Followers

Thursday, June 30, 2011

Mengapa SPR Mahu Guna Sistem Biometrik Bukan Dakwat Kekal?



Berdasarkan laporan di BH, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa badan itu akan menggunakan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,Abdul Aziz berkata, penggunaan sistem biometrik lebih sesuai kerana ia tidak memerlukan pindaan Perlembagaan berbanding menggunakan dakwat kekal. Beliau juga mendakwa sehingga ini, SPR tidak pernah menerima aduan atau petisyen yang mendakwa pengundi mengundi lebih daripada sekali, seperti dakwaan sesetengah pihak kononnya pilihan raya diadakan secara tidak bersih. 

“SPR tidak boleh menghalang seseorang daripada menunaikan tanggungjawab mengundi semata-mata kerana ada dakwat kekal pada jari mereka kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Sila baca retoriknya di sini.

Adakah kerana berita di bawah ini?



SPR perlu jawab dakwaan bekas tentera ini:

TVS NEWS

MP Pakatan Pandang Serius Penyalahgunaan Wang Zakat - Ditulis oleh Radzi Razak


KUALA LUMPUR 30 JUN : Kenyataan bercanggah antara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Menterinya Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom mengenai isu penggunaan wang zakat dipandang serius Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai menyampaikan usul bertulis untuk menghadapkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana mengelirukan Dewan.

"Saya menyampaikan usul dibawah Standing Order 36(12) yang menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang membuat kenyataan mengelirukan ahli Dewan boleh dihadapkan ke Jawatankuasa itu," kata Izzah ketika menyampaikan usulnya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Izzah untuk menghantar usulnya secara bertulis kerana beliau tidak boleh membuatkan keputusan spontan tanpa menyemak fakta yang diberikan.

Izzah mendakwa Mashitah dalam jawapannya terhadap soalan Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat berkenaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wiliayah Persekutuan oleh Pengarah Jabatab Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali yang juga Setiausaha MAIWP tahun lalu.

Dalam jawapannya pada 21 Jun lepas, Mashita menyatakan "Untuk makluman yang berhormat, peruntukan bagi pembayaran yuran guaman di Unit Undang-undang adalah menggunakan wang zakat. Akan tetapi, ianya adalah disebabkan sebelum ini pihak MAWIP tidak mempunyai sebarang perolehan.

Dalam laporan Utusan Malaysia Jumaat lalu, Jamil Khir menafikan wang zakat digunakan sebaliknya ia melibatkan kos guaman daripada sumber am MAIWP yang diperuntukkan oleh kerajaan di bawah Majlis Agama Islam pada setiap tahun.

Jamil turut memberi contoh, pada tahun lepas sebanyak RM700,000 diperuntukkan oleh kerajaan untuk kos guaman dan bertentangan dengan jawapan Mashitah pada dewan 21 Jun lalu.

Saifuddin pada 21 Jun telah meminta Mashitah untuk mengesahkan dakwaan bahawa Che Mat telah meluluskan penggunaan RM 31, 150 wang zakat MAIWP untuk kegunaan dirinya dalam kes Qazaf Mohd Saiful Bukhari Azlan antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim dengan Che Mat, Jamil, dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Saifuddin sebelum ini turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu

TVS News

Bersih 2.0 : Agong Boleh Bertindak Terhadap Wan Ahmad, Kata Aziz Bari Ditulis oleh Hadri Yaziz


SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.

"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.
Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan  tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.
"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.
"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri,"  kata beliau kepada TvSelangor.
Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.
Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.
Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.
Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.
Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.
Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".
"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.
TVS News

BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi - Joseph Sipalan

 

 

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut ketua BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar diadakan dalam suasana yang 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

NONE"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.


Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

“Beliau tak kata tidak dan saya saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temu janji untuk berjumpa IGP minggu depan.

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

“Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi.”
Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan pada pertemuan berkenaan, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulang kali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman. 

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

azlan

Perarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka bagi berhimpun. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

Malaysiakini



NAJIB TAK KERUAN CABAR RAKYAT

JIKA BAGAI DIKATA..BENARKAN PERHIMPUNAN INI DAN BENARKAN PIHAK BERKUASA MENJAGA KEAMANAN.BELUM ADA KEJADIAN RUSUHAN KETIKA DIADAKAN DEMONTRASI.KITA LIHAT SEJAUH MANA RAKYAT AKAN KELUAR DAN BERHIMPUN DIJALANRAYA.



JIKA 3 JUTA AHLI UMNO MAHU BERHIMPUN...KITA BENARKAN SAMA ADIL ..DAN BIARKAN RAKYAT KELUAR BERHIMPUN SECARA AMAN.....BERAPA JUTAKAH AGAKNYA RAKYAT AKAN KELUAR KE JALANRAYA????




SIPITANG, SABAH : Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan serangan terhadap Bersih dengan mendakwa beliau mampu menggembeling kesemu tiga juta ahli Umno untuk menentang “habis-habisan” perhimpunan aman itu pada 9 Julai depan.
"Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," kata Najib.
Bagaimanapun dalam ucapannya di Sipitang Sabah petang tadi, Najib langsung tidak menyentuh perarakan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno dan Perkasa untuk “menandingi” perhimpunan Bersih pada hari sama.
Perarakan bergelar “Patriot” oleh Pemuda Umno disusun oleh ketuanya Khairy Jamaluddin manakala tunjuk perasaan Perkasa di atur oleh Ibrahim Ali, Ahli Parlimen bebas yang berpihak kepada Umno.
Penganjur kedua-dua perarakan itu dikatakan mengugut untuk mengumpulkan ratusan ribu penyokong di Kuala Lumpur pada 9 Julai semata-mata untuk memaksa Bersih membatalkan perhimpunan aman bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Di Sipitang, Najib sekali lagi mengulangi tuduhan kononnya Bersih adalah didalangi oleh pembangkang untuk dijadikan modal politik.
"Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib.
Perdana Menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya.
Fakta Perdana Menteri itu tersasar. Pada pilihanraya umum 2004, BN dibawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menang 198 daripada 220 kerusi parlimen – satu rekod untuk pilihanraya umum di Malaysia.
Najib mendakwa Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan “hanya menunggu masa” untuk melaksanakannya.
Beliau bagaimanapun tidak mengupas isu kenaikan harga barang yang mencengkam rakyat dan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat gergasi yang menghauskan dana kerajaan.
Najib mendakwa perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini dirancang oleh “kumpulan pengacau yang boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata.”
Penganjur Bersih, Ambiga Sreenevasan menegaskan Bersih adalah instiatif pertubuhan bukan kerajaan untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.
Beliau menjemput semua pihak termasuk parti politik untuk menyokong gerakan aman itu bagi memastikan Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan tanggungjawab secara berwibawa.
Bagaimanapun undangan Ambiga tidak disambut oleh parti-parti komponen Barisan Nasional termasuk Umno tetapi hanya oleh Pakatan Rakyat.
Polis seterusnya mengishtiarkan Bersih sebagai perhimpunan haram dan telah menangkap 100 orang kerana memakai baju dengan logo perhimpunan itu atau mengedarkan risalah mengenainya.
Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim pula disoal siasat di bawah Akta Polis berhubung perhimpunan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kononnya Bersih akan mencetuskan ketegangan dan berkemungkinan melibatkan kehilangan nyawa jika ia diteruskan.

Ahli Parlimen pakai baju BERSIH 2.0 di dewan rakyat


SEDANG pihak Polis sibuk memburu dan menangkap mana-mana individu yan dilihat memakai baju kuning bertulis BERSIH 2.0, Parlimen Malaysia hari ini digemparkan dengan kempen BERSIH 2.0 yang dijalankan secara besar-besaran oleh ahli-ahli parlimen yang menyokong perhimpunan tersebut di dewan rakyat hari ini.

Ahli-ahli parlimen mengenakan tali leher berwarna kuning yang bertulis logo BERSIH 2.0 sebagai menunjukkan tanda sokongan terhadap pehimpunan aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara. Dewan Rakyat menyaksikan ahli-ahli parlimen ini berbahas dengan kilauan tali leher berwarna kuning.

Tambah menarik apabila Ahli Parlimen Bakri, Muar, Er Teck Hwa secara terang-terangan hanya memakai kot dengan T Shirt BERSIH 2.0 tanpa kolar sebagai menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan aman yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Seorang lagi ahli parlimen yang jelas menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin. Beliau dilihat memakai kot dan baju T Shirt BERSIH 2.0 bersama rakan-rakan MP yang lain yang mengenakan tali leher kuning.

Di kala Polis sibuk menangkap rakyat yang memakai baju kuning kerana menyokong BERSIH 2.0, Bik Mama masih lagi membelek katalog beg tangan kah kah kah...

ReJaM© "Malaysia sudah jadi negara kartun, pakai baju kuning pun boleh kena tangkap"
Posted by ReJaM©

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/06/ahli-parlimen-pakai-baju-bersih-20-di.html#ixzz1QkcG2obV

MP Gopeng Dan ADUN Simpang Pulai Sasaran Terbaru Baju Kuning (Video)

IPOH 30 JUN : Selepas 14 aktivis Bersih 2.0 termasuk beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ditahan di Pasar Sungai Siput, Perak ketika mengedar bendera Malaysia semalam, hari ini ahli parlimen Gopeng dari PKR Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai serta dua orang ahlinya pula ditahan.

Kesemua mereka ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat kerana berpakaian kuning.

Lee Boon Chye mendakwa beliau ditangkap sebaik sahaja tiba di kawasan berkenaan bagi melawati penjaja Pasar Gunung Rapat sebelum dibawa ke Balai Polis Ipoh kira-kira jam 9 pagi tadi.
 
 

Sementara beberapa ahli PKR yang menyimpan baju T Bersih 2.0 didalam poket seluarnya juga turut disiasat dan ditahan pihak berkuasa itu dengan gari.
Bagaimanapun ketika berada dalam trak polis Lee Boon Chye sempat bersorak dan mempersoalkan bahawa inikah caranya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) melayankan seorang ahli parlimen kerana hanya memakai baju T kuning untuk melawat kawasan pentadbirannya?
 
Malah beliau turut mengatakan kepada polis bahawa tindakan pihak berkuasa itu merupakan satu perbutaajenayah terhadap seorang yang tidak bersalah semata-mata hanya berpakai warna kuning?
 
”Polis lakukan jenayah dengan menangkap orang dan rakyat yang tidak bersalah…malulah PDRM," ujarnya ketika ditahan didalam trak polis.
 
Insiden itu turut disaksikan lebih 100 anggota polis dan pegawai yang berkumpul di sekitar kawasan pasar Gunung Rapat, Ipoh, pagi tadi.
 
Dalam pada itu, ADUN Tronoh V Sivakumar yang turut serta dalam sesi lawatan itu menyifatkan perbuatan ini terlalu zalim dan tidak sepatutnya seorang ahli parlimen diperlakukan sedemikian rupa.
 
Ujarnya lagi, beliau hairan apakah yang ditakutkan oleh polis dan kerajaan Umno-BN sekarang?

Soalnya, adakah Umno-BN takut dengan bersih ataupun warna kuning?

Katanya, ini kerana ketika Dr Lee Boon Chye ditahan beliau hanya memakai baju T berwarna kuning tanpa slogan Bersih.
"Mereka ada hak untuk berjumpa dengan rakyat di kawasan mereka. Tetapi sekarang saya tak faham apa yang ditakutkan dia (polis), bersih atau kuning saya pun tak tahulah," ujarnya.

"Saya rasa ini satu perkara yang betul-betul zalim berlaku dalam Negara kita. Saya tanya ketua jenayah Ipoh Mr Glenn mengapa tahan mereka? Dibawah undang-undang apa mereka ditahan? Tapi dia jawab, kita tak perlu tahu. Tapi saya ada hak nak tahu," tegasnya.

Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

Bersih 2.0 : Lokman mahu saman Saifuddin RM500,000.99


NONE Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution yang didakwanya telah memfitnahnya mahu membakar ibupejabat PKR.

Dalam laporan tersebut, Lokman juga mendakwa Saifuddin memfitnahnya bahawa beliau mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi BERSIH 2.O, Datuk S Ambiga jika perhimpunan BERSIH diteruskan pada 9 Julai.

Lokman tiba dengan diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kimma menuju ke balai polis Tropicana - yang terletak bersebelahan ibupejabat PKR - pada kira-kira jam 12.50 tengahari.

Beliau kemudian bersama ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican masuk membuat laporan.

NONEKetika hendak masuk ke balai, penyokong AMK bersorak dan Reezal kelihatan cuba menghampir mereka.

Bagaimanapun, lima anggota polis bertindak menenangkan keadaan tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Manakala timbalan ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin turut kelihatan menenangkan ahli-ahlinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis itu, Lokman berkata, dakwaan Saifuddin itu adalah satu fitnah dan beliau menyaman bernilai RM500,000.99 terhadap setiausaha agung PKR itu.

Menurut Lokman, nilai saman tersebut ialah RM500,000 nilai dirinya dan RM0.99 nilai Saifuddin.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionBeliau menuduhkan Saifuddin sebagai pembohong besar kerana "takkan saya nak bakar bangunan PKR kerana ia milik Datuk Soh Che Wen yang tak belaga angin dengan Datuk Seri Anwar."

"Takkan kita nak bakar (bangunan) musuh dia, kawan kita," tegasnya lagi.

Lokman juga mencabar Saifuddin (kanan) supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR.

Katanya, beliau telah bertanya kepada kawan-kawannya, tetapi mereka berkata, beliau tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

‘PM Najib’ Kini Penyokong Kuat Perhimpunan BERSIH 2.0

 

Selama ini aku ingatkan dia ni teruk sangat tapi rupanya tanggapan aku terlalu jauh tersasar. Patut ler pencacai umporno sanggup menjilat segala najis yang tersembur dari bahagian tubuh beliau, ini kerana mulianya hati piem 1Malaysia yang sorang ni.

p/s: Udahlah Tu Pak Jib Jangan banyak Sangat Temberang, rakyat yang cerdik semakin meluat dengan apa yang kau katakan … Bersaralah!

Najib: BN tidak mahu menang pilihan raya guna cara tipu

Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa menyerahkan nasibnya kepada rakyat setiap kali ia berdepan dengan pembangkang semasa pilihan raya.

Perdana Menteri berkata BN percaya rakyat membuat keputusan bijak melalui proses pilihan raya bukannya melalui demonstrasi jalanan seperti perhimpunan haram yang dirancang 9 Julai depan.

“Bila sampai masanya (untuk mengadakan pilihan raya) BN sedia bersaing dengan pembangkang dan serah nasibnya kepada rakyat… bukan semasa demonstrasi jalanan,” katanya kepada lebih 10,000 hadirin pada jamuan 1 Malaysia di Padang Merdeka di sini malam tadi.

Najib berkata BN tidak mahu menang pilihan raya secara penipuan sebaliknya sedia berdepan dengan apa jua cemuhan pembangkang semasa pilihan raya.

Katanya sekiranya pilihan raya diadakan secara tidak adil, mustahil BN kalah di beberapa buah negeri dan gagal mencapai kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum yang lepas.

Najib berkata beliau yakin rakyat di Sabah yang beliau sifatkan sebagai contoh terbaik konsep 1 Malaysia akan membantah rancangan mengadakan perhimpunan haram yang mahu dianjurkan oleh pihak berkepentingan.

Katanya keharmonian kaum yang dinikmati oleh rakyat Malaysia terutama di Sabah tidak harus diambil ringan, kerana menurut Perdana Menteri, rancangan seperti mengadakan perhimpunan haram boleh membawa keburukan dengan sekelip mata kepada semua.

Najib juga yakin Sabah akan kekal di tangan BN menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau berkata ini kerana kerajaan BN telah banyak membawa pembangunan dan perubahan yang ternyata memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

PAPA GOMO, Mana Video Keseluruhan Yang Dijanjikan? PEMBOHONG

Sampai sekarang PAPA GOMO Si Tukang Fitnah kesayangan UMNO masih gagal siar keseluruhan klip video

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar 'blogger' Papa Gomo(gambar)(supaya mendedahkan keseluruhan klip yang disiarkan dalam laman web www.papagomo.com petang semalam.

Cabaran ini dibuat beliau berikutan klip yang disiarkan terlalu pendek sedangkan beliau bersama trio 'Datuk T' adalah lebih daripada setengah jam.

"Saya mencabar Papa Gomo, kalau ada rakaman penuh tunjuk semua jangan setakat dua minit. Saya rasa lebih daripada setengah jam."

"Saya juga mahu cabar Papa Gomo untuk siarkan di mana Tan Sri Rahim tawarkan saya duit, Rahim tawarkan keselamatan dan wang kepada saya dan Rahim juga tawarkan untuk bawa saya berjumpa dengan PM. Tunjukkan, dia (Rahim) sebut dengan jelas."

Klip video berdurasi dua minit tersebut memaparkan trio 'Datuk T' bersama Datuk Johari Abdul menonton video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Johari juga menafikan bahawa beliau mengakui kepada trio 'Datuk T' bahawa pelaku dalam video klip terbabit adalah Anwar, meskipun beberapa kali didesak oleh Tan Sri Rahim Thambi Chik dengan bertanyakan beberapa soalan yang cuba memerangkap beliau.

Beliau juga menjelaskan ayat yang diulang beberapa kali dalam klip terbabit yang cuba menuduh beliau mempercayai bahawa pelaku terbabit adalah Anwar sedangkan apa yang dimaksudkan bukan seperti yang didakwa blogger Papa Gomo.

"Setengah jam saya jumpa mereka, hanya satu ayat saja yang mereka keluarkan, saya kata "its not about Anwar, its about scene" bukan Sin (dosa) tapi Scene. Terdapat dua perbezaan perkataan tersebut, sin membawa maksud dosa, scene tempat kejadian."

Johari mendesak blogger tersebut berlaku secara adil kepada wartawan dan rakyat dengan menyiarkan keseluruhan klip terbabit seperti mana klip video fitnah hitam putih yang disiarkan oleh www.papagomo.com beberapa bulan lalu.

Dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis supaya menangkap blogger tersebut kerana dilihat bersengkongkol bersama trio 'Datuk T'.

"Kami tahu siapa itu papa gomo dan kita agak terkilan dan kita akan beritahu pihak berkuasa hari ini kalau dalam masa terdekat ini Papa Gomo masih tidak ditangkap saya anggap ini adalah konspirasi kerana saya dapat maklumat siapa papa gomo itu daripada orang UMNO."

Beliau juga melihat bahawa blogger Papa Gomo ini boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan sama yang telah dijatuhkan terhadap trio 'Datuk T'

"Hari saya tengok papa gomo dan lebih, kalau Rahim Thambi Chik boleh didakwa atas tuduhan membantu, papa gomo juga boleh dikenakan tindakan yang sama kerana saya telah melihat Akta Suruhanjaya Komunikasi dalam menerbitkan dia juga termasuk dalam penerbitan semula yang melibatkan jenayah."

"Hari ni jika kita lihat dalam laman web tersebut, bukan hanya video mengenai Datuk Johari itu diletakkan, malah gambar lucah juga terdapat dalam laman itu."

Yusmadi juga sanggup memberikan kerjasama kepada SKMM dan pihak polis untuk memberitahu siapa orang UMNO yang telah memberikan maklumat mengenai Papa Gomo bagi membolehkan beliau ditaangkap dan disiasat pihak berkuasa.

paspb2

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/06/sampai-sekarang-papa-gomo-si-tukang.html#ixzz1Qid7EZNY

TAN SRI KHALID IBRAHIM - "JANGAN GANGGU PROGRAM SELANGOR"

Baju Bersih 'HARAM' Tapi Video Lucah 'HALAL'


"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.” 

 

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in Putrajaya 
Itu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.
 
Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.
 
Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.
 
 
Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.
NONE 
Segala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.
 
Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.
Tembelang pecah
 
Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.
 
Akhirnya tembelang Najib “pecah”. 


NONEJanji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.
 
Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. 
 
Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.
Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.
 
Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.
NONE 
Apakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?
 
Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.
police crack down bersih 290611 melacca chinese assembly hall 
Ini kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.
 
Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang “bersih” dan tidak mencurigakan.
 
Amat berpengetahuan
 
Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.
 
Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.
 
Ini tidak termasuk RTM dan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.
 
Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.
 
Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.
 
Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.
 
Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.
 
NONE 
Beliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.
 
Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?
 
Tutup sebelah mata
 
Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.
NONE 
Kehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.
 
"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."
 
Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH. 
 
NONE 
Sebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.
 
Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.
 
Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih. 
 
Oleh: Wira Arjuna

NAJIB, "BERSARA LAH SEBELUM KAMU DIBERSARAKAN."

 
Seperti yang Abu Nawas janjikan semalam, hari ini Abu Nawas nak siarkan gambar2 kelakuan tak senonoh Ambiga yang Abu Nawas terima.

Inilah dia gambar Ambiga seorang artis dari negara India sedang bercumbu dengan perempuan jugak..kah kah kah

Ooo hangpa ni kalau bab pompuan telanjang kalut saja noo... Sampai gambaq Ambiga penegerusi Bersih pun hang pa lalu nak tengok kah kah kah

Sebenaqnya Abu Nawas nak cerita pasai berita kat bawah ni..Ishh biasa la tajuk kasi sensasi baru blog boleh hit kah kah kah. Baru boleh potong ISA bulan ni kah kah kah

Haaa ini Abu Nawas ambil dari web Umno Online. ooo baru Abu Nawas tau yang si Ambiga ni penyokong kuat isu Murtad...

Ish ish ish..bahaya ni.. tapi bila pikiaq 2 balik sapa yang kasi lesen murtad? Antara sokong dengan beri kebenaran untuk murtad sapa lagi teruk. Cuba baca di bawah:-

Kah kah kah.. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu ada songkok atas kepala. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu ustad. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu dari parti Umno kah kah kah.

Biasalah kalau yang menyokong murtad itu orang bukan islam tapi yang peliknya orang yang kasi lesen untuk orang murtad itu adalah orang islam itu sendiri.

Biasalah kalau DAP tak mau pada negara dan hukum hakam Islam kerana parti depa bukan parti orang Islam tapi yang peliknya bila Umno yang mengaku islam tak mau pada hukum Islam.

Bicara Abu Nawas

'Bersih 2.0 Australia' 9 Julai 2 petang - Dicatat oleh Tuk Kiyai

[MK] Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demikian.

Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.


Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Maverick itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.


Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.


“Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.


“Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik,” kata Maverick.


Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.


Menurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.


“Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini.


“Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini,” katanya lagi.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/06/bersih-20-australia-9-julai-2-petang.html#ixzz1QhzITVfz

Akan munculkah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja? Oleh: ZULKIFLI YAHAYA



Dengan kelebihan media-media arus perdana yang dimiliki BN, mereka memanipulasi semahu-mahu dan sepuas-puas isu Bersih 2 supaya persepsi rakyat terhadap maksud asal Bersih terpesong.

Sikap berat sebelah serta manipulasi jahat media BN dalam isu Bersih adalah perkara yang sama dilakukan dalam pilihanraya terhadap pembangkang. Inilah antara tuntutan Bersih yang menuntut supaya media adil terhadap semua pihak.

Sekarang media BN telah berjaya melakukan dua perkara besar:

1. Menghilangkan isu pokok Bersih 2 iaitu tuntutan terhadap sebuah pilihanraya yang bersih. Mereka mengalih fokus kepada rusuhan, huru hara, ketidaktenteraman, kesusahan orang awam, isu kemasukan pelancong, pelaburan dan sebagainya walhal himpunan yang dicadangkan hanya himpunan aman dan santai.

2. Menukar kepada isu racis iaitu kononnya perancangan oleh puak anti Islam, anti Melayu, komunisme, konspirasi asing, memecahbelahkan Melayu dan 'diwarnai' lagi dengan kehadiran Perkasa dan Pemuda UMNO untuk 'berperang' dengan Bersih.

Bukan susah sangat nak ramal strategi UMNO, macam kebanyakan drama atau filem Melayu jugak kesudahannya dah boleh agak.

Ramalan untuk filem bertajuk 'Bersih 2' ini ialah nanti akan muncul Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja membawa titah supaya semua pihak yakni Bersih, Perkasa, Pemuda UMNO dan NGOs supaya membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan pada 9 Julai nanti. Tiada siapa rakyat Malaysia yang akan derhaka pada Sultan. UMNO sudah tidak bermaya mengekang kebangkitan rakyat, benteng terakhirnya tentulah istana.

Namun, saya masih berharap plot cerita filem 'Bersih 2' ini masih mengekalkan skrip asal.

http://kedahla.blogspot.com

Kecoh!!!Polis Buat Hal Dalam Stadium Pulak Dah...

Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.
Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.


"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.


Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscated Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.


Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.


Sementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Siasahkini

Halang Bersih & BN Bakal Kalah Dengan Lebih Parah Dalam PRU


Polis serbu, geledah sekretariat BERSIH 2.0

Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.

Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.
Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Beliau yang ketika itu di bangunan Parlimen berkata dia dimaklumkan polis datang dengan lima kereta tanpa logo polis yang bercermin gelap dan mereka juga tidak memakai seragam. Sebuah trak besar polis tiba kemudiannya.

Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.

Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya sebelum dirampas oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0.

Selain itu, butiran Mykad kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar pejabat itu juga dicatatkan selain diminta membekalkan nombor telefon masing-masing.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.

Beliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.

Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

“Ini adalah hak asasi manusia, adalah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa,” katanya.

Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas.

Manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat. -MK


Bersih 2.0: Polis soal siasat lima pemimpin, 18 lagi susul

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Polis meneruskan pendekatan mereka dengan menyoal siasat lima lagi aktivis hari ini berhubung Himpunan Bersih 2.0 bulan depan, dan dijangka akan menyasarkan 18 lagi, demikian menurut seorang peguam Majlis Peguam.

Lima yang disoal siasat hari ini ialah anggota jawatankuasa pemandu Maria Chin Abdullah, pengarah Tenaganita Irene Fernandez, aktivis sosial Hishammuddin Rais, ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan ketua DAP Selangor DAP Teresa Kok.

Mereka dipanggil hadir di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.

Peguam Edmund Bon, yang menemui mereka kecuali Kok ketika sesi soal siasat memberitahu pemberita bahawa seramai 40 aktivis termasuk ahli-ahli politik pembangkang dipanggil untuk disoal siasat berhubung Himpunan Bersih 2.0.

Katanya, beliau menerima maklumat bahawa 40 dipanggil ekoran laporan yang dibuat oleh seorang anggota polis yang menghadiri majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.

“Anggota polis itu ada pada majlis pelancaran dan menurutnya, dia berpandangan bahawa pelancaran dan kenyataan-kenyataan yang dibuat adalah berbaur ugutan kepada keselamatan negara. Itu yang mencetuskan keadaan ini,” katanya lagi.

Difahamkan Irene, Latheefa dan Kok disoal siasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan manakala Hishammuddin dan Maria Chin disoal siasat di bawah Akta Polis.

Menurut Latheefa, dia tidak dipanggil kerana pembabitannya dalam majlis pelancaran 19 Jun lalu tetapi kerana mengiringi Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan ke balai polis Jalan Travers Khamis lalu untuk membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh SMS.

