjadi darah daging umNO. Najib pula menyedari, tanpa konsep satu Malaysia BN akan ditolak bangsa selain melayu kerana kegagalan MCA, MIC dan Gerakan. Penerimaan pelbagai bangsa terhadap konsep Pakatan Rakyat yang persamaan hak untuk keadilan dan pembelaan bagi setiap yang dizalimi tanpa mebgira kaum sangat dibimbangi Najib.

Keghairahan Najib hingga membelakangkan perjuangan dan semangat Melayu sangat tidak disenangi Mahyudin dan mentornya Mahathir Muhammad. Longokan peruntukan kepada bangsa lain seperti gereja dan kuil serta pemansuhan beberapa badan khusus dan kementerian yang membela melayu dilihat merugikan melayu dan menghilangkan sifat umNo sebagai pembela melayu.

Kini Mahyudin sedang mengumpul kekuatan dan penyokongnya sendiri sebelum melanggar Najib. Najib pula sedang ghairah melanggar negeri Pakatan Rakyat. Penyokong tegar Mahyudin seperti Zahid Hamidi sedang mencatur strategi.... kita nantikan, apakah ulangan tuduhan seks kepada DSAI yang dicatur Mahathir akn menimpa Najib yang memang terpalit dengan pelbagai tuduhan seks termasuk Al Tantuya. Jika DSAI boleh diheret dengan tuduhan hina seperti itu, tidak mustahil mudah bagi Mahathir membongkar rahsia Najib yang pastinya dalam gengaman beliau semasa dibawah kabinetnya....

Kita nantikan... selepas segala usaha menyesakkan Pakatan Rakyat , samaada atau gagal.... maka pasti Najib akan menghadapi saat sakaratnya.... - anaksengat

Thursday, February 25, 2010

PUNCA MASALAH SEDANG BERMASALAH.- anaksengat


Samada benar atau tidak ia mula menjadi perhatian umum. Orang yang buat masalah di Perak dikatakan sedang bermasalah dengan timbalannya. Masih ingat apa yang dibuat di Perak. Waktu itu ia hanya timbalan kepada Pak Lah. Rampasan kuasa di Perak atas usaha dan perancangannya, Namun Pak Lah yang datang menentukan siapa pilihan menjadi Menteri Besar kerajaan rampasan itu.

Kini giliran Timbalan dulu yang kini menjadi Perdana Menteri melalui zaman krisis dengan timbalannya. Semuanya gara gara dasar satu Malaysia yang dipromosikan demi mengembalikan sokongan kepada umNO.Desas desus pergeseran antara perdana dan timbalannya kian kuat beralun. Ia mungkin akan terus mengumpul kekuatan untuk menghasilkan tsunami politik berikutnya.

Kisah timbalan dan perdananya saling mengatur strategi bukan perkara pelik di malaysia. Ia adalah tradisi selagi jawatan itu milik umNO yang penuh hasad , dendam dan tamak kuasa. Kini sejarah itu berulang lagi.Muhyidin yang terlalu teruja menjadi Perdana Menteri pastinya tidak sesabar Najib memanjat tangga itu .Najib adalah seorang yang hanya menunjukkan rakusnya dipuncak tahta. Namun dalam pendakian,beliau amat tertib dan sabar.Mungkin kerana latar belakangnya yang dipalit dengan lumpur akhlak yang hitammenjadikan beliau bimbang melawan bosnya.

Tidak bagi Muhyidin. Beliau seorang yang agak terkawal sejarah silamnya. Tidak sehitam Najib. Muhyidin dilihat seorang yang tidak sabar. Beliau boleh saja menongkah arus walaupun dengan bosnya. PakLah adalah antara pemimpin yang terpaksa berundur gara gara kritikan terbuka Muhyidin.Pada ketika itu Muhyidin bukan timbalannya. Hanya kabinetnya.Kini Muhyidn adalah timbalan yang hanya perlu setangga lagi untuk berada di puncak.

Jika Muhyidin menunjukkan kesabarannya, mungkin Muhyidin akan kempunan duduk di singahsana tahta itu.Kini raja pencatur- Tun Mahathir dikatakan di belakang Muhyidin. Zahid juga diatur bersama Muhyidin.Siapa yang akan singkirkan siapa?Persoalan yang hanya masa menentukannya... Rakyat Perak mengharapkan Najib bakal kehilangan kuasa dari tangan orang yang akan merampasnya...mungkin sepertimana Zamri diatur merampas kuasa dari DS Nizar... maka Tun Mahathir akan mencaturnya untuk Muhyidin...segalanya berkemungkinan....

Kelantan: Tiada halangan wanita berjawatan tinggi . kata TG Nik Aziz


Kelantan terus mendahului dalam menjaga kebajikan kaum wanita. Tidak ada diskriminasi antara kaum wanita dan kaum lelaki. Kalau ada pihak yang beranggapan Kelantan di bawah kepimpinan Ulama' menidakkan hak kaum wanita,ternyata ianya jauh tersasar.

Ketika Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin Isnin lepas membuat kenyataan bahawa trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Menteri Besar Kelantan pula mempunyai pandangan yang berbeza.

Kerajaan negeri Kelantan tidak mempunyai sebarang halangan dan masalah dengan lebih ramai wanita memegang jawatan tinggi di dalam sektor awam berbanding lelaki.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata perkara yang paling penting adalah mutu perkhidmatan dan kualiti kakitangan awam itu yang perlu diambil kira tanpa mengira kakitangan itu wanita ataupun lelaki.

“Di dalam Islam lelaki dan wanita sama sahaja. Tiada siapa yang lebih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

TG Nik Aziz berkata di dalam Islam, lelaki hanya mendahului wanita sebagai pemimpin dalam rumahtangga.

“Bagi saya ianya tidak menimbulkan sebarang masalah jika ramai wanita memegang jawatan tertinggi di dalam sektor awam,” katanya.

MCA Menentang Hukum Sebat. Mana Suara UMNO dan PERKASA?

25 February 2010

Mana Dia Juak UMNO & PEKASA.. Takan Sengap Je Kot Bila MCA Tentang Hukum SEBAT

MCA Menentang Hukum Sebat. Mana Suara UMNO dan PERKASA?















NOTA EDITOR: Di bawah adalah kenyataan rasmi MCA berkenaan dengan hukum sebat kepada pesalah zina yang dilakukan oleh JAWI baru-baru ini. MCA berkata hukuman sebat itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Pendek kata, pendirian MCA tidak jauh beza dengan apa yang diperkatakan oleh media-media asing.

Ke hulu ke hilir puak2 UMNO dan Pro-UMNO dalam PAS memberitahu DAP anti Islam, PAS mesti bersama UMNO sebab DAP anti Melayu dan Anti Islam. Tengok-tengok dalam kelambu sendiri, anti Islam lagi teruk.

Tapi yang herannya, takda pula demonstrasi? Takda angkat kepala lembu? Takda pula bakar tokong oleh puak2 UMNO ni?

Kenapa? Sebab yang cakap ni MCA dan MCA adalah parti komponen Barisan Nasional. Dengan kata lain, bagi UMNO kalau anda sebahagian dari BN, anda bebas memaki dan mengutuk Islam.

Hahahahaha sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Terdedahlah kemunafikan dan pembohongan UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.
Tulang Besi

Ps Di bawah adalah kenyataan rasmi MCA yang diambil dari Sin Chew Daily.

MCA lashes out at caning of Muslim women.
2010-02-20 15:02

LETTER
MCA views with concern the caning that was meted out against the three Muslim women recently and the disturbing trend of syariah law enforcement in our country. .

While MCA accepts that syariah laws are personal laws and syariah jurisdiction applies to Muslims only, its application should in no event contravene the Federal Constitution.

oleh Tulang Besi













NOTA EDITOR: Di bawah adalah kenyataan rasmi MCA berkenaan dengan hukum sebat kepada pesalah zina yang dilakukan oleh JAWI baru-baru ini. MCA berkata hukuman sebat itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Pendek kata, pendirian MCA tidak jauh beza dengan apa yang diperkatakan oleh media-media asing.

Ke hulu ke hilir puak2 UMNO dan Pro-UMNO dalam PAS memberitahu DAP anti Islam, PAS mesti bersama UMNO sebab DAP anti Melayu dan Anti Islam. Tengok-tengok dalam kelambu sendiri, anti Islam lagi teruk.

Tapi yang herannya, takda pula demonstrasi? Takda angkat kepala lembu? Takda pula bakar tokong oleh puak2 UMNO ni?

Kenapa? Sebab yang cakap ni MCA dan MCA adalah parti komponen Barisan Nasional. Dengan kata lain, bagi UMNO kalau anda sebahagian dari BN, anda bebas memaki dan mengutuk Islam.

Hahahahaha sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Terdedahlah kemunafikan dan pembohongan UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.
Tulang Besi

Ps Di bawah adalah kenyataan rasmi MCA yang diambil dari Sin Chew Daily.

MCA lashes out at caning of Muslim women.
2010-02-20 15:02

LETTER
MCA views with concern the caning that was meted out against the three Muslim women recently and the disturbing trend of syariah law enforcement in our country. .

While MCA accepts that syariah laws are personal laws and syariah jurisdiction applies to Muslims only, its application should in no event contravene the Federal Constitution.


oleh Tulang Besi

Anwar terus gerak sokongan di kawasan majoriti Melayu di Selangor


Dengan simpati masyarakat antarabangsa di sebelahnya, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggunakan platfromnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk terus mendampingi rakyat negeri itu.

“Kami berada di sini kerana kami mempunyai akses yang terhad kepada berita (menerusi media perdana),” kata ketua pembangkang ini pada ceramah perdana di sini dihadiri kira-kira 2,000 penyokong kebanyakannya kalangan orang Melayu malam tadi.

Kuala Selangor merupakan antara bahagian Parlimen dikuasai PR menerusi wakil PAS.

Selangor kini diterajui PR.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Anwar menafikan tuduhan itu, yang kedua dalam 12 tahun dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

Anwar yang juga Penasihat PKR, salah satu komponen PR, berkata kunjungan beliau ke Kuala Selangor bukan sesuatu yang baru memandangkan ceramah terus diadakan bahagian pilihan raya di kawasan bandar dan pedalaman.

“Adalah penting untuk (terus) mendampingi (rakyat),” kata beliau sambil berkata majlis malam tadi berupaya diuruskan dengan baik walaupun dalam tiga hari.

Kata beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berhadapan dengan serangan politik bertubi-tubi oleh Umno, sebenarnya mahu menghadiri ceramah malam tadi tetapi terpaksa bergegas pulang ke George Town.

Anwar yang memperlihatkan keakraban dan kemesraan bersama hadirian diberikan tepukan gemuruh berdiri apabila membangkitkan pelbagai isu menyentuh negara sekarang, termasuk kehilangan dan kecurian dua enjin jet pejuang TUDM dan kapal selam.

Naskhah Mingguan Malaysia, edisi Ahad terbitan Kumpulan Utusan juga dibakar oleh penganjur yang menggesa agar media dimiliki Umno harus dipulau kerana liputan perbicaraan Anwar yang tidak adil.

Kemunculan Anwar malam tadi merupakan yang kedua berturut-turut di Selangor.

Kelmarin Anwar merasmikan program di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di Seksyen 19 Shah Alam yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Akhir minggu lalu Anwar melancarkan program pemulihan projek perumahan di kawasan Hulu Klang.

Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO - Lee Kuan Yew

"Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO"

Lee Kuan Yew dengan selamba membuat kenyataan demikian secara terbuka untuk media-media Singapura membuat liputan. Malangnya, tiada media Malaysia yang melaporkannya.

Kawan saya menambah, sebab lagi satu yang Lee Kuan Yew berani membuat kenyataan begini adalah kerana beliau yakin 100% bahawa setengah dari UMNO sudah pun berada dalam poket beliau. Ramai perwakilan2 UMNO mungkin tidak sedar mereka telah pun dibeli oleh Singapura.

Kalau tidak, mengapa Khairy Jamaluddin mampu memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO? Ada sesiapa boleh jawab?

Kawan saya menambah, parti yang ditakuti oleh Singapura adalah PAS dan sememangnya dalam majlis-majlis tertutup, kepimpinan Singapura mengakui kehebatan ahli-ahli dan penyokong PAS. Yang lebih mereka takuti adalah kebolehan ahli-ahli dan penyokong PAS melawan godaan wang dan tawaran dunia. Singapura mendapat laporan terus bagaimana wakil-wakil rakyat PAS telah ditawar 3-4 juta tapi mereka masih menolak dan tidak boleh dibeli.

Ada pula kes calon PAS di Johor pada 2004 yang cuba dibeli UMNO bukan sahaja gagal tapi telah ditangkap "red handed". Semua kisah-kisah ini menyeramkan Singapura di dalam menghadapi situasi politik masa depan.

PENGALAMAN PERIBADI

Sewaktu saya menjadi Pegawai Khas PJ Selangor, saya sering bergaul dan bercakap dengan para wartawan dan penganalisa politik. Wartawan-wartawan tersebut termasuk wartawan antarabangsa. Ke semua wartawan antarabangsa memberitahu saya maklumat mereka dapat dari Singapura adalah Terengganu akan jatuh ke BN semula.

Sedangkan maklumat2 yang kami dapat menunjukkan yang sebaliknya. Kesemua maklumat dalam negeri yang kami dapat menunjukkan Terengganu kekal dengan PAS. Di waktu itu, hanya maklumat dari Singapura sahaja yang menyatakan Terengganu akan jatuh kepada BN semula.

Akhirnya, kesemua maklumat dalaman kami terbukti salah dan hanya maklumat Singapura sahaja yang benar. Ini bererti penembusan Singapura dalam struktur kerajaan kita telah begitu mendalam.

AGENDA PERPADUAN/MUZAKARAH MULANYA UNTUK MENYELAMATKAN PAK LAH

Kenyataan kawan saya itu membuat saya terfikir. Bukankah agenda Muzakarah dan Perpaduang pada mulanya untuk menyelamatkan Pak Lah? Siapa Pak Lah? Siapa di belakang Pak Lah? Bukankah dibelakang Pak LAh itu adalah Khairy Jamaluddin?

Siapa KJ ni? Mengikut kawan saya ini, KJ adalah seorang yang amat rapat dengan kepimpinan Singapura terutamanya dengan pentadbiran Temasik Group.

Dan, baik Muzakarah mahupun Perpaduang, kita sering mendengar yang ianya bertujuan untuk bekerjasama dengan Pak Lah dan mempertahankan Pak Lah.

Jika itulah motivasi utamanya, maka jelaslah kepada kita bahawa agenda Muzakarah dan perpaduang adalah agenda mempertahan proksi Singapura dalam kerajaan Malaysia.

SYUUUUUUKUUUUURRRRRR PAS tidak mengorak langkah menjalin hubungan dengan UMNO kerana bukan sahaja PAS akan berakhir sebagai parti sampingan dalam Kerajaan Malaysia, PAS juga akan berakhir sebagai Parti Tunggangan Lee Kuan Yew.

PENUTUP

Kepada sesiapa yang masih meragui tindakan dan usaha bloggers serta mereka yang digelar sebagai “Erdogan”, saya minta supaya berfikirlah semula.

“Ulamak” yang kamu sokong rupanya membawa kamu menjadi hamba pada PAP dan Singapura.

Tulang Besi

Peluang Terakhir Anwar Dapatkan Bukti Tambahan

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar sama ada untuk membenarkan semakan keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai “pelakuan tidak wajar” pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

EKONOMI DAH PULIHHHH? KDNK suku keempat 4.5 peratus


Najib Tun Razak menyaksikan tiga buah agensi perladangan terbesar kerajaan iaitu Felda, Felcra dan RISDA memeterai perjanjian persefahaman bagi mewujudkan kerjasama strategik bagi mencapai ekonomi bersakala besar dan bersaing dalam pasaran serantau dan antarabangsa di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 24 Feb. - Ekonomi Malaysia kini sudah pulih selepas mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak 4.5 peratus pada suku keempat 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, prestasi tersebut jauh lebih tinggi apabila angka itu melepasi unjuran asal iaitu 3.4 peratus.

Beliau berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh pertumbuhan penggunaan swasta yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan dalam sektor awam yang membawa kepada permintaan dalam negeri lebih baik.

Katanya, pertumbuhan penggunaan swasta disokong oleh pasaran kerja lebih baik, kadar inflasi yang rendah serta perbelanjaan lebih tinggi semasa musim cuti persekolahan dan perayaan pada akhir tahun.

Menurut beliau, dengan prestasi itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara hanya menguncup sebanyak 1.7 peratus pada tahun lalu, iaitu lebih rendah daripada sasaran awal -3.0 peratus sebelum ini.

''Pemulihan ini disokong oleh pelaksanaan pesat dan proaktif bagi dasar fiskal yang mengembang, dasar monetari yang akomodatif serta langkah menyeluruh dalam memastikan akses kepada pembiayaan yang berterusan.

''Langkah-langah ini membawa kepada pertumbuhan semula ekonomi dengan pantas,'' kata beliau ketika mengumumkan prestasi suku keempat ekonomi Malaysia di sini hari ini.

Ekonomi negara telah mencatatkan penguncupan sebanyak tiga kali pada suku pertama, kedua ketiga, masing-masing sebanyak -6.2 peratus, -3.9 peratus dan -1.2 peratus.

Ditanya adakah Malaysia sudah bebas daripada situasi buruk ekonomi, beliau menegaskan krisis sudah berlalu kerana tiada sebarang kemelut serius di luar jangkaan di dalam ekonomi global.

''Sebagai contohnya, jika tiada sebarang krisis berlaku, kita boleh menyatakan Malaysia telah pulih daripada krisis dan akan terus berusaha untuk mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi 2010,'' tambahnya.

Najib yakin dengan prestasi itu, negara akan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh, peningkatan sebanyak satu hingga dua peratus, melebihi sasaran awal sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Pada tahun lalu, Perdana Menteri membuat sasaran peribadinya untuk memastikan ekonomi negara mencapai kenaikan sebanyak lima peratus.

''Sebelum ini kita mengunjurkan pertumbuhan ekonomi akan berkembang sebanyak empat peratus tetapi pada tahun ini ia lebih kukuh daripada apa yang saya sasarkan,'' jelasnya.

Beliau berkata, unjuran rasmi baru kerajaan akan diumumkan nanti.

Perdana Menteri menambah, kerajaan akan bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pelabur serta memastikan pelaksanaan projek dibuat dengan pantas.

Pada masa yang sama, sektor swasta digalakkan melabur berikutan keyakinan sentimen pengguna yang tinggi, ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan, faktor utama keupayaan kerajaan membelanjakan RM1 bilion sebulan dalam pelaksanaan projek-projek di bawah pakej rangsangan adalah dengan wujudnya Unit Khas Pemantauan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

''Unit ini akan memastikan semua projek di bawah pakej rangsangan dilaksanakan segera,'' tambahnya.

1.....BAJET ASRAMA.....SEMUA MURID BALIK RUMAH SETIAP MINGGU

2.....KAUM PEKERJA KERAJAAN/AWAM KURSUS DI PEJABAT/SIJIL PEJABAT KELUAR/MAKAN MINUM TAK ADA

3.....JALAN-JALAN TAMPUNG....JANGAN DI BAIKI

4.....PERUBATAN....HE...HE..KLINIK 1 MALAYSIA ADA.....DEMAM,NGANDUNG,KENCING MANIS,SAKIT KEPALA,TAK LEH BERAK 2 HARI.........

5......DAN LAIN-LAIN......YANG RAKYAT BOLEH FIKIR-FIKIRKAN


Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Konspirasi II: PR Akan Lawan Habis-habisan Pembohongan Umno

Pakatan Rakyat akan menghantar perwakilan ke Australia dan Amerika Syarikat dalam masa terdekat bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perbicaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perwakilan yang diwakili oleh pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP dijangka menemui 50 Ahli Parlimen Australia yang menghantar petisyen kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra bagi mendesak supaya kes datuk Seri Anwar digugurkan manakala di Amerika perwakilan itu akan bertemu Senator John Kerry, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika. Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata tindakan itu wajar dilakukan memandangkan Pakatan Rakyat tidak mahu pihak kerajaan Malaysia memberikan persepsi yang berat sebelah dan salah kepada dunia luar.

Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay berkata baru-baru ini Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra akan mengadakan sesi penerangan minggu depan kepada 50 Ahli Parlimen Australia berhubung perbicaraan kes Datuk Seri Anwar.

"Kemungkinan saya sendiri akan menyertai rombongan Pakatan Rakyat ke luar negara bagi memantau kenyataan dan penjelasan yang diberikan oleh pihak Kementerian Luar dan kami juga akan memberi penjelasan yang sebenarnya.

"Kita mesti pastikan Kementerian Luar tidak berbohong kepada wakil kerajaan asing dalam kes Datuk Seri Anwar dan kita akan sedaya upaya patahkan segala hujah palsu dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu ketika dihubungi Suara Keadilan.

Jelas beliau pada masa sama Pakatan Rakyat juga akan berusaha meraih sokongan dunia luar dalam usaha mendesak kerajaan bagi memastikan kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar dilaksanakan dengan adil dan mengikut lunas perundangan negara.

Ahli politik veteran itu juga berkata tuntutan negara asing seperti Australia dan Amerika Syarikat yang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memastikan sistem perundangan berjalan yang adil berkaitan kes Datuk Seri Anwar sewajarnya membuka mata pemimpin negara ini bahawa segala tindak tanduk mereka diperhatikan dunia luar.

Menurutnya lagi tumpuan masyarakat antarabangsa bukan sahaja terhadap perjalanan perbicaraan malahan sistem kehakiman negara juga turut diletakkan di bawah teropong negara luar.

"Kini seluruh dunia sedang memerhatikan kes Datuk Seri Anwar dan juga sistem kehakiman negara kita sama ada benar-benar adil dalam membuat keputusan atau masih mengamalkan "double standard" seperti dahulu," tegas Karpal. -SK

BN khianati semangat Akta Pembangunan Petroleum

KUALA LUMPUR, Feb 24 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Barisan Nasional (BN) berniat mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah dalam Akta Pembangunan Petroleum (APP) 1974.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, ini terus dilakukan walaupun telah berkali-kali kerajaan pusat yang merangka APP, termasuklah Pengerusi Petronas yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah “luar pesisir pantai” dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.


Oleh itu, kata beliau, cadangan pindaan dikemukakan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah “luar pesisir pantai”, yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974 supaya dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan.


“PKR memandang serius cubaan berterusan Kerajaan Pusat (di bawah BN) untuk mengelirukan rakyat mengenai hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah APP 1974.


“Iklan terbaru oleh kerajaan pusat (yang dibayar dengan duit rakyat) cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa cadangan pindaan APP oleh Pakatan Rakyat adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat mengakui negeri-negeri tidak mempunyai hak di bawah APP,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, mencadangkan usul tersebut dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan pusat di masa pentadbiran Tun Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.


Semasa APP 1974 dirangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai, contohnya telaga minyak carigali Tapis di luar pesisir pantai Terengganu dan Temungo di luar pesisir pantai Sabah.


Katanya, semua telaga minyak ini berada jauh di tengah lautan dan jauh dari garisan tiga batu nautika setiap negeri, yang kini ditimbulkan sebagai sempadan negeri apabila merujuk kepada APP.


“Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah “luar pesisir pantai” dalam APP.


“Niat dan tujuan APP adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung.


“Pendirian dan pendapat kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas iaitu apa-apa perolehan dari cari gali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai,” katanya lagi.


Pendirian ini kata beliau, dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri.


“Tiga dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma ‘luar pesisir pantai’ yang kabur dalam APP.


“Maksud dan niat yang termaktub dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan tiga batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini,” katanya.


Saifuddin menambah, APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud tetapi ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu.


“... maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai,” kata beliau.

SANA UNTUNG SINI UNTUNG TETAPI EKONOMI MERUDUM

MAS diumumkan mencatatkan keuntungan RM 610 juta, Proton syarikat yang tradisinya mencatat kerugian saban tahun sebelum ini dilaporkan turut mencatat keuntungan. Petronas yang selama ini menjadi 'lubuk duit' kerajaan 1Malaysia sudah dijangka terus meningkat dari segi keuntungan. Bila banyak untung maka sepatutnya banyak le kerajaan 1Malaysia menuai hasilnya sama ada dari segi cukai atau 'pinjaman boleh ubah'.

Bila dah banyak untung maka sepatutnya ekonomi negara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu juga dengan indeks komposit yang terasnya hasil komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit juga menunjukkan peningkatan harga di pasaran semasa.

Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Harga minyak dalam negara dijangka hanya menunggu masa yang sesuai untuk dinaikkan. Harga tarif elektrik diumumkan ditangguhkan kenaikannya buat sementara waktu. Maknanya naik tetap naik. Paling lewat selepas pilihanraya umum ke 13. Kemenangan besar Barisan Nasional bermakna 'lesen' kepada kerajaan untuk menaikkan apa-apa yang ditangguhkan sebelum ini. Maka kalau nak merasa ' nikmat' kenaikan kos sara hidup ' Undilah Barisan Nasional'.

Dalam situasi yang lain perbelanjaan dan kedudukan kewangan kerajaan menunjukkan situasi yang membimbangkan. Perbelanjaan mengurus yang diluluskan dalam belanjawan sebelumnya dipotong sehingga dua kali ganda seperti perbelanjaan untuk institusi pendidikan.

Dalam pada itu, hari ini Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan ekonomi negara menguncup 1.7 peratus. Tetapi menurut pandangan beberapa pakar ekonomi sebenarnya kadarnya lebih tinggi lagi.

Jadi persoalannya yang untung sini sana tu mana pergi duitnya?
Posted by angkasanur

Akta Hasutan: Mata Polis Buta Sebelah?

Ini antara hasutan paling besar, tapi tak kena apa-apa pun!

Sejak akhir-akhir ini sudah beberapa orang Ahli Parlimen (MP) dan ADUN PR disiasat polis. Bukan disiasat kerana kes bunuh orang, rogol anak bini orang, rompak bank, bakar rumah ibadat dan sebagainya tapi disiasat di bawah Akta Hasutan. Antara yang disiasat di bawah akta ini sepanjang tiga bulan lalu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah M. Manoharan.

Dan hari ini, dua MP PR dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 7 Februari lalu. Mereka ialah R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS.

“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis. Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian. Salehuddin disiasat berikutan kenyataannya berhubung penggunaan nama Allah, manakala Sivarasa kerana menyentuh ketidak adilan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya sangat hairan mengapa jika yang brcakap itu orang PR, ia dikatakan hasutan, tapi bila isu yang sama disentuh oleh pemimpin BN ia bukan pula hasutan. Penerangan, barangkali? Natijahnya, pemimpin BN dan PR bercakap isu yang sama, cuma dari perspektif yang berbeza. Isu penggunaan nama Allah misalnya, ramai menteri yang bercakap, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pun bercakap juga. Tapi mengapa ia bukan hasutan?

Begitu juga isu drama Liwat II Anwar, menteri pun bercakap juga. Walaupun bunyi cakap berbeza - menteri minta rakyat percaya dengan lakonan mahkamah, manakala pemimpin PR mempertikaikannya, tapi pokoknya kedua-dua pihak bercakap. Cuma bila tiba tindakan polis hanya nampak satu pihak salah, satu pihak lagi tak salah. Jika dua orang bergasak, kedua-duanya dipanggil polis untuk siasatan, tapi lain jadinya bila ia berkaitan dengan politik, hanya satu pihak yang nampak salah. Gila babi betul!

Jika polis jujur mereka kena siasat semua pihak. Dan jika polis jujur, antara pihak yang paling layak dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan ialah RTM dan TV3 kerana banyak beritanya kelihatan sangat menghasut, mengarut dan melaga-lagakan orang. Jika polis bertindak terhadap satu pihak semata, nanti orang ingat mata polis kita cacat dan cemeh, nampak sebelah mata saja.


~ pendikar gunung kriang

Jangan dahului mahkamah, Anwar belum dibuktikan bersalah - Sofi Wahab

Kes Spenda Saifool : Alahai Utusan Dan Profesor Kangkong... Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Tindakan Utusan yang menyiarkan kenyataan seorang pensyarah yang antara lain berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR dianggap sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah. "Utusan akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau. "Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya.


Tujuan hanya satu memecahbelahkan PR dan memberikan gambaran bukuk PR kepada rakyat," jelas Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.com. Beliau juga dalam kenyataannya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah. "Ada pemimpin Umno yang 'melarikan' anak raja, membawa duit 'cash' keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu," jelas beliau. Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang pensyarah IPTA yang antara lain berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR. Kenyataan dipetik berkata, perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.


Pensyarah itu berkata, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.Justeru kata pensyarah itu, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.


KUALA LUMPUR : Tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataan seorang pensyarah yang antara lain berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR, sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah.


"Utusan, adalah akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat dan ia terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.


"Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuannya hanya satu, iaitu memecahbelahkan PR dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat," jelas Ketua Penerangan Pas Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.com.


Beliau juga dalam kenyataannya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu; antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.


"Ada pemimpin Umno yang 'melarikan' anak raja, membawa duit 'cash' keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu?" soal beliau.

Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang pensyarah IPTA yang antara lain berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR.


Kenyataan itu dipetik sebagai berkata, perkara penggantian Anwar itu perlu kerana beliau memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.


Pensyarah itu berkata, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.


Justeru, kata pensyarah itu, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.


erapakatan

Polis Guna Akta hasutan Untuk Kekang Kebenaran Mengenai Kes Anwar

Dari TV Selangor:

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran polis kerana memberi penjelasaan terhadap isu pertuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang 7 Februari lalu.


Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh seorang anggota Polis.


Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.


”Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada YB Manoharan” kata Salahuddin kepada para pemberita kepada pemberita di parlimen hari ini.

Wednesday, February 24, 2010

Selangor Tarik Pelaburan RM6 Bilion, syabas TS Khalid

Selangor berjaya menarik pelaburan RM6bilion setakat ini, sekali gus menidakkan ramalan Umno-Barisan Nasional, kononnya negeri iti tidak lagi akan menerima pelaburan asing kerana di tadbir oleh parti pembangkang.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat berjaya menunjukkan kebolehannya menguruskan Selangor dan sekali gus memperhebatkan usaha membela golongan yang terpinggir selama ini.


"Kita telah dapat menunjukkan keupayaan dari segi pengurusan pertama pada ramai pemerhat-pemerhati yang mengatakan bahawa apabila pakatan rakyat memerintah selangor sudah tentulah dapat kekurangan pelaburan yang akan datang ke negeri selangor tetapi untuk pengethaun tuan puan semua negeri selangor walaupun dalam keadaan ekonomi yang meleset telah dapat menarik pelaburan lebih daripada RM6000juta,"katanya.


Tan Sri Khalid berkata demikian pada majlis Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Shah Alam.


Majlis ini mengumpulkan kira-kira 300 rakyat pelbagai lapisan yang dibela oleh kerajaan menerusi program-program kebajikan dan sosial sejak dua tahun lalu.


Sehingga sekarang, kerajaan negeri Selangor membelanjakan hampir 50 juta ringgit untuk membantu lebih 15 ribu orang.


Melalui program merakyatkan ekonomi itu, pelbagai skim bantuan dan insentif bertujuan membela dan mensejahterakan rakyat Selangor dilaksanakan secara berperingkat.


"Jadi apabila ekonomi berkembang pelaburan bertambah sudah tentu pendapatan negeri akan bertambah dan dengan cara itu program merakyatkan ekonomi akan kita perhebatkan,"katanya.

S: Adakah Dr rasa perbuatan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) itu adalah satu konspirasi?

J: Sudah tentu. Saya rasa ini adalah salah satu daripada konspirasi . Akan tetapi, saya tidak tahu siapakah dalang di sebalik konspirasi tersebut.

Ini kerana, tidak dapat dibayangkan untuk penangkapan hanya tak ada tauliah menggunakan kuasa polis yang sebanyak itu dan menggunakan pegawai Jais yang begitu ramai dan saya menganggap perbuatan itu adalah salah satu usaha yang bertujuan untuk memalukan saya.

Mereka mahu saya kelihatan keluar dengan keadaan tangan saya digari dan ia seolah-olah mahu menghina saya supaya dengan itu moral saya akan jatuh.

S: Boleh Dr jelaskan tentang dakwaan Jakim bahawa sijil yang dimiliki Dr itu adalah sijil palsu?

J: Mereka (Jakim) bukan dakwa sijil saya di UIA. Sijil saya di UIA adalah sijil PhD, UIA juga tahu kerana ia mudah untuk disemak. Kemudian Master saya di USM dalam jurusan pengajian Islam. Tapi, sijil yang didakwa palsu, yang tidak dimiliki itu adalah sijil saya di University of Jordan.

Saya ada rakan-rakan dari University of Jordan. Mereka tahu, memang ada bidang syariah pada zaman itu. Saudara Zamihan dari Jakim kata ini adalah bohong, saya memalsukan sijil. Bayangkan saya adalah bekas mufti, saya ‘public figure’ dalam negara ini, dia kata saya telah melakukan pemalsuan sijil. Ini adalah suatu perkara yang besar, bukan satu perkara remeh.

S: Boleh Dr perjelaskan dengan lebih terperinci tentang dakwaan itu?

J: Dia tidak pertikaikan saya ada sijil ini, sebaliknya mempertikaikan ada stroke syariah. Di sini, sijil ini menunjukkan pengkhususan saya ialah Bahasa Arab dan Syariah Islamiah. Dia kata saya cuma ada kelulusan Bahasa Arab sahaja, Syariah tidak ada.

Bayangkan. Yang pertama bohong, yang keduanya, jikalah benar saya telah ada Master dalam pengajian Islam dan PhD dalam Hadis...Dan kemudian, saya nak tanya. Ramai lagi mufti dalam Malaysia ini, pernahkah dia bertanya tentang sijil mereka? Tapi, kenapa perkara ini nak dibangkitkan?

Saya ingat, ia bermula di Jais sebab itu saya ingin mengingatkan bahawa Jakim jangan bertindak sesuatu sehingga menyebabkan orang menyangka perkara ini ada kaitan dengan kerajaan pusat, setelah Perdana Menteri (PM) menafikannya. Jika dia (PM) nak sabotaj saya, saya ingat nanti dia akan sabotaj juga kerajaan pusat. Saya harap esok (semalam) Pengarah Jakim akan membuat kenyataan berhubung kenyataan pegawainya ini, iaitu Zamihan Mat Zain. Ini tuduhan yang saya rasa malu nak jawab benda-benda macam ini.

Bayangkan, isunya adalah berkenaan dengan tangkapan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kepada saya. Tiba-tiba timbul tentang masalah sijil saya palsu pula. Tidakkah ini dapat dilihat sebagai satu rentetan untuk menjatuhkan kredibiliti saya?

Apa yang dipersoalkan oleh mereka adalah tentang perkataan Syariah itu, dia nak bagitau masyarakat bahawa saya bukan orang yang pernah belajar tentang Syariah. Anda semua tahu ada apa di sebalik kenyataan ini?

Dia cuba untuk mereka sesuatu yang akan membuatkan semua orang tidak akan mempercayai saya.

S: Adakah Dr akan mengambil tindakan terhadap orang yang membuat kenyataan tersebut?

J: Saya rasa perbuatan itu cukup melampau. Hari ini juga pelbagai pihak guaman telah menghubungi saya dan menawarkan perhidmatan percuma supaya mengambil tindakan saman malu terhadap fitnah dan penghinaan yang dilemparkan kepada saya.

Saya rasa dukacita untuk melakukan perkara tersebut, ni ustaz nak saman ustaz ni..Saya rasa ia suatu perkara yang berat, tetapi saya nak ingatkan kepada individu tersebut bahawa ini ada implikasi undang-undang dan orang seperti ini...kalau ada individu-individu seperti ini duduk dalam badan-badan kerajaan atau mana-mana organisasi, menyalahgunakan kuasa untuk menjatuhkan orang lain..ia menjadi liabiliti kepada mereka, suatu benda yang menyusahkan dan memalukan institusi itu.

S: Bagaimana dengan metodologi wahabi yang sering dikaitkan dengan penyampaian kuliah atau ceramah?

Kita nak supaya jais dan mana-mana negeri yang suka menuduh orang wahabi, supaya berikan apa makna wahabi. Kita tak tahu apa itu makna wahabi. Kalau saya kata beri pandangan yang berbeza dengan Jais itu adalah wahabi..Ooohh, kalau macam tu ramai manusia itu wahabi.

S: Tapi, pada pandangan Dr sendiri apa itu Wahabi?

J: Secara jujurnya, pada pandangan saya, Wahabi itu bukanlah mazhab, tetapi pergerakan yang berlaku di Saudi dan pergerakan ini banyak sumbangannya, tidak dapat dinafikan. Ada juga beberapa pandangan yang kita rasa mungkin kita tidak dapat terima 100 peratus.

Begitu juga pendekatan di Arab Saudi umpamanya, ulamaknya mewajibkan pemakaian purdah..Saya tidak fikir begitu. Tapi, saya tidak boleh hina purdah kerana itu satu pendapat.

Tapi, kalau tanya saya, saya kata itu tidak sesuailah. Pada nas atau pada apa pun, itu pada penilaian saya. Banyak juga pandangan saya yang tidak sama. Tapi, kalau kata berbeza mazhab, Jais sendiri juga berbeza.

Dalam perbankan Islam di negara kita ini pun berapa banyak pandangan-pandangan luar daripada mazhab Shafie. Tapi, mengapa mereka tidak dituduh wahabi? Dalam zakat juga sama. Dan, kalau kata kerana tidak Qunut, berapa ramai lagi orang yang tidak membaca Qunut tapi kalau itu pun nak buat tangkapan menggunakan polis, lebih baik pergi buat operasi, tangkap orang yang tidak bersolat.

Saya fikir, apa ni?berilah rasional, dan kes ini belum selesai. Mereka hanya menunggu masa untuk memanggil dan mendakwa saya. Masalahnya, dia sedang menyiasat, dan mencari tuduhan. Macam mana ni? Orang ada kes dulu baru tangkap. Ini tidak, tangkap dulu, baru cari apa salah awak.

S: Adakah Dr akan menyaman Jais di atas tangkapan yang dibuat? Dan berdasarkan tawaran yang dibuat oleh peguam seperti yang dinyatakan tadi?

J: Saya memang dinasihatkan untuk itu, tetapi..Yalah, awak semua pun tahu nak saman badan Islam..Macam-macamlah perasaan saya sebagai orang Islam sendiri, bercampur-campur. Tetapi ini telah melamoaui batasan.

Insyaallah mudah-mudahan hati saya besar. Saya sebenarnya, bukan apa. Walaupun ia kena pada diri saya, tapi saya melihat survival negara. Saya mengharapkan titik tolak ini akan memberikan ruang kepada orang lain dalam negara ini untuk boleh bercakap dalam soal agama dengan lebih luas. Kalau satu orang tu sudah ada sijil Sarjana ataupun Master atau PhD daripada pengajian Islam, di universiti-universiti Islam...Berilah peluang untuk dia bercakap. Kalau benar-benar dia ada kes, betul dan terbukti menyeleweng, sesat, awak dakwa dia.

Kenapa mesti dia dah dapat PhD, dapat Master, kena pergi menghadap pegawai-pegawai Jais..Bukan saya nak menghina mereka tetapi, sebahagian daripada mereka tak ada sijil tinggi pun. Kemudian, kena menghadap pulak mereka, mereka buat kesimpulan boleh dapat atau tidak, berapa lama kena ‘renew’ pula, dua tahun kena renew pulak, lepas itu pergi temuduga pulak..Saya nak mereka memberikan definisi apa itu ‘religious teaching?’ Kalau orang Islam tidak boleh bercakap tentang isu Islam, habis saya nak bercakap macam mana?

Saya ditangkap di dalam rumah. Sekarang ini saya bercakap, agama tidak membenarkan kita, Islam untuk memfitnah, berbohong dan menganiayai orang. Ini agama. Ertinya saya boleh ditangkap. Esok (semalam), saya dijemput oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk satu seminar, bercakap tentang kaunseling di dalam Islam. Saya dikatakan tiada tauliah. Tetapi, saya dijemput oleh universiti, jadi maknanya saya boleh ditangkap jugalah kerana saya tidak mempunyai tauliah, walaupun saya dijemput atas kapasiti saya sebagai pensyarah universiti yang ada PhD dalam bidang agama. Tak boleh juga kerana itu di Selangor, kalau ikut pada pentakrifan itu.

Jadi apa ini? Oleh sebab itu, saya memuji Pulau Pinang kerana Pulau Pinang antaranya negeri yang bebas. Dan saya harap, dengan perubahan politik di Selangor, Selangor sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk mendengar hasrat rakyat.

Saya tahu, kalau mereka sendiri fikir dengan perkembangan sejak akhir-akhir ini, rakyat bukan suka buat macam ni. Rakyat suka diberi kebebasan.

S: Jadi, Dr akan saman atau tidak pihak berkenaan?

J: Untuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), saya akan ambil tindakan. Untuk Jais, saya tidak menyalahkan mereka, tetapi kesal dengan cara operasi itu dibuat.

S: Adakah Jakim perlu memohom maaf secara terbuka kepada Dr tentang apa yang telah berlaku?

