Followers

Thursday, November 26, 2009

Muyhiddin Minta MCA Tutup M ulut - Malaysiakini

MALIKUL BERI FATWA LAGI - SUMBAT JANGAN TAK SUMBAT ! Muhyiddin Yassin meminta kerjasama daripada semua pemimpin MCA agar tidak mengeluarkan kenyataan kerana ia menunjukkan berlaku percanggahan yang berlarutan. Dia berkata bahawa dalam proses mencari formula penyelesaian kemelut dalaman parti itu, adalah lebih baik pemimpin MCA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. "Jika sudah sepakat, baru buat kenyataan, baru imej kita baik. Jika dalam keadaan sebegini, yang A kata begitu, yang B kata begini, yang C kata atas, yang D kata bawah. "Bagi saya, ini akan mengelirukan masyarakat dan tentu ahli-ahli MCA ingin melihat bagaimana kita nak menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di Putrjaya hari ini.
KAH KAH KAH… woit… APA SUDA H JADI DENGAN PARTI CUKUNG INI….kah kah kah.. kah kah kah… MASYARAKAT CINA SUDAH TIDAK SOKONG MCA…kah kah kah.. kah kah kah… MCA SEKARANG SUDAH JADI MALAY CONTROLLED ASSOCIATION….. kah kah kah…
sumber: tukartiub

PEGAWAI TORCHLIGHT - Awas ! MAT SEKODENG !

JAWI JAMIN PUTRAJAYA BEBAS MAKSIAT – berita hairan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi jaminan akan memastikan kawasan peranginan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan Masjid Putrajaya di sini bebas daripada kegiatan tidak bermoral.
Sehubungan itu, Jawi yang menyedari kebelakangan ini kawasan berkenaan kini dijadikan tempat memadu asmara akan meningkatkan operasi pencegahan maksiat serta memberi jaminan kegiatan itu akan dibersihkan dalam tempoh tiga bulan mulai tahun depan menerusi program gerakan dakwah bil hal. Pengarahnya, Che Mat Che Ali, berkata mulai pertengahan Oktober lalu Jawi sudah mewujudkan dua pasukan penguat kuasa, masing-masing dianggotai empat pegawai pencegah maksiat untuk melakukan operasi pencegahan kegiatan berkenaan di kawasan berkenaan.
KAH KAH KAH… kah kah kah… PEGAWAI TORCHLIGHT… kah kah kah.. INI SAHAJA KAH JAMINAN NYA?.... kah kah kah… INI SAHAJA JAMINAN YANG SANGGUP DILAKUKAN…kah kah kah.. kah kah kah…. BAGILAH JAMINAN BEBAS RASUAH… kah kah kah.. BAGILAH JAMINAN TIDAK ADA PENYELEWENGAN… kah kah kah… BAGILAH JAMINAN TIDAK ADA SALAH GUNA KUASA…kah kah kah.. BAGILAH JAMINAN TENTANG KEADILAN…kah kah kah… BAGILAH JAMINAN TENTANG KESAKSAMAAN… kah kah kah.. BALIK BALIK POTONG STIM… kah kah kah… woit.... BOSANLAAAH DENGAN MAT SKODENG .. kah kah kah
sumber: tukartiub

Apakah Yang Sedang Dibincangkan Oleh Lembu Lembu Ini ?


PERTANDING MENEKA SILANG KATA
nota:

apa dia pertandingan ini: perhatikan gambar lembu-lembu ini dengan rapi kemudian dengan hanya sepuluh patah (10) patah perkataan sila nyatakan apakah yang sedang dibincangkan oleh lembu lembu ini. semua warga satu malaysia boleh mengambil bahagian keputusan para hakim adalah muktamad surat menyurat tidak dilayani
- 3 hadiah sagu hati - jadi kaki lembu - 3 hadiah kedua - jadi telinga lembu - 1 hadiah pertama - terus jadi lembu kah kah kah
nota: yang telah berjaya menjadi lembu dilarang mengambil bahagian
sumber: tukartiub

DS ANWAR Menang Lagi - Fitnah NST Isu $3 Billion


Berapa kali dah NST di saman??banyak kali dan berkali-kali..kali ini Mahkamah tinggi arahkan pula NST membayar RM100 ribu kepada DS Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah memfitnah Mantan Tmb Perdana Menteri tersebut.
NST juga diarahkan membayar RM 20 ribu untuk kos mahkamah,NST diheret ke mahkamah atas tuduhan memfitnah DS Anwar Ibrahim menyorokkan RM3 billion di akaun-akaun di luar negara. Sudah terang lagi berunggun api..inilah peumpamaan yang sesuai terhadap suratkhabar tajaan Umno di negara kita yang memang terang-terang kerjanya memfitnah lalu menginginkan rakyat sentiasa membenci PR dan pimpinannya.
Perangai dan budaya suratkhabar Umno dan BN yang sentiasa mengambil kesempatan menaburkan fitnah tanpa mengira kesan terhadap yang terfitnah,apa yang penting dengan berita fitnah itu rakyat akan segera membenci dan mencerca seseorang pimpinan Pakatan Rakyat,sedangkan pimpinan yang terfitnah tiada ruang dan tempat untuk membela diri..sehinggalah fitnah itu berjalan di setiap benak fikiran rakyat yang telah diracuni,inilah matlamat kerja-kerja jahat suratkhabar Umno..
Bai : Apa lu orang tunggu lagi...kasi boikot la bro,manyak yahat oo.
sumber: sendirimauingat.blogspot

PEGUAM: Najib "DIKAITKAN dengan kehilangan BALA ?

Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat berkaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam penyiasat persendirian itu Americk Singh Sidhu.
Menurutnya, fakta-fakta kelihatannya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu penyiasat itu lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan. Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim.
Menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa Nazim berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan daripada abangnya?" Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh. Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya. Najib telah berulang kali menafikan spekulasi bahawa beliau di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu. Bercakap kepada Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan bekas anggota polis Cawangan Khas menarik balik akuan bersumpah pertamanya Julai tahun lalu dan pertemuan seterusnya beliau dengannya selepas muncul semula daripada persembunyian setahun kemudiannya. Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."
"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya. Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua". Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana bersubahat dan berkonspirasi.
Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Balasubramaniam di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.
sumber: malaysiakini

Dato Dr. Hassan Ali Sedia Menemui JK Disiplin ?

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata beliau sedia menemui Jawatankuasa Disiplin parti itu sekiranya surat membela diri yang diserahkan dua hari lalu gagal memuaskan hati mereka.
Menurutnya,surat membela diri yang diserahkan kepada Jawatankuasa Displin parti mengandungi jawapan yang lengkap mengenai beliau,ahli pas dan masyarakat Selangor. "Saya sudah menerima surat itu dan pun menjawab, dua hari yang lepas saya telah menyampaikan kepada Jawatankuasa Displin jawapan -jawapan saya kepada pertuduhan yang telah dikenakan kepada saya.Pada umumnya saya telah memberikan jawapan seadil-adilnya buat saya, buat ahli Pas dan buat anggota masyarakat negeri Selangor ini, saya mengharapkan saya diberikan keadilan dalam pengertian kalau jawatankuasa displin sudah membaca jawapan saya itu kalau ada ruang-ruang yang di dapati tidak jelas saya bersedia bila-bila masa sahaja untuk menghadap jawatankuasa displin dan menerangkan butiran-butiran yang perlu kepada penerangan lanjut",katanya
Datuk Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat membela diri berhubung tuduhan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Jawatankuasa disiplin parti itu sebelum ini mengenal pasti beberapa individu termasuk Dr Hassan untuk membela diri berhubung tuduhan yang dibangkitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Datuk Hassan menafikan berlaku perletakkan jawatan melibatkan beberapa pemimpin parti di negeri ini. "Tak da, tak ada,saya tidak menerima sebarang surat perletakan jawatan"katanya. Datuk Hassan berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Dewan Serbaguna,Tadika, Medan Selera, Rumah Kos Rendah dan Surau di Tapak Projek Subang Bestari U5, di Shah Alam, semalam. Majlis anjuran anak syarikat milik kerajaan negeri, Worldwide Holdings Berhad hari ini turut menyerahkan 15 ekor lembu korban kepada surau dan masjid yang berada dikawasan projek milik anak syarikat kerajaan negeri itu.
sumber: tvselangor

Kerajaan Selangor Rasmi BOIKOT Program BTN !

Kerajaan Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali. Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman. Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS. Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa." Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian. ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang). sumber: malaysiakini

Wednesday, November 25, 2009

NAJIB Akan Terus Berkuasa Dengan Kerjasama PAS ?

Dalam posting bertajuk "Lalu menggelejatlah Najib..." saya tulis: Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar kata, jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" itu adalah tulen, Najib, timbalannya dan semua menteri yang terlibat dengan perbuatan memberi kelulusan secara retrospektif itu mesti meletakkan jawatan (baca selanjutnya dalam berita Harakah Daily 17/9/09 bertajuk "Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar"). Saya nak menjangkakan jawapan kerajaan Najib:
Kerajaan tidak ada pilihan melainkan memberi kelulusan retrospektrif kepada peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00 kerana jika berlaku default oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) yang merupakan badan berkanun kerajaan maka ia menjadi obligasi kerajaan untuk menanggung liabiliti tersebut. Lebih dari itu, projek PKFZ telah siap dan sedang digunakan serta kontrak telah ditandatangan antara LPK dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Oleh itu kelulusan secara retrospektif adalah diperlukan. Kerajaan terpaksa memberikan kelulusan tersebut walaupun Letter of Support yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan bagi beberapa penerbitan bon boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri.
Tambahan pula, Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut dalam satu fasa serta turn-key developer dilantik untuk melaksanakan projek ini dan LPK pula telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 yang melibatkan kos pembelian tanah RM1.7 bilion dan kos pembanguna RM2.9 bilion walaupun kos projek tersebut telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat dan setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00. Mengambilkira faktor-faktor tersebut, kelulusan retrospektif itu terpaksa diberikan walaupun pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu tidak dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan. Barangkali begitulah jawapannya kerana tak mungkin Najib dan anggota kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada pertambahan kos PKFZ itu tergamak meletakkan jawatan!!
Hari ini, The Edge melaporkan berita berikut:
Govt to guarantee US$1b PKFZ bonds The Edge (25/11/09): Deputy Finance Minister Datuk Seri Awang Adek Hussin said yesterday that tehe government would guarantee around US$1 billion (RM3.39 billion) in bonds issued to fund a free zone project to allay investor concerns over the debt. A fund manager who holds the debt, issued in 2003-2006 to fund the multi-billion dollar Port Klang Free Zone (PKFZ) project, said bondholders are concerned that letters of support honouring the bonds are not sufficient. So they want the government to refinance the debt to overcome investor fears that they will not be repaid, said the fund manager, who spoke on condition of anonymity due to the sensitivity of the issue. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told an investor briefing in New York on Monday that the government would honour all PKFZ obligations, said the fund manager, who attended the meeting. The comment was confirmed by the finance ministry yesterday. “We will definitely honour the bonds,” the deputy finance minister said. The free zone project has been dogged by allegations of corruption and mismanagement and MARC ratings agency said in August it had downgraded the outlook on PKFZ-related debt to negative. The fund manager said the bonds had fallen in value by 15% since they were issued, adding that concerned bondholders sought to approach the government. “A bondholders group led by UBS has tried to talk to the Malaysian government to get clarity on whether they are going to honour the bonds,” said the fund manager. A recent audit report on the port project, whose costs had surged to RM10 billion from an original RM1.8 billion, said initial letters of government guarantee issued by transport ministers were given without the knowledge of the finance ministry. To be legally enforceable as letters of government guarantee, they have to be issued by the finance ministry. “There is a huge incentive for the government to solve this issue. The port bonds carry an A1 rating which is the same as sovereign bonds,” the fund manager said. The project had been dogged by allegations of corruption and a report presented to parliament identified irregular payments to contractors as well as mismanagement that resulted in cost overruns. A report released recently by the Public Accounts Committee said that former transport minister Tan Sri Chan Kong Choy should be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission and police for criminal breach of trust. Apa nak kisah, rakyat bukan peduli pun. Tibai pi lah duit rakyat sampai berapa billion dan berapa trillion sekalipun, depa bukannya marah. Depa kata Najib hebat, Najib bijak. Takkan nak buang orang hebat, orang bijak. Bab urus ekonomi dia premium class. Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.
Kalau benar dakwaan penyiasat tu, hampa ingat rakyat marah pemimpin Melayu beragama Islam buat gitu? Jangankan marah, depa puji lagi. "Tu la tanda dia dero kita, Mongolia pun terkulai dengan kejantanan dia. Hebat hero kita tu!" Pilihan raya ke-13 ni, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar. Najib akan dikenang sebagai hero Umno kerana kehebatannya. Nak buat lagu mana, bak kata seorang pesara tentera, "ketika Umno masuk ICU, PAS pulak saja-saja, gatai-gatai, suka-suka hati dia masuk wad kelas tiga". Najib akan terus berkuasa dengan kerjasama PAS yang sengaja menyakit dan melemahkan dirinya dengan pelbagai isu. Kalau benar dakwaan Balasubramaniam itu, kaki zina akan terus jadi Perdana Menteri kita. Tahniah rakyat Malaysia yang beragama Islam, di mana jua anda berada.
(Saya nak tulis fasal MARA dan keengganan menteri berkenaan menjawab secara lisan soalan mengenai MARA semalam. Dia nak jawab secara bertulis. Walaupun kawan saya dah bagi dokumen kepada Ahli Parlimen PAS, perkara itu tak dapat nak diperdebatkan. Mahfuz komplen keengganan menteri jawab secara lisan persoalan mengenai MARA itu, tetapi Pengerusi sidang pula kata tak ada masa - waktu tu perbahasan peringkat jawatankuasa, dia panggil Pengerusi dan bukan Yang Dipertua Dewan.
Laa... melalut pulak. Yang nak habaqnya, mood rosak nak tulis. Dah la mouse komputer aku ni buat hal dan duit pun tak dak nak beli lagi sebab semedangnya tak dak duit, capaian internet pulak lebih teruk dari apa yang ada di Timbuktu. Elok la TM oi orang tibai growth business - wireless - dari hampa dan hampa jaga dying business ja - fixed line. Yang tinggal nak mampoih ni pun hampa tak reti nak jaga! - saya juga akan tulis perbuatan merompak growth business dari TM)
sumber: ipohmali

Ini Satu Lagi Projet MENIMPU ORANG MELAYU ?

PEMBALAKAN HARAM DIDALANGI RANGAKAIAN SINDIKET CANGGIH Kegiatan pembalakan haram di negara ini didapati didalangi oleh rangkaian sindiket yang menggunakan komunikasi canggih serta pengunaan khidmat tonto. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Joseph Kurup berkata, hasil risikan dan siasatan Jabatan Perhutanan mendapati modus operandi atau strategi sebahagian besar pembalak haram telah menjurus ke arah itu. "Modus operandi mereka menunjukkan perancangan yang tersusun, berani dan bersubahat dengan orang luar (iaitu menggunakan khidmat tonto), komunikasi canggih dan taktik mengalihkan perhatian,” katanya ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) di Dewan Rakyat di sini hari ini. Che Uda ingin tahu mengapakah jumlah pembalakan haram masih tidak dapat dikurangkan atau dihapuskan walaupun ia mudah dikesan memandangkan berat balak bertan-tan serta perlu dibawa dengan jentera besar, bising dan menggunakan jalan yang luas. Kurup berkata, Jabatan Perhutanan akan terus memantapkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan hutan untuk memecahkan rangkaian sindiket haram tersebut bagi memastikan kegiatan pembalakan haram dapat dibanteras.

KAH KAH KAH.. kah kah kah… INI NAK TIPU SATU MALAYSIA… kah kah kah.. TAK MUNASABAH… TAK TAHU BALAK KENA CURI…kah kah woit… CANGGIH APA ?... CANGGIH PAKAI CHAINSAW
LETERIK POTONG BALAK KE…. kah kah kah…


nota: balak keluar dari hutan tak kan tak tahu hutan mana balak naik lori jalan raya tak kan tal tahu lori siapa. balak pergi kilang papan tak kan tak tahu kilang mana balak naik kapal untuk di ekspot tak kan tak tahu pelabuhan mana tonto ini apa adalah tonto ini lebih tersusun dari pegawai perhutanan? balak bukan sebesar pesil boleh suruk dalam kopek semua ini adalah kerana rasuah bukan kerana canggih bukan kerana tonto mengatakan yang merompak balak ini canggih adalah pderbuatan untuk menipu satu malaysia tolonglah jangan bodohkan orang melayu orang melayu dudah ramai bodoh hentikan projek membodohjkan melayu nanti ada melayu percaya bahawa balak ini dijampi hinggakan tidak kelihatan kah kah kah
sumber: tukartiub

Pemimpin Besar PRM Sertai PKR ?

Kemasukan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia, Hassan Abdul Karim ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi makna baru kepada perjuangan parti. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat. “Kemasukan Hassan Kari ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf. Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. "Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap".“Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor" tambahnya lagi. Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR. Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini.“Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor” Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak. Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.
sumber: tvselangor

Kota Siputeh : Makhamah Tangguh DUN Kosong?

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh. Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim. Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan. Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.
Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.
Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan. Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong. "Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya. Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.
Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan. Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.
sumber: malaysiakini

MELAYU TIPU MELAYU ???


MONOPOLI INDIVIDU SAHAM BERNAS , KERAJAAN TERUS DIPERSOAL – harakah daily Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.
Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal. Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.
Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus. KAH KAH KAH…

kah kah kah...INI BETUL BETUL MONOPOLI… kah kah kah… kah kah kah… INILAH LANUN MONOPOLI YANG MEROSAK PETANI PADI…kah kah kah.. kah kah kah… TAK PERCAYA?... kah kah kah..

nota: untuk perniagaan yang lebih lumayan bernas pasti tidak suka negara kita cukup beras. jika cukup beras ditanam kita tidak perlu impot. kalau tak ada impot beras makan bernas tak ada jalan nak buat duit banyak. ertinya bernas akan menggalakan dasat tidak cukup beras. dalam masa yang sama hanya bernas yang boleh impot beras. syarikat lain tak boleh. bila ini berlaku maka bernas akan menetapkan harga beras yang dijual. kalau kita semua boleh impot beras makan beras akan murah ini kerana harga beras murah. sekarang ini kita bayar mahal kerana hanya stau syarikat sahaja yang ada lesen impot. kita juga kena bayar duit birokrasi bernas. ini projek melayu tipu melayu kerana penenam padi dalam negara kita majoriti adalah melayu.
sumber: tukartiub

Ku Li Ketuai Kakus Royalti Minyak Kelantan !


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini. Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kakus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu. Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan. Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya. "Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar. Kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974. "Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh."Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri. Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya. Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kakus tersebut.
sumber: malaysiakini

Monday, November 23, 2009

RAJA PETRA : "Saya Cuma Berharap Menamatkan Segala Gangguan"




Bala telah dibayar sebanyak RM 750,000 sehingga kini namun penderaan keatasnya menyebabkan dia seolah-olah seorang yang dipenjarakan. Dia mengatakan dia akan keluar dari keadaan tersebut untuk menamatkan penderaan yang berlaku terhadapnya dan supaya dia boleh hidup sebagai orang biasa. Dia hanya mahukan kehidupannya semula..... THE CORRIDORS OF POWER - Raja Petra Kamarudin
Q 69. Berapa lamakah anda mengenali ASP Suresh sebelum peristiwa ini? A. Saya mengenali beliau selama 10 tahun yang lepas. Ketika saya bertemu dengannya, dia adalah seorang pegawai senior Pejabat Siasatan di IPK Kuala Lumpur. Saya adalah seorang penyiasat persendirian. ASP Suresh menggunakan saya untuk membantu dia dalam mengesan sumber dan maklumat penting sesebuah panggilan kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat telekomunikasi dan pantas untuk mendapatkan maklumat berbanding dengan pihak polis kerana mereka terpaksa mengikut jalan yang dikatakan rasmi. Pada satu ketika, saya pernah bekerja untuk ASP suresh sebagai pengawalnya di sebuah pub di Jalan Imbi. Dia telah digantung perkhidmatannya sebagai pegawai polis pada tahun 2006 kerana disiasat oleh SPRM dalam kes rasuah. Q 70. Pernahkah anda berjumpa dengan Deeppak sebelum peristiwa ini?
A. Tidak. Namun saya pernah memberikan perkhidmatan kepada Dinesh pada hari yang lepas. Saya tahu Deepak adalah abang kepada Dinesh.
Q 71. Anda pernah menyatakan anda pernah berjumpa dengan seorang Datuk VIP yang berbangsa Melayu diluar pameran Volkswagen di The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapakah lelaki tersebut? . A. Beliau ialah Datuk Nazim Razak, adik bongsu kepada Najib. Dia berada disitu bersama isterinya yang sedang mengandung. Bagaimana pun saya tidak berbual dengan isterinya, saya megenalinya kerana dia adalah seorang personality TV. Saya rasa dia adalah seorang hos program 'Nona'. Deepak adalah orang yang membawa saya bertemu mereka. Sebab itulah ASP Suresh tidak mahu kami berjumpa di tempat yang mempunyai kamera CCTV.

Q 72. Semasa anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral bersama Deepak, Dinesh dan ASP dan selepas anda menandatangani surat sumpah yang kedua, adakah sesuatu yang bermakna dikatakan kepada anda? A. Ya. Ada dua perkara yang Deepak memberitahu saya. Dia memberitahu saya bahawa Rosmah gembira kerana saya menarik balik surat sumpah saya yang pertama dan ingin bersarapan dengan saya. Bila saya bertanyakan kepada Deepak, berapa lama saya harus meninggalkan negara ini, dia berkata kepada saya bahawa saya harus tunggu sehingga Najib menjadi Perdana Menteri yang seterusnya dan saya boleh kembali selepas itu.
Q 73. Bila anda menghubungi peguam anda Americk Sidhu?
A. Saya menghubungi beliau pada pertengahan Julai 2009. Pada masa itu saya masih berada di India. Saya mahu mengadakan perjumpaan dengannya untuk memberitahu apa yang berlaku ke atas saya dan meohon maaf atas masalah yang disebabkan oleh saya. Americk berada di UK semasa saya mengubunginya supaya kami boleh berjumpa di Kuala Lumpur apabila dia pulang pada permulaan Ogos.
Q 74. Adakah anda bertemunya?
A. Ya. Kami bertemu pada awal Ogos. Americk telah memangil 2 lagi peguam untuk hadir. Saya telah memberitahu mereka apa yang telah terjadi ke atas saya sejak saya meninggalkan pejabat Americk pada petang 3 julai 2008.
Q 75. Adakah anda sedar bahawa perbualan anda telah dirakam secara sembuyi? A. Saya tidak sedar saya sedang difilemkan. Bagaimanapun saya telah dimaklumkan kemudian dan semua rakaman yang di buat akan disimpan dengan selamat. Saya sedar bahawa ianya dilakukan untuk melindungi keselmatan saya sekiranya sesuatu berlaku ke atas saya.
Q 76. Bagaiman anda berupaya untuk membayar kehidupan anda semasa berada diluar negara? A. Deepak telah membayar secara ansuran kepada saya. Sebahagian daripada bayaran dibuat terus ke akaun isteri saya melalui EON Bank di KL. Yang lain dibayar kepada ASP Suresh dimana dia akan membayar kepada saya atau melalui seorang kawan saya di Malaysia. Saya ada salinan cek yang dibayar oleh Deepak Jaikishan dan dibayar atas nama syarikatnya Carpet Raya Sdn Bhd. Saya juga memmpunyai salinan slip bank isteri saya yang membuktikan bagaimana wang didepositkan. Saya juga mempuyai salinan akaun HSBC saya di Chennai.
Q 77. Berapa banyak wang yang diterima sejak anda meninggalkan Malaysia pada Julai 2008 sehingga sekarang? A. Semuanya kira-kira RM750,000.

Q 78. Berapakah yang masih tinggal?
A. Ya, saya telah melaburkan sebanyak RM 250,000 untuk masa depan saya kerana saya tidak tahu apa akan bakal berlaku ke atas saya. Saya juga membelanjakan sedikit untuk membaikpulih rumah saya di Rawang dimana isteri dan anak saya berada di sana. Semua ini di buat atas tujuan keselamatan rumah saya. Selebihnya untuk keperluan saya ketika di Chennai dan wang pendidikan anak-anak saya dan perbelanjaan harian.
Q 79. Bukankah Deepak menjanjikan RM5juta kepada anda?
A. Semua perbincangan ini diaturkan oleh ASP Suresh di Kedai Bak Kut Teh di Rawang pada 3 julai 2008. Saya tidak terlibat dalam perbincangan tersebut kerana saya lebih merisaukan keselamatan keluarga saya daripada wang itu. Saya kemudianya menyedari bahawa ASP Suresh berminat dengan hal ini dan dia akan menerima bayaran yang sama sperti mana yang diperolehi saya. Tugasnya ialah memastikan saya dikawal. Sebab itulah dia rasa tidak senang kerana saya tidak mengikut arahannya kerana pendapatannya yang datang dari Deepak akan terjejas.

Q 80. Kenapa anda menunggu untuk tempoh yang begitu panjang untuk menjelaskan semua ini? A. Semasa saya berada di Hotel hilton di KL Sentral, saya bertanya kepada Deepak berapa lama saya harus berada di luar negara. Dia memberitahu saya sehinga Najib menjadi Perdana menteri. Saya tidak dapat kembali ke Malaysia sebelum Februari 2009 kerana Kumar memegang pasport saya selama 5 bulan di India. Saya hanya mendapatkan semula pasport saya selepas saya mengadu kepada Deepak ketika dia melawat saya di India dengan ASP Suresh. Deepak kemudiannya memanggil adiknya Rajesh untuk mengetahui apakah yang terjadi terhadap paasport saya dan selepas 2 hari Kumar meminta saya untuk mengambil darinya. Saya sebenarnya berada di India secara haram kerana visa saya telah tamat pada 5 september 2008. Dalam usaha memanjangkan tempoh visa, saya terpaksa mendapatkan bantuan dari bapa saudara isteri saya yang menjadi exco melanjutkan tempoh selama setahun. Selepas itu barulah saya dapat pulang ke Malaysia.
Q 81. Apakah yang berlaku apabila anda kembali ke Malaysia pada Februari 2009? A. Apabila saya tiba di KL, saya telah menghubungi Dinesh untuk meberitahu bahawa saya telah kembali ke Malaysia. Saya dipanggil ke pejabat Deepak di Sungai Besi pada pukul 11:45 pm pada malam yang sama dan memberitahu beliau bahawa saya tidak mahu meninggalkan negara ini lagi secara tergesa-gesa, sebaliknya saya mahu bersama dengan anak isteri saya dengan lebih lama. Mereka tidak tahu saya tidak akan meniggalkan negara ini. Q 82. Kenapa anda kembali ke Malaysia pada April 2009? A. Hanya kerana mahu bertemu dengan isteri dan anak saya. Tetapi kali ini saya tidak meberitahu sesiapa pun saya kembali kerana tidak mahu diganggu. Q 83. Kenapa sekarang ini anda mahu menjelaskan segalanya? A. Sebab saya mahu menghentikan segala gangguan keatas saya dan kembali ke kehidupan yang normal. Q 84. Adakah surat sumpah anda yang pertama itu benar? A. Ya. Q 85. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah yang pertama? A. Sememangnya tidak

Q 86. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah ke 2?
A. Ya, sebab saya risau akan keselamatan saya dan keluarga saya dan saya tidak membaca isi kandungan surat sumpah ke 2 sebelum saya menandatanganinya . Bahagian 1: Misteri TerbongkarBahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa BesiBahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan BalaBahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar.
sumber: malaysiatoday

DADAH Ditemui Didalam Kereta Rasmi EXCO Trengganu ?

Ketua Polis Terengganu di Minta Perjelas Isu Tangkapan Anak Exco Terlibat Kes Dadah - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.
Ketuanya, Fariz Musa berkata, anak anggota Exco tersebut ditahan oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya, baru-baru ini. ”Dalam sekatan (jalanraya) itu, anak Exco berkenaan dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut, ”Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatory.”ujar Fariz dalam sidang media Pelancaran Gerakan Selamatkan Wang Rakyat Terengganu ( Semarak Terengganu ) yang diadakan di sini semalam. Menurutnya, berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Namun begitu, katanya, pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO. Fariz mengganggap, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi kerajaan, maka wajarlah Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat . Sehubungan itu, beliau memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri, serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan itu. Dalam sidang media yang sama, Fariz berkata AMK akan menggerakkan SEMARAK ke seluruh Negara bagi memberikan kesedaran dan maklumat kepada rakyat tentang penyelwengan, salahlaku dan rasuah yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, di negeri Terengganu AMK akan membuat beberapa laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara – Buletin Online

Perginya Saekor EEEEE ???

PERHATIKAN BETUL BETUL - ADA RUPA GPMelayu S ? REEZAL MERICAN UNDUR GPMS – berita hairan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), i Reezal Merican Naina Merican mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan hari ini. Keputusan itu diumumkan di hadapan kira-kira 300 perwakilan dan ahli GPMS dari seluruh negara ketika ucapan dasar beliau pada Persidangan Agung Tahunan Ke-55 pertubuhan itu, di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini semalam.
Reezal yang menerajui GPMS sejak 2006, berkata keputusan itu untuk memberi ruang kepada generasi muda mengisi barisan kepemimpinan pertubuhan itu dan memperkenalkan idea segar serta dapat membawa GPMS ke peringkat lebih tinggi.
KAH KAH KAH…INI MESTI ADA AHLI YANG
SUDAH SIASAT KES TIPU IDENTITI…kah kah woit….
INI GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG… kah kah kah..
woit… INI BUKAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU?
TAPI EEEEE… kah kah kah..

sumber: tukartiub

Nik Aziz Nafi Husam Mahu Letak Jawatan !

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan Exco kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri itu.
Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecahbelahkan PAS dan melariskan jualan akhbar berkenaan.
"Saya baru baca sebuah akhbar rasa terlalu amat terkejut dengan siaran tajuk Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini. Laporan itu memetik beberapa sumber sebagai berkata hasrat Husam itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sekali gus memberikan Husan cuti lima hari bermula hari ini untuk berehat dan menenangkan fikirannya. Nik Abdul Aziz berkata Husam sememangnya ada menemuinya di pejabat dua hari lepas dan hanya memaklumkan bahawa beliau dinasihati oleh doktor agar mendapat rawatan di hospital kerana mengalami masalah sakit tulang belakang. "Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya," katanya. Beliau berkata tindakan akhbar menyiarkan laporan itu sebenarnya mengguriskan hati orang yang dalam keadaan sakit. - Bernama

BEDAH SIASAT Kedua Teoh Selesai !


Bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang Teoh Beng Hock di Hospital Sungai Buloh, mengambil masa kira-kira dua jam dan selesai dijalankan pada kira-kira jam 3.30 petang tadi. Keluarga mendiang Teoh dan dua adik beradiknya kelihatan ceria ketika ditemui petugas media, yang tidak dibenarkan menghampiri jabatan forensik di situ.
Saudara perempuan mendiang, Lee Lan berkata bedah siasat itu berjaya dilakukan dan keluarganya telah diberi taklimat mengenainya oleh pakar patologi Thai, Dr Porntip Rojanasunand. Bagaimanapun, Lee enggan memberi sebarang butiran sama ada terdapat bukti baru yang ditemui mengenai kemungkinan wujud unsur-unsur jenayah. "Tungu bila inkues (Teoh) disambung 9 Disember," katanya sambil berkata beliau tidak pasti sama ada laporan bedah siasat akan diumumkan.
Manakala saudara lelaki mendiang, Beng Kee berkata keluarganya tidak memahami aspek-aspek tentu taklimat Dr Porntip kerana ia banyak membabitkan istilah perubatan. Ketika ditemui wartawan ketika hendak beredar dari hospital tersebut, Dr Porntip (kanan sekali) hanya berkata: "Tiada komen". Mendiang Teoh ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Musalam di Shah Alam pada 17 Ogos lalu, sehari selepas dia disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM). Kerajaan kemudiannya mengarahkan diadakan inkues berhubung kematian mendiang Teoh dan keterangan Dr Porntip telah mendorong keluarganya meminta bedah siasat kedua dijalankan. Dr Porntip memberitahu inkues tersebut bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mengesyaki 80 peratus kemungkinan kematian mendiang Teoh adalah homisid. Pakar patologi terkemuka Thai itu yang bertugas dengan Jabatan Kehakiman negara itu, hadir memantau bedah siasat hari ini bagi pihak kerajaan Selangor. Manakala SPRM pula mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Venezis (kanan) yang terkenal dengan siasatannya terhadap kematian Puteri Diana. Mayat mendiang Teoh digali semula dari tanah perkuburan di Semenyih semalam dan saudara perempuannya berkata keluarga merancang untuk mengkebumi semula mayat mendiang esok. Bedah siasat tersebut dilakukan oleh Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang memberitahu inkues kematian Teoh bahawa mendiang membunuh diri. Seorang lagi pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat tersebut. Sementera itu, peguam keluarga mendiang Teoh, Gobind Singh Deo mendakwa sekumpulan individu yang tidak dikenali mengekori Dr Porntip sejak semalam dan menggesa mereka supaya tampil ke hadapan. "Sejak petang Jumaat, beberapa buah kereta mengekori beliau balik ke hotel dan kemudiannya ke tanah perkuburan di Semenyih semalam (tempat mayat Teoh digali semula)," katanya. Menurutnya lagi, sejak itu, pihak polis telah menugaskan beberapa anggotanya memantaunya sejak dimaklumkan mengenainya semalam.
sumber: malaysiakini

TEOH BENG HOCK & DUN KOTA SIPUTEH MENGHANTUI UMNO/BN !!

Hari ini bedah siasat kedua Teoh Beng Hock akan diadakan oleh pakar patologi dari Malaysia dengan disaksikan oleh pakar patologi Thailand mewakili Kerajaan PR Selangor dan pakar patologi England mewakili SPRM.
Bedah siasat kedua ini sangat penting untuk mencari punca sebenar apa yang berlaku kepada Beng Hock. Sama ada dibunuh atau membunuh diri. Jika didapati membunuh diri segala-galanya tidak akan berbangkit lagi. Tetapi jika didapati dibunuh, akan muncul persoalan siapa yang membunuh atau yang mengarahkan Beng Hock dibunuh? Walaupun terlalu awal untuk membuat spekulasi apa yang sebenarnya berlaku tetapi saya yakin tindakan SPRM menyiasat dan menyelongkar sehingga bawah tikar dalam kerajaan PR Selangor dan cubaan Umno@BN untuk menjatuhkan kerajaan PR akan dikaitkan sebagai dalang utama jika ia satu konspirasi terancang. Tidak dapat tidak Umno@BN pastinya gelisah ataupun tidak boleh berpura-pura atau buat-buat tak tahu dengan apa yang berlaku. Manakala esok, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak rayuan SPR menangguhkan kekosongan Dun Kota Siputeh. Jika ditolak maka bukan sahaja imej SPR tercalar, imej Umno juga turut terpalit sama. keputusan itu sudah cukup menyebabkan bukan sahaja imej Umno Kedah buruk tetapi imej Umno@BN seluruh Malaysia juga rosak sama. Kesimpulannya jika keputusan bedah siasat Beng Hock dan Kota Siputeh tidak memihak kepada kerajaan Umno@BN ia bakal satu malapetaka dan tsunami besar bakal melanda Umno@BN. Kedua-dua kes ini pastinya akan dijadikan sebagai senjata untuk melancarkan serangan balas terhadap isu-isu remeh temeh yang selama ini dilancarkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Akhirnya, jika Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin kekal sebagai Menteri Besar Perak ia umpama senjata pemusnah untuk memastikan Umno@BN bakal berkubur dan tinggal dalam lipatan sejarah. Namun, Umno@BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mimpi ngeri berkenaan tidak menjadi kenyataan.
sumber: angkasanuri

Sunday, November 22, 2009

INI LAGI GILA - Ini Kah Jenis Siasatan Diwaktu PEJABAT ????




POLIS TIADA HAD LAKUKAN SIASATAN - melayau
Polis Diraja Malaysia bebas menjalankan siasatan tanpa mengira waktu jika individu yang dipanggil memberi kerjasama dengan sukarela, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar. Beliau berkata, pertikaian berhubung waktu keterangan diambil tidak timbul dalam pasukan itu kerana saksi diberi peluang menetapkan sendiri waktu yang sesuai bagi mereka memberi kerjasama.
“Saksi sebenarnya bebas dan sukarela memberi keterangan pada waktu yang mungkin lewat malam dan ia tidak menjadi bahan untuk dipertikaikan.
KAH KAH KAH… woit… INI BETUL NGOOK… ADA ORANG YANG
SUKARELA DISIASAT SAMPAI SUBUH… kah kah kah.. woit… MANA ADA YANG MAHU… kah kah kah.. kah kah kah… YANG DI SIASAT BUKAN SAKSI…kah kah kah.. kah kah kah... YANG PERLU DISIASAT
YANG TERTUDUH... kah kah kah.. woit… HANYA ORANG GILA YANG SUKARELA
UNTUK DISIASAT SAMPAI MATI…. kah kah kah kah
... YANG GILA SAJA MAHU DISIASAT ...
TAK HENTI HENTI...kah kah kah
sumber: tukartiub

SPRM TAK LUMPUH - Yang Kena Siasat Lumpuh - Sampai Tak Bangun Bangun !!


SPRM BOLEH LUMPUH : AKHBAR - melayau
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin tidak mampu berperanan sebagai sebuah badan penguat kuasa secara berkesan sekiranya hanya dibenarkan menyoal siasat saksi dalam waktu pejabat.
Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Akhbar Satar berkata, mengehadkan waktu para pegawai SPRM menjalankan tugas hanya akan mengganggu proses siasatan. Ini kerana katanya, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti dan lebih buruk lagi melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat.

KAH KAH KAH… woit… MALAON INI SIAPA ?.... kah kah kah kah kah kah… APA MALAON INI CAKAP?... kah kah kah… kah kah kah… BOLEH MENGHAPUSKAN KETERANGAN?...LUMPUH ???
woit… KETERANGAN APA?..... kah kah kah… woit…. TAK PERNAH PUN DENGAR ORANG LARI DARI RASUAH… woit… YANG SELALU DENGAR … MEREKA KAYA RAYA DENGAN RASUAH woit… TAK PERCAYA… TENGOK MAT ISA… TAK LARI KE MANA PUN… woit… INI MESTI PEMINAT… SIASAT SAMPAI MATI… kah kah kah..
sumber: tukartiub


KES CICAK KUBIN-BUAYA BESAR MANA ?



6 PEMUDA UMNO KOTA TINGGI DITAHAN DISYAKI RASUAH - malaysiakini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah. Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya. Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan. KAH KAH KAH.. woit… MANA MALAYSIAKINI DAPAT BERITA INI…kah kah kah.. TAK ADA PUN DI TEMPAT LAIN… kah kah kah.. INI MACAM TRIK SPRM NAK BUAT KERJA BALANCE…kah kah kah.. TAK MAU ORANG TUDUH EJEN GEROMBOLAN…kah kah kah.. INI KES CIPUUUUT…. kah kah kah… KES PKFZ…. KES KAPAL SELAM…. KES SUKHOI…KES PEWAJA …. NAPA TAK ADA PULAK…. kah kah kah.. ASIK ASIK TANGKAP CICAK KUBIN… kah kah kah… ASIK ASIK TANGKAP... CICAK MENGKARONG... kah kah kah.. woit...KES BERBILION BILION DUIT BAK NEGARA ILANG ... SENYAP AJE... kah kah kah.. TAK CAYA ... TANYA NUUUUR MUHAMEED... kah kah kah...
sumber: tukartiub

Kerajaan SELANGOR Sedia Tamatkan Kontrak Air Dan Sampah Yang Tidak BERMUTU

Kerajaan negeri sedia menamatkan perkhidmatan syarikat-syarikat pengurusan sampah dan pengurusan bekalan air di Selangor sekiranya syarikat terbabit gagal memberi perkhidmatan yang bermutu kepada rakyat. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bagaimanapun satu kajian akan dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan penamatan mana-mana kontrak dilakukan. “Itu kita akan buat kajian,perkara ini memang dijangka oleh kerajaan persekutuan sebab kerajaan persekutuan akan meminta kerajaan negeri untuk membuat penjelasan bagaimana mereka hendak mengendalikan masalah air dan sampah sarap dan ini akan kita harap dapat ada pertemuan dengan kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor,"katanya. Khalid berkata demikian ketika mengulas rungutan rakyat mengenai masalah kutipan sampah dan tahap kualiti air yang disalurkan kepada rakyat negeri ini masih berada di takuk lama dan tidak memuaskan. Terdahulu beliau hadir menyampaikan hadiah kepada peserta Kejohanan Golf Jemputan Pelaburan Negeri Selangor 2009 anjuran kerajaan negeri melalui Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC). Kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf Bangi, Bandar Baru Bangi itu disertai oleh 100 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan negeri,wakil-wakil kedutaan asing dan para pelabur. Khalid berkata penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara pegwai-pegawai kerajaan dan industri terutama melalui program sukan. "Ini hanya permainan golf untuk suaikenal syarikat-syarikat yang beroperasi di negeri Selangor terutama pelabur-pelabur antarabangsa supaya dapat mengenali syarikat SSIC,Selangor State Investment Centre supaya dengan cara itu networking akan lebih cekap,kedua mereka akan tahu mengenali antara satu sama lain dan tak payah la ada birokrasi untuk menemui dan membincangkan masalah-masalah bisness",katanya.
sumber: tvselangor

DS ANWAR : Dwi Parti Hanya Akan Berjaya Jika Pakatan Rakyat Tonjol Pentadbiran CEMERLANG !

Sistem politik dwi-parti akan hanya punyai kredibiliti jika Pakatan Rakyat berjaya menjadikan negeri-negeri yang ditadbirnya sebagai pemangkin urus tadbir yang cemerlang, dan pembela golongan miskin.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa gagasan itu supaya bertungkus-lumus memastikan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menjadi contoh model pentadbiran mapan untuk diteladani Barisan Nasional. "Kerajaan negeri perlu menunjukkan teladan melalui dasar-dasar yang dirumuskan. Dasar yang memberi penekanan kepada urustadbir yang baik, kepedulian kepada yang lemah, dan memelihara sumber alam dan bumi," kata Anwar. Mantan Timbalan Perdana Menteri ini berkata demikian dalam ucaptama di simposium 'Pakatan Rakyat dan Pembikinan Sistem Dua Parti' di Kuala Lumpur hari ini. Anwar Ibrahim menegaskan keputusan PRU-12 lalu menunjukkan rakyat mahu sistem kerajaan dipulihkan, dan bukannya salinan pendua kerajaan Umno-BN. "Kini sudah ada ruang untuk Pakatan Rakyat melalui kerajaan-kerajan negeri dibawah pentadbiranya untuk mengetengahkan agenda reformasi, dan memastikan kesilapan lalu dibawah pentadbiran leaps tidak berulang lagi," kata Anwar.
Simposium anjuran Institut Kajian Dasar ini membincangkan persoalan sistem dwi-parti yang menjadi buah-bicara masyarakat hari ini. Membincangkan kewajaran sistem dwi-parti di laksanakan di Malaysia, wacana ini turut disertai oleh pakar Perlembagaan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Exco Kelantan Husam Musa. Membicarakan soal sistem dwi-parti, Anwar berkata idea ini bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Bahkan, sistem dwi-parti yang kita kenal hari ini adalah olahan dari konsep kerajaan berteraskan parti pemerintah dan parti pembangkang. Dalam ucapannya beliau menambah, pembentukan sistem dwi-parti gagal dizahirkan kerana dihalang oleh institusi kerajaan yang parah dalam rasuah, dan perilaku pemerintah yang sewenang-wenang mencabul sistem demokrasi negara. "Idea sistem dua parti ini hangat perkatakan sejak tahun lepas. Bahkan sambutan yang diterima idea dwi-parti ini begitu besar seraya mencadangkan kewujudan gagasan parti kedua mampu memulihkan demokrasi negara," kata Anwar. Namun rakyat terus berharap, sehubungan itu Anwar menyeru Pakatan Rakyat untuk tidak menghampakan aspirasi rakyat dan komited kepada piawaian urustadbir kerajaan yang tinggi. "Di negeri-negeri Pakatan Rakyat, kita perlu tunjukkan keadilan, dan dasar keterbukaan yang menghormati hak asasi rakyat seluruhnya dan hak individu setiap warganegara," kata Anwar. Anwar dalam ucapannya menambah keutamaan hari ini bukanlah untuk memaksakan pembentukan sistem dwi-parti keatas rakyat Malaysia, sebaliknya penekanan harus diberi kepada menjamin kebajikan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam iklim pengurusan ekonomi cermat dan berhemah. Anwar menyorot perhatian hadirin kepada siri-siri pencabulan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan elit manusia yang mahu kekal sebagai kuasa politik dominan di Malaysia. Pemimpin reformasi ini mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat mahu menjayakan sistem dwi-parti ini, terutama sekali apabila berhadapan dengan jentera gergasi kerajaan Pusat.
sumber: tvselangor

Mayat Teoh Digali SEMULA !

Mayat Teoh Beng Hock digali semula hari ini dalam satu upacara yang diadakan di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor. Selepas upacara itu dijalankan, pekerja berhati-hati menggali kubur Teoh selama kira-kira sejam sebelum keranda dibawa naik pada kira-kira jam 9.40 pagi. Keranda tersebut kemudiannya dibawa keluar dari tanah perkubuhan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi selepas selesai upacara sembahyang dan proses disinfeksi.dilakukan. Kesemua itu dilakukan di sebalik kain pengadang besar di sekeliling kubur Teoh. Sebelum itu, polis menutup kawasan sekitar 30 meter dari situ dengan memasang pita kuning. Hanya segelintir sahaja yang dibenar menyaksikan keranda Teoh digali semula, termasuk dua adik beradik Teoh dan peguam keluarga tersebut, Gobind Singh. Turut hadir ialah pakar patologi Thai, Dr Porntip Rajanasunand yang mana keterangannya di inkues kematian Teoh telah membawa kepada kubur Teoh digali semula untuk dilakukan bedah siasat kedua. Dr Porntip, yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor, mendakwa dalam keterangannya itu bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mendapati ada kemungkinan 80 peratus punca kematian Teoh adalah homisid, dan 20 peratus bunuh diri. Gobind berkata mayat Teoh 'dalam keadaan baik' dan mengucap terima kasih kepada Taman Peringatan Nirvana dan polis kerana bantuan mereka. Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiada seorang wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir pagi ini. "Mereka sepatutnya menghantar wakil. Saya tidak nampak seorang pun, tetapi ia terpulang kepada budi bicara mereka," tambahnya.
Mayat Teoh dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dilakukan bedah siasat kedua. Keluarganya tidak menghadiri upacara mayat Teoh digali semula tetapi menunggu ketibaan manyatnya di Hospital Sungai Buloh. Isterinya, Soh Cher Wei juga tidak hadir kerana pantang larang disebabkan dia sedang mengandung. Bekas majikan Teoh - exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah - berkata dia merasa tenang mengenai kerja-kerja menggali semula mayat Teoh. "Saya tenang kerana sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa Teoh adalah mangsa homisid dan dia tidak membunuh diri," katanya. Bagaimanapun, beliau membidas SPRM kerana menggunakan khidmat pakar patologi dari Britain untuk meneliti bedah siasat kedua itu. "Saya ingin tahu berapa banyak mereka bayar kepada pakar patologi British itu. It menunjukkan SPRM tidak yakin dengan pakar patologi tempatan," tambahnya.
SPRM sebelum ini mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis, yang memberi kesimpulan yang berbeza dan kontroversi berhubung keputusan Puteri Diana. Seperti juga Dr Porntip, Vanezis hanya boleh memerhati bedah siasat kedua dilakukan kerana undang-undang Malaysia hanya membenarkan doktor tempatan melakukannya. Bedah siasat kedua itu akan dilakukan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. Beliau turut hadir ketika mayat Teoh digali semula, begitu juga dengan Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang melakukan bedah siasat pertama dan membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri. Perkhidmatan Dr Porntip adalah percuma kerana beliau merupakan kakitangan awam dan berada di sini atas urusan kerajaan dengan kerajaan. Beliau adalah ketua pengarah Institusi Forensik Sains Pusat, yang terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Kehakiman Thailand.
Kira-kira 50 petugas media, ramai daripada berpakaian hitam sebagai tanda menghormat upacara hari ini, hadir membuat liputan. Kira-kira 30 anggota polis turut berada di tempat itu. sumber: malaysiakini

Najib Pernah Lakukan SEKS Dengan Altantuya?

Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri. Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia."Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata beliau. Walaupun taiko nya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau. Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya. Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF). Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh. Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi. Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu. Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5). Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada 3 Julai 2008 adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam. Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya. Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya. Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya. Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris. Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis. Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri. Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media. Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah. Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya? Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai. Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya? Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya? Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta. Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!
sumber: batugajahmali