Followers

Monday, June 30, 2014

Universiti Malaya Bergerak Seiring Dengan Kebodohan..

Bagi peringkat mahasiswa terutamanya mahasiswa Universiti Malaya (UM), meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila sekali lagi gedung ilmu dirobek oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini khabar berita mengenai Prof Datuk Dr Redzuan Othman tidak terpilih sebagai dekan di UM adalah disebabkan umur beliau yang semakin lanjut usia.

Tetapi kali ini apakah alasan yang akan diberikan oleh pihak atasan, berkenaan arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan Dr Redzuan meletakkan jawatan sebagai pengarah usat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) sedangkan kontraknya belum tamat.

Saya sendiri mendapat panggilan terus dari naib canselor Universiti Malaya Datuk Prof Dr Mohd Amin Jalaludin berkenaan isu pelantikan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) di UM.

Saya juga telah meminta maklum balas daripada naib canselor Universiti Malaya sendiri berkenaan isu UMCEDEL ini.

Kami di peringkat kepimpinan mahasiswa berasa amat kesal atas tindakan ini dalam masa saya mengecam pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas hal tersebut.

Jika betul pihak KPM dan pegawai tinggi di situ terlibat dalam kejadian ini, saya yakin universiti di Malaysia akan sentiasa bergerak ke belakang seiringan dengan “kebodohan” sesetengah pihak.

Faktor usia

Secara telusnya, Dr Redzuan dikatakan tidak dipilih atas faktor umur beliau yang semakin lanjut usia.

Itu respon yang diterima dari pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan mengapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh Dr Redzuan.

Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Jika Dr Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja beliau, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.

Jika umur menjadi ukuran saya fikir pengerusi Senat UM tidak layak untuk menjawat jawatan beliau sekarang, oleh kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun.

Jika umur menjadi ukuran saya fikir Tun Mahatir Mohamad juga tidak layak menjawat jawatan perdana menteri sewaktunya berumur 56 tahun. Beliau malah meletakkan jawatan ketika berumur 78 tahun ( pada 2003).

Bagi saya selagi terdaya untuk menyumbang kepada kebaikan, mengapa perlu menidakkan hak beliau?

Untuk pengetahuan semua, sejak FSSS UM bawah kepimpinan Dr Redzuan, pelbagai kejayaan dikecapi.

Dan paling membanggakan, FSSS UM merupakan Fakulti yang kedua terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.

Dalam masa sama juga beliau mempunyai rekod cemerlang, apabila pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM.

Alasan “kurang cerdik ” sentiasa diberikan untuk menidakkan kelebihan yang ada pada Dr Redzuan.

Itulah sikap rakus sesetengah pihak di UM. Pemilihan Dekan adalah tertakluk kepada budi bicara naib canselor UM dan ia terbukti kepada klausa terakhir polisi pengundian yang dipinda.

Perkara ini pernah dicabar oleh fakulti kejuruteraan. Calon-calon dekan perlu ditemuduga dan melakukan “presentation” di hadapan panel yang terdiri daripada naib canselor dan timbalan-timbalannya selepas pengundian di kalangan ahli akademik di fakulti masing-masing.

Namun, bagi hal ini, mereka yang hadir hanyalah naib canselor, timbalan naib canselor (TNC) hal ehwal pelajar dan TNC pembangunan sahaja. Paling mendukacitakan, undian serta keputusan tidak dipaparkan.

Gedung ilmu dirobek

Di manakah kebebasan akademik di Malaysia? Undi untuk memilih dekan di UM hanyalah sekadar kosmetik sahaja memandangkan bilangan undi yang diperoleh setiap calon tidak pernah diumumkan.

Malah lebih malang lagi dekan tidak semestinya dipilih dari calon yang mendapat undi tertinggi oleh kerana naib canselor tidak berhasrat untuk melantik dekan dari kalangan orang yang berpengaruh atau terkenal.

Pihak KPM dan pegawai kanannya dikatakan mendesak Dr Redzuan untuk meletak jawatan sebagai pengasas dan pengarah Umcedel.

Jika benar apa yang dimaklumkan kepada saya, di peringkat mahasiswa di Malaysia mencabar pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai beberapa perkara:

(1) Sebab dan alasan kenapa Dr Redzuan diturunkan sebagai pengarah Umcedel dan dekan di FSSS UM?

(2) Nyatakan pusat kajian yang dimiliki KPM atau kerajaan yang mampu menandingi kualiti hasil kajian Umcedel?

Kajian dari Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian Umcedel . Saya tidak berminat untuk mendengar hujah dan alasan yang “kurang cerdik”.

Saya hormati keputusan yang dibuat oleh Dr Redzuan yang menerima dengan terbuka berkenaan isu itu.

Dalam masa saya juga saya sanjung dan hormat tindakan Solidariti Datuk Saifuddin Abdullah berkenaan isu ini apabila beliau tidak berkhidmat lagi sebagai felo penyelidikan di UM.

Jangan 'sampahkan' universiti 

Sistem pendidikan di negara kita perlu dirombak, saya menyeru seluruh warga akademik di Malaysia untuk memikirkan masa depan anak bangsa kita, berganding bahu memikirkan sesuatu untuk sistem pendidikan kita.

Jika kualiti di gedung ilmu masih di kelas ketiga, bagaimana masa depan anak bangsa kita?

Sedangkan kita mempunyai harapan dan kelebihan tersendiri dalam bidang akademik untuk ke hadapan.

Kembalikan kebebasan akademik. Nasihat saya pada pihak-pihak tertentu, jangan sampahkan universiti di negara ini, setelah negara ini kamu sudah sampahkan.

Ketepikanlah pengaruh-pengaruh yang tidak sihat dalam gedung ilmu, ketepikan pengaruh dan kepentingan bagi mana-mana pihak.

Saya menyeru semua pihak untuk tidak sampahkan universiti-universiti di Malaysia. Sayangilah masa depan negara dan anak bangsa kita. Kembalikan kebebasan akademik.

FAHMI ZAINOL presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Universiti Malaya.

Tak Serik Lagi ? Dah Kena Saman 800K Masih Buat Fitnah Lagi ?

TAK HABIS SAKIT HATI BROTHER NI PADA DSAI..........

STOP SEBULAN MENGHORMATI RAMADHAN..........
 
Profesor UM Diarah Letak Jawatan Gara-Gara Tinjauan Bebas Politik Malaysia

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman diarah meletakkan jawatan.

Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.
Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). –

AKTA PENINGGALAN BRITISH

hasutlah 
sebanyak yang mungkin
hasut untuk kebaikkan

 KOMENTAR
menghasut apa takrifnya
iklan juga menghasut
berita tv juga menghasut
tukang jual agama juga menghasut
cik gu juga menghasut

menghasut ini ada dua 
hasut jahat
hasut baik
 
menghasut untuk buat jahat
contohnya  hasut untuk sokong
ketuanan  melayu

satu lagi
menghasut untuk buat baik
hasut orang ramai turun ke jalan raya
untuk pilihan raya bebas dan adil
ini hasut baik

cik gu hasut anak murid
buat baik buat amal
ini hasut baik

jadi jelas    
setiap hari kita terus dihasut
malah tulisan madey ini juga
menghasut agar akata hasutan
tidak dimansuhkan
ini hasutan jahat dari orang jahat
dengan naik paling jahat

Mahathir Mohamad berkata kemungkinan berlaku huru-hara sekiranya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang (RRU) Perpaduan dan RUU Harmoni Nasional.

"Kita sudahpun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan kedua-dua Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah.

KAH KAH KAH
 
woit
kalau nak menghasut
bila bila boleh
ada akta 
atau tak ada akta
apa ada pasal

KAH KAH KAH

TERKINI - Datuk Saifuddin Abdullah Letak Jawatan Bantah Pemecatan Profesor UM

Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai felo penyelidik kanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya berkuatkuasa hari ini sebagai bantahan terhadap peletakan jawatan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

“Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini. Ia berkaitan kes menimpa Dr Redzuan,” kata bekas timbalan menteri pendidikan tinggi itu menerusi akaun Twitter hari ini.

Apabila seorang pengguna Twitter, dengan akaun @johngray22 bertanyakan alasan peletakan jawatan itu, Saifuddin berkata:“Sila baca laporannya di The Malaysian Insider."

Bagaimanapun, cubaan The Malaysian Insider menghubungi Saifuddin untuk mendapatkan penjelasan lanjut masih gagal.

Redzuan dilaporkan menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah UMcedel.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Anwar Mendapat Pahala Dengan Fitnah Dibulan Ramadhan Ini....

Photo: Wahhhh Hebatnya..... !!! Tahniah Dan Syabas Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Kerana Anda Berjaya Memperolehi Pahala Percuma Yang Berlipat Kali Ganda Di Atas Fitnah Yang Anda Terima..... !!!

Hebat Lah Semua Pemimpin PR Dalam Diam~Diam Diorang Ni Dapat Pahala  Percuma Kan...?  Bertuahnyaaaaa.... !!!!!

Pemimpin BN Ado.......?
Wahhhh Hebatnya..... !!! Tahniah Dan Syabas Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Kerana Anda Berjaya Memperolehi Pahala Percuma Yang Berlipat Kali Ganda Di Atas Fitnah Yang Anda Terima..... !!!

Hebat Lah Semua Pemimpin PR Dalam Diam~Diam Diorang Ni Dapat Pahala Percuma Kan...? Bertuahnyaaaaa.... !!!!!

Pemimpin BN Ado.......?
 
Jackie Chan Serah Diri ?

Photo: kahkahkah...
WOIIIII..RAKAN SUBAHAT PENYAMUN..
SEBELUM KORANG SIASAT ANGGOTA PAS,
DAH SIASAT BELUM SEMUA ANGGOTA MCA..??!!!
kahkahkah...
kahkahkah...
WOIIIII..RAKAN SUBAHAT PENYAMUN..
SEBELUM KORANG SIASAT ANGGOTA PAS,
DAH SIASAT BELUM SEMUA ANGGOTA MCA..??!!!
kahkahkah...
— 

Kisah Seram Jalan Lama Karak ??

30 Jun 2014
Kisah Seram Jalan Lama Karak
Kisah Seram Jalan Lama Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4.Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

Antara Kisah Di Jalan / Lebuh raya Karak

1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia 'temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. 
 
Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..

Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).

Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4.Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.

Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

Antara Kisah Di Jalan / Lebuh raya Karak

1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…
 
Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..

Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

30 Jun 2014
Kisah Seram Jalan Lama Karak
Kisah Seram Jalan Lama Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4.Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

Antara Kisah Di Jalan / Lebuh raya Karak

1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia 'temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!

5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. 
 
Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu didalam. 
 
Dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa.

Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia 'temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..

Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!.

Kita Bantai Dot Info.

Inilah sebab kenapa Felixia Yeap selalu letak hashtag R & R :)

Inilah sebab kenapa Felixia Yeap selalu letak hashtag  R & R'  :) | Rania merupakan nama Islam yang dipilih oleh Felixia Yeap, 28, yang bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania.

"Saya selalu letak huruf 'R & R' di hashtag saya, tetapi itu bukan nama teman lelaki sebagaimana yang diteka oleh segelintir pihak. Ia sebenarnya ada kena mengena dengan nama baru saya," ujar Rania kepada media.

Ditanya mengenai makna nama tersebut, menurut Rania... dalam bahasa Arab ia bermakna 'Pemimpin Raja Yang Mempersona'.

Terdahulu ketika menjawab soalan mengenai kenapakah dia melambatkan niat baik untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan bagaimana jika tiba ajal awal dan tidak sempat memeluk Islam? Jawab Rania, itu semua kuasa Allah SWT.

"Saya memang sudah mempercayai tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Oleh itu, saya sudah dikira sebagai seorang muslim. Cuma pada 3 Julai itu, saya tinggal melafazkannya sahaja," jelasnya. - myartis

Kalau Gadis Melayu Boleh Pakai Skirt Pendek........!!

Bakal Husband Felixia Yeap Bukan Ostad ..

"Nama dalam mimpi"

“Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.

Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.

“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.

“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.

Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.

“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.

“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.

“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.

“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.

sumber...

Oleh Ikram Ismail

Model dan artis terkenal jual tubuh - oleh: Desparado

Photo: Isnin, 30 Jun, 2014.
 
Surabaya: Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680)

Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang.

Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan.

“Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian.

Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap.

Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.

Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri.

“Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu.

“Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan,” katanya.

Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti.

“Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi,” katanya.

Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan.

“Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi,” katanya.

- Agensi
Isnin, 30 Jun, 2014.

VIDEO - Facebook Movie Oleh Fisha Meor Rahman

TERBAIK DEMI KEWAJARAN UTK BUMIPUTRA SABAHAN

Ibnu Elaji Al-Bana'e's photo.
Photo: ANALISIS: DENGAN SIAPAKAH GERAKAN SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) BERHADAPAN?

Pertama berhadapan dengan KERAJAAN MALAYSIA dan MELAYU. Kedua ialah berhadapan dengan campurtangan FILIPINA kerana tuntutan lamanya. Ketiga berhadapan dengan Indonesia kerana isu konfrontasi 1962-63 serta isu Pulau Sipadan Ligitan.

