Followers

Monday, June 30, 2014

TERKINI - Datuk Saifuddin Abdullah Letak Jawatan Bantah Pemecatan Profesor UM

 
Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai felo penyelidik kanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya berkuatkuasa hari ini sebagai bantahan terhadap peletakan jawatan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

“Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini. Ia berkaitan kes menimpa Dr Redzuan,” kata bekas timbalan menteri pendidikan tinggi itu menerusi akaun Twitter hari ini.


Apabila seorang pengguna Twitter, dengan akaun @johngray22 bertanyakan alasan peletakan jawatan itu, Saifuddin berkata:“Sila baca laporannya di The Malaysian Insider."

Bagaimanapun, cubaan The Malaysian Insider menghubungi Saifuddin untuk mendapatkan penjelasan lanjut masih gagal.

Redzuan dilaporkan menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah UMcedel.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.



 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.