Followers

Saturday, August 1, 2015

Aktivis Bersih Mandeep Singh pula ditangkap ?? OLEH MELATI A JALIL


Zack Ahmad's photo.

Peguam Honey Tan berkata, Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh (tiga dari kanan) ditahan di balai polis Petaling di Jalan Klang Lama mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan, kerana menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen.

Peguam Honey Tan berkata, Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh (tiga dari kanan) ditahan di balai polis Petaling di Jalan Klang Lama mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan, kerana menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen. 

Tan berkata, menurut pihak polis, penangkapan Mandeep adalah berhubung dengan kenyataan dibuat pada satu sidang media baru-baru ini, tetapi ia tidak pasti mana satu kenyataan beliau yang akan disiasat.

"Kami tidak tahu sidang akhbar mