Followers

Wednesday, June 29, 2011

KPN : Kita akan tangkap siapa saja !!

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pihak polis akan menahan sesiapa sahaja yang mempamerkan apa-apa perkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (foto). 

"Bukan sahaja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa sahaja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini. 

Beliau berkata, antara undang-undang yang boleh digunakan dalam tindakan ini ialah Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram. Sehubungan itu, Ismail menasihati kumpulan yang berlainan ideologi itu supaya batalkan hasrat mengadakan perhimpunan haram demi keamanan negara. Bernama

[Nampaknya Malaysia kini menuju ke arah negara polis. Pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat itu kini benar-benar telah diperalatkan oleh kerajaan UMNO BN bagi menghalang satu perhimpunan yang bertujuan untuk membersihkan segala kepincangan yang berlaku dalam pilihanraya di Malaysia sejak sekian lama.

Kenapa polis perlu takut sehingga sebegitu rupa, sedangkan mereka sepatutnya bersama-sama rakyat mengawal keadaan agar tidak berlaku kekecohan dan perbuatan yang tidak diingini sepanjang himpunan tersebut. 

Namun, tindakan polis keluarkan kenyataan seperti ini membuktikan mereka memang rela menjadi alat perkakas UMNO BN untuk menghalang rakyat itu sebenarnya].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.