Followers

Tuesday, January 31, 2012

UMNO ANTI ISRAEL DAN YAHUDI ? BIAR BETUL....JANGAN OTAK KITA DILEMBUKAN - Oleh: WFAUZDIN NS

 
Poster ini pernah digunakan di dalam PRK Parlimen Bukit Gantang....
APA lagi yang boleh Umno jadikan modal untuk memburukkan DS Anwar?  Kes liwat, hancur lebur.  Kes video seks hitam putih, jadi bahan ketawa.  Kes jam Omega, pihak Polis kata lupakan saja isu jam yang datangnya dari Taiwan itu.  Terbaru sebelum isu Anwar sokong Israel, kes video seks di Thailand, lagi memalukan kerana tarikh yang kononnya video dirakam itu, Anwar berada di KL dan hadir sidang akhbar di Pejabat PAS.
 
Kini, heboh di media pencacai bahawa Anwar menyokong Israel.  Mahu membuat pembohongan dan fitnah berdasarkan akhbar Wall Street Journal yang mana semua orang boleh baca dan faham, kecuali otak-otak porno lembu kondo. Bab sokong Israel ini, adakah berani Najib berdebat dengan Anwar.  
 
`Taubat lahom' bak kata Mat Sabu Najib tidak akan berani.  Walaupun kononnya mereka ada bukti dan fakta bahawa Anwar sokong Israel dan ejen Amerika, mampus Najib tidak akan berani berdebat dengan Anwar.  Sebab apa?  Sebab, Umno dulu kini dan selamanya hanya bergantung kepada media pencacai mereka untuk memperbodohkan rakyat.
Siapa tahu, di bangunan manakah bendera Israel ini pernah dikibarkan?
Sebab itu, tidak hairan ramai di kalangan rakan-rakan aku yang berkata, mereka akan meminta borang memasuki Umno esok, sekiranya hari ini Najib berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar.  Di dalam debat, kepintaran berhujah sahaja tidak cukup, tetapi kekuatan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai adalah melalui fakta serta bukti yang kukuh.  Atas sebab ini lah, Najib amat takut untuk berdebat dengan Anwar.
Yossi Benavoun - Pemain Chelsea berbangsa Yahudi Israel pernah jejak kaki ke Malaysia
Anda lupakah seorang pemain Chelsea bernama Yossi Benavoun, adalah seorang Yahudi dari Israel dan beliau berjaya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia sewaktu perlawanan persahabatan dengan pasukan kita?  Kita juga pernah menerima kehadiran pemain kriket dari Israel beberapa tahun dahulu, dan beberapa pemimpin PAS telah ditangkap kerana berdemontrasi membantah kehadirannya.  Umno anti Israel?  Jangan sampai termuntah ok.

Chegu Bard sepanjang ceramahnya sekarang sering mengingatkan rakyat bahawa kerajaan kita sebenarnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel.  Beliau mempunyai bukti berbentuk dokumen dan bukti tersebut sering ditunjukkan kepada orang ramai.  Mengapa kerajaan berdiam diri?  Fitnahkah Chegu Bard?  Jika fitnah, apa yang harus kerajaan buat?

Di bawah ini, saya sertakan petikan artikel lama dahulu.  Baca dan fahami, agar otak kita tidak seperti otak lembu kondo lagi./wfauzdin.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------

Bendera Israel berkibar di Malaysia?

Artikel di bawah ini ialah petikan dalam UTUSAN Malaysia (kitab Umno) membuktikan lagi betapa hipokritnya regim Bn dalam melawan Zionis, tapi apa nak heran bendera Israel juga pernah berkibar di PWTC (rumah utama Umno). 

Oleh Zaini Hassan

KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.


BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. 
 
Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):


Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.
/Sumber:  Chegu Bard



PROTON TUAH Keluar Pertengahan 2012(GAMBAR)

 
Proton Tuah 1


Proton Tuah 2
 
 
 

Monday, January 30, 2012

Mengejutkan!! 50% Ahli DAP Adalah Melayu Posted by

 
Naib Presiden DAP, Senator Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mendakwa kononnya DAP adalah parti untuk masyarakat kaum Cina sahaja dan bukan untuk orang Melayu di negara ini. Katanya sejak DAP menubuhkan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR tahap bilangan orang Melayu di seluruh negara semakin ramai dan hampir 50 peratus menjadi ahli DAP.

“Ini adalah atas kesedaran orang-orang Melayu sendiri terhadap perjuangan DAP yang mementingkan ke arah membela nasib rakyat yang berbilang kaum dan anutan kepercayaan agama yang berbeza-beza,” ujarnya.

Tengku Aziz berkata lagi dalam menerajui kepimpinan DAP ramai di kalangan anak-anak muda khususnya generasi muda yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai jurusan menjadi ahi dalam parti DAP, sama ada kaum Cina, India dan juga Melayu.


DAP tidak macam UMNO.
Golongan muda para cerdik pandai yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda langsung tiada peluang menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan kebanyakannya yang tua-tua bangka sahaja,” katanya.

Tengku Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,000 orang para penyokong DAP pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.

Katanya lagi, para pemimpin dalam memperjuangkan rakyat tidak telus, tidak ikhlas dan kebanyakan wakil rakyat mereka baru satu penggal jadi ADUN yang bergelar 'YB' sudah kaya raya; rumah mewah, kereta mewah sehingga empat-lima buah di depan rumah selain itu isteri hingga 2 atau 3 orang.

"Di Sandakan, kita tahu 90 % masyarakat Cina telah menyokong DAP dan menolak kepimpinan BN sebab wakil rakyatnya tidak jujur dan hanya mementingkan keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.

Sementara dalam ucapan Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menyeru agar masyarakat Cina di daerah ini bersatu untuk menumbangkan calon-calon BN yang bertanding di kawasan Elopura, Karamunting, Tanjung Papat bagi kouta Cina.

“Orang Cina harus sedar dan buka mata jangan kerana beras 10 kilo, gula dua kilo kamu telah berubah fikiran dan menyokong BN. Sampai ke mana beras lima kilo itu?" tanya Steven Wong. ~sabahkini

Membongkar sejarah hubungan UMNO-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman! Oleh: dewa

 
 "Artikel ini membongkar hubungan Malaysia-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman, antara Tunku dan Menteri Israel, Moshe Sharett sehinggalah ke komen terbaru Anwar Ibrahim yang segera di tegur oleh kepimpinan PAS. 

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah diziarahi oleh menteri hal ehwal Israel yang pertama bernama Moshee Sharett di Kuala Lumpur.

Presiden UMNO, Tunku ketika itu mengatakan bahawa ‘kami berbangga sekiranya ada hubungan  diplomatic dengan Israel. "It will be considered an honor for us to have a diplomatic representative from Israel."
 
Pada 26 Ogos 1957, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion menghantar ucapan tahniahnya kepada Tunku di atas kemerdekaan Malaysia dan mengatakan bahawa Israel hendak meletakkan perwakilan Israel di Malaysia. Israel juga mengundi untuk menerima Malaya di dalam PBB. Pada 23 Disember, perwakilan Malaysia memberitahu delegasi Israel bahawa Malaysia mengiktiraf Israel tetapi tidak bercadang hendak mengadakan hubungan diplomasi dengan Israel.
 
Pada tahun 1959, delegasi Israel ke Australia, Moshe Yuval melaporkan bahawa dia telah berjumpa Tunku di Australia di mana Tunku memberitahunya bahawa kepimpinan Malaysia (UMNO) mengenali Israel tetapi tidak dapat membuat hubungan diplomasi dengan Israrel berikutan penentangan kuat rakyat Malaysia.
 
Pada tahun 1961, Tunku menziarahi London dan berjumpa perwakilan Israel bernama Arthur Lurie. Perwakilan Isreal menzahirkan rasa hampa berikutan ketiadaan hubungan diplomatik Malaysia-Isreal manakala Tunku menjawab bahawa sahabat-sahabat dan kumpulan-kumpulan yang pro-Arab khususnya Mesir menentang keras sebarang hubungan dengan Isreal. 

Meskipun begitu, Tunku mengalukan hubungan komersil Malaysia-Israel dan mencadangkan penubuhan konsulat Isreal di Singapura. Syarikat Isrrael, Astraco kemudiannya menubuhkan cawangan di Singapura dan pada tahun 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Malaya member lessen kepada Astraco untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur.  
 
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Israel, Golda Meir menghantar telegram kepada Tunku mengucapkan tahniah kepada Tunku.
 
Antara tahun 1964 sehinggalah tahun 1966, Moshe Yegar, wakil dari Israel telah berjumpa dengan Tunku, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ramai lagi dalam usaha mengeratkan hubungan Malaysia-Israel. Meskipun begitu, usaha Israel gagal kerana Malaysia akhirnya mengambil pendekatan pro-Arab. Tambahan lagi, ketika itu Malaysia berdepan dengan ancaman dari Indonesia dan mengharapkan sokongan negara-negara Islam ketika itu.
 
Pada tahun 1968, anak lelaki Tunku, seorang usahawan datang ke Israel bersama usahawan Israel bernama Shaul Eisenberg. Ketika itu, perwakilan Malaysia meminta Israel menyokong bidaan Malaysia untuk menjadi hos Asia Games 1974. Tunku bersara sebagai PM pada tahun 1971.
 
Justeru, hubungan mesra Presiden UMNO yang pertama dengan Israel menafikan saranan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa anti-Israel.
 
Seterusnya, perlu diakui bahawa selama zaman kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia telah mengambil pendekatan anti-Israel yang kuat. Pada tahun 1969, Malaysian menjadi negara Asian yang pertama yang menerima perwakilan Fatah dan menjemput Fatah membuka pejabat di ibu negara Malaysia. 

Tetapi, pada tahun 1982 di bawah Mahathir, pengiktirafan diplomatic penuh (full diplomatic recognition) diberikan kepada Palestin. Pada tahun 1986, Tun Mahathir sewaktu di Zimbabwe mengatakan bahawa pembunuhan oleh Nazi gagal mengajar orang Yahudi apa-apa.
 
Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir telah menzahirkan sikap anti-Yahudi yang cukup kuat, berikutan penindasan orang Yahudi ke atas orang Palestin.
 
Tun Mahathir adalah seorang insan berani yang juga bermasalah. Beliau dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai Bapa Pemodenan Malaysia tetapi beliau juga dianggap sebagai Bapa Fitnah Malaysia di mana budaya memfitnah mula disuburkan di zaman beliau. 

Pada masa sama, kecaman dan penindasan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan beliau, termasuklah sekatan royalti minyak, sekatan promosi jawatan dan sebagainya cukup subur. Pada masa yang sama, budaya rasuah dan kronisme cukup subur di zaman beliau di mana Malaysia merosot dari ranking rasuah pada No.23 sehinggalah ke No.60 pada masa ini. Sebagai perbandingan, Singapura berada di ranking no.3. Memalukan.
 
Meskipun begitu, ketegasan Tun Mahathir dalam isu Yahudi dihormati.
 
Berbeza dengan Tun Mahathir, tokoh seperti Anwar Ibrahim cuba mengambil pendekatan diplomasi win-win situation ala-ala Rais Yatim (dalam isu Batu Putih) dalam isu Israel. Anwar sentiasa cuba manzahirkan dirinya sebagai seorang yang bertimbang rasa dan tidak berat sebelah dalam isu Israrel. Ucapan Anwar bahawa Israel berhak mempertahankan dirinya merupakan ucapan yang betul tetapi tidak bijak dan menjengkilkan.
 
Sepatutnya, Anwar Ibrahim menunjukkan penentangan yang kuat ke atas kezaliman Israel dan bukan cuba menjaga hati semua pihak. Penentangan ke atas kezaliman Israel bukanlah kerana kita semua anti-Yahudi atau anti-Sematik, tetapi kerana kita menentang kezaliman.
 
Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Sulaiman dan Nabi-nabi lain pun berasal dari kaum Yahudi dan kita menghormati mereka semua. Penentangan kita ke atas Israel ialah berikutan kezaliman Israel ke atas umat Islam.
 
Meskipun begitu, sebelum penyokong UMNO bersorak, ingatlah bahawa Presiden UMNO, Najib sendiri yang begitu ghairah menyokong dan menjemput APCO, sebuah syarikat Yahudi untuk terlibat dalam hal ehwal Malaysia terkini. Kenyataan Anwar sedikit tidak bijak tetapi tindakan UMNO menjemput APCO merupakan tindakan jahat yang menghampakan.
 
Seterusnya, sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak menindas kaum sendiri. Ini berbeza dengan UMNO di mana Tok Guru, golongan Melayu PAS dan PKR, malah rakyat Kelantan (yang majoritinya Melayu) menjadi golongan sasaran utama kezaliman UMNO.
 
Wassalam.
 
Ps: untuk rujukan lebih lanjut, maklumat boleh diperolehi dari jurnal-jurnal antarabangsa termasuklah Jewish Political Studies Review.


Tranungkite Online

300112 - NFC - Samsulbahrin Terima SMS Datuk Salleh Untuk Sogok Polis.mpg

"Pada Saya Anwar "Politically" Sudah Mati" - Ibrahim Ali

 

Anwar Tidak Relevan - Ibrahim Ali Anwar Tidak Relevan - Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR- Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sudah tidak relevan dalam politik negara.

Ibrahim mendakwa rakyat negara ini juga sudah letih dengan segala permainan politik Anwar dan yang terbaru mengenai komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

"Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya lupakan Anwar, sudah sampai masanya untuk kita lupakan Anwar dan kita perlu mengorak langkah ke hadapan demi masa depan kita. Golongan media juga tak payahlah nak excited dengan dia ni.

"Saya sebagai kawan Anwar sudah menganggap yang 'politically' Anwar sudah mati, Anwar sudah tidak relevan kerana banyak sebab," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, Ahad.

Ibrahim berkata kenyataan Anwar mengenai Israel itu jelas menunjukkan bahawa pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama dengan dasar Amerika Syarikat.

"Kita terperanjatlah (dengan kenyataan Anwar itu), walaupun dia buat penjelasan tapi kenyataan dia samalah dengan dasar Amerika Syarikat iaitu mereka mahukan sebuah negara Palestin, pada masa yang sama mereka mahu melindungi keselamatan Israel," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang rasis telah terbukti tidak benar dengan kehadiran ratusan warga Tionghoa dari sekitar Kuala Lumpur pada majlis itu.

"Ini adalah kali pertama Perkasa menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sejak ditubuhkan tiga tahun 
lepas khusus untuk meraikan warga emas, wartawan dan jemputan kaum Tionghoa.

"Saya amat terperanjat dengan kehadiran yang di luar dugaan sama sekali, kita tak menjangka seramai ini yang hadir sehingga makanan pun tidak mencukupi dan terpaksa kita tambah, ang pau pun masih ada yang belum dapat dan ini satu sambutan yang cukup luar biasa," katanya.


-BERNAMA

PR perlu ambil Putrajaya elak negara bankrap !!

 
BERA- Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu percaya keperluan utama untuk memerintah dan menguruskan negara ini ialah dengan amanah, bukannya dengan pengalaman semata-mata.

Katanya, ini terbukti dengan negeri-negeri yang pertama kali diperintah Pakatan Rakyat (PR) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dipuji Ketua Audit Negara.

“Kita dapat lihat Selangor berjaya memberikan kebajikan kepada rakyatnya di samping perbelanjaan berhemat kerajaan negeri menghasilkan lebihan pendapatan.

“Di Pulau Pinang pula pelaburan tertinggi berjaya dibawa masuk sehingga lebih RM10 bilion dan walaupun diperintah Cina DAP peruntukan untuk aktiviti Islam melonjak sehingga RM63 juta.

“Di Kedah hasil balak berjaya ditingkatkan sehingga pendapatan negeri meningkat berkali ganda.

“Di Kelantan sepanjang 20 tahun memerintah kerajaan negeri diisytiharkan bersih. Semua ini dipuji Ketua Audit Negara dalam laporannya,” katanya.

Jelasnya, ini membuktikan amanah adalah keperluan utama untuk memerintah bukannya pengalaman sebagaimana propaganda yang dilemparkan Umno mengenai hasrat Pakatan PR untuk mara ke Putrajaya.
Mohamad berhujah demikian semasa berceramah sempena program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera, di Darul Ikhwan Mengkarak malam tadi.

Turut berceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Bendahari PAS Pahang Musaniff Abd Rahman.

Dalam pada itu Mohamad menambah, PR perlu ke Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) jika rakyat tidak mahu melihat negara ini terjerumus ke dalam bankrap.

“Seorang menteri (Datuk Seri Idris Jala) sendiri memberitahu Malaysia akan bankrap pada 2019 manakala seorang penganalisis ekonomi memberitahu negara ini akan bankrap lebih awal iaitu 2015.

“Jadi rakyat mesti memilih PR untuk ke Putrajaya pada PRU ini kerana tidak ada gunanya memberi peluang mentadbir negara selepas jatuh bankrap,” katanya.

Mohamad berkata, beliau percaya negara ini boleh bankrap berdasarkan hutang yang dilonggokkan kerajaan pada masa ini berjumlah RM450 bilion, rasuah meningkat dan pengaliran wang ke luar negara menjangkau RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.

Sementara itu Nurul Izzah dalam ceramahnya sebelum itu menggambarkan kesulitan PR untuk mempertahankan kerusi Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam PRU akan datang dengan taktik kotor BN.

“Bayangkan di Selangor dan Wilayah pengundi baru bertambah secara mendadak sehingga 200,000 orang dan saya berani katakan sebahagian besarnya pendatang yang diberikan kad pengenalan.

“Tuan-tuan jangan ingat ini gurauan, kerajaan Bangladesh sendiri telah mengesahkan perkara ini dan penipuan ini pernah berlaku di Sabah dulu sehingga dibentuk Suruhanjaya Diraja,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, begitulah BN yang sanggup memberi kewarganegaraan hanya semata-mata untuk menang PRU dan perkara ini perlu disedari rakyat.

Pada majlis yang sama, Mohamad diberikan penghormatan melancarkan penubuhan Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera (KERABAT) peringkat Parlimen Bera.
Penyair Amin Jagat pula diberi peluang mendeklamasikan puisinya.

Sementara itu di lokasi yang sama pada sebelah petang turut diadakan Dialog Warga Peneroka Felda bersama panelnya bekas Timbalan Pengarah BNM Dr. Rosli Yaakop, Presiden Anak Mazlan Aliman dan Peguam Peneroka Harris Abdullah.

Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera berlangsung selama tiga hari iaitu 27, 28 dan 29 Januari dengan pelbagai pengisian.


-Harakahdaily

Drama terbaru UMNO@BN menjelang PRU13

 
Wayang baru!! Drama terkini!! Wayang@drama cari publisiti.

Kah kah kah kah....

Gambaran atau mesej yang cuba dipaparkan daripada drama terkini ini ialah kerajaan PR negeri Selangor ialah crook dan pembawa masalah, manakala... UMNO@BN ialah hero atau penyelamatnya.

Weh... korang ingat rakyat bodoh ke?? Cer gali dalam-dalam permasalahan ini dan tanya balik kepada para pelakon drama tersebut, apakah asas puncanya masalah ini timbul, bila ia mula muncul dan siapa yang menjadi punca timbulknya masalah ini. Pakatan Rakyat atau UMNO@BN??

Siapa yang sebenarnya cuba untuk menyelesaikan masalah mereka setelah kerajaan UMNO@BN jatuh di Selangor??

Weh.... kekadang akibat kekangan undang-undang, masalah yang dihadapi mengambil masa untuk diselesaikan. Jangan tahu nak marahkan pihak yang cuba nak selesaikan masalah tetapi marah kepada pihak yang menjadi PUNCA kepada masalah yang dihadapi.

Dan... most importantly, jangan membodohkan diri dan jual maruah diri untuk menjadi barua atau pencacai kepada UMNO@BN.

Rakyat bukan bodoh. Di Selangor dan lain-lain negeri Pakatan Rakyat, UMNO@BN banyak meninggalkan 'taik'. Oleh sebab Pakatan Rakyat, ada rasa tanggung jawab sebagai kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, maka kita ambil insiatif untuk cuci segala taik peninggalan UMNO@BN. Jadi... rakyat tahu siapa CROOK@PENYANGAK dan siapa pulak HERO@PENYELAMT!! So, usah nak main wayang ler...

Ciiittt.... Low class punya drama@wayang. Poooraahhh!!

PETALING JAYA, 30 JAN : Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini mengadakan mogok lapar sebagai bantahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.

Mogok lapar yang bermula seawal 9.00 pagi itu disertai lebih 100 orang bagi mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.

Difahamkan, Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah sebelum ini berjanji kepada setiap keluarga untuk mendapatkan mereka rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.

"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah.

"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan di sini.

Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.

Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Balan berkata pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran 'polisterin' untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah.

"Halangan terbabit menyebabkan sesetengah daripada kami berhenti membayar balik pinjaman menyebabkan kami disenarai hitam oleh bank," katanya menambah mereka telah membuat laporan polis terhadap pemaju dan juga Anggota Parlimen Subang, namun tidak ada tindakan diambil.

Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.

"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.-Antarapos.com


Isu Sokongan terhadap Israel: Kenyataan Rasmi DS Anwar Ibrahim !

 
Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. 
Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. 
Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."
 ~ Isu Pakatan Rakyat di Facebook    
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. 
Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. 
Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. 
Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. 
Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh. 



BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Konon Nak Cuba Fitnah Negeri Kelantan......Kantoi Lagi ??

Patut la menteri UMNO kata mereka ni bagaikan SAMPAH! Memfitnah tapi asyik kantoi je... memalukan UMNO.. Maka sesuailah dengan pangkat lembUMNO yang mereka ada tu.

Gambar ni dari wall Rahim Rahman.. eeeekekkeeee.. TERKEJUT kan? Agaknya berapa bayaran dia dapat dari UMNO Kelantan?

ok, ini fakta sebenar tentang gambar tu... tu gambar aktres porno dr Filipina (bold movie). nama dia Maui Taylor.. SEJAK BILA AKTRES FILIFINA DUDUK KAT KELANTAN? eeeekekekeee..
 

1 Malaysia ?


Najib bacul dah terdesak sgt ke nak berkempen satu israel ni....lembu2 umnoporno jgn lupa pakai suar dlm ni....hahahahahahaha

Undi Lah Pakatan Rakyat Pada PRU 13 Nanti !!

 Siti Justice's photo.  

Sampai Begitu Sekali ??

 
 

Sempoi ayatnya... print dan tampal. takdak jual dikedai. Tak lama gambar ini diambil di bandar Alor Setar, pada 11 Januari 2012. Apa agaknya yg pemandu ini nak sampaikan???

Idris Ahmad: Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa ?

 
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.

Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak. -tvsnews


 

Dimana UMNO KUat Di Situ Lah Rakyat Melarat !!

 RhZaaba Putra's photo.
 
Dimana umno kuat di situ rakyat melarat.. >
pengguna air johor bayar rm1.65 untuk 20m sebab ada umno memerintah >pengguna air selangor bayar free untuk 20m sebab tak ada umno memerintah itu pun melayu umno johor masih buta lagi.
 
kalau pru13 nanti umno menang ,aku rasa elok lah otak2 pengundi di johor dibedah siasat, takut2 dihinggapi virus kencing tikus.. tak tahu nak beza kan nilai erti kebaikan yang akan di beri oleh pakatan rakyat 
pada rakyat johor

Sunday, January 29, 2012

Dana Majlis Perbandaran Seberang Perai Mei 2008 - Oktober 2011



Ahad, 29 Januari 2012 Apa pasal mau takut maaa... Posted by madie

Cadangan oleh SPRM untuk menyimpan rekod harta milik menteri dan timbalan menteri serta ahli keluarga mereka ditentang habis2an oleh pak2 menteri dan menganggap perkara macam tu tak wajar di lakukan. 

Pak2 menteri ni takut sangat nak istihar harta yang depa dan keluarga miliki kat SPRM sedangkan kalau bagi pun, apa salahnya. Kalau tak bagi tu yang akan menimbulkan syak wasangka dari rakyat. Atau memang ada udang sebalik mee kot..

Terbaru, Presiden LDP yang jugak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew menganggap syor yang dibuat oleh SPRM melalui pengerusi panel penasihat SPRM, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh sebagai tak relevan sebab sebelum ni depa dah istihar harta kat PM semasa nak angkat sumpah jadi menteri dan timbalan menteri dulu.

Kalau kat PM boleh bagi, kat SPRM rasanya lagi tak ada masalah nak buat kan?? Tapi pelik jugak sebab mungkin depa istihar kat PM depa rasa lebih selamat sebab PM pun lebih 'hebat' dari depa dalam projek mengumpul harta kot. Tengok bini PM sendiri pun dah cukup. Beli beg tangan pun sampai ratus2 ribu RM. Tu belum kira lagi cincin yang bernilai RM 24.4 juta.



keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...


Wa rasa, menteri pertama yang kena istihar harta ni dimulakan oleh PM sendiri. Tak kira la harta yang dikumpul secara 'menabung' sejak zaman anak dara lagi sampai la ni. Dan termasuk jugak kain baju yang bernilai ratus2 ribu RM yang ditempah khas dari butik di Australia, yang diterbangkan khas untuk bini PM pakai dalam masa terdekat ni.

Pak2 Menteri takut depa semua jadi macam ketua wanita Umno yang habis semua harta dan pendapatan keluarga dia dikorek buat tatapan umum rakyat Malaysia. Baru semua rakyat tau yang depa ni merupakan jutawan segera Malaysia yang tak direkodkan. Mungkin telahan Ketua Wanita Umno ni betoi2 belaka. Semua pemimpin Umno/BN bermasalah. Masalah penyelewengan dan bikin harta haram dengan merompak hak rakyat.

Contoh2 menteri yang jadi kaya raya dalam sekelip mata dah banyak yang terbongkar, seperti bekas MB Selangor bila dah jatuh takhta. Asalnya hanya sebagai doktor gigi tapi bila dilantik jadi MB, mampu memiliki mahligai yang berjuta2 harganya , kalah istana Sultan Selangor sendiri.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Skandal Jatuhkan Najib Melalui Video Lucah Babitkan Anwar ? - Mohd Sayuti Omar

 
Mungkin Ha Najib Razak bercakap benar apabila beliau mengatakan dia tidak tahu menahu mengenai video lucah terbaru membabitkan Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Shuib Lazim. Sebenarnya tidak ada guna sedikitpun untuk Najib menyaksikan video berkenaan apa lagi kalau untuk merangsangkan sex.


Najib atau sesiapa saja boleh melihat video lain yang lebih daring dan menyegarkan engin batin.

Video sex membabitkan Anwar sudah tawar lembar, sudah tidak ada apa-apa yang menggeurkan lagi. Apa lagi kalau yang melakukan itu hanya watak tempelan atau jadi-jadian seperti mana kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul bahawa watak Anwar itu hanya tiruan saja. Selama ini mereka yang terngangga menyaksikan video lucah Anwar itu rupa-rupanya menyaksi barang palsu.

Melihat sesuatu yang palsu apa lagi video lucah mendatangkan dua kebodohan. Pertama, kerana melihat benda palsu, kedua, melihat perkara yang mengundangkan dosa. Mungkin di dalam Neraka besok sebahagian penghuninya dari Malaysia ialah mereka yang menonton video lucah!

Kalau benar Najib tidak tahu menahu mengenai video itu bolehkah dianggap ada sesuatu perancangan untuk menjatuhkan Najib dengan penyebaran video berkenaan. Kerana dalam apa juga keadaan dan masa setiap apa juga isu yang dibangkitkan untuk memburukkan Anwar dan Pakatan Rakyat ia akan dikaitkan dengan Najib.

Logiknya semua itu dilakukan demi mengekalkan UBN berkuasa dan Najib kekal sebagai PM. Begitukah?

Hendak tidak hendak ia membabitkan Najib juga. Najib pula pasti kena menyokong sesuatu yang boleh memberi guna dan manfaat kepadanya. Adalah bodoh bagi Najib menolak kelabaan percuma.

Persoalannya kini apakah penyebaran video porno itu menguntungkan Najib? Sejauh manakah rakyat termakan dengan video berkenaan untuk menolak Anwar dan boleh menjamin kemenangan Najib? Melihat kepada perkembangan semasa sambutan rakyat kepada ceramah-ceramah Anwar semakin menggalakkan. Pembebasan beliau dari pertuduhan liwat melonjakkan sokongan.

Justeru Najib perlu membuat kajian terperinci di dalam hal ini, menilai buruk dan baik dan sejauh mana untungnya dengan penyebaran video lucah itu. Jangan pula mengharap untung secukup rugi segantang. Najib sendiri dan penasihat politiknya harus sedar yang rakyat sudah menyampah dan terjeluak dengan penyuebaran video lucah dan pertuduhan liwat ke Anwar.

Kalau ia tidak untung dan Najib sendiri tidak mengetahui, jauh sekali merestui, maka jelas penyebaran video lucah membabitkan Anwar untuk memburukkan Najib itu adalah strategi halus yang diaturkan demikian untuk memburukkan Najib. Video itu hendak menghina Najib sebagai PM berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mungkin tujuannya bagi memperlihatkan akan kekotoran dan kenajisan Najib dalam politik?

Kalau telahan ini benar, bermakna sudah ada jarum-jarum halus hendak menyingkrikan Najib menerusi penyebaran video lucah itu. Ia sengaja dibuat bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa Najib bermain cemar dalam politik dan seorang yang tidak bermoral. Dalam hal ini orang yang dilihat tidak bermoral bukan saja Anwar tetapi Najib juga. Najib tergamak menyebarkan video lucah hanya kerana mengejar kekuasaan dunia.

Apakah begitu?

Kemungkinan itu tidak mudah untuk ditolak. Sebab ada riak risik dari dalam Umno sudah berbunyi Najib perlu dikerjakan. Saya cukup percaya dan yakin tindakan Shuib Lazim itu ada kena mengena dengan arahan seseorang. Ada sutradara kecil yang mengarahkan agar kisah video lucah itu dicipta dan dimainkan. Orang berkenaan yang menjadi dalang sangat percaya isu sex akan membakar Anwar walaupun dia sudah sedar untuk membakar Anwar persis mahu membakar besi waja.

Namun kerana itulah usaha dan senjata yang ada maka sukar atau mudah ia terpaksa gunakan. Di sini ia adalah serampang dua mata, kalau video sex itu tidak membakar Anwar ia boleh menghanguskan Najib. Bagi si dalang yang menggerak filem lucah itu mereka akan makan kiri kanan - Najib atau Anwar. Anwar adalah musuh semulajadi, manakala Najib ada musuh baru.

Makanya kemungkinan ini Najib perlu menilai sebaik mungkin dan sebijak yang mampu. Permainan Shubai Lazim dan gengnya ini saya tampak bukan saja-saja untuk menyusahkan Anwar seorang tetapi menyusahkan orang lain juga. Ia bukan satu hala sahaja tetapi dua hala.

Najib perlu liar dan cekap membaca riak dalam lautan besar kerana kalau silap membaca ia boleh menenggelamkan dirinya sendiri. Elok kalau Najib berhati dan bertindak penyebaran video tidak bermoral itu sebelum memusnahkan dirinya.
 
 

FITNAH VIDEO SEKS TERBARU!!! Tanda UMNO hampir tumbang - Shahbudin Husin





Di ketika Najib dan Muhyiddin sedang sibuk melakukan lawatan ke negeri-negeri bertemu dengan rakyat sambil menawarkan pelbagai ‘gula-gula’ yang memberi petanda bahawa PRU 13 makin hampir, tiba-tiba seorang anggota trio Datuk T iaitu Shuib Lazim bersuara kembali dengan mengugut akan mendedahkan satu lagi video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim.

Kali ini kononnya video yang dirakam secara curi itu berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari tahun lalu.

Dalam masa yang sama beliau turut mencabar Anwar supaya menyamannya di mahkamah berhubung ketulenan video seks yang dikatakan membabitkan Anwar dengan seorang pelacur China yang telah didedahkannya sebelum ini.

Shuib kononnya akan mendedahkan video terbaru ini kiranya Anwar tidak mahu menyamannya.

Melihat bahawa kenyataan berbaur ugutan ini dikeluarkan di ketika Najib dan Muhyiddin sedang sibuk menjelajah ke seluruh negara bagi meyakinkan rakyat agar terus memilih BN dalam PRU 13 ini, ia seakan-akan memberi gambaran bahawa ‘roadshow’ kedua-dua pemimpin itu tidak begitu berjaya menarik sokongan rakyat.

Kehambaran sokongan yang diterima dan seterusnya memberi signal yang cukup jelas bahawa UMNO dan BN semakin hampir kehilangan kuasa telah menyebabkan Datuk T digunakan sekali lagi bermodalkan isu video seks sebagai ‘talian hayat’ dengan harapan rakyat akan terpedaya dengan gambaran moral yang cuba digambarkan mengenai Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

Jika siri demi siri bertemu rakyat yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sudah cukup memuaskan hati mereka dari segi penerimaan dan sokongan rakyat, sudah tentu isu video seks ini tidak muncul lagi kerana semua orang sudah tahu dan memahami bahawa isu video seks dan kes liwat kedua yang disensasikan sebelum ini tidak pun mampu mengalih sokongan rakyat sepertimana yang diharap-harapkan.

Kedua-dua isu itu sebelum ini hanya meriah menjadi percakapan di kalangan ahli dan penyokong tegar UMNO sahaja manakala rakyat terbanyak umumnya merasa mual, jijik dan tidak terpedaya sama sekali. Bagi rakyat terbanyak isu yang lebih besar ialah isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kronisme, nepotisme, pembaziran, pemborosan, kerajaan dan menteri yang lemah serta hal-hal yang berkaitan dengan kepedulian kerajaan terhadap rakyat.

Namun hakikatnya UMNO masih seperti seorang jurujual tua yang gagal menjual barangannya sendiri lalu mereka-reka cerita tentang keburukan barang yang dijual pesaingnya dengan harapan barang-barangnya akan laku akhirnya.

Sepatutnya apabila barang kita tidak laku, kita harus mengkaji kekuranganya dan cuba menambahbaiknya dari segi kandungan, bungkusan dan sebagainya supaya akhirnya ia bukan sahaja laku tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna.

UMNO nampaknya tidak pernah berusaha sebaik mngkin menambahbaik nilai-nilai perjuangan, perilaku, pemimpin yang ditonjolkan, keikhlasan dan amanah dalam membela rakyat tetapi sebaliknya hanya sibuk mencari keburukan pihak lawan untuk diaibkan sebagai satu-satunya cara yang mudah untuk mengekalkan kuasa.

Dengan kemungkinan video seks terbaru bakal dimunculkan sebagaimana yang diluahkan oleh Shuib Lazim itu, ia tidak lain hanya mendedahkan kelemahan dan kepincangan UMNO yang makin parah serta sokongan rakyat yang masih tidak berubah.

Jika ada lagi isu-isu yang berkaitan seks yang dikaitkan dengan UMNO, ia bukan sahaja memberi imej dan gambaran yang lebih buruk kepada rakyat yang tidak berparti mengenai UMNO, malahan tidak mustahil kekalahan UMNO lebih teruk daripada yang diramalkan dalam PRU 13 nanti. (SH 27/1/2012).

paspb2

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/01/fitnah-video-seks-terbaru-tanda-umno.html#ixzz1kqewjGG2