Followers

Thursday, June 30, 2011

MP Pakatan Pandang Serius Penyalahgunaan Wang Zakat - Ditulis oleh Radzi Razak


KUALA LUMPUR 30 JUN : Kenyataan bercanggah antara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Menterinya Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom mengenai isu penggunaan wang zakat dipandang serius Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai menyampaikan usul bertulis untuk menghadapkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana mengelirukan Dewan.

"Saya menyampaikan usul dibawah Standing Order 36(12) yang menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang membuat kenyataan mengelirukan ahli Dewan boleh dihadapkan ke Jawatankuasa itu," kata Izzah ketika menyampaikan usulnya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Izzah untuk menghantar usulnya secara bertulis kerana beliau tidak boleh membuatkan keputusan spontan tanpa menyemak fakta yang diberikan.

Izzah mendakwa Mashitah dalam jawapannya terhadap soalan Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat berkenaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wiliayah Persekutuan oleh Pengarah Jabatab Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali yang juga Setiausaha MAIWP tahun lalu.

Dalam jawapannya pada 21 Jun lepas, Mashita menyatakan "Untuk makluman yang berhormat, peruntukan bagi pembayaran yuran guaman di Unit Undang-undang adalah menggunakan wang zakat. Akan tetapi, ianya adalah disebabkan sebelum ini pihak MAWIP tidak mempunyai sebarang perolehan.

Dalam laporan Utusan Malaysia Jumaat lalu, Jamil Khir menafikan wang zakat digunakan sebaliknya ia melibatkan kos guaman daripada sumber am MAIWP yang diperuntukkan oleh kerajaan di bawah Majlis Agama Islam pada setiap tahun.

Jamil turut memberi contoh, pada tahun lepas sebanyak RM700,000 diperuntukkan oleh kerajaan untuk kos guaman dan bertentangan dengan jawapan Mashitah pada dewan 21 Jun lalu.

Saifuddin pada 21 Jun telah meminta Mashitah untuk mengesahkan dakwaan bahawa Che Mat telah meluluskan penggunaan RM 31, 150 wang zakat MAIWP untuk kegunaan dirinya dalam kes Qazaf Mohd Saiful Bukhari Azlan antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim dengan Che Mat, Jamil, dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Saifuddin sebelum ini turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu

TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.