Keempat berhadapan dengan tuntutan Kesultann Sulu terutama dari tuntutan tak tahu hujung pangkal seperti pihak keluarga KIRAM. Tuntutan Kiram mendapat respon dari pihak CHINA.

Kelima, mereka terpaksa berhadapan dengan masyarakat muslim Suluk, Bajau, Bugis, Iranun dan Brunei. Dalam hal ini yang paling keras dalam memberi tentangan ialah masyarakat Suluk Sabahan. Kecuali mereka telah melakukan tindakan neutralisasi kepada muslimin yang disebut di atas.

Salah seorang pendokong gerakan itu pernah memberikan saya jaminan bahawa Suluk akan sertai SSKM. Tetapi bila saya lihat sentimen dalam forum baru-baru ini di KL dan dalam Group FB mereka ternyata sentimen anti PILAK (Suluk-Bajau) itu sangat mendalam. Pastinya ini mengundang tindakan berdarah masyarakat Suluk Sabahan sekiranya ia tidak ditangani dengan bijaksana.

Kesimpulan saya, sangat sukar bagi SSKM mendapat kejayaan keluarkan Sabah Sarawak dari Persekutuan Malaysia kecuali terpaksa kompromi dengan perstrukturan semula agihan laba dan kuasa bagi anak jati pribumi Sabah Sarawak sebagai mana yang diminta oleh SSKM sendiri sebelum ini. Kalau tak semua sekurang-kurang 50% dari tuntutan mereka dapat dipenuhi oleh Malaya.

Kalau SSKM makin kuat hingga MALAYA pun tak dapat berbuat apa-apa maka saya mengira jalan akhir Malaya ialah mengizinkan Tausug dari Sulu masuk ke Sabah beramai-ramai mengambil hak mereka semula sebagaimana asalnya iaitu ATAS NAMA Kesultanan Sulu. Maka untuk persediaan, institusi kesultanan Sulu pula harus terbentuk dulu formasi kedaulatannya semula atas kehendak rakyat Sulu.

Walaubagaimana pun, yang saya kira akan berlaku ialah kerajaan Malaysia akan tetap berjaya mengekang SSKM dengan memberikan sebahagian dari tuntutan mereka. Pastinya MALAYSIA akan tetap PADU sebagaimana asalnya.
 
ANALISIS: DENGAN SIAPAKAH GERAKAN SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) BERHADAPAN?
Pertama berhadapan dengan KERAJAAN MALAYSIA dan MELAYU. Kedua ialah berhadapan dengan campurtangan FILIPINA kerana tuntutan lamanya. 
 
Ketiga berhadapan dengan Indonesia kerana isu konfrontasi 1962-63 serta isu Pulau Sipadan Ligitan.

Keempat berhadapan dengan tuntutan Kesultann Sulu terutama dari tuntutan tak tahu hujung pangkal seperti pihak keluarga KIRAM. Tuntutan Kiram mendapat respon dari pihak CHINA.

Kelima, mereka terpaksa berhadapan dengan masyarakat muslim Suluk, Bajau, Bugis, Iranun dan Brunei. 
 
Dalam hal ini yang paling keras dalam memberi tentangan ialah masyarakat Suluk Sabahan. Kecuali mereka telah melakukan tindakan neutralisasi kepada muslimin yang disebut di atas.

Salah seorang pendokong gerakan itu pernah memberikan saya jaminan bahawa Suluk akan sertai SSKM. Tetapi bila saya lihat sentimen dalam forum baru-baru ini di KL dan dalam Group FB mereka ternyata sentimen anti PILAK (Suluk-Bajau) itu sangat mendalam. 
 
Pastinya ini mengundang tindakan berdarah masyarakat Suluk Sabahan sekiranya ia tidak ditangani dengan bijaksana.

Kesimpulan saya, sangat sukar bagi SSKM mendapat kejayaan keluarkan Sabah Sarawak dari Persekutuan Malaysia kecuali terpaksa kompromi dengan perstrukturan semula agihan laba dan kuasa bagi anak jati pribumi Sabah Sarawak sebagai mana yang diminta oleh SSKM sendiri sebelum ini. 
 
Kalau tak semua sekurang-kurang 50% dari tuntutan mereka dapat dipenuhi oleh Malaya.

Kalau SSKM makin kuat hingga MALAYA pun tak dapat berbuat apa-apa maka saya mengira jalan akhir Malaya ialah mengizinkan Tausug dari Sulu masuk ke Sabah beramai-ramai mengambil hak mereka semula sebagaimana asalnya iaitu ATAS NAMA Kesultanan Sulu. 
 
Maka untuk persediaan, institusi kesultanan Sulu pula harus terbentuk dulu formasi kedaulatannya semula atas kehendak rakyat Sulu.

Walaubagaimana pun, yang saya kira akan berlaku ialah kerajaan Malaysia akan tetap berjaya mengekang SSKM dengan memberikan sebahagian dari tuntutan mereka. 
 
Pastinya MALAYSIA akan tetap PADU sebagaimana asalnya.

Padang Besar 1 Ramadan - Ini Buktinya Perlis Masih Bayar Ufti Kepada Siam

Padang Besar 1 Ramadhan 1435 H - Deretan motorsikal Thailand kepunyaan peniaga-peniaga yang menguasai perniagaan di Padang Besar.

Tidak ada apa yg boleh dibanggakan. 99% perniagaan dikuasai oleh peniaga Siam dimana pemilik asal telah menyewa kedai-kedai dan gerai-gerai mereka.

Pendapatan yang diperolehi hanya melalui kutipan parking oleh Majlis Perbandaran Padang Besar, tetapi sebahagian peniaga asing ini tidak membayar sewa parking, mungkin mendapat pengecualian khas?

Setiap kali cuti sekolah Padang Besar akan menjadi tumpuan pelancung untuk membeli belah pelbagai jenis barangan. Tapi sebahagian besar barangan tersebut dimaklumkan diseludup tanpa membayar cukai. 
 
Semua keuntungan perniagaan dibawa balik ke Thailand kerana peniaga-peniaga ini tidak dikenakan sebarang cukai, jauh sekali cukai perniagaan.

Lebih menyedihkan, 85% barangan yang dijual adalah jenama tiruan. Peniaga-peniaga dari Thailand ini sangat bernasib baik kerana tidak dikenakan tindakan oleh KPDNKK mungkin bertujuan untuk memelihara industri pelancungan.

Sejarah silam menceritakan Perlis merupakan salah sebuah negeri yang menghantar bunga emas setiap tahun kepada Raja Siam sebagai ufti. Mungkin kegerunan kepada kerajaan Siam masih menghantui kita hingga sekarang?

Yang tak ter mampu tu, pakat2 jegok ajer lah... Tapi AZAM mesti ada weh !!

Yang tak ter mampu tu, pakat2 jegok ajer lah...
Tapi AZAM mesti ada weh !!

Berita Ini, Menjelang Ramadhan, 61% Pembaca Marah? - Diangkat dari Helen Ang Blog..

  Berita Felixia peluk Islam buat 61% pembaca J-Star marah, kecewa dan sebal

Cerita paling menarik minat orangramai menjelang bulan Ramadan ini ialah tentang pragawati seksi Felixia Yeap dikurniakan hidayah untuk masuk Islam dalam beberapa hari lagi.

The J-Star melapor “Malaysia’s first ever Playboy bunny Felixia Yeap (pic) will be ‘reborn’ this Thursday when she embraces Islam”.

“Roborn” atau “born again” ialah istilah yang amat digemari para evangelista. Sememangnya Kumpulan Media EvangeliSTAR yang berpengkalan di Damansara Utama – kawasan DUN Yang Berhormat DAP Yeo Bee Yin beserta DUMC – adalah berkiblatkan Jerusubang.

Most viewed
Rencana paling popular di laman J-Star Online kelmarin  
Seramai 30 peratus pembaca The J-Star menyambut berita Felixia ini dengan perasaan marah (“Angry”) manakala 10 peratus lagi sedih (“Sad”) — lihat screenshot maklum balas mereka di bawah.

Sebanyak 30 peratus (21% “Annoyed”, 9% “Amused”) pembaca The J-Star menerima khabar tersebut dengan perasaan sama ada jengkel atau geli hati.

Hanya 25 peratus pembaca The J-Star menerima baik (“Happy”) pengumuman Felixia tersebut manakala 5 peratus yang selebihnya mendapat ilham daripada keputusan yang dibuat wanita Cina itu.

MCA jangan kurang ajar!

Seperti biasa MCA terkenal dengan sikap kurang ajar,biadap dan celaka terhadap Islam. Sejak dulu lagi MCA bersikap demikian.

Semuanya hasil "ajaran sesat" yang dipungut daripada UMNO.

Terkini,melalui lidah celaka Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang meminta siasatan terhadap semua ahli PAS yang mungkin terpengaruh dengan Jihad di Syria.

Bagi MCA istilah jihad dengan pengkhianat sesuatu yang tidak berpisah.

Untuk pengetahuan MCA,istilah Jihad adalah sinonim dengan PAS.Umpama kuku dengan isi dan aur dengan tebing juga bagai lagu dan irama.

PAS gunakan dan pratikal Jihad mengikut suasana. Suasana Malaysia yang aman damai dengan demokrasi diamalkan memerlukan Jihad secara undi. Mengundi adalah Jihad yang diamalkan oleh PAS.

Jika di Palestin,tentunya jihad bersenjata sesuai diamalkan di sana.Menentang Regim Zionis.

Atas alasan apa MCA ingin setiap ahli PAS disiasat? Sejarah membuktikan,tiada ahli PAS yang terlibat membuat pengeboman.Tiada ahli PAS yang membuat serangan berani mati ke atas Ibupejabat MCA walaupun MCA banyak keluarkan kenyataan yang menghina Islam!

Bahkan ahli PASlah yang dibunuh seperti di Memali dan Lubuk Merbau.

Tuduhan pengkhianat adalah satu perkara serius.

Untuk makluman MCA,begitu ramai pengikut MCA yang belajar di Taiwan dan Hong Kong yang menghina negara ini samada bendera dan lagu Negaraku.

Bahkan ada pimpinan MCA yang ada rumah di Amerika ,Australia dan Eropah.Inilah pengkhianat yang sebenar !

Malangnya tiada sepatah kata dari MCA minta polis siasat perkara ini.Adakah MCA bersama mereka ?

Tok Pijat 

[VIDEO] Dicekup Khalwat Pada Malam Pertama Ramadhan

Alor Setar: Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.

Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari. -astroawani.

Kelab Greenboc

Sunday, June 29, 2014

35 Menteri Dan 28 Timbalan Menteri, Najib Boleh Hantar Pasukan Menteri JPM Ganti Sepanyol Di Piala Dunia

Najib boleh hantar pasukan Menteri JPM ganti Sepanyol di Piala Dunia [gambar fail]
Perlantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baru daripada MCA dan Gerakan yang diumumkan Perdana Menterimenjadikan Kabinet Malaysia semakin bertambah dengan 62 orang anggota iaitu 35 menteri dan 28 timbalan menteri.

Hal itu menjadikan kabinet Datuk Seri Najib Razak adalah paling besar dalam sejarah Malaysia dan tidak pernah berlaku sebelum ini, baik di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakan itu ternyata mendapat kritikan daripada beberapa pemimpin termasuk penganalisa politik tanah air yang majoritinya mempertikaikan keputusan Najib berbuat demikan.

Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Syed Husin Ali, berkata dengan penambahan dua lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, jumlah menteri portfolio itu kini meningkat kepada 10 orang.

Katanya, jumlah itu mencukupi bagi Najib membentuk pasukan bola sepak dan bertanding dalam Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil.

“Dengan 10 orang menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri, jumlah itu sudah lebih dari mencukupi untuk membentuk pasukan bola sepak. Najib boleh jadi kapten, hantar pasukan kabinet itu ke Brazil untuk menggantikan Sepanyol,” tulisnya di Twitter.

Sementara itu, penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata jumlah pelantikan itu terlalu besar dan akan mendorong kepada pembaziran.

Katanya, lebih banyak wang rakyat rakyat bakal dihabiskan untuk membayar gaji dan elaun menteri dengan skop kerja dan bidang tugas menjadi semakin sedikit.

“Inilah hebatnya Najib. Sebelum beliau memperoleh banyak wang melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada April 2015, beliau sudah mempunyai perancangan ke mana wang itu mahu dibelanjakan. Ini pemimpin yang memandang ke hadapan dengan gaya pemikiran di ‘luar kotak’.

“Bagi Najib, jika beliau boleh bazirkan wang dengan perbelanjaan super mewah selama ini, apalah sangat dengan penggunaan wang rakyat untuk memiliki 35 menteri dan 10 menteri di JPM saja,” tulisnya di blog.

Felixia Dapat Ilham Nama Islam dalam mimpi

Foto

  Selayang: “Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.

Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.
“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.
“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.

FELIXIA bersama pengunjung di majlis Santai Ramadan Petamaku, semalam.