Followers

Saturday, August 1, 2015

Hanya Berlaku Di Mlaysia ?

Penyingkiran (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin pada 28 Julai dan penamatan undur tarikh (back-dated) perkhidmatan Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail 27 Julai tidak menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya memburukkan lagi keadaan negara dan imej (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak.

Implikasi dua peristiwa itu serta perubahan-perubahan lain yang menyusurinya di Jabatan Peguam Negara, PDRM, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) dan PAC adalah seperti berikut:-

1. Perdana Menteri terselamat daripada kemungkinan diheret ke mahkamah bersabit 1MDB dan SRC International. Satu “donia” sudah dengar cerita duit SRC International yang nawaitunya untuk kegiatan CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi masuk akaun peribadi Perdana Menteri.

2. Menyiasat dan merangka pertuduhan melibatkan wang CSR SRC International lebih mudah kerana jumlah yang lebih kecil dan melibatkan hanya dua buah bank tempatan berbanding 1MDB yang membabitkan AS$700 juta.

3. Mohd Najib berjaya mengekalkan kuasa eksekutif tetapi di mata khalayak yang mengerti beliau telah hilang kuasa moral (moral authority) untuk memerintah.

4. Kuasa eksekutif beliau menjadi semakin kukuh kerana pengkritik beliau dalam Umno dan kerajaan telah disingkirkan atau digula-gula dengan pemberian jawatan menteri dan timbalan menteri.

5. Sekali gus pemberhentian undur tempoh Abdul Gani memporak-perandakan penyiasatan Pasukan Petugas 1MDB. Penyiasat akan terhenti atau dialih matlamatnya, pegawai ditukar dan fail-fail hilang atau dibakulsampahkan. (TI Malaysia berkata, Pasukan Petugas itu boleh dianggap terkubur tetapi MACC berkata ia akan meneruskan penyiasatan).

6. Tetapi maklumat berkaitan dengan penyiasatan 1MDB akan terus tersebar kerana banyak pihak dalam dan luar mempunyai maklumat dan dokumen mengenainya. Sudah terlambat menimbus bangkai gajah kerana sudah ditokak-tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah, harimau bintang, dubuk (hyena), rubah, hereng, biawak dan helang.

7. Dengan melantik pembesar-pembesar Umno yang kemaruk kuasa dan bermuka-muka menjadi menteri dan timbalan menteri, Mohd Najib boleh mengarahkan mereka mengesan dan membinasakan pencuri-pencuri bangkai gajah itu. Inilah yang sedang berlaku dengan rancak sekarang iaitu mengalihkan perhatian daripada menyiasat jenayah kepada memburu pihak-pihak yang mendedahkan jenayah.

8. Gerakan taktikal Mohd Najib juga melumpuhkan PAC. Hatta pengerusi PAC, Nur Jazlan bin (Tan Sri) Mohamed Rahmat, yang bunyi begitu komited, ikhlas dan berani sebelum ini tetapi dengan riang rianya menerima jawatan timbalan menteri.

9. Speaker Dewan Rakyat sudah pun berkata anggota baru PAC tidak akan dilantik (sehingga Dewan bersidang Oktober ini). Namun Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, wajib meneruskan tugas dengan ahli yang tinggal sekali pun tidak mendapat kerjasama pengurusan Parlimen atau hasil siasatan mereka tidak diiktiraf.

10. Dengan penyingkirannya daripada kabinet, Muhyiddin boleh bertindak sebagai free agent mewakili Umno akar umbi kerana beliau adalah Timbalan Presiden Umno.

11.Tetapi beliau harus berhati-hati meniti buih kerana Majlis Tertinggi yang berada dalam poket Presiden boleh menyingkirkan beliau atas alasan melanggar disiplin.

12. Muhyiddin boleh menjadikan Umno terangkum (inclusive) sekali lagi dengan berinteraksi dengan akar Umbi walaupun percubaan sudah mula dibuat bagi menyekat beliau mendampingi ahli.

12. Muhyiddin dan para penyokong beliau mungkin tidak berupaya mengubah keadaan di peringkat atas sama ada dalam Umno atau kerajaan tetapi mereka boleh mengubah persepsi dan sokongan rakyat jelata dan pengundi.

13. Mohd Najib mungkin telah berjaya berpaut kepada kuasa tetapi setiap hari berlalu ekonomi bertambah goyah, ringgit dibedal, pasaran modal lesu dan Malaysia menjadi bahan ketawa satu dunia.

14. Sebagai renungan, apakah berkat apabila, sebaik sahaja menteri polis ((Datuk Seri) Ahmad Zahid bin Hamidi) dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri, menara dua Bukit Aman tiba-tiba dijilat api? Satu kebetulan yang sangat menakjubkan!

Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com/

Hukuman Gantung Kekal

Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, semalam, mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas pengawal keselamatan, La Ode Ardi Rasila yang bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Aziah Ali dalam keputusan sebulat suara membuat keputusan itu selepas menolak rayuan La Orde.

Turut bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Rahman Sebli.

Mahkamah dalam keputusannya berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkan La Ode bersalah membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita.

Pada 14 Ogos tahun lalu, Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap La Ode selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, La Ode didakwa membunuh Norazita di dalam bangunan Am-Bank, nombor 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api pump gun dengan niat menyebabkan kematian pegawai AmBank itu pada masa, tarikh dan tempat sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang turut membawa kepada hukuman mati. - Harian Metro/30/7/15

Undi tidak percaya : PAS masih terkial-kial, tidak ada pendirian yang tegas ??

Ramai yang beranggapan, pembentukan semula Kabinet oleh DS Najib Tun Razak hanyalah tindakan nekad semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari terjebak ke dalam skandal 1MBD.

Tapi bagi Presiden PAS Hj Hadi secara 'tidak langsung' telah menyatakan sokongannya terhadap tindakan DS Najib yang menurutnya adalah bertujuan mahu menyelesaikan masalah negara yang sedang dilanda masalah (kemelut 1MBDB).

Malang sekali kerana Hj Hadi memandang sinis dan menyindir terhadap tindakan pihak pembangkang yang terdiri dari Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang berura-ura untuk membentang undi tidak percaya terhadap Najib dan mencadangkan 'Kerajaan Transisi'. Hj Hadi yang sekadar menyatakan apa yang semua orang kampung pun telah sedia tahu bahawa 'Undi Tidak Percaya ' boleh dilakukan oleh mana-mana negara yg mengamalkan sistem Demokrasi. Tetapi kenapa Hj Hadi enggan menyatakan sokongannya terhadap langkah Pakatan Rakyat 2.0 untuk membawa usul tidak percaya terhadap Najib? 

Rupa-rupanya sikap 'muzabzab' Hj Hadi tidaklah sesia begitu sahaja. Tahniahlah kepada Hj Hadi sebab petang tadi DS Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan.

Takbirlah para wala'un sekalian! Baca di sini PAS sepatutnya bermesyuarat untuk mengambil sikap dan pendirian terhadap perkembangan negara yang terkini. Kesian melihatkan PAS yang masih lagi terkial-kial tidak tahu untuk menyatakan pendiriannya. Mungkin tunggu selepas menyambut Hari Raya Korban nanti.....

Haji Hadi jelas semakin menjauhkan PAS dari kumpulan pembangkang dan lebih menyantuni Umno/BN. Hj Hadi kata,

"PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat! Kita tak rebut kuasa!"

Hoi! Tuan Haji, apasal PAS menyertai pilhanraya selama ini kalau tidak mahu rebut kuasa?

Bagaimana nak tunaikan amanah dan membela rakyat kalau kamu terus bersimpati dan mesra dengan parti yang zalim dan senantiasa menindas rakyat? Sekadar untuk renungan kita bersama, saya mengajak kalian merenungi sejenak firman Allah di dalam al-Qur'an bermaksud :

1) "Mereka berkeadaan 'muzabzab' (tidak mempunyai pendirian) antara (iman dan kufur), mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula kepada golongan (yang beriman), dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka kamu (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan bagi menyelamatkannya".(QS an-Nisa': 143)

Jangan jadi golongan muzabzab ini yang dicela oleh Allah... mereka mengambil jalan tengah seolah-olah sikap mereka adalah betul... dalam hal berpolitik dan menyertai jema'ah Islam...

2) Surah Al-Nisa 123 “ Ya ayyuhalladzina amanu kunu qawwamina bi al qisthi syuhada-a lillah…

(Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar jadi penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah …) Berikut adalah transkrip wawancara bersama Hj Hadi yang masih tidak tahu nak bertindak selain hanya tunggu dan lihat dulu.

Soalan : Golongan …..negara di parlimen ..terhadap perdana menteri (tak jelas) Hj Hadi : Itu salah satu proses demokrasi.

Biasa dalam Negara yg mengamalkan demokrasi boleh dibuat undi kepercayaan di parlimen melalui Dewan Negeri boleh dibuat. Dan melalui pilihanraya boleh dibuat. Itu proses demokrasilah…

Soalan : (tak jelas) Hj Hadi : Itu kita lihat dulu. Kita lihat kewajaran untuk bertindak.

Kita akan kaji. Soalan : Dilihat dari aspek macam mana Datuk? Hj Hadi : Ya? Soalan : Lihat atas faktor apa untuk buat …? Hj Hadi : Ha?

Kita melihat keperluannya sekarang ni, dilanda masalah2 negara. Kita lihat kabinet baru ni yang baru ni… dia nak selesai parlimen dalam masalah negara ni…kita lihat dahulu….lihat dulu.

Dan PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat!

Kita tak rebut kuasa!

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)

BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:     
 
Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:      
 
Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:          
 
 "Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.     
 
 Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan ,  tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"   
 
Keterangan/Hujah: 
 
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء 
 
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 
 
2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. 
 
Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل 
 
Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  
 
Status Penwartaan: 
 
Diwartakan

Ini antara sebab kenapa Haji Hadi naik angin dengan ‪#‎Harapan‬ Baru

YDP Pas letak jawatan YDP Pas letak jawatan Status Facebook mendedahkan mengenai peletakan jawatan YDP Pas Beruas. 

IPOH: Yang Dipertua Pas Kawasan Beruas, Zainol Haron mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan yang disandang dan menyertai Harapan Baru. 

Zainol berkata, peletakan jawatan tersebut telah diumumkan dalam mesyuarat Pas kawasan berkenaan, semalam. “Memang benar saya telah meletakkan jawatan YDP Pas Kawasan Beruas. 

“Saya meletak jawatan atas kerelaan diri tanpa ada sebarang pelawaan atau pujukan dari mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Menurutnya, tindakan beliau menyertai Harapan Baru adalah disebabkan selesa dengan idea dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan pertubuhan itu. 

“Idealisme dan perjuangan yang dibawa membuatkan saya cenderung memilih Harapan Baru sebagai wadah perjuangan,” katanya. 

Zainol berkata, beliau juga menafikan bahawa tindakannya keluar daripada parti itu disebabkan kecewa dengan kepimpinan Pas yang ada pada ketika ini. 

“Tidak kecewa kerana bagi saya bila kita berbeza pandangan adalah lebih baik kita keluar dan pada masa sama ia juga boleh melancarkan segala gerak kerja yang ingin dilakukan Pas di peringkat kawasan,” katanya. 

Selain itu, katanya, seramai tiga ahli jawatankuasa Pas di kawasan berkenaan juga telah mengisytiharkan keluar daripada Pas. 

“Siapa mereka saya rasa tak perlu didedahkan cuma ianya melibatkan individu yang mempunyai jawatan dalam jawatankuasa penuh parti di peringkat kawasan,” katanya. 

