Followers

Thursday, October 22, 2009

Rosmah Juga Pernah Guna Jet Milik KDSB !

Menurut sumber dalaman Umno isteri tercinta Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan menggunakan jet peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Beliau dikatakan telah mengguna salah sebuah jet mewah kepunyaan Tiong beberapa kali untuk tujuan peribadi. Bagaimanapun, nama Rosmah tidak diheret sepanjang isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia itu berlangsung. Adalah difahamkan Najib kini sedang berusaha untuk membersihkan nama Rosmah supaya tidak terkait dalam penyiasatan skandal PKFZ dengan menubuhkan berbagai jawatankuasa bertindak bagi mengaburi mata rakyat. Sebelum ini laman web Malaysia Today juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan Deepak Jaikishan, salah seorang daripada lima pengarah sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H). Laman web itu juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H) yang dimiliki lima pengarah dengan jumlah saham yang sama banyak dan modal berbayar RM8.7 juta. Selain Deepak, empat lagi pengarah ialah Jaikishan Rewachand a/l Rewachand Bhojumall, Tekwani Durupadi Jaikshen a/p Tulsidas, Rejesh a/l Jaikishan dan Dhanesh a/l Jaikishan Rewachand. Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kesemua mereka memiliki jumlah saham yang sama banyak dengan modal berbayar RM8.7 juta. Akaun terakhir syarikat yang didaftar 10 tahun lalu menunjukkan syarikat itu memiliki aset hampir RM90 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.
Secara rasmi, pendapatan syarikat pada 2005 adalah RM122 juta dan keuntungannya lebih RM7 juta tapi nilai sebenarnya dijangka jauh melebihi angka berkenaan. Keuntungan besar syarikat yang menjalankan perniagaan menjual karpet itu menimbulkan kecurigaan.
Nilai pendapatan dan keuntungan itu terlalu menjolok mata untuk sebuah perniagaan karpet.
sumber: tvantara

Kini ROSMAH Menjadi Kepala Di "TINGKAT 4"?

Dulu Khairy, sekarang Rosmah menjadi kepala "Tingkat 4" pejabat Perdana Menteri. Pegawai kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dalam urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan. Sumber-sumber kerajaan berkata campurtangan itu sudah di "tahap kritikal' dengan Rosmah mempertikaikan keputusan tertentu Timbalan Perdana Menteri Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Campurtangan Rosmah itu tidak menerima sebarang teguran daripada Najib walaupun beliau adalah juga Menteri Kewangan. Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan, Rosmah menaruh minat yang amat mendalam terhadap penyediaan Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Oktober depan. Isteri kedua Najib itu dikatakan mempunyai akses kepada semua bahan-bahan serta dokumen yang berkaitan dengan belanjawan tersebut sehinggakan menimbulkan rasa gelisah dan tidak senang hati di kalangan pegawai tinggi kementerian. Campurtangan Rosmah dalam keputusan pada peringkat tertinggi kerajaan meletakkan pengurusan negara dalam keadaan bahaya dan kewibawaannya di kompromi. Sumber juga memberitahu Rosmah memperlihatkan keghairahan beliau terhadap semua aspek perbelanjaan setiap kementerian terutama yang berkaitan dengan pembelian atau "procurement" serta pemberian kontrak-kontrak. "Rosmah memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet 2010 terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting," kata sumber itu. Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi Rosmah mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau. Malah pelancaran laman website beliau, www.pmo.gov.my/datinrosmah telah mengundang kritikan kerana didakwa menggunakan dana awam dan salahguna kuasa untuk menyenggara laman web peribadinya.
Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamarudin berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau sepatutnya menjadi pemanis dan penyokong kepada suaminya bukan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan. "Saya meletakkan kelemahan perjuangan pembudayaan dan agenda wanita dan remaja di negara ini di atas bahu Shahrizat (Jalil) selaku menteri yang bertanggungjawab. "Disebabkan menteri gagal maka Rosmah pun mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan diri sebagai juara wanita di negara ini. "Saya tidak lihat kerjasama yang tulen antara Rosmah dan Shahrizat untuk memajukan golongan wanita malah mereka kelihatan bersaing. Kalau Shahrizat sekadar menjadi penghias kabinet lebih elok biar Rosmah bertanding," cabar Ketua Wanita KEADILAN itu. YB Zuraida mendakwa Rosmah juga masuk campur semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini dengan menghadiahkan tiga buah rumah teres kepada kampung Bagan Pinang untuk dijadikan pusat remaja. Gula-gula politik itu diberikan atas nama program Permata Negara di bawah naungan beliau. Rosmah juga dikatakan telah campurtangan membuat keputusan-keputusan penting bersabit bantuan untuk pelarian Palestin dengan membelakangkan ahli jawatankuasa Penaung Tabung Kemanusiaan Palestin yang mempunyai baki dana RM11 juta. Di kalangan kenalan dan mereka yang mengenal beliau secara rapat, Rosmah diketahui mempunyai cita-cita yang tinggi. Malah seorang kenalan sekolah beliau semasa belajar di Kolej Tunku Kursiah mengatakan Rosmah pernah mendabik dada bahawa beliau pasti akan berkahwin dengan seorang Perdana Menteri pada satu hari kelak.
sumber: tvantara

What's Now MACC ? ? ?


It is difficult to hide a lie, when justice and truth is being sought. And in order to cover up a lie, the liar concoct another piece of lie and this will go on and on until the truth is finally revealed. Even if a liar get away with his lie, it will be his conscience that finally get the better of him. This is what we see happening at the on-going inquest into the death of Teoh Beng Hock. I had from the beginning found it difficult to believe that Teoh had committed suicide; a finding made by some that makes little sense to me. How could he want to take away his own life when he is all geared to be married and knowing that his wife-to-be is bearing his child. And how bankrupt is the prosecution to have revealed Teoh’s poor bank credit balance as a likely reason for Teoh to indulge in corruption. All previous autopsies carried out by our local so-called experts did not conclude the possibility that Teoh was murdered. But now, a renowned forensic expert from Thailand, Dr Pronthip Pojanasunand who had performed more than 10,000 autopsies and heads the Thai Ministry of Justice’s Central Institute of Forensic Science has given a 80% possibility that Teoh was unconscious when he fell to his death. And no unconscious person is capable of walking to the window and to jump out. In other words, what Dr. Pronthip implied was that Teoh was simply murdered. For Dr. Pronthip to come out with such a possibility and in very definitive terms, shows only her true self as a highly professional forensic expert. The findings of our so-called experts have now been put to severe test and challenge by Dr. Pronthip’s declaration. Now, what if a second autopsy is performed by Dr. Pronthip and her professional finding is proven to be true? Will our experts dare to challenge those findings? And should the findings goes unchallenged, what will Malaysians say of our experts? Or will we then say that Dr. Pronthip’s findings has no professional forensic standing in this country; hence in cannot be taken to be conclusive. Such a thing can be said, just like what was initially declared of the Kugan’s death. This is an exciting case to watch, and my only hope and that of all like-minded Malaysians is to see that justice prevail, and those found guilty of the offence be given the appropriate punishment. If it is murder, then the only punishment is death.
What now MACC……..the heat is on you!

source: mindnoevil

Pakar Forensic Dari Thailand Memberitahu.......

SHAH ALAM: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat. Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa. Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh. Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri. Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock. Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan. Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik. Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini. Beliau yang memeriksa beribu-ribu mayat mangsa tsunami yang melanda Thailand sebelum ini yakin, semangat mereka yang mati itu melindungi dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pakar pathologi. Sebagai bekas pesakit kanser yang berjaya melawan penyakit maut itu, Dr Pornthip yang juga pakar DNA, sedang berusaha untuk meningkatkan sains forensik di negaranya.
sumber: Laman Marhaen

Saya komited pada PR - Dato Zaid Ibrahim

Datuk Zaid Ibrahim berkata keputusan beliau mengambil cuti daripada tugasan harian parti untuk tempuh enam bulan hanya semata-mata untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang sama.
Justeru beliau menolak cubaan media arus perdana dan pimpinan Umno kononnya bercadang meninggalkan KEADILAN. "Dalam tempuh enam bulan saya berharap dapat meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Saya kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini," kata Zaid. "Saya akan terus bekerja kuat untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti dan Pakatan bagi kebaikan rakyat," tambah beliau. Zaid berkata hubungan beliau dengan semua pemimpin Pakatan terutamanya KEADILAN adalah baik dan menekankan bahawa beliau tetap komited menjadikan Pakatan Rakyat "satu gagasan politik alternatif yang kuat dan berwawasan." "Kita mahu menggantikan BN sebagai kerajaan pusat dan sudah tentunya banyak kerja perlu dilakukan. Langkah pertama ialah konvensyen Disember dan saya melihat ia sebagai satu langkah amat penting untuk mencarta perjalanan perjuangan Pakatan seterusnya," tambah bekas Menteri Undang-Undang itu.
sumber: tvantara

Sebuah Laptop Berharga $42 Ribu - Milik Kerajaan M'sia ?

Saya yakin majoriti pembaca blog ini adalah golongan yang celik IT. Setidak-tidaknya tahu juga lah sikit-sikit bab komputer. Kalau nak beli laptop atau PC tu tahulah juga spec apa nak sebut. Ringkas cerita orang yang jual komputer tak boleh kelentong sebarangan. Tetapi tahukah anda di Malaysia sebuah laptop jenama Acer Aspire 5052 berharga RM 42 ribu seunit! Perkara ini didedahkah dalam laporan Audit Negara berdasarkan pembelian yang dilakukan oleh agensi di bawah MARA. Boleh jadi laptop berkenaan disaluti emas tulen dan keyboardnya bertahtakan batu permata. Boleh jadi juga beg laptop berkenaan dibuat dari kulit buaya dari sungai Rajang spesis keturunan Bujang Senang! Kita tunggu apakah reaksi SPRM adakah akan bertindak dalam isu ini atau SPRM hanya berminat rasuah yang berkaitan dengan lembu sahaja. Atau SPRM memang tak ada masa dan sibuk kini lebih-lebih lagi pendedahan ahli forensik terkenal Thailand bukti menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock sebenarnya dibunuh sewaktu berada di bangunan SPRM.
sumber: angkasanuri.blogspot

Wednesday, October 21, 2009

Satu Lagi Projek Barisan Nasional ?

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kerajaan besar kemungkinan terpaksa menanggung sebahagian RM1.14 bilion kos kerugian, dianggarkan bagi projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh, yang tidak diuruskan dengan baik. Pengauditan yang dijalankan antara Ogos 2008 hingga Jan 2009 mendapati beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu seperti kelewatan projek disiapkan menyebabkan kos projek meningkat, peralatan dibeli melebihi keperluan serta perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur menyebabkan infrastruktur yang dibangunkan tidak dapat digunakan sepenuhnya sebaik sahaja ia disiapkan. "Projek ini tidak diuruskan dengan baik menyebabkan objektif pelaksanaannya tidak dapat dicapai seperti mana yang dirancang," menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 yang diedarkan di sini.
KAH KAH KAH… kah kah kah…. SATU LAGI KANTOI MANTOI…. kah kah kah…
kah kah kah…. KRONI MANA SUDAH REMBAT SATU BILION LEBIH….kah kah kah…
woit…. PATUTLAH … BELANJAWAN NEGARA DEFISIT….. KRONI REMBAT DUIT…. kahkah kah… kah kah kah… INI BELUM MASUK KIRA … DUIT KOMISEN…. kah kah kah.. kah kah kah... RAKYAT DITIPU DAHULU... KRONI REMBAT KEMUDIAN... kah kah kah
sumber: tukartiub

UMNO Tidak Yakin Keputusan Makhamah Rayuan 5 Nov !

Spekulasi semakin kuat bahawa Dun Perak bakal dibubarkan dalam tempoh terdekat. Banyak tanda-tanda yang menunjukkan kearah pembubaran itu. Rasanya tak perlu saya ulas lagi. Tetapi saya menjangkakan antara sebab utama Dun Perak bakal dibubarkan ialah Umno@BN tidak yakin keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 November ini memihak kepada mereka. Mereka tidak yakin Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Menteri Besar. Datuk Seri Ir Nizar akan dikembalikan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Jika itu berlaku Umno@BN akan malu besar. Moral Umno akan jatuh merudum. Pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat akan melonjak kembali. Umno pastinya tidak akan membiarkan tragedi itu berlaku. Oleh itu Umno@BN tidak ada pilihan melainkan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak. Maka jika Dun Perak dibubarkan Mahkamah Persekutuan tidak lagi perlu bersidang 5 November ini. Mungkinkah juga Dato Seri Najib akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2010 pada Jumaat ini? Semua kemungkinan ini saya lihat sebagai opsyen yang ada kerana dalam pembentangan Belanjawan nanti mungkin pelbagai tawaran, insentif dan bonus diumumkan diikuti di akhirnya pembubaran parlimen. Semua ini sebagai 'gula-gula' politik agar rakyat terus menyokong Umno@BN. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan....

Tuesday, October 20, 2009

Hanya DOA dari ANAK YANG SOLEH

IKUTI CORETAN KU:
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.
Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)... Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut: 1. Upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....) 2. Upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...) 3. Tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! ) 4. Cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .")
dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin 5. Buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....) 6. Buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa 7. Sedekah pisang kat masjid......(konon peringatan kepada Ibu Bapa yang meninggal) 8.. Buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!) Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?" Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!"..... Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku - dan Angkat lah mereka ketempat orang orang yang beriman seperti yang telah Engkau janjikan" Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri. Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa ah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).
Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... .. Ambil iktibar dari lampiran di bawah.
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga. Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala. Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi, "Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan...
TAQBIR !

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.
Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru. Jurang masa selama seminggu itu telah memberikan masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini. Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini. Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini. Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor. Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan. Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru. Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan. Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya. Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri. Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang. Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.
1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.
4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.
Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.
Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.
(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)
- dipetik daripada PerakExpress
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/2009/10/mengapa-kerajaan-pakatan-rakyat-perak.html
UCAPAN TAKZIAH:
Kepada Saiful Izham Ramli Ketua AMK Kedah yang juga MPT PKR saya mengucapkan takziah ke atas ibunda moga tercinta siang tadi.Begitu juga Wan Khairul Ihsan di atas pemergian ayahanda tersayang minggu lalu.Moga Rohnya di berkati dan dirahmati Allah S.W.T dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh dan solehah.
- Aloha2 - Malaysia Biz
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

Mahathir Kecewa Rakyat Malaysia terlalu GEMUK !

“Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia,” kata . Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.
Kenyataan spontan bekas Perdana Menteri itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.
Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..
woit… INI SEBUKU UNTUK BIK MAMA…. kah kah kah..
kah kah kah….INI KAU KAU UNTUK BIK MAMA…. kah kah kah..
kah kah kah… SATU MALAYSIA JANGAN TAK FAHAM… kah
kah kah kah… INI TEMBAK RAKYAT .... UNTUK KUTUK BIK MAMAkah
kah kah kah... MAHAFIRAUN SUDAH MULA ATTAK GEDEBAB... kah kah

Monday, October 19, 2009

ONE MALAYSIA Kena main oleh PKR !


Azmin kata, tak ada masalah. Zaid Ibrahim pun kata tiada masalah. Anwar Ibrahim kata, media sengaja putar belit cerita. Sekarang berita ni jadi sensasi. Secara tak sengaja, semua orang dah tau yang Zaid akan turun ke Sabah. Promosi secara percuma dari berita arus perdana. Bukan senang nak dapat. Zaid terus turun ke Sabah dan cuba daftarkan seramai mungkin penyokong baru di sana. Siapa yang kena?

THE CORRIDORS OF POWER

By: Raja Petra Kamarudin
We all know what happened in Perak. What many do not know is why it happened.
If you can remember, it took one week for the Perak and Selangor state governments to get sworn in after the March 2008 general election. The Sultans of these two states wanted to first ‘discuss the matter’ with the Pakatan Rakyat State Assemblypersons. The Sultans then set certain terms and conditions before agreeing to swear in the new Pakatan Rakyat state governments. This gap of one week allowed the old Barisan Nasional state governments time to remove and destroy quite a lot of very damaging evidence of the wrongdoings of the previous governments. The one-week delay also allowed Barisan Nasional to negotiate the possibility of PAS teaming up with Umno to form the state governments in Perak and Selangor. Umno even agreed that PAS would become the Menteris Besar of these two states. And, to add icing to the cake, Umno even agreed to allow PAS to implement Islamic laws in these two states.
But PAS stayed loyal to their two other partners in Pakatan Rakyat, PKR and DAP, and they declined Umno’s offer. Finally, the two Sultans had no choice but to swear in the Pakatan Rakyat state governments in Perak and Selangor. But this did not stop them from plotting behind the scenes on how to bring down the governments. The Sultan of Selangor was quite prepared to consider the whole matter a fait accompli. After all, Pakatan Rakyat in Selangor had a clear majority and it would be quite difficult to buy off so many State Assemblypersons. But Perak was another matter altogether. Pakatan Rakyat’s majority in Perak was thinner than in Selangor. As soon as the new state government had been put in place, the Sultan of Perak began asking for this, that and the other. The Pakatan Rakyat Perak state government would have been quite prepared to tolerate some of the demands of the Perak Palace for the sake of maintaining a good relationship with the Palace. But what the Sultan and his family wanted was just too excessive and the Pakatan Rakyat Perak state government had no choice but to say no to the Sultan’s demands. And this, of course, upset the Sultan. So, when Pakatan Rakyat lost its majority in the Perak State Assembly, it did not take too much persuading for the Sultan to agree to swear in a new Barisan Nasional state government. At first, the Sultan was not too sure whether he should kick out the Pakatan Rakyat state government in favour of a Barisan Nasional government. When the Pakatan Rakyat Menteri Besar, Nizar Jamaluddin, went before the Sultan to request that the State Assembly be dissolved to make way for fresh state elections, the Sultan said he would think about it first. But immediately after that the Prime Minister, Najib Tun Razak, went to meet the Sultan and the Sultan was persuaded to reject the Pakatan Rakyat request to dissolve the State Assembly and instead he swore in Barisan Nasional as the new state government. Najib’s ‘persuasion’ was simple. Nazrin, his son, should not be the Raja Muda of Perak. And this means he should also not be the next Sultan. And in the event that the Sultan dies, as surely he will one day, the federal government will not support Nazrin as the next Sultan of Perak. See what happened to Negeri Sembilan. Although the Yamtuan appointed his son as the regent, this does not mean he becomes the next Yamtuan. So, Nazrin’s succession to the Perak throne depends on the goodwill of the federal government. But only if the state government is a Barisan Nasional government will there be this goodwill. If Pakatan Rakyat remains the state government, then expect Nazrin to pay the price when his time comes to succeed his father. Furthermore, the Sultan and his family has asked for a lot of things from the Pakatan Rakyat state government, all of which they rejected. Umno will ensure that the Sultan and his family get whatever they want if Barisan Nasional takes over as the Perak state government.
And with that Pakatan Rakyat’s fate was sealed. The Sultan swore in Barisan Nasional as the new Perak state government and Pakatan Rakyat was sent into the opposition aisle.
What was it that the Sultan and his family wanted which Pakatan Rakyat said no to and which Barisan Nasional has now said yes? Yes, let us see how in just a few months the Sultan and his family has suddenly become one of the richest royal families in Malaysia, of course, at the expense of Pakatan Rakyat.
1. Umno gave the Sultan a piece of state land known as lot 183578. The land is approximately 600 acres in size and is at Tanjong Tualang in the district of Kinta. This land has been parked under the name of the Sultan’s proxy, Mohamed Khaair Johari Hj Osman.
3. Umno gave the Sultan seven timber concessions at compartments 39, 41, 42, 43, 44, 45 and 49 in the Kenderong Forest Reserve in Hulu Perak. The seven lots, which come to approximately 600 acres, were parked under two proxy companies of the Sultan -- Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd and Kibaran Wang Sdn Bhd.
4. Umno is about to approve a proposal for reforestation involving 10,781 hectares. 5,781 hectares is at the Gunung Besout Forest Reserve in Southern Perak while 5,000 hectares is at Pondok Tanjung in the Larut Matang district. The company that will get this huge project is Permatang Utama Sdn Bhd (company registration number 513583-D) whose Executive Chairman is Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, the Sultan’s son-in-law.
5. Further to that, Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah was allowed to take over the state-owned Casuarina Hotel in Ipoh for a negotiated cut throat price of only RM43 million whereas it can fetch a far higher price on the open market. The hotel is located in one of the most prime land in Ipoh and just the empty land alone is worth a huge amount of money.
It is not that the Perak Royal Family is destitute. It is more like they are greedy. Raja Datuk Seri Eleena Azlan Shah is a Director of GAMUDA BERHAD and is Malaysia's 25th richest person with assets worth over RM 773 million. This makes her the second richest woman in Malaysia after Puan Sri Chong Chook Yew, who occupies the number 18 slot with more than RM 1 billion in assets. Gamuda Berhad has been awarded more than RM10 billion worth of contracts. It also operates and maintains 230 kilometres of highways plus is a major township and property developer with four township projects involving more than 30,000 houses. So there you have it. Perakians, in particular the Malays, think that the opposition is not showing the Sultan of Perak the respect he deserves. What they do not know is the Sultan does not deserve any respect. And many are also not aware why the Sultan wanted Pakatan Rakyat kicked out of Perak.

Now, we hope, they do.

Si TUA ni nak menipu Melayu lagi !

Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan dapat menguruskan defisit bajet jika bajet itu distrukturkan dengan baik. Katanya defisit 7.6 peratus bukan perkara baharu.
"Defisit Amerika Syarikat ialah 100 peratus tetapi mereka masih boleh menguruskannya.
"Asalkan bajet kita distrukturkan dengan baik, ia boleh diuruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Mustapha Kamal-Pusat Dagangan PJ di sini malam Jumaat.

KAH KAH KAH…
woit…. ADA BERAPA MENTERI KEWANGAN DI MALAYSIA… kah kah kah..
woit… TAK CUKUP DENGAN TIGA EKOR…. kah kah kah…
woit… ADA BIK MAMA… ADA MAT MONGOL… ADA HUSNI.. kah kah kah…kah kah kah…. MADEEY YANG SAEKOR NI SIBUK BUAT APA HAL?... kah kah kah…
woit… MUNKEEE NI DAH LUPA… NAK JADI WAKIL KUBANG PASU PUN TAK DAPAT…. kah kah kah
sumber: tukartiub

Kenapa GANESAN dikatakan Speaker HARAM?

Krisis di Perak nampaknya semakin bercelaru dan berlarutan sehingga ke saat ini akibat daripada kedegilan pemimpin UMNO dan BN yang masih menafikan hak rakyat untuk memilih semula apabila diberikan satu laluan setelah pembubaran DUN di Perak. itulah langkah yang paling baik untuk menyelesaikan masalah namun UMNO dan BN tetap mempertahankan "barang curi" (negeri Perak) sebagai haknya, siapa akan percaya ? Saya suka untuk menjawab dakwaan Ganesan bahawa dia adalah speaker Perak yang sah , beliau mendakwa dilantik pada 7 Mei dengan sokongan suara majoriti dewan, melucutkan jawatan Sivakumar daripada jawatan Speaker dan mendakwa melantiknya sebagai pengganti. Inilah dakwaan bohong yang mesti dijawab dengan segera seperti berikut :-
1. Usul untuk melucutkan jawatan Speaker sebenarnya dikemukakan kepada Speaker yang ingin dilucutkan iaitu Sivakumar sendiri dan mengikut peruntukan yang terdapat dalam Peraturan Tetap, dia mempunyai kuasa mutlak untuk menolak apa-apa usul termasuklah usul berkenaan. Pada 6 Mei 2009 Sivakumar telah mengeluarkan notis bertulis menolak usul tersebut. Dengan itu segala usul yang berkaitan dengan usul memecat dan melantik Speaker yang baru adalah terbatal dan tiada dalam agenda, melainkan agenda jahat BN dan UMNO untuk mencapai hasrat jahatnya walaupun sekali lagi melakukan tindakan yang melanggar undang-undang. Berarti persidangan Dewan pada 7 Mei hanya titah perasmian oleh DYTM Raja Muda Perak dan setelah itu penangguhan dewan dan tidak ada agenda pelucutan dan pelantikan Speaker baru.
2. Kerana sudah sangat terdesak dengan arahan dan tindakan Speaker Sivakumar yang menghalau 10 orang ADUN yang telah digantung oleh Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan, dalam keadaan itu adalah prosedur biasa yang dijalankan oleh Speaker Sivakumar menyusun kedudukan dewan sebelum kembali ke Bilik Diraja mempersilakan DYTM Raja Muda Perak untuk merasmikan dewan. Di situlah kekecohan yang berlaku dan saya tegaskan bahawa sesungguhnya dewan belum lagi bermula, namun BN bertindak seperti "basuh dulu baru berak" dengan kononnya melucutkan jawatan Sivakumar dan melantik speaker haram Ganesan. Tindakan kebudak-budakan inilah yang sedangkan dipertahankan oleh Ganesan dan BN, dan hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan percaya dengan dakwaan itu. Kemuncak daripada itu bila DUN Perak pada suatu masa mempunyai 2 Speaker, akhirnya Speaker yang sah diangkat keluar oleh "samseng" upahan yang dibawa dari luar bagi menjayakan niat jahat BN tersebut. 3. Kalaupun diandaikan perlucutan jawatan Sivakumar berlaku dan perlantikan Ganesan sah, manakah minit perjalanan yang dipanggil penyata rasmi yang boleh membuktikan Ganesan telah dilantik dengan sempurna termasuklah upacara mengangkat sumpah. Dengan ini saya mengesahkan bahawa Ganesan tidak melaksanakan upacara mengangkat sumpah yang sepatutnya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 5.(1) Perintah-perintah Tetap DUN Perak iaitu :-
"Sumpah yang hendak dilafazkan mengikut seperti yang disebutkan dalam perenggan (1) Fasal xvii bahagian I. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak hendaklah dijalankan oleh Setiausaha Dewan dan tiap-tiap kali yang mengangkat sumpah hendaklah menurunkan tandatangan dalam sebuah buku yang akan disimpan bagi tujuan itu oleh Setiausaha Dewan". Saya mengesahkan Setiausaha Dewan pada masa itu, Abdullah Antong Sabri tidak berada di tempat sidang haram melantik Speaker dan di hadapan siapakah lafaz sumpah itu dilafazkan? Melainkan BN akan berbohong mengatakan Abdullah Antong berada di situ semasa angkat sumpah diadakan. Demikianlah 3 alasan saya bahawa Ganesan adalah speaker haram yang sekarang ini menyamar sebagai speaker, dengan itu saya mendesak supaya beliau dengan segera berundur dan mengosongkan pejabat Speaker yang didudukinya kerana ianya adalah harta rakyat yang telah disalah guna.

YB DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan PR Perak/
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak

Sunday, October 18, 2009

Kepada ADUN PR : "Boikot Saja DUN PERAK"

Assalamualaikum...
Aku bila terbaca pasal Pakatan Rakyat PERAK nie..semakin hari macam naik meluat pulak kelaku puak-puak nie... sory la bro.. aku bukan anti Pakatan Rakyat tetapi aku tengok kelaku hangpa sejak dua menjak nie dah jadi lain macam pulak... macam buat sesuatu tu syok sendiri dan memalukan penyokong kat negeri lain la pulak.... Bukan apa selepas Zamry MB Haram tu habaq kata nak buat persidangan dewan... dan hangpa dah sebulat suara buat pakatan tak mau hadir.. pada aku itu tindakan yang terbaik... kerana hangpa tak iktiraf si Speaker Haram Ganesan tuu... dan terutama Kerajaan Negeri Haram... lantak depa la nak buat apa pon... nak sidang ka nak lulus bagej ka mampos pie tok sah dok pie... pada aku RAKYAT akan tengok apa yg hangpa buat nie akan merupakan satu tindakan yg bijak...hangpa booo layan arahan Zambry & The Gang.... Insya'Allah rakyat faham akan yg ini.... TETAPI bila hangpa pulak cakap berbelit sat tak mau pie sat nak pie... ini akan menjadikan peluru kepada pihak LAWAN dimana mereka akan manipulasikan perkara ini utk di tanam kedalam otak penyokong2 mereka dengan kelakuan hangpa.... penjelasan pasal dok gaduh dalam dewan tempohari pon tak clear lagi... sbb ada lagi rakyat yg dah percaya Ganesan speaker yg sebenar padahal cerita sebenarnya lain... Lanie biaq dewan tu KOSONG dengan tanpa wakil kita.. biaq la depa nak sidang apa benda pon... pada kita persidangan depa tu adalah HARAM... jadi pie bagitau rakyat akan hal nie...
Pada aku tak payah la dok ikut rentak depa... bagi depa perintah secara haram nie, tak lama mana lagi dah aihhh 2thn saja lagi.... hangpa pie turun buat penjelasan kat akaq umbi bagi rakyat faham... itu yang utama.... Pasal notis dari sapa tu.. tak payah laa aku takut nanti rakyat naik meluat dan melugai plak dengan sinopsis2 hangpa nie... Ingat sekarang nie kita boleh dikatakan 1 step kebelakang dah sebab KITA DOK RASA SELESA YG RAKYAT MASIH LAGI SOKONG KITA.....
ADMIN - KedahLaNie TIME - 5:36 PM
Labels: Penulis Tamu - AnakKedah, PERAK

Rakyat Perak Menanti Samseng Bagan Pinang !



SPR meminta pengundi yang telah mendaftar, bertukar alamat supaya menyemak nama-nama mereka di tempat-tempat seperti yang SPR tetapkan. Banyak yang beranggap Pilihanraya akan berlaku di Perak, DUN akan dibubarkan apabila SPR membuat kenyataan tersebut. Mungkin itu salah satu daripada rutin SPR untuk mempamerkan nama-nama yang telah pun mendaftar pada suku tahun ini. Seperti yang teman katakan sebelum ini, pergolakan dalaman UBN kini kian meruncingkan dengan budaya ugut mengugut antara mereka. Persoalannya mahukah Kerajaan Haram ini membubarkan DUN setelah penat-lelah mereka merampas daripada Pakatan Rakyat.
Harap-harap begitulah....Rakyat Perak memang telah bersedia dan sedia menanti samseng Bagan Pinang
sumber: perakume

Saturday, October 17, 2009

DUN PERAK Mungkin dibubarkan secara MENGEJUT!

Berdasarkan penelitian kepada gelagat pentadbiran Negeri Perak, pihak BN mungkin sedang membuat persiapan untuk membubarkan DUN secara mengejut. Pejabat SPR negeri, khabarnya, sibuk dan membuat kerja-kerja yang biasanya menunjukkan persiapan untuk pilihanraya.

p/s - Zambry dan Parti UMNO nak takut apa....rakyat sudah mula kembali kepada UMNO, ini lah masa yang sesuai untuk membubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat Perak untuk memilih sendiri Parti mana kah yang mereka mahu menerajui Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Friday, October 16, 2009

NAJIB BIDAS: "Ada pihak tidak sabar nak TALKINKAN UMNO"

Najib Razak membidas pihak yang tidak sabar "mentalkinkan" Umno sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran. Najib berkata, sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, musuh politik Umno telah mula meramalkan kejatuhan parti berkenaan tetapi perkara itu bukan pertama kali berlaku.
"Kata mereka, Umno sudah nazak dan hanya menanti waktu.”
INI BELUM DI KEBUMIKAN
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..
woit… APA LAH KAU ORANG INI…. KENAPA BUAT SIBUK NAK TALKINKAN GEROMBOLAN…kah kah kah…
woit… SILAP WOI… SILAP…. BUKAN TALKIN TETAPI KENDURI ARWAH…kah kah kah…
woit… KENAPA NAK TALKINKAN..... GEROMBOLAN NI DAH MATI TAHUN 1987 DULU…. kah kah kah… kah kah kah… YANG ADA INI BUKAN GEROMBOLAN…. TAPI GEROMBOLAN EEE MENYAMAR SEBAGAI MELAYU…. kah kah kah…

sumber: tukartiub

PANGLIMA bertanggungjawab bagi memulihkan MARUAH TENTERA !

Brigadier Jenerel (B) Dato Muhamad Arshad Raji (Pak Chat) telah menulis surat terbuka kepada Panglima Angkatan Tentera. Pak Chat meluahkan kekecewaan beliau sepanjang beliau berkhidmat dalam tentera selama 33 tahun , tidak pernah beliau melihat maruah tentera digadaikan dalam kempen pilihraya di Bagan Pinang. Pak Chat berkata tentera seharusnya bersikap neutral , taat kepada kerajaan yang memerintah bukan taat kepada parti. Pak Chat mendakwa ada beberapa pegawai tentera telah memberi ucapan dalam kem yang terang-terang menyuruh anggota tentera mengundi BN. Pak Chat berkata kempen keterlaluan BN dalam kem tentera telah menjadikan tentera hilang maruah dan menjadi bahan ketawa. Pak Chat menyeru kepada pegawai tentera yang berkempen ini termasuk pangkat tertinggi supaya meletak jawatan sebagai anggota tentera dan menjadi ahli politik sepenuh masa. Pak Chat juga berkata mereka yang ada bintang di bahu ( berpangkat Jeneral ) yang menjadi hamba ahli politik lebih baik campak saja bintang tersebut dalam tong sampah.
Surat terbuka Pak Chat di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/open-letter-to-chi

Thursday, October 15, 2009

Layak Kah Tun Mahathir digelar NEGARAWAN?

Tun Dr Mahathir ialah PM paling lama memerintah Malaysia. Timbalan PM paling ramai juga ialah dizamannya. Dan bekas PM paling aktif beri pandangan politik sehingga sekarang ialah Dr M. Tun Dr M pernah sebut bahawa Tok Guru Nik Aziz wajar dipersalah atas kemunduran Kelantan. Beliau juga memberi komen ketika menyampaikan ucapan di UiTM Dungun (boleh pulak berpolitik di UiTM) bahawa Malaysia malap jika Pakatan memerintah Malaysia. Nampaknya pandangan Tun Dr M terhadap PAS dan pembangkang kekal negatif, walaupun beliau pernah keluar UMNO ketika marah kepada UMNO tidak lama dahulu. Ketika itu, beliau menghentam sungguh-sungguh UMNO dan menyebut sedikit perkara kebaikan tentang PAS. Beliau lupa ketika beliau menjadi PM Malaysia, banyak kerosakan yang berlaku. Tempoh pemerintahannya yang begitu lama telah menjahanamkan Malaysia dari aspek nilai dan akhlak, bahkan prinsip Rukunegara yang dipegang itupun hancur. Kalau kita mengambil Rukunegara sebagai panduan, kita boleh lihat bahawa semua prinsip rukunegara itu telah dicabul oleh Dr M:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan
1. Kepercayaan kepada Tuhan-Di antara tuntutan percayakan Tuhan, dalam konteks seorang Islam, ia percaya Allah itu Tuhannya, ialah percayakan hukum-hakam dan peraturan yang diturunkan. Dr M antara orang paling lantang mengkritik hukum hudud (1994) dengan pelbagai cemuhan yang silap-silap boleh menggugurkan 2 kalimah syahadahnya dan burung-burung tiong UMNO. Ini juga ada kaitannya dengan isu kafir mengkafir dahulu (1983).
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara-Tun Dr M ialah orang yang mencabut kekebalan Raja dan menghina institusi beraja (1992).
3. Keluhuran Perlembagaan-Kerajaan di bawah Dr M sendiri acapkali menyanggahi Perlembagaan, termasuk isu pemecatan Ketua Hakim Negara (1988).
4. Kedaulatan Undang-Undang-Dr M pernah menafikan royalti minyak yang sepatutnya dinikmati oleh Terengganu, hanya semata-mata kerana Terengganu jatuh kepada PAS (2000). Segala dokumen perjanjian dan peruntukan undang-undang dicabul tanpa malu.
5. Kesopanan dan Kesusilaan-hedonisme, dadah, zina, arak, judi, bohsia dan keruntuhan muda-mudi gagal ditangani dengan baik di zaman Dr M jadi PM.
Apa yang dipaparkan di atas ialah sebahagian kemusnahan akhlak dan nilai di zaman Dr M menerajui negara. Selepas beliau meninggalkan jawatannya dan menyerahkan kepada Pak Lah dan kemudian Najib, kerosakan dan kemusnahan itu seakan-akan dilupakan begitu sahaja. Layakkah beliau digelar negarawan selepas matinya?
sumber : www.niknasri.com

DS Anwar: Nor Mohamed, KJ dan Kalimullah Perlu di SIASAT !

KJ juga perlu disiasat. Itu kata Anwar Ibrahim dan Angkatan Muda Keadilan.
Kekayaan luar biasa yang ia miliki datang dari mana ? Adakah ECM Libra yang menjutawankannya atau sahabat karibnya Kalimullah Hassan. Menurut sumber yang rapat dengan Kalimullah, beliau sendiri hanya pernah memiliki sebuah 'motosikal berwarna kuning' sahaja pada tahun 1980-an. Beliau juga dikatakan menjadi kaya dalam sekelip mata. Nor Mohamed Yakcop bekas Menteri Kewangan Malaysia merupakan orang yang perlu disiasat sama. Baling batu sorok tangannya dalam banyak kes melibatkan negara masih belum dibongkarkan. Satu ketika dahulu Ezam Md Nor beria-ia sangat membuat laporan dimerata tempat tentang perkara ini. Pada fikiran pemerhati politik yang juga merupakan orang awam, Nor Mohamed, Kalimullah dan KJ perlu disiasat kerana banyak dakwaan mengatakan mereka membaham kekayaan negara. Tentu Tun Dr Mahathir Mohamed bersetuju dengan pendapat awam ini dan akan meminta Najib mendahulukan kehendak rakyat.
sumber: alkerohi
P/S : "tu lah hampa....Anwar diam hampa pi jolok dia buat apa....?

Paris dingin menyambut Najib & Rosmah dlm lawatan empat hari ?

Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Paris untuk lawatan rasmi empat hari, hanya mengimbas ingatan dunia terhadap Altantuya Sariibuu, mangsa tragedi pembunuhan berprofil tinggi. Tanpa kelibat pimpinan Perancis, Najib cuma disambut Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, bukan Presiden atau Perdana Menteri negara itu, selain kehadirannya mencetus demontrasi bantahan pembunuhan model Monggolia itu. Beliau hanya hadir ke mesyuarat Unesco selama 20 minit dan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Nicolas Sakorz, sebelum tergesa-gesa meninggalkan Perancis tanpa sebarang persetujuan konkrit. Najib juga membisu terhadap pertanyaan media Perancis berkaitan pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam tapi sempat menelefon Carla Bruni untuk menyatakan album dimainkan dalam Penerbangan Malaysia (MAS). Carla Bruni adalah Wanita Pertama Perancis dan bekas model terkenal yang memiliki dua album Quelqu’un m’a dit pada 2002 dan No Promises (2007). “Ya, … sebenarnya saya memberitahu Presiden Sarkozy bahawa Penerbangan Malaysia Airlines memainkan albumnya ketika dalam penerbangan," The New Straits Times memetik Najib sebagai berkata. Mengikut Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua, kebanyakan Ahli Parlimen Perancis berminat mengetahui "cerita sebenar" disebalik jual beli kapal selam oleh Malaysia dan pembunuhan Altantuya. Malah, bapa Altantuya, Prof Dr Shaaribu Setev dipelawa Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) ke Paris untuk memberi taklimat tapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah kesihatan. Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan kepada media Perancis, meminta Najib mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya dan yakin anaknya akan masih hidup hari ini jika rundingan urus niaga pembelian kapal selam, dibuat secara telus dan adil. Altantuya adalah watak penting dalam pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.4 bilion dari Perancis dan menjalin hubungan dengan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda. Beliau dijanjikan komisen dan membuat tuntutan sebaik sahaja pembayaran RM114 juta dibuat ke Parmekar, syarikat yang dikuasai Razak sekitar Oktober 2006. Altantuya kemudian dibunuh dengan badannya diletupkan dengan bahan C4 yang lazim digunakan oleh agensi keselamatan Malaysia.
P Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah Abdul Razak sebelum kehilangan Altantuya, ada membuat akaun bersumpah yang mengaitkan Najib dengan model berkenaan. Mengikut perkara 25 akuan itu, Paris yang terkenal seantero dunia sebagai kota romantik, menjadi saksi pertemuan makan malam antara Najib dengan Altantuya. "Selagi Najib berdiam diri mengenai skandal itu, beliau hanya membawa imej negatif kepada Malaysia di kaca mata dunia," kata Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa kepada Suara Keadilan. Beliau menganggap 'keberanian' Najib ke Paris, sebagai strategi psikologi untuk menunjukkan dunia, kononnya Perdana Menteri keenam itu tiada apa-apa perlu disorok. Namun isu Altantuya terus menjadi tumpuan media antarabangsa. Beberapa persidangan antarabangsa sebelum ini menyaksikan perwakilan Malaysia diasak dengan persoalan- persoalan mengenai kewibawaan polis dan hakim perbicaraan kes itu yang membelakangkan hubung kait Najib dan Altantuya.
sumber: tvantara

Wednesday, October 14, 2009

Pemuda UMNO Akan Menyekat Kemaraan DS Anwar ke Putrajaya Sebagai PM

Pemuda Umno hari ini berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang", menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya. "Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam. "Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.
Dalam ucapan sulungnya mengepalai pergerakan itu, beliau juga menuduh Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang tidak berpegang pada prinsip apabila tidak tegas mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. "Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan. "Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ucapan yang bertemakan 'Di Persimpangan Jalan Perjuangan', Pemuda Umno diseru agar tidak terperangkap dengan isu Melayu gaya lama yang mudah berang dengan desakan kumpulan lain sewaktu perdana menteri, juga presiden Umno, memperkenalkan slogan 1Malaysia.
"Kita boleh bertempik suara melaungkan semangat Melayu dan memberi amaran kepada kaum-kaum lain supaya jangan mencabar ini dan itu," kata Khairy.
sumber: malaysiakini
P.S. "Sapa yang tak ikut Perlebagaan? hampa org2 UMNO lah.. macam mana hampa rampas Perak?? Ikut Perlembagaan ka? Jangan cakap tak serupa bikin"

Sapa yang hina Raja, bukan hampa ka yang menyamakan Sultan dengan Binatang?
Sapa yang menarik imuniti Raja Raja Melayu, bukan hampa ka?
Yang hangpa dok takut sangat dengan anwar ibrahim ni pasai apa????aku pun tak paham.Perjuangan hangpa ni nak hentam anwar ibrahim ka,atau nak bantu melayu atau memang hangpa takut kalau-kalau Anwar jadi perdana menteri hangpa dok dalam.
Mesyuarat kata nak berubah...jadi buat la macam nak berubah. Ni bukan macam nak berubah.Cakap berdentum dentam,balik mesyuarat kira berapa percen mau dapat????
Pakai tak jadi la............... kah, kah, dulu, kini dan selama lamanya....
Esok lusa pemuda PR buat pulak usul kira berapa harta wakil umno ada .terutamanya yang dok cakap.tu....he...he....he...hampa tunggu la..

LAPURAN POLIS Terhadap Speaker Haram GANESAN, Di IPD Ipoh jam 11.30 PAGI INI.

Saya dan Yb. Nga Koo Ming serta ADUN Rakyat yang lain akan berada di IPD IPOH pada jam 11.30 pagi ini untuk membuat satu laporan polis terhadap speaker haram Ganesan.
Dengan ini saya menjemput semua rakan media dan penyokong pakatanRakyat untuk berada disana sebagai mana dimaklumkan.

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
ADUN Titi Serong.

Mesti ADIL kepada semua KEM Tentera !

Adalah wajar dan adil jika semua kem penempatan tentera memohon kepada Menteri Pertahanan untuk mendapatkan apa yang diperolehi oleh warga tentera di Port Dickson. Jika untuk berlaku adil kepada warga tentera pun sukar, bagaimana untuk berlaku adil kepada rakyat keseluruhannya? Apakah tentera ini hanya alat untuk dipergunakan sahaja? Jika benar, mengapa sanggup warga tentera menjual maruah diri semurah itu? Rakyat percaya tentera mempunyai semangat jati diri yang kuat tetapi apa yang berlaku di Port Dickson membuatkan rakyat berfikir dua tiga kali untuk menyatakan tentera itu berani dan gagah serta setia bersama rakyat. Apa pun, tahniah kepada 600 orang tentera yang mengundi Pas baru-baru ini. Sekiranya berlaku situasi perang di negara ini, ini lah jumlah yang boleh diharapkan untuk mempertahankan ugama, bangsa dan negara. Manakala yang lainnya mungkin boleh mewakili negara ke pertandingan futsal atau renang setahun dua nanti. Jangan mati beragan sudahlah...
sumber: wfaudzin

Tuesday, October 13, 2009

Kemenangan TS Isa bukan UMNO/BN

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik. "Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti. "Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi. Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum lalu. Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin setempat yang tidak terpilih sebagai calon – seperti yang pernah terjadi pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. “Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya. Ditanya tentang kesan kemenangan Isa yang didapati bersalah dalam politik wang selepas pemilihan Umno 2004, Dr Sivamurugan berkata: “Inilah cabaran besar pada Umno. Hampir setiap tahun perkara ini dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya. “Walaupun ada yang melihat beliau harus dimaafkan dan diberikan peluang kedua, soalnya, bagaimana Umno mahu meyakinkan rakyat?” Sementara itu, Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Azman Hassan pula berkata, kemenangan Isa berpunca daripada kekuatan jentera pilihan raya setempat. "Kita mempunyai perbezaan yang ketara (dengan negeri lain). Dengan kesungguhan kita bekerja, perpaduan antara jentera kita amat kuat. "Apabila pemimpin bercakap, jentera kita bersedia bersedia. Kalau pemimpin saja cakap, tetapi jentera tak kuat hendak buat apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berhujah, BN memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut kerana "mengutamakan pendapat rakyat" ketika memilih calon. "Jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon," kata pemimpin Umno itu di blognya. "Seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun. "Namun BN dan (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak melihat bahawa kehendak dan suara pengundi DUN Bagan Pinang lebih penting kerana mereka yang akan memilih siapa wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan." Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang pula berkata, kemenangan Isa luar jangkaan itu jelas menunjukkan Umno dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah. "Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos," coret Lim di blog peribadinya. Pada pilihan raya umum 2008 - rekod terburuk BN - parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi. Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi. Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.
BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daripada lapan daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Ketiga-tiga kawasan ini didominasi pengundi bukan Melayu.
sumber: malaysiakini

Monday, October 12, 2009

MB Haram & Speaker Haram Tak Tahu Malu!!

IPOH, 12 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau yakin Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada kalangan pembangkang akan menghadiri persidangan dewan itu yang akan diadakan tidak lama lagi bagi pembentangan Bajet 2010. Menurutnya, pakatan pembangkang sedang berusaha menjustifikasi kehadiran mereka dengan menyatakan akan hadir jika bekas Speaker V. Sivakumar yang mengeluarkan notis mesyuarat dan bukan notis daripada Speaker Datuk R. Ganesan. Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Adun Sitiawan semalam menyatakan Adun pembangkang akan menghadiri sidang kecuali jika notis dikeluarkan oleh Sivakumar. Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin, Zambry berkata kenyataan itu dibuat kerana pembangkang terpaksa menanggung malu kerana sebelum ini pernah mengumumkan akan memboikot sidang. "Mereka kini hendak mencari jalan untuk justifikasi kehadiran...dulu cakap tak mahu hadir, kini hendak hadir jika Sivakumar yang keluarkan notis. (Selepas ini) mereka akan sebut kami datang kerana dipanggil oleh Sivakumar," katanya mengulas kenyataan Ngeh. Zambry berkata notis memanggil mesyuarat itu akan dikeluarkan oleh Ganesan dalam tempoh 14 hari selepas mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. "Kita mengadakan sidang mengikut prosedur dan peratutan dan tidak akan memanggil sewenang-wernangnya," katanya.
Mengulas kemungkinan timbul kekecohan dan pembangkang dikatakan akan turut membentangkan bajet sendiri, beliau berkata kerajaan negeri sedia menghadapi sebarang tindakan pembangkang dan akan berusaha memastikan persidangan berjalan lancar mengikut peraturan. "Soal mereka nak buat apa terpulanglah, kita tidak kisah...budaya (kecoh) berkenaan sudah dimulakan oleh pembangkang dan akibatnya kini wujud suasana seperti itu. Bagi Barisan Nasional kita sentiasa menghormati susila dan lunas perundangan," kata Zambry.
sumber: bernama

p/s : Sape yang menghormati susila dan lunas perundangan??? Zambry ngok..
1. Sape yang angkut speaker dulu, itu ikur lunas undang2 ke?
2. Perlantikan Ganesan ikut lunas undang2 ke?
3. Zambry dan beberapa katak telah di gantung oleh speaker Sivakumar dulu, tapi kenapa BN nafikan.. tu ikut lunas undang2 gak ke?
4. Undang2 mane ajar boleh mengaku 'kerajaan pilihan rakyat' kalau bukan rakyat yang pilih?
5. Kuasa speaker tak boleh di cabar, tapi korang cabar, tu ikut lunas undang2 gak ke?

Semua ni undang2 hutan BN ja.. Bodoh