J: Jakim memang perlu meminta maaf kepada saya. Tapi, Jais ni saya minta bos dia lihat upacara atau peristiwa tangkapan itu dibuat.Sekarang ada dalam internet.

Jakim mesti bertanggungjawab kerana dalam laporan sebuah akhbar menulis bahawa Jakim, melalui pegawainya, Zamihan Mat Zain mengatakan Asri palsu. Siapa Zamihan Mat Zain ini? Adakah dia juga ada tangan-tangan ajaib yang tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Tiba-tiba dia nak msuk campur daripada cerita tangkapan kepada cerita sijil ini?

S: Adakah Dr akan menerima tawaran daripada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)?

J: Saya belum menerima official letter daripada Yadim dan tidak berangan-angan untuk melihat official letter itu. Kalau ia datang, sehingga setakat ini saya sudah mengatakan yang saya tidak berminat ke arah itu.

S: Bagaimana pula dengan cabaran bekas Yang DiPertua Yadim, Datuk Nakaie Ahmad yang mahu Dr membuktikan tuduhan menyeleweng seperti yang dilaporkan dalam akhbar?

J: Kenapa dia cabar saya? Saya cuma kata saya meminta pihak audit supaya melakukan audit kepada Yadim. Kenapa dia begitu sensitif? Kalau boleh saya nak tahu juga, ramai orang besar menyebut tentang pengendalian urusan perbelanjaan Yadim ini. Ramai yang mengatakan Yadim mempunyai aset, bangunan di Indonesia. Kenapa sampai perlul ke Indonesi? Sedangkan kita di Malaysia ni pun ramai lagi yang belum dapat.

Bukan saya tuduh, tetapi saya tanya mengapa dalam waktu yang terdekat sebelum beliau berhenti, membeli bangunan yang berharga jutaan, dalam tempoh itu, dan disegerakan.

Saya tanya sebab saya rakyat Malaysia dan in adalah ‘public fund’, wang umum, wang rakyat. Antara sumber utama Yadim adalah dari kerajaan. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba dia cabar saya.

S: Jika selepas ini kurangnya serangan, adakah Dr akan berfikir untuk menerima tawaran di Yadim?

J: Buat masa ini, saya tidak beminat. Jika keadaan berubah, suasana lebih munasabah,saya tak tahu..mungkin boleh dipertimbangkan. Kerana tawaran Yadim ini bukan tawaran bersurat, tetapi tawaran daripada mulut PM yang dimaklumkan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada saya. Dan, sekali lagi perkara tersebut dimaklumkan PM ketika berucap di Janda Baik, Pahang, dan ada juga sebahagian daripada pemimpin besar negara sudah pun mengucapkan tahniah kepada saya. Pun begitu, saya tidak menerima sebarang surat menyurat berkenaan hal itu. - Azila Sinar Harian

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Inilah Kenyataan "Sombong" Jamaluddin ADUN Behrang.

Saya sudah tidak ambil tahu pasal PKR lagi,saya lebih bebas dengan keadaan saya sekarang,terpulanglah apa yang mereka hendak buat..katanya.

"Mereka menuduh kami bertiga (Jamal,Osman dan Hee Hit) melakukan gerakan suli bagi memecah belahkan kepimpinan PKR negeri,saya nak tanya,bagaimana pula tindakan PR yang hendak menjatuhkan semula Barisan Nasional di Perak?" Tanya beliau.


Secara realitinya mereka lebih nampak kelemahan dan kekurangan orang lain berbanding dengan diri sendiri.Inilah wajah bijak mereka untuk mengabui mata rakyat.Saya sudah tidak ambil pusing lagi tentang PKR yang menghadapi banyak masalah.


"Saya bersyukur dengan apa yang kami kecapi sekarang,hidup penuh ketenangan bersama perjuangan untuk rakyat dan yang paling penting kami sentiasa bekerja untuk rakyat"Katanya. Oleh : Nangkubai pada 9:57 AM


1 komen:
Yeop said...

SOMBONG TAK BERTEMPAT MANGKOK 2 EKOR NI.

BILA LAGI MAU SERAHKAN BALIK MANDAT YG RAKYAT TELAH BERIKAN....PENGUNDI2 PR YG MENAIKKAN KAMU TAU.


MUKA TAK MALU KA....

MANA SPRM..??
MANA KES RASUAH 2 EKOR BINATANG NI. KENAPA SENYAP SAJA?

Royalti minyak RM2 bilion, bukan RM20 juta

Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008.


“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.


“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.


”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.


Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.


Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.


Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.


Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak.


“Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya.


Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan.


Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas).


Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.


“Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.


Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan (onshore) dan luar pantai (offshore).


Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai.


Harakahdaily.net/-
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Kenaikan Tarif Elektrik Bukti Najib Gagal Laksana Slogan 1Malaysia

Oleh: YUSMAWATI MHD YUSOF

Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik.


Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan.


Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi.


“Kalau mereka meningkatkan tarif elektrik adalah amat tidak adil kerana buat masa ini sekiranya subsidi dikurangkan terhadap konsumer, sepatutnya subsidi yang diberikan kepada pihak penjana kuasa bebas perlu dikurangkan dahulu.


“Kenapa pihak itu dapat menikmati subsidi yang begitu lumayan dan menjamin keuntungan yang besar kepada pihak IPP tetapi bagi rakyat pula kerajaan meningkatkan harganya? Adakah ini slogan kerajaan dan Najib bahawa rakyat akan didahulukan? Buat masa ini apa yang kita nampak, kroni-kroni perniagaan-perniagan besar didahulukan manakala rakyat dibelakangi,"katanya.

Tony Phua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pengurangan subsidi kepada rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang mencerminkan kegagalan Umno-BN menguruskan negara.


"Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan wang dan pendapatan negara secara berkhemah dan telah menyebabkan sekarang kerajaan rumit kewangan iaitu tidak cukup wang dan semua subsidi dikurangkan dan semua harga dinaikkan. Menunjukkan kerajaan selama ini tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan isu-isu ekonomi,"katanya.