Followers

Thursday, December 31, 2009

Kerajaan Negeri Selangor Dahulukan Rakyat

Kerajaan Negeri menyokong cadangan menaikkan bantuan saraan bulanan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) diselaraskan mengikut keperluan hidup semasa.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika diminta mengulas saranan MIC kepada Kerajaan Pusat supaya bantuan saraan bulanan untuk golongan terpinggir ini dinaikkan dari RM350 ringgit kepada RM500 ringgit.

Xavier menjelaskan kerajaan negeri Selangor meletakkan kepentingan rakyat mengatasi parti politik.


Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya amat mengalu-alukan pembabitan semua pihak memajukan kebajikan rakyat Selangor..


"Kalau mereka memang serius untuk berbuat demikian dan turun dengan JKM dan sebagainya kita berikan sebab yang penting rakyat dapat faedah.


"Saya harap orang-orang yang berkenaan akan dapat faedah dan negeri akan bantu bila-bila masa untuk sasaran di akar umbi,"katanya


Agensi berita Bernama melaporkan 22 bahagian Pemuda MIC seluruh Selangor akan dikerah bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu golongan sasaran dari kalangan masyarakat India di Selangor.


Xavier berkata kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat miskin dan terpinggir dengan pelbagai skim dibawah Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.


Beliau menambah rakyat sedar setelah 50 tahun baru kini MIC turut sama turun padang membantu rakyat.


Bagi Xavier, Kerajaan Negeri Selangor tidak memilih bulu asalkan rakyat dibela.


“Tetapi MIC adalah parti Barisan Nasional yang memerintah Putrajaya, jadi dia (Shanker) jumpa menteri berkenaan dan buat menteri itu bersetuju dengan kenaikan bantuan yang diminta dan kita akan bersetuju dengan kenaikan itu. Sebab mereka tunggu 50 tahun untuk berbuat demikian dan ia menguntungkan rakyat secara keseluruhannya,”katanya.

sumber: tvselangor

Jejantas Hubung Penduduk USJ 6 dan USJ 7 : Elak Kejadian Tidak Diingini Berulang

Hasil aduan penduduk dan tindakan pantas ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya, sebuah jambatan yang menghubungkan penduduk USJ 6 dan USJ 7 kini selamat untuk digunakan.

Menurut Adun Subang Jaya itu, beliau menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung keadaan jalan yang sibuk di kawasan itu sekaligus membahayakan penjalan kaki yang melintasi jalan tersebut pada tahun lalu.


"Jalan ini ialah Jalan Kewajipan dan tahun lepas kita telah menerima laporan ataupun aduan daripada penduduk, ini adalah jalan utama dan ada banyak kanak-kanak sekolah melintas jalan untuk balik rumah dan kemalangan pernah berlaku di sini” kata Hannah.


Menurutnya jejantas yang siap dibina sepenuhnya pada pertengahan Disember lalu ini menelan belanja sebanyak RM 585,608.


“Jadi pada tahun lepas, saya telah meminta MPSJ membina jejantas di sini untuk keperluan penduduk di sini dan ia telah dibina".


Menurutnya, kewujudan jejantas ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.


Malah penghadang jalan juga turut dipasang bagi menggalakkan penduduk menggunakan jejantas yang telah disediakan.


Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Dato’ Adnan Haji Md Ikhsan berkata, kedudukan jejantas ini sangat strategik kawasan yang padat penduduk dan akan digunakan kanak-kanak sekolah setiap hari.


“Di sebelah ini ada beberapa sekolah, sekolah Tadika. Pada saya, jalan ini adalah jalan sibuk dan jalan ini mempunyai tiga laluan, menunjukkan betapa sibuknya jalan ini dan kita dapat lihat kenderaan pun bergerak laju kerana ia jalan lurus dan ia amat merbahaya”.

sumber: tvselangor

SELCAT Siasat Semua ADUN Termasuk ADUN PR

Sesi Pendengaran Awam Terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas, Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan atau SELCAT akan bersidang 25 Januari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim berkata siasatan keatas peruntukan Adun-Adun Selangor sesi 2008 dan 2009 akan disambung dalam persidangan ini.


Sesi sebelum ini menyaksikan pegawai-pegawai daerah serata Selangor dipanggil untuk memberi keterangan ke hadapan jawatankuasa SELCAT.


SELCATt mengundang kontroversi selepas membongkar penyelewengan wang pembayar cukai Selangor oleh isteri kepada bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo.


Disiarkan secara langsung melalui siaran internet di www.tvselangor.com, Teng berkata SELCAT turut beriya-iya untuk menyiasat peruntukan di Dun-Dun Pakatan Rakyat.


"Ramai juga sengaja memutarbalitkan dan mengelirukan rakyat dengan menyatakan SELCAT ini membongkar kelemahan pemerintahan yang lalu. Ini sebenarnya adalah satu kenyataan yang jahat kerana dalam proses menyiasat peruntukan ADUN kita akan menyiasat peruntukan tahun 2008 bererti melibatkan zaman pemerintahan lalu dan sekarang,”katanya.


Teng berkata demikian ketika ditemubual Apa Khabar Selangor semalam.


Beliau menjelaskan peranan SELCAT pertama sekali adalah mendemokrasikan urustadbir kerajaan negeri untuk pemantauan pembayar cukai.


SELCAT turut berfungsi memastikan pentadbiran kerajaan negeri cekap, amanah dan berkesan setimpal dengan pungutan cukai tahunan kerajaan negeri.


“Jawatankuasa dewan bertujuan untuk membantu dewan kerana dalam proses menyemak pentadbiran dewan ia membuat rumusan, laporan dan membuat cadangan dalam laporan tersebut. Tujuannya adalah untuk membantu memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan,"katanya.

sumber: tvselangor

Kertas siasatan enjin jet hilang dihantar semula - Musa Hassan


Polis menghantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Jabatan Peguam Negara semalam setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci, kata ketua polis negara.

"Kita hantar semula selepas ia siap dan dikemaskini. Kita perlu menunggu mereka untuk tindakan seterusnya," kata Tan Sri Musa Hassan kepada Bernama hari ini.


Musa mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai perkara itu
.


Musa berkata tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.


Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah TUDM ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.


Minggu lepas, Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai "perkara serius", dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.


Mengenai siasatan sindiket penjualan bayi yang dibongkar di Klang, Musa berkata polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu lagi akan disoal siasat atau ditahan.


Siasatan yang lebih menyeluruh sedang dijalankan kerana sindiket ini melibatkan ramai orang dan perlu ditangani dengan terperinci, katanya.


Sehingga ini polis berjaya menyelamatkan 10 bayi berumur lingkungan dua minggu hingga sembilan bulan serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.


Seorang wanita serta dua anak perempuannya sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memperdagang tiga bayi. BERNAMA

Blog sokong Husam isu 'politik keluarga'

Kebanyakan blog pro-PAS, termasuk di kalangan aktivisnya, menyokong ketegasan exco kanan Kelantan mendesak pentadbiran kerajaan dipisahkan daripada kepentingan keluarga.

Walaupun teguran Datuk Husam Musa itu tidak jelas ditujukan kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi penulis-penulis blog itu menyifatkan artikel 'Malaysia atau diri' kelmarin merujuk perkembangan terkini politik negeri itu.


Penulis yang turut berdiri di belakang Husam, dalam isu ini, termasuklah Mohd Sayuti Omar, penulis politik terkenal yang selalunya kritikal pada bekas naib presiden PAS itu.


"Kalau Husam menegur Nik Aziz dan sesiapa dengan pandangan itu, tujuannya tidak lain untuk menjaga PAS dan kerajaan Kelantan.

"Saya tidak fikir dia ada udang di sebalik batu dan mengharap sesuatu untuk dirinya dengan teguran itu," kata pengamat politik kelahiran Kelantan itu di blognya Merah Tinta.

"Saya bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Husam. Kebimbangan Husam itu, adalah juga kebimbangan saya malahan itulah yang telah saya suarakan sebelum ini."


Seperti tanggapan beberapa blog lain, seorang pemimpin PAS Wilayah Persekutuan pula menyifatkan teguran Husam itu sebagai keberanian baru setelah lama berdiam diri.


"Daripada berdiam diri yang membawa diri jadi tertekan, lebih baik bersuara walaupun dirasakan akan ada geruh bakal berlaku," kata Mohamad Nazir Zakaria.


"Alang-alang mandi biar basah, seluk ikan pekasam biar sampai ke pangkal bahu."


Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Anuar Hashim, turut melontarkan sokongan bersama Husam di blognya Perakite semalam.


"Sikap pengaruh keluarga mencampuri urusan pentadbiran negeri adalah satu tragedi politik yang maha negatif.


"Lantaran mungkin sudah tidak mampu berdiam diri lagi, maka akhirnya Husam mulai bersuara yang juga memungkinkan (kerjaya politik) beliau sendiri terkambus dengan sendirinya.


"Memang seseorang perlu membuat teguran dan malanglah bagi Husam kerana terpaksa memulakannya," Anuar dalam artikel 'Kadok sudah mula naik junjung'.


Menulis di blognya Cetusan Hati, Husam menggesa pemimpin sesebuah kerajaan, termasuk PAS, memisahkan hal-ehwal pentadbiran daripada kepentingan kekeluargaan.


Dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Husam menyeru agar wujud pemisahan jelas dua bidang tersebut.


"Politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar (BN) tahun 2004 tidak berulang.


"Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihan raya 2008," coretnya.


"Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentingan yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah."


Mengulas kontroversi berlarutan di Kelantan berhubung gelagat keluarga Nik Abdul Aziz, penulis blog Ummu Asiah berharap ia akan segera diselesaikan kerana ia boleh memusnahkan "tiang seri PAS".


"Membaca tulisan yang akhirnya diluahkan juga oleh Husam walau mungkin telah lama dipendam menambahkan lagi resah di dada dan duka lara yang ada," kata pemiliknya Nashita Md Nor, seorang aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).


"Kita terus-menerus menanti pengakhiran kepada episod drama yang sungguh tidak ingin kita lihat untuk terjadi sejak dari awal.


"Moga mimpi ngeri ini segera berakhir, dan anak menantu jangan lagi menambah luka-luka yang sedia ada dan bernanah ini."

Bekas pemimpin Pemuda PAS Aris Awang pula menyambut baik teguran Husam itu dengan menyifatkan ADUN Salor masih tekal dengan idealismenya sebelum berjawatan dalam kerajaan.


"Husam pun (seperti saya) setelah aku baca tulisannya yang terbaru, fikirannya masih sama ketika belum memerintah dan selepas memerintah," katanya, kini setiausaha PAS Kuala Kedah.


"Cuma aku harapkan fikiran itu bukan kembali sama seperti dahulu setelah melihat hujung terowong semakin gelap di kehidupan dunia ini (sudah tentu tidak begitu bagi seorang pejuang Islam yang yakin dengan maalikiyau middiin).


"Semoga pemuda dan pemudiku yang telah memegang jawatan hasil daripada kemenangan kita dalam pilihan raya (umum) yang lalu akan terus sama berfikir dan bertindak seperti dahulu juga, seperti aku dan Husam."

sumber: malaysiakini

UMNO – pembersihan melibatkan Najib?

Buatlah apa sahaja perubahan polisi dan lakukan apa sahaja untuk rakyat, selagi diri berbau dan tidak nampak bersih semua itu dikatakan muslihat politik. UMNO dalam delima sekarang ini. Banyak isu yang tidak dapat diselesaikan dan menambah burukkan keadaan dan reputasi UMNO. UMNO perlu diselamatkan demi untuk orang Melayu tetapi kalau orang Melayu sendiri khususnya ahli UMNO tidak mahu menyelamatkan diri maka UMNO akan tersungkur, ditalkinkan dan Melayu akan jadi hamba di negara sendiri.

Najib sendiri hari ini menjadi di lantik menjadi Perdana Menteri yang mempunyai banyak misteri. Dari Altantuya hinggalah kepada kes Rosmah dan akhirnya jet pejuang yang hilang yang mana Najib sewaktu itu Menteri Pertahanan. Najib sekarang sudah tersepit. Nama sudah tidak lagi bersih dan mungkin tidak lama lagi menjadi liabiliti kepada UMNO. UMNO tidak nampak bersih, nampak menipu dan mempergunakan kuasa untuk kepentingan diri, habis macam mana nak dekati rakyat. Najib sendiri sekarang ini dinampakkan bermasalah dan kalau beliau buat kerja untuk rakyat pun ia akan tetapi dikatakan muslihat politik. Begitulah buruknya UMNO. Begitulah hakikatnya UMNO.


Patutkan kita biarkan perkara itu – sebab individu menjadikan UMNO hancur lebur, berkecai seperti mana Altantuya di bom. Macam mana nak percaya sekiranya kes-kes besar tidak dapat diselesaikan. Kita baca www.themalaysianinsider.com – mereka tulis kekecewaan besar abad ini ialah Pak Lah jadi Perdana Menteri dan yang memalukan untuk abad ini adalah perebutan Perak – menunjukkan UMNO terdesak. Semua ini mempengaruhi rakyat. Namun banyak lagi yang boleh dilabel – memalukan tahun ini – isu kematian Teoh Beng Hock, memalukan tahun ini – pengakuan Balasubramaniam dengan pendedahan penglibatan adik Najib untuk merasuah beliau menutup kes penglibatan Najib dengan Altantuya, memalukan tahun ini adalah kehilangan enjin jet pejuang. Semua ini memalukan dan nama Najib hadir dalam semua kes kecuali kes Teoh Beng Hock.


UMNO nak cakap apa lagi. UMNO kena mula duduk berbincang sesama di peringkat bahagian – kaji semula bukan duduk fikir bagaimana nak tendang orang itu dan ini untuk cari jawatan. UMNO perlu cari jalan bagaimana nak berdepan dengan rakyat dan menguatkan diri dengan perubahan kritikal bukan kosmetik. UMNO perlu sedar bahawa kehadiran mereka penting tetapi kalau segelintir kepimpinan gagal tetapi tidak ada tindakan ke atas mereka maka UMNO turut akan gagal.


Kalau itu berlaku – kalau UMNO terus di cemuh maka UMNO akan PASTI HILANG dalam PRU 13 nanti.

Kenyataan Media : Penafian Himpunan Desak Zambry Letak Jawatan: Bohong

Berhubung dengan sebaran sms dan khabar angin yang mengatakan Pakatan Rakyat akan mengajurkan satu himpunan mendesak MB Kudeta, DR. Zambry Abd Kadir supaya meletakkan jawatan pada 31hb Disember(esok),dengan ini saya suka mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan. Suka ditegaskan disini bahawa prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak.


2. Saya juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan sms dan berita yang tidak berasas langsung itu.


3. Saya juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan yang terperinci mengenai siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan berita yang saya anggap satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat Perak.


4. Selain itu, saya suka memberi ingatan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan mempercayai dan mengabaikan maklumat bohong itu. Juga saya menegaskan semua penyokong Pakatan Rakyat sentiasa berhati-hati dengan provokasi dan fitnah yang berterusan dari musuh-musuh Pakatan.


5. Seterusnya saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai kepada sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan Rakyat.

Kenyataan
13 Muharram 1431H/30hb Disember, 2009 DRS. Khalil Idham Lim Setiausaha, Sekretariat Pakatan Rakyat, Perak.

NAJIB TOLAK SURUHANJAYA SIASAT MAHATHIR BAZIR RM100 BILION

Najib Razak berkata suruhanjaya diraja tidak perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas perdana menteri Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

"Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja... tetapi dalam hal ini, tak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.


Nota: amarah

Agak dah. Mesti takda punya. Padahal siasat aje pun. Bukan pegi kena hukuman sebat 100 kali.


Oit, Teoh Beng Hock tu sampai mati kena siasat padahal tak sampai pun RM1000.00. Pesal kecut sangat? Melibatkan billion ni weh. Kira la berapa rumah PPRT ko boleh bina dengan duit sebanyak tu. Kot nak ampu pun agak-agak la.


Ketuanan yang pengecut. Arak kepala lembu berani la kau... Khaaak tuuihhh!!!

sumber:

Ketakutan BN..Kini Penamaan Calon Hanya 3 Hari dan Tempoh Bertenang 24 Jam.

Tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari merupakan antara cadangan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.


Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak.


Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kedua-dua perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dimasukkan dalam cadangan pindaan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.


Jika cadangan itu diluluskan, maka mereka yang melanggarnya boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.


“Kita dapati sepanjang sembilan kali Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Mac tahun lalu, para penyokong parti bertanding masih berdegil dengan terus menjalankan kerja meraih undi semasa hari pengundian.


“Padahal SPR sudah tetapkan mulai 12 tengah malam menjelang pengundian sehinggalah malam keputusan pilihan raya itu tidak dibenarkan langsung berbuat demikian.


“Justeru, menerusi pindaan ini nanti, selepas kempen, keesokannya belum ada pengundian lagi dan urusan itu (pembuangan undi) hanya akan dilaksanakan hari berikutnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini.


Berhubung pindaan dalam memanjangkan proses penamaan calon, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan mengelakkan kekecohan ekoran pertembungan ribuan penyokong parti-parti bertanding yang datang serentak dan saling menunjukkan kekuatan.


“SPR sedang meneliti kemungkinan membenarkan calon sebuah parti berserta para penyokong mereka menyerahkan borang pencalonan pada sebelah pagi, satu lagi calon pada petangnya pula, manakala kalau ada lagi calon-calon lain, mereka akan berbuat demikian keesokannya dan begitulah seterusnya,” katanya

sumber: sendirimauingat

Wednesday, December 30, 2009

Hassan Ali: GKPPNS Tidak Serah Memorandum

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata sehingga hari ini beliau tidak menerima sebarang memorandum daripada Gabungan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor(GKPPNS) berhubung desakan kumpulan itu yang meminta Pas keluar dari Pakatan Rakyat

Bagaimanapun katanya, sekiranya intipati memorandum itu menyentuh polisi parti, ia harus diserahkan kepada Pas Pusat.


"Tidak ada...seorang pun tidak datang menyerahkan memorandum kepada saya.Jika mereka datang sekalipun saya akan nasihatkan mereka supaya menyerahkan kepada Pas Pusat,Setiausaha Agung... bukan kepada saya"katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rancangan Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi di Negeri Selangor Bagi tahun 2010 di Hotel Holiday Villa, Subang, pagi tadi.


Dalam kejadian kelmarin, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gabungan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor(GKPPNS) mengadakan perhimpunan aman mendesak agar kepimpinan parti itu supaya keluar dari Pakatan Rakyat(PR) ekoran rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.


Dalam perhimpunan itu GKPPNS turut mengemukakan 13 perkara dalam memorandum untuk mendesak parti itu keluar dari PR.


Bagaimanapun memorandum tersebut gagal dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berikutan pejabat parti itu ditutup berikutan cuti hujung minggu.


Dalam pada itu Hassan menegaskan bahawa, kumpulan terbabit dalam perhimpunan itu sebenarnya bukan ahli Pas seperti yang dilaporkan.


"Satu perkara yang kita pasti,mereka ini bukan ahli Pas walaupun mereka mengaku mereka dari parti ini",katanya.


sumber: tvselangor

Shamsul : SPRM Jangan Guna Alasan Lama

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menggunakan alasan lapuk bagi mengelak melaksanakan tanggungjawabnya berhubung kes penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

SPRM hari ini dipetik berkata Bala perlu tampil memberi kenyataan kepada badan itu berhubung dakwaan pembabitan kerabat keluarga Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes Altantuya Sharibuu.


Kenyataan itu mengejutkan kerana Bala sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPRM. Beliau hanya meletakkan syarat mahukan soal siasat itu dijalankan di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia.


“Saya mendesak SPRM jangan berhelah dan menggunakan tektik yang lama. Iaitu mengalih tumpuan dengan memberikan alasan-alasan yang kosong dan tidak munasabah”.


Beliau berkata demikian kepada TV Selangor sebagai respon daripada kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.


Bala sebelum ini membuat kenyataan kepada peguamnya bahawa beliau disogok wang dan diugut oleh adik Najib dan kenalan rapat isteri Perdana Menteri supaya menafikan sebarang hubungan antara Altantuya dan Najib.


Bala adalah penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda pada tahun 2006 untuk membayangi Altantuya ketika warga Mongolia itu berada di Malaysia.


Razak, kenalan rapat Najib, dituduh bersubahat dengan dua pegawai polis membunuh Altantuya. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah.

Menurut Shamsul, SPRM tidak perlu mencipta pelbagai alasan bagi melengahkan kes tersebut sedang SPRM telah menerima surat daripada peguam Bala, Americk Sidhu.


“Sepanjang pengetahuan saya, Americk Sidhu telah pun menulis surat bahawa beliau sedia membawa Bala dan sepatutnya perkara ini menuntut satu jawapan daripada SPRM. Dan bukannya komen sebegitu” tambahnya lagi.


Shamsul kesal kerana SPRM tidak mahu berdepan dengan Bala atau menyiasat dakwaannya terhadap pembabitan isteri Perdana Menteri Nazeem Razak dan penjual permaidani Deepak Jaikishnan.


“Malah saya pertikai mengapa sehingga sekarang, saksi-saksi seperti Deepak, seperti Nazeem Razak dan Rosmah Mansor, kalau boleh kita gunakan kerana dalam CD tersebut namanya disebut, tetapi tidak dipanggil”.

Bala sebelum ini mendakwa beliau ditawarkan rasuah 5 juta ringgit dan diugut meninggalkan Malaysia selain menafikan Perdana menteri mempunyai sebarang hubungan dengan Perdana Menteri yang ketika itu menteri pertahanan.

sumber: tvselangor

Kerajaan Negeri Selangor Peruntuk Enam Juta Bangunkan Sekolah Agama Rakyat

Kerajaan Negeri memperuntukan enam juta ringgit dalam usaha menaiktaraf sekolah agama rakyat yang selama ini terpinggir.

Menyedari sumbangan besar institusi pengajian Islam kepada pembangunan masyarakat madani, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata peruntukan ini bertujuan menaiktaraf kualiti bangunan dan prasarana sekolah pondok yang usang.


Menurutnya, Pondok Bustanul Arifin yang terletak di Banting ini antara pusat pengajian agama yang menerima peruntukan tersebut bagi tujuan membaik pulih bangunannya yang sudah daif.


Pusat pengajian yang diasaskan Ustaz Ahmad Ansori Murshid ini dibangunkan sejak tahun 2003 dan kini mempunyai bilangan pelajar seramai 130 orang.


Dr Halimah berkata demikian kepada TV Selangor selepas merasmikan Majlis Penutup Kem Bina Iman, di pusat pengajian itu petang semalam.


Dalam acara tersebut, seramai 160 pelajar lelaki seluruh Selangor dihimpunkan dalam program jati diri Kem Bina Iman di Banting Selangor.


Dr Halimah Ali berkata kem lapan hari tujuh malam dengan kerjasama Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin bertujuan membangunkan potensi diri setiap pelajar selain mengenal pasti masalah mereka melalui modul SPIES.


“Program Generasi Idaman Selangor dimana kita cuba mencegah anak dari pelbagai latar belakang khususnya dikalangan remaja belia ini yang mana mereka ini datang daripada seluruh Selangor dan kita tempatkan disini 8 hari, ada yang sebulan,ada yang tiga hari dan ada diantara kalangan mereka ini anak-anak atau remaja yang telah terjebak dalam gejala sosial bahkan ada yang ditahan oleh polis untuk ke pondok ini”,katanya.

sumber: tvselangor

GMI TERKEJUT MENTERI KATA SEMUA SOKONG KEKAL ISA – harakah daily


LIDAH KONTOT - AKAL LAGI KONTOT NGOOK YANG SOKONG ISA Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas kenyataan Hishammuddin Hussein bahawa semua pihak sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin itu tidak menggambarkan persetujuan semua pihak kerana pertemuan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melibatkan semua pihak.


GMI khususnya dan beberapa badan bukan kerajaan yang lantang menuntut ISA dimansuhkan seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga tidak dipanggil menghadiri sesi Pertemuan Awam dengan KDN bagi berbincang mengenai akta tersebut.


"Banyak prsoalan yang timbul daripada kenyataan Hishamuddin itu. Yang dikatakan sepakat (ISA dikekalkan) itu siapa? Siapa yang terlibat dalam pertemuan itu?


"Setahu saya badan bukan kerajaan seperti GMI, SUARAM dan JIM yang ke depan dalam isu ini tidak dipanggil. Bagaimana dengan bekas tahanan ISA, ahli keluarga, peguam yang ada pandangan berbeza dan meluas dalam isu ini?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

KAH KAH KAH…
woit… LIDAH MUNKEEE INI
KONTOT…. kah kah kah..


kah kah kah… TAK BOLEH BERCAKAP DENGAN
RAMAI ORANG…kah kah


kah kah kah… MUNKEE NI JUMPA BANYAK NGOOOOK
NGOK YANG TAK TAHU APA DIA HAK ASASI… kah kah kah..


woit… ADA NGOK YANG ANGGAP ISA INI
HAK KEISTEMEWAANMELAYU…. kah kah kah..


woit… ADA NGOK YANG ANGGAP ISA INI KETUANAN
MELAYU…kah kah kah…


nota:


hanya satu cara untuk hapus isa.
hapuskan gerombolan.
bila gerombolan hapus maka isa hapus sama.

sumber: tukartiub

Kerajaan Negeri Selangor Agih 40 Ribu Beg Sekolah

Sempena sesi persekolahan akan datang, Kerajaan Negeri memberikan 40,000 beg sekolah percuma kepada setiap Dewan Undangan Negeri untuk diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jeyakumar berkata setiap Dun mendapat 700 beg sekolah, yang akan diagihkan kepada penduduk setempat oleh wakil rakyat masing-masing.

"Pemberian ini adalah satu cara kerajaan negeri meringankan beban rakyat terutamanya di musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi",katanya.


Dr Xavier berkata pendidikan adalah jaminan masa depan anak-anak Selangor, dan demikian itu kerajaan negeri bertanggungjawab meringankan beban ibu-bapa di kala kemelut ekonomi hari ini.


Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM600,000 untuk program bantuan persekolahan ini.


Tahun lalu, kerajaan negeri mengagihkan bantuan 700 kasut sekolah
ke setiap Dun.


sumber: tvselangor

Demo Tuntut PAS Keluar Pakatan, Satu Lagi Siri Fitnah Ke Atas PAS

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan mendakwa adanya unsur fitnah dalam usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan mengunakan nama parti itu.

Beliau berkata demikian kepada Tv Selangor ketika mengulas mengenai laporan polis yang difailkan oleh sayap parti itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.
Aduan polis itu dibuat terhadap kira-kira 20 peserta demonstrasi yang menyamar sebagai ahli PAS dan menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS).

“ Kita melihat apa yang dinyatakan ataupun kandungan dalam memorandum atau apa yang mereka ingin sampaikan yang mengatakan PAS tidak berperanan adalah cubaan fitnah dan bertujuan mahu melaga-lagakan Pakatan Rakyat di negeri Selangor” ujarnya kepada TV Selangor.


Dalam kejadian Ahad lalu, sekumpulan yang mendakwa mereka sebagai penyokong Pas dari Gombak dan seluruh Selangor berdemo di hadapan ibu pejabat Pas Selangor. Geng Pro-pemisah ini bersenjatakan sepanduk dan gerombolan muda belia Kelantan itu turut menuntut Pas menceraikan perikatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Menurut Hasbullah, beliau percaya ini satu lagi siri cubaan untuk mengkucar-kacirkan kerajaan negeri
Selangor dan PAS dijadikan alat bagi tujuan itu.


“ Cubaan pihak-pihak tertentu untuk mengambil kesempatan untuk cuba mencuit salah satu parti atau parti komponen yang ada di dalam Pakatan Rakyat. Dan kita lihat mengapa PAS jadi sasaran, ia melihat apa yang berlaku sekarang ini, ia cuba menyalahkan salah satu parti yang ada yang ada dalam Pakatan Rakyat”.


Ujarnya lagi, tidak ada sebab mengapa demonstrasi seumpama itu harus berlaku di kalangan ahli PAS kerana mereka tahu sejauh mana komitednya
PAS bersama Pakatan Rakyat.
“ PAS menjadi sasaran ini sebab mungkin
kerana salah satunya mereka melihat dengan suasana yang ada sebelum ini, dan suasana yang ada dalam politik Selangor, yang mungkin mereka lihat PAS sebagai dilabelkan tidak menghormati Pakatan Rakyat tetapi kita secara dasar dan secara konsistennya, memang kita komited dengan Pakatan Rakyat” tambah beliau lagi.
Mengulas mengenai jurucakap GKPPPS, Wan Hilman Wan


Abdul Rahim yang sah bukannya ahli PAS Gombak seperti yang didakwa oleh individu terbabit, Dewan Pemuda PAS Selangor menggesa pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap geng pro-pemisah itu kerana kelakuan yang seumpama ini nyata mencemarkan kredibiliti parti.



“ Perkara ini kita lihat ada perancangan dan ada plotnya. Sebab itulah kita di pihak Dewan Pemuda PAS akan sentiasa peka dengan perkara ini terutamanya dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menyamar menjadi ahli PAS, yang menyamar sebagai ahli parti dan yang cuba merosakkan imej parti”.



sumber: tvselangor

Dr Rosli boleh dipenjara, denda jika langgar mufarakah

Pasangan umat Islam yang mengingkari perintah Mahkamah Syariah supaya bermufarakah (tinggal berasingan) susulan kesahihan
perkahwinan mereka diragui boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kuty, berkata sepatutnya pasangan terbabit sedar bahawa perbuatan tinggal bersama selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah adalah salah daripada segi agama.

"Soal untuk bertindak terhadap mereka yang mengingkari sesuatu perintah mahkamah sepatutnya tidak berbangkit jika umat Islam mematuhi hukum agama," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai insiden malam tadi apabila rumah bekas ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, "dikepung" oleh keluarga isteri keduanya yang mengesyaki pasangan tersebut masih tinggal bersama walaupun diperintah Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan kerana kesahihan perkahwinan mereka diragui.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak dapat ditahan oleh pihak penguatkuasa penyelia agama Islam kerana gagal mendapat waran tangkap atau geledah daripada pihak berwajib.

Pada 21 Disember lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah mengarahkan mereka tinggal berasingan sementara (mufarakah) kerana meragui perkahwinan mereka yang dikatakan dilakukan oleh satu sindiket di sebuah masjid di Selangor.

Rosli dan pasangannya Noor Illani Mohd Nor dikatakan masih tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Long Yunos di Kota Bharu walaupun mendapat perintah mahkamah supaya bermufarakah.

Abu Bakar berkata soal untuk mendapatkan waran tangkap atau geledah rumah yang didiami pasangan terbabit adalah perkara kedua kerana pihak berkenaan boleh mendapatkannya daripada mana-mana pihak berwajib, seperti Hakim Mahkamah Syariah.

"Waran itu boleh didapati daripada pihak berkenaan bila-bila masa walaupun di luar waktu pejabat," katanya. BERNAMA

Utamakan keluarga atau kerajaan?- Husam Musa

Malaysia mungkin dikenakan sanction (sekatan) atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar.

Kenyataan P Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu perdana menteri-Altantuya Shaariibuu, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej kerajaan kita terjejas teruk.


Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tidak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat.


Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib Razak gara-gara ahli-ahli parlimen BN tuang (ponteng) sidang Parlimen semasa undian, tentulah mengerikan penyokong BN.


Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh ahli-ahli parlimen BN itu sendiri kerana dah malas. Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.


Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu Biro Tatanegara (BTN) sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.


Perdana menteri mungkin mengikuti jejak Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Lebih banyak berdiam daripada memberikan respons segera. Perdana menteri seakan terpisah daripada realiti.


Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari.

Beliau petah ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.


Dalam sesetengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk tatacara piawai operasi (SOP) urusan diplomatik dan luar negara.


Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.
Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.


Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemuncup-kemuncup sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.


Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara hal-hal keluarga (family matters) dan hal-ehwal berkerajaan (state matters). Bukan sahaja dari segi perundangan (legally), tetapi juga dari segi moral (morally).


PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan presiden PAS waktu itu Datuk Asri Muda.

Serangan sedemikian, ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali
.


Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr Mahathir Mohamad ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu menyelamatkan (bail out) syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini.


Anaknya yang lain Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur daripada dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisme Dr Mahathir sekitar awal 1990-an.
Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa Umno/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik Khairy Jamaluddin (KJ), Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.


Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tidak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli Umno sendiri.


KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.


Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.


KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.


Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentigan (stake holder) yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.


Dilihat daripada sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir di tangan Rasulullah SAW dan isu-isu itu pula bukan berbentuk habuan kewangan(monetary gain) atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest (kepentingan awam).


A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah SAW meneruskan hasrat baginda.


A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.


Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya
.


Namun, sampai kepada isu habuan kewangan, kedaulatan undang-undang dan isu pentadbiran yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan.


Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapati melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.

Batas inilah yang perlu dipelihara ketika masyarakat sedang tertunggu-tunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.


Datuk Husam Musa, exco perancangan ekonomi dan kewangan Kelantan, melontar pandangan ini di blognya Cetusan Hati. Artikel ini diterbitkan semula, dengan sedikit suntingan, sebagai penilaian pembaca terhadap perkembangan terbaru politik di negeri itu.

Tuesday, December 29, 2009

SPRM Akan Siasat Rosmah dan Nazim 3 Hari Lagi..!!!

Datuk Abu Kassim SPRM Akan Siasat Rosmah dan Nazim 3 Hari Lagi?

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sebaik saja mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM secara rasmi pada 1 Januari 2010, saya akan mengambil beberapa langkah drastik bagi meningkatkan kembali imej badan ini agar ia benar-benar diyakini kreadebilitinya oleh rakyat. Pada hari ini, 1 Januari 2010, saya secara rasminya dilantik sbagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.


Justeru, sebagai menunaikan janji saya itu, maka saya, Datuk Abu Kassim Mohamed bertekad untuk memulakan siasatan terhadap beberapa kes rasuah berprofil tinggi negara ini. Ini termasuk siasatan terhadap Dato' Mohammad Nazim Razak seperti dalam dakwaan penyiasat bebas, P Balasubramaniam mengenai pembabitan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kes dakwaan individu yang tidak dikenal pasti yang telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri Perdana Menteri berada di Dubai, Ogos 2008 dan kes kehilangan dua enjit pesawat tempur negara ini."


Apakah Datuk Abu Kassim Mohammed akan mengeluarkan kenyataan seberani itu sebaik sahaja mengambil alih jawatan rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010 yang tinggal hanya 3 hari saja lagi ini?


Jom kita tunggu kenyataan sulung Datuk Abu Kassim. Jom kita teka sama ada beliau dianugerahkan keberanian untuk melakukan sesuatu yang boleh menjadikan SPRM sebagai badan yang benar-benar telus dalam proses siasatannya.

sumber: kedahlanie

BAKAL KETUA SPRM HARUS LETAK JAWATAN?

Oleh: JAMIL NASRAH - BAKAL Ketua

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Hanifah Mohammad @ Pak Abu disarankan meletakkan jawatan sebelum dilantik ke jawatan tertinggi SPRM pada 1 Januari 2010 sekiranya ‘membudayakan’ sindrom menutup kes rasuah yang melibatkan VIP, sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan @ Tok Mat.


Ketua Cawangan UMNO Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul dan Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Tungku, Kunsul Nahul membuat saranan demikian secara serentak setelah Panel Aduan SPRM menyerahkan aduan mereka berhubung tiga kes berskala besar yang dilaporkan kepada panel berkenaan pada 15 Oktober 2009 kepada Jawatankuasa Penilaian dan Operasi.


“Kami mengalu-alukan perlantikan Pak Abu sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, tetapi kami mendesak agar beliau segera mengarahkan kes siasatan yang tertunggak berikut penukaran serta merta Pengarah SPRM Sabah, Puan Latifah Md Yatim bagi menutup kes berprofail tinggi yang sedang disiasat SPRM,” ujar Azizul yang masih merujuk kepada tiga kes utama yang mereka laporkan.


Salah satu daripada kes berprofail tinggi kata Azizul ialah kes Mantan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Musbah Jamli yang telah lengkap disiasat ketika Latifah menjadi Pengarah SPRM Sabah.
“Kita tidak tahu kedudukan kes berkenaan. Kita hanya dengar ianya ditutup begitu sahaja kerana melibatkan Wakil Rakyat UMNO.

Kononnya akan disiasat melalui badan yang akan dilantik khas untuk menyiasat kes rasuah wakil rakyat. Tapi sampai bila?.” tanya Azizul yang jengkel dengan jawapan kurang matang SPRM berhubung laporan rasmi beliau terhadap Musbah.
Manakala Kunsul Nahul pula berkata, Pak Abu harus menukarkan semua Pengarah SPRM negeri termasuk Sabah yang terlalu lembab dan kurang produktif bagi memulihkan imej SPRM yang mudah luntur bagaikan baju warna terkena klorox.

“Jika mereka pula menyalahguna kuasa dan budibicara mereka berunding dengan saspek untuk menutup kes, maka Pak Abu tidak harus menerima perlantikan tersebut, melainkan beliau mempunyai iltizam untuk menggilap semula imej SPRM yang begitu malap sejak akhir-akhir ini, terutama selepas kes Teoh Beng Hock,” jelas Kunsul yang menyifatkan kes berkenaan menghakis keyakinan orang ramai terhadap SPRM.


Kunsul menegaskan, Skandal Rasuah Musbah Jamli bukan lagi rahsia di Sabah, malah hampir keseluruhan rakyat Sabah tahu bahawa Musbah terlibat dengan rasuah ketika menjadi Pengerusi Supernesa, sebuah GLC Kerajaan; ketika menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dan kini sebagai Pembantu Menteri.


“Jika semua bukti yang telah dikumpulkan hanya dijadikan warga Tong Sampah, ada baiknya SPRM Sabah dibubarkan kerana kewujudannya di Sabah tidak memberi sebarang makna, malah semakin menggalakkan rasuah kerana pelaku lepas bebas tanpa sekatan pihak berkuasa,” ujar Kunsul lagi.
Kunsul turut mendesak SPRM menjalankan siasatan subsidi penanaman padi dan subsidi susu yang dipercayai melibatkan Musbah dan beberapa kroni beliau.

Kunsul berjanji akan memberi kerjasama kepada SPRM jika benar-benar ingin menyiasat dan mendakwa Musbah.
Untuk rekod, Musbah pernah digugurkan daripada senarai calon UMNO pada 2004 apabila Mantan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Syukri Abdull kerana terlibat dengan rasuah dan mempunyai kes yang masih dalam siasatan, namun terlepas saringan ketika Latifah Md Yatim menjadi Pengarah SPRM Sabah.

Lelaki Bantah Kerajaan Pakatan Rakyat diserang ?

Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan DUN Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.

S Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat dalam perjalanan dari Butterworth ke Mak Mandin dengan menunggang motosikal.

"Semasa saya tiba di Kawasan Perusahaan Mak Mandin, saya rasa ada beberapa orang yang saya tidak kenal mengekori saya dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Mak Mandin kira-kira 12 tengah malam tadi.


Beliau berkata kumpulan itu kemudiannya bertindak menghalang perjalanannya dengan alasan mahu berbual.


"Saya kata pada mereka jika mahu sembang mari kita pergi minum atau balik rumah tetapi mereka tidak mahu dan terus menyerang saya dan lari," katanya.


Krishnan berkata beliau terus menelefon seorang rakannya untuk mendapatkan pertolongan yang kemudian membawanya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.


Pada 30 Nov lepas, sekumpulan 100 penduduk Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang.


Perhimpunan yang disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen BN serta penduduk Kampung Buah Pala itu menyaksikan potret Ketua Menteri Lim Guan Eng dibakar dan gesaan supaya beliau meletak jawatan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Mohamad Sukri Awang, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. BERNAMA

PESTA ROGOL DI PERAK...!!!! بسم الله الرحمن الرحيم


Pesta rogol ditanah airku.. -Awasi anak anda!!!

BATU GAJAH: Nafsu serakah yang menggila mendorong sekumpulan 17 lelaki menjadikan empat remaja perempuan bawah umur sebagai pemuas nafsu dalam empat pesta rogol berasingan pada 4 hingga 12 Disember lalu.


Pesta seks itu terbongkar susulan kejayaan polis menahan 15 daripada 17 suspek berusia antara 13 dan 55 tahun termasuk dua pelajar, di beberapa lokasi sekitar pekan ini, kelmarin. Semua mangsa berusia 15 tahun dengan tiga daripadanya pelajar tingkatan tiga manakala seorang sudah tidak bersekolah.


Dalam kejadian pertama pada 4 Disember, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya bersiar-siar di sekitar pekan ini sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini. Menurut sumber, sebaik sampai di rumah itu, remaja perempuan itu mendapati terdapat empat lagi lelaki dalam kediaman berkenaan, namun dia yang mengenali semua suspek yang juga rakan kepada kenalan lelakinya, tidak mengesyaki perkara buruk bakal berlaku.


Bagaimanapun, jangkaannya meleset apabila teman lelaki dan empat kenalannya berubah menjadi ‘syaitan’ apabila mereka bergilir-gilir merogolnya kira-kira jam 12 tengah malam. Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya dan mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada hari sama. Pada masa sama, kelima-lima lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati dengan ‘habuan’ pertama mereka, mencari mangsa lain untuk memuaskan nafsu.


Menurut sumber, dengan menggunakan taktik sama seperti kejadian pertama, seorang daripada lelaki durjana itu mengumpan seorang kenalan perempuannya dengan membawa bersiar di kawasan sebuah lombong di Kampung Pisang, dekat sini. Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa diperkosa lelaki itu sebelum empat lagi rakannya yang sedia menunggu di kawasan berhampiran turut menyertai pesta rogol berkenaan. Selepas selesai melakukan kerja terkutuk itu, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumahnya. Seperti kes pertama, mangsa mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.


Kelima-lima lelaki terbabit memperdaya seorang lagi remaja perempuan hanya beberapa jam selepas kejadian kedua. Kali ini, kelima-lima lelaki itu mengajak lima lagi rakan mereka untuk turut serta dalam pesta rogol itu di sebuah rumah di Kampung Bendera kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Disember lalu. Mangsa yang sudah terkepung dalam rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan dirinya diratah 10 lelaki terbabit secara bergilir-gilir sebelum seorang daripada mereka menghantarnya pulang ke rumahnya beberapa jam kemudian.


Dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya dikurung di dalam bilik sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini. Mangsa kemudian dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir termasuk kenalan lelakinya kira-kira jam 10.30 malam pada 12 Disember sebelum dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya. Mangsa membuat laporan polis pada hari sama.
Ketua

Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes sedang disiasat. Beliau berkata, polis yang bertindak atas laporan keempat-empat mangsa menahan 15 lelaki berusia lingkungan 13 hingga 55 tahun secara berasingan di sekitar Batu Gajah pada 15 Disember.


“Polis masih mengesan dua lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian rogol itu serta laporan perubatan terhadap mangsa juga mengesahkan kejadian itu dan semua 15 suspek kini direman sehingga 21 Disember,” katanya.


‘Pesta serakah’ di pekan kecil
Oleh Kasdi Ali

DAP Sudah Mula Terima Perjuangan Kita - TG Nik Aziz


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang




diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak. "Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.
Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.
"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.
Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.
Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas. Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.

Read more: http://loveperak.blogspot.com/2009/12/dap-mula-terima-perjuangan-kita-tg-nik.html#ixzz0axdavRCE

Itu Fesyen 'Bohemian', Bukan Purdah بسم الله الرحمن الرحيم-

INILAH AKIBATNYA ABILA HUKUM ALLAH TIDAK LAKSANAKAN

KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.(BACA)


Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.


Kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.


Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki


(Surah Al-Ahzab : 59)


mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”)
(Surah Al-Ahzab : 59)

Setiausaha Nik Aziz akan dipecat?

Kelantan masih jauh daripada penyelesaian krisis yang berlarutan sejak dua bulan lalu apabila menteri besarnya diura-ura bercadang memecat setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdepan satu demi satu masalah selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang diterajui menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman.


Tokoh PAS itu juga berdepan dengan isu tajaan haji kepada dirinya dan anggota keluarganya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi tidak diterima tajaan tersebut selepas muncul kontroversi di media.


Usaha mendapatkan ulasan Anual Bakhri, bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) itu yang telah berkhidmat genap sedekad dengan Nik Abdul Aziz, setakat ini belum berjaya.


Satu blog yang sering mengulas isu parti itu Penarik Beca menyebut khidmat pegawai Nik Abdul Aziz bakal berakhir pada 1 Januari ini - alasannya Anual Bakhri dekat dengan Datuk Husam Musa.


Sementara satu sumber penulis blog lain memberitahu Malaysiakini tengah hari ini, Anual Bakhri sendiri belum mengetahui nasibnya sewaktu berhubung dengan sumber itu semalam.


"Jadual saya tidak ada perubahan sehingga tahun depan. Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tidak beri isyarat apa-apa, dan saya kerja macam biasa," sumber itu
memetik perbualannya dengan Annual Bakhri.


Ura-ura tersebut "tersebar dahulu di luar Kelantan, barulah diketahui orang Kelantan", tambah sumber.


sumber: malaysiakini

Monday, December 28, 2009

KEMARUKNYA UMNO-BN NAK BERKUASA DI SELANGOR

Pelbagai usaha dilakukan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Dari kepala lembu yang diarak dan dipijak hinggalah isu membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Semuanya dikaitkan dengan usaha merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Terkini satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka' penyokong' Pas berdemontrasi mendesak agar Pas keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Kalau benar mereka ahli atau penyokong Pas sila istiharkan dari cawangan atau kawasan mana. Orang Pas tulen tak buat kerja pelik-pelik macam tu. Sekali imbas tengok muka-muka yang berdemontrasi itu sah muka-muka penyokong dan ahli Umno.


Jika tidak saya cabar sila senaraikan nama yang terlibat dalam demontrasi yang katanya kurang 9980 0rang untuk capai 10000 orang untuk dibuktikan mereka adalah petualang atau tali barut umno@BN. Jika mereka ahli dan penyokong Pas, maka demontrasi itu menjadi sejarah kepada Pas kerana dalam sejarah Pas menyertai demontrasi kerana inilah demontrasi 'yang paling ramai orang hadir'.


Apa yang dilakukan hari ini menunjukkan betapa kecewanya Umno@BN yang seperti sudah kering idea untuk menggugat dan menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai taktik kotor dan konspirasi yang sebelum ini menemui kegagalan. Sekaligus apa yang berlaku hari ini menunjukkan betapa kemaruknya Umno@BN untuk kembali berkuasa di Selangor.


sumber: angkasana

Buku yang 1Malaysia Takut ?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji kandungan buku tulisan Barry Wain bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times,” sebelum membuat keputusan tentang pengedaran buku itu di Malaysia.

Menurut kenyataan KDN hari ini, kajian itu merupakan satu proses biasa kepada mana-mana penerbitan di dalam dan luar negara dan buku tulisan Barry Wain tidak terkecuali daripada menjalani proses tersebut.


Kajian itu bagi memastikan ia tidak menimbulkan sebarang kemudaratan kepada keselamatan dan kententeraman rakyat Malaysia, menurut kenyataan itu.


"KDN mempunyai masa selama 60 hari bagi menentukan sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya pengedaran buku tersebut di Malaysia”. Isnin lepas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menolak laporan sebuah portal berita propembangkang kononnya pihak KDRM telah menahan 800 naskhah buku itu di Pelabuhan Klang sejak empat minggu lalu.


Read more: http://loveperak.blogspot.com/2009/12/buku-yang-1malaysia-takut.html#ixzz0axlSJdL0