“Ia mengarut. Saya sendiri datang ke sini untuk disoal siat dan sebabnya siasatan kerana saya mengiringi Ambiga ke balai polis Jalan Travers selepas menerima ugutan bunuh.

“Sebenarnya, saya juga salah seorang yang menerima SMS tetapi pub begitu, mereka menyiasat saya di bawah Seksyen 27 (Akta Polis) dan Akta Hasutan... hanya kerana berada di balai polis.. sejauh mana karutnya benda ini,” katanya lagi.

Dia juga berkata polis menggunakan soalan-soalan yang sama kepada mereka termasuk sama ada perhimpunan itu salah, akan menjejaskan bisnes dan ada kaedah lain bagi mendesak pembaharuan sistem pilihan raya.

Kok yang disoal siasat secara berasing daripada empat mereka itu memberitahu, beliau ditanya mengenai pembabitan dalam pelancaran dan satu ceramah yang disampaikan di Telok Datok, kelmarin.

Hishammuddin memberitahu pemberita bahawa apabila ditanya siapa yang menaja Bersih beliau menjawab “mungkin Kopi Jantan.”

Maria Chin, yang juga Pengarah Eksekutif NGO Empower berkata kesemua rakyat Malaysia seharusnya mengecam tindakan polis yang meneruskan pendekatan menahan aktivis Himpunan Bersih 2.0.

Katanya, kerajaan memberi respons kepada perhimpunan secara tidak rasional.

“Pertama, mereka mengisytiharkan kemeja-T haram dan tidak memberikan sebab mengapa kemeja-T tidak sah.

“Saya fikir ini tindakan kasar yang menggambarkan bahawa kerajaan sudah hilang kawalan untuk menentukan apa itu rasional dan apa itu tidak rasional,” katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

GB telah menyatakan sebelum ini:

GB ingin menyatakan pula bahawa jika BERSIH dihalang mengadakan perhimpunan aman, atau pihak polis cuba mengekang perhimpunan dengan kekerasan seperti dulu-dulu, maka inilah senario yang akan berlaku:

1) Indeks hak asasi manusia untuk negara Malaysia di mata dunia akan merudum dan dengan sendiri menjauhkan para pelabur ke negara ini.

2) Rakyat akan bangkit dengan lebih hebat untuk tumbangkan BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana gelodak kebencian rakyat terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus oleh SPR akan dibuktikan dengan penolakan rakyat terhadap BN dengan lebih jelas dan nyata.

Dan jangan lupa, undi rakyat pada pilihanraya 2008, bilangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat adalah lebih kurang sama dengan Barisan Nasional!





Wednesday, June 29, 2011

KPN : Kita akan tangkap siapa saja !!

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pihak polis akan menahan sesiapa sahaja yang mempamerkan apa-apa perkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (foto). 

"Bukan sahaja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa sahaja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini. 

Beliau berkata, antara undang-undang yang boleh digunakan dalam tindakan ini ialah Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram. Sehubungan itu, Ismail menasihati kumpulan yang berlainan ideologi itu supaya batalkan hasrat mengadakan perhimpunan haram demi keamanan negara. Bernama

[Nampaknya Malaysia kini menuju ke arah negara polis. Pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat itu kini benar-benar telah diperalatkan oleh kerajaan UMNO BN bagi menghalang satu perhimpunan yang bertujuan untuk membersihkan segala kepincangan yang berlaku dalam pilihanraya di Malaysia sejak sekian lama.

Kenapa polis perlu takut sehingga sebegitu rupa, sedangkan mereka sepatutnya bersama-sama rakyat mengawal keadaan agar tidak berlaku kekecohan dan perbuatan yang tidak diingini sepanjang himpunan tersebut. 

Namun, tindakan polis keluarkan kenyataan seperti ini membuktikan mereka memang rela menjadi alat perkakas UMNO BN untuk menghalang rakyat itu sebenarnya].