Kerengga
Ini antara sebab kenapa Haji Hadi naik angin dengan #Harapan Baru YDP Pas letak jawatan YDP Pas letak jawatan Status Facebook mendedahkan mengenai peletakan jawatan YDP Pas Beruas. IPOH: Yang Dipertua Pas Kawasan Beruas, Zainol Haron mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan yang disandang dan menyertai Harapan Baru. Zainol berkata, peletakan jawatan tersebut telah diumumkan dalam mesyuarat Pas kawasan berkenaan, semalam. “Memang benar saya telah meletakkan jawatan YDP Pas Kawasan Beruas. “Saya meletak jawatan atas kerelaan diri tanpa ada sebarang pelawaan atau pujukan dari mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, tindakan beliau menyertai Harapan Baru adalah disebabkan selesa dengan idea dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan pertubuhan itu. “Idealisme dan perjuangan yang dibawa membuatkan saya cenderung memilih Harapan Baru sebagai wadah perjuangan,” katanya. Zainol berkata, beliau juga menafikan bahawa tindakannya keluar daripada parti itu disebabkan kecewa dengan kepimpinan Pas yang ada pada ketika ini. “Tidak kecewa kerana bagi saya bila kita berbeza pandangan adalah lebih baik kita keluar dan pada masa sama ia juga boleh melancarkan segala gerak kerja yang ingin dilakukan Pas di peringkat kawasan,” katanya. Selain itu, katanya, seramai tiga ahli jawatankuasa Pas di kawasan berkenaan juga telah mengisytiharkan keluar daripada Pas. “Siapa mereka saya rasa tak perlu didedahkan cuma ianya melibatkan individu yang mempunyai jawatan dalam jawatankuasa penuh parti di peringkat kawasan,” katanya. -sinarharian-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

DAH MULA....JENG JENG JENG Pemberontakan Umno bermula di Johor, 3 pemimpin sayap letak jawatan

Zack Ahmad's photo.

Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas 3 pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/pemberontakan-umno-ber…

KAH KAH KAH
kah kah kah

nothing to add my lord
nothing to write my lord
i now rest my case

kah kah kah

Pertemuan tertutup Najib tamat, bincang pengguguran Muhyiddin sebagai TPM OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri bertemu dengan perdana menteri di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Julai, 2015.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri bertemu dengan perdana menteri di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Julai, 2015.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri bertemu dengan perdana menteri di Putrajaya hari ini.

Pertemuan Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya hari ini bersama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri membincangkan berkenaan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet, kata sumber.

Pemimpin Umno yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu media, pertemuan tertutup itu turut membincangkan berkenaan rombakan Kabinet namun tidak menyentuh berhubung isu membabitkan pelucutan jawatan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.

Pertemuan berkenaan yang berlangsung sejak jam 5.30 petang berakhir kira-kira 2 jam kemudian.

Antara yang turut kelihatan hadir di kediaman rasmi perdana menteri itu adalah, Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Idris Haron.

Selain itu, turut kelihatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Perak), dan Datuk Seri Khaled Nordin (Johor).

Turut dilihat memasuki kawasan kompleks kediaman itu kira-kira pukul 5.30 petang adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Kelantan bagaimanapun difahamkan hanya menghantar wakil mereka.

Anggota Majlis Tertinggi Umno seharusnya mengadakan mesyuarat hari ini, namun susulan pengguguran Muhyiddin daripada barisan Kabinet Najib pada Selasa, mesyuarat itu dibatalkan.

Pembatalan mesyuarat itu dimaklumkan kepada anggota Majlis Tertinggi melalui satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin bagaimanapun masih lagi menjawat timbalan presiden Umno.

Beliau pada sidang media di kediamannya sebelum ini menyuarakan keyakinan kedudukannya dalam parti Melayu itu akan selamat.

Selain beliau, Datuk Seri Shafie Apdal turut digugurkan daripada Kabinet Najib selepas kedua-dua mereka lantang mengkritik cara Najib menguruskan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Pertemuan Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya hari ini bersama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri membincangkan berkenaan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet, kata sumber.
Pemimpin Umno yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu media, pertemuan tertutup itu turut membincangkan berkenaan rombakan Kabinet namun tidak menyentuh berhubung isu membabitkan pelucutan jawatan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.
Pertemuan berkenaan yang berlangsung sejak jam 5.30 petang berakhir kira-kira 2 jam kemudian.

Antara yang turut kelihatan hadir di kediaman rasmi perdana menteri itu adalah, Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Idris Haron. Selain itu, turut kelihatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Perak), dan Datuk Seri Khaled Nordin (Johor).

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertemuan-tertutup-najib-tamat-bincang-pengguguran-muhyiddin-sebagai-tpm#sthash.5vlYbg4f.dpuf

Pertemuan tertutup Najib tamat, bincang pengguguran Muhyiddin sebagai TPM

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri bertemu dengan perdana menteri di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Julai, 2015.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri bertemu dengan perdana menteri di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertemuan-tertutup-najib-tamat-bincang-pengguguran-muhyiddin-sebagai-tpm#sthash.5vlYbg4f.dpuf

Siapa 3 MB, Kedah, Pahang & Perak Yang Baru? Posted by Ibnu Hasyim

KL: Terbaru dilaporkan dua orang Menteri Besar dijangka bakal digugurkan bagi mengukuhkan saf kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.  

Menurut portal pro-UMNO, myKMU dua menteri besar yang bakal digugurkan itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang).

Pertukaran ini turut membabitkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

MB Kedah

Tempat Mukhriz dijangka bakal digantikan dengan Timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah yang merupakan ADUN sejak 1999.  

Ahmad di anggap sebagai arkitek utama ketika merampas Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu namun atas desakan Tun Dr. Mahathir Mohamad jawatan tersebut diberikan kepada Mukhriz atas alasan untuk menarik sokongan orang muda.

Menurut portal tersebut hubungan Mukhriz dengan istana Kedah turut dikatakan tidak sehaluan. 

Selain daripada itu dua nama lain yang turut dipertimbangkan untuk jawatan tersebut ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

MB Pahang
 
Manakala di Pahang, Perdana Menteri dikatakan bakal melantik Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin sebagai Menteri Besar yang baharu. 

Selain daripada itu Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, ADUN Dong juga antara yang disebut-sebut bagi mengisi jawatan tersebut.

Shahirudin merupakan Ketua Bahagian UMNO yang pertama membatalkan jemputan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Beliau membatalkan jemputan tersebut sebelum rombakan kabinet lagi

MB Perak
 
Sementara itu, beberapa blog politik sebelum ini melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir antara yang disebut akan digugurkan. Beliau juga difahamkan telah ada penama untuk menggantikan Zambry sebagai menteri besar dan individu tersebut merupakan orang yang cukup rapat dengan Zahid dan pernah bekerja dengannnya satu ketika dahulu. (Stv/FMT/IH)

Pecat Muhyiddin - Tiga Pimpinan UMNO Johor Letak Jawatan

Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya.

"Ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu, kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13 Julai lalu.

Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak sama.

Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.

"Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua diberikan layanan begitu.

"Ramai lagi yang akan meletak jawatan, terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu.

Terdahulu sebelum kontroversi pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet, penganjur kontroversi Nothing 2 Hide Datuk Khairul Anuar Rahmat juga sudah meletak jawatan selaku naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang.

Selasa lalu, Najib mengumumkan barisan Kabinet baharunya tanpa Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan kerana tidak selari pandangan dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu masih belum dipecat daripada Umno dan masih mengekalkan jawatan masing-masing.

Kedua-dua pemimpin difahamkan juga tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran itu.

Muhyiddin ketika ini sedang berada di kawasan parlimennya, Pagoh, lawatan pertama selepas disingkir. - tmi

Baru Saja Dr Aziz Bari Masuk DAP, Terus Dipanggil Polis

Hanya selepas beberapa jam menyertai DAP semalam, pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari, telah dipanggil oleh polis ke Bukit Aman untuk disoal siasat hari ini berhubung isu titah Sultan Selangor tahun lalu.

Beliau akan ke Bukit Aman di sini pada jam 3 petang ini.

Menurut pembantu peribadinya, Andy Lim, polis menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan yang melibatkan tulisan Dr Abdul Aziz tentang isu air di Selangor.

“Kami mendapat tahu tentang hal ini selepas sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan penyertaan Dr Abdul Aziz ke dalam DAP,” katanya.

Pakar Perlembagaan Persekutuan itu memilih untuk menyertai DAP kerana ia menawarkan ruang yang lebih luas untuk beliau menyumbang kepakarannya kepada parti, rakyat dan negara.

Sebelum itu, Dr Abdul Aziz merupakan Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejak 1989 sehinggalah beliau digantung tugasnya pada Oktober 2011, juga melibatkan pandangan perundangan beliau terhadap titah Sultan Selangor.

Walaupun penggantungan tugas itu ditarik balik berikutan bantahan daripada pelajar dan kakitangan akademik, beliau memilih untuk bersara dari UIA. Pada Januari 2012, UIA mengumumkan penarikan balik gelaran profesor yang diberikan kepadanya pada 2002.

Dalam pilihanraya umum ke-13, beliau bertanding atas tiket PKR di merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam, Selangor tetapi tewas dalam percubaan pertama itu.

– Roketkini.com

UMNO Johor Mula Memberontak!!

Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya.

"Ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu, kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13 Julai lalu.

Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak sama.

Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.

"Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua diberikan layanan begitu.

"Ramai lagi yang akan meletak jawatan, terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu.

Terdahulu sebelum kontroversi pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet, penganjur kontroversi Nothing 2 Hide Datuk Khairul Anuar Rahmat juga sudah meletak jawatan selaku naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang.

Selasa lalu, Najib mengumumkan barisan Kabinet baharunya tanpa Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan kerana tidak selari pandangan dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu masih belum dipecat daripada Umno dan masih mengekalkan jawatan masing-masing.

Kedua-dua pemimpin difahamkan juga tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran itu.

Muhyiddin ketika ini sedang berada di kawasan parlimennya, Pagoh, lawatan pertama selepas disingkir lapor  

The Malaysian Insider

Tun Mahathir Dakwa Najib Sebagai Seorang Penjenayah ?

Mohd Salleh ikrar perangi pelaku berita palsu

Tindakan penyebaran berita palsu berbahaya berkenaan Perdana Menteri amat berbahaya kerana mengundang kekacauan
salleh-keruak,sr

KUALA LUMPUR – Tindakan perlu diambil terhadap pelaku yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, memandangkan perkara itu telah melampaui politik dan melibatkan keselamatan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak membuat desakan itu berikutan dokumen palsu itu menjadi viral di internet dan media sosial.

Ia membabitkan dakwaan kertas pertuduhan palsu terhadap Perdana Menteri yang dibuat Peguam Negara.
“Dokumen ini hanyalah rekaan dan dakwaan semata-mata, satu penipuan bertujuan mencetuskan kekacauan.

“Tindakan seperti ini adalah berbahaya kerana ia bukan sahaja tentang fitnah bertulis atau fitnah tetapi ugutan untuk menimbulkan kekacauan,” katanya dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com hari ini.

Beliau berkata disebabkan implikasi dokumen berkenaan, ia telah menjadi viral dan ramai orang telah bercakap mengenai isu tersebut.

Katanya, Sarawak Report, yang mendedahkan dokumen itu, mendakwa draf kertas pertuduhan itu diberi kepada mereka oleh sumber dalaman dan ia telah mengesahkan kesahihan dokumen itu dengan ‘pihak atasan’ yang lain.

Beliau berkata Sarawak Report telah membayangkan bahawa dokumen itu adalah tulen.

“Berita yang mereka cuba putar belitkan ialah peguam negara akan menahan perdana menteri pada hari sama beliau dipecat, bermaksud ini merupakan sebab peguam negara dipecat.

“Tuduhan seperti itu sudah pasti akan mengecewakan ramai orang dan menjadikan mereka amat marah dan mungkin akan mencetuskan kekacauan di negara ini,” katanya.

Beliau menggesa agar tindakan diambil untuk memelihara undang-undang dan menjamin rakyat Malaysia bahawa keselamatan mereka tidak diletakkan dalam bahaya.

BERNAMA
 
TERKINI - PM NAJIB KECEWA ?

Najib tak boleh pecat jawatan Timbalan Presiden UMNO milik Muhyiddin

NAJIB RAZAK, UMNO
Tidak ada satu peruntukkan di dalam Perlembagaan UMNO yang membenarkan Presiden UMNO untuk memecat Timbalan Presiden UMNO. 

PETALING JAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak tidak akan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakob menjelaskan perkara itu tidak akan dilakukan Najib kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan memberinya
kuasa untuk bertindak sedemikian.

“Tidak boleh, tidak ada peruntukkan dalam Perlembagaan UMNO. Bahkan, tidak ada satu jawatan pun di dalam Majlis Tertinggi (MT) yang boleh digugurkan oleh Presiden UMNO.

“Jawatan-jawatan yang dipegang oleh mereka semuanya ditentukan oleh kuasa pemilihan di dalam perhimpunan agung,” katanya.

Sewaktu dihubungi FMT, Mustapha menjelaskan bahawa desas-desus bahawa Najib akan memecat Muhyiddin hanyalah satu spekulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Mereka yang buat spekulasi itu tidak faham dan tidak baca Perlembagaan UMNO serta sengaja membuat fitnah,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, walaupun Muhyiddin tidak lagi memegang mana-mana jawatan di dalam kabinet, tetapi di dalam UMNO, Muhyiddin masih lagi orang nombor dua di dalam parti.

“Muhyiddin tetap jadi nombor dua dalam mesyuarat MT. Muhyiddin tetap akan duduk disebelah Najib, bukannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” ujar beliau.

Komen:
Zack Ahmad's photo.Berita Bik buat YB Tan Sri Muhyuddin - bermakna pemecatan YB DS Anwar Ibrhim oleh Tun Mahathir pada tahun 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO "TIDAK SAH" - Tun Mahathir boleh didakwa kerana melanggar perlembagaan parti?

Aktivis Bersih Mandeep Singh pula ditangkap ?? OLEH MELATI A JALIL

Zack Ahmad's photo.

Peguam Honey Tan berkata, Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh (tiga dari kanan) ditahan di balai polis Petaling di Jalan Klang Lama mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan, kerana menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen.

Tan berkata, menurut pihak polis, penangkapan Mandeep adalah berhubung dengan kenyataan dibuat pada satu sidang media baru-baru ini, tetapi ia tidak pasti mana satu kenyataan beliau yang akan disiasat.

"Kami tidak tahu sidang akhbar mana yang akan dirujuk pihak polis, tetapi hanya satu sidang akhbar yang disertai Mandeep iaitu bersama Bersih 4," katanya kepada The Malaysian Insider di balai polis malam ini.
Mandeep ditangkap ketika beliau hadir secara sukarela ke balai polis petang ini.

Pada 29 Julai lalu, Bersih 2.0 mengumumkan yang mereka akan mengadakan perhimpunan jalananan semalaman bermula 29 hingga 30 Ogos, yang digelar Bersih 4, bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rombakan Kabinet.

Sebelum ditangkap, Mandeep memberitahu The Malaysian Insider hari ini beliau dipanggil untuk hadir ke balai polis tanpa diberitahu sebabnya. 

Terdahulu hari ini, aktivis Demi Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Syukri Rezab ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi susulan penganjuran demonstrasi jalananan ‪#‎TangkapNajib‬ yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok. 

Tiga tahanan terbabit dihantar ke balai polis Jinjang malam ini dan permohonan reman terhadap mereka dijangka dilakukan esok pada jam 10 pagi.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Muhyiddin, Shafie akan rasmi mesyuarat perwakilan di Kedah – Mukhriz FMT Reporters

mukriz,muhyiddin,shafie

Langkah membatalkan jemputan terhadap kedua-dua pemimpin parti itu hanya menunjukkan satu tindakan kurang manis.

PETALING JAYA: Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah digesa agar tidak membatalkan jemputan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian di negeri itu.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusinya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memberitahu mesej mengenai perkara itu telah disampaikan kepada semua Ketua Bahagian UMNO negeri itu.

Menurut beliau, sekiranya langkah membatalkan jemputan terhadap kedua-dua pemimpin parti itu diambil ia hanya menunjukkan satu tindakan yang kurang manis.

“Kita sudah menjemput perasmi-perasmi ini atas jawatan mereka dalam parti dan bukan di dalam kerajaan, jadi biarlah kita tidak tukar jemputan itu kerana ia kurang manis,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun, pada Jumaat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian itu berkata, jemputannya kepada Shafie untuk merasmikan mesyuarat perwakilannya yang dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos ini.

Jemputan dibuat atas kapasitinya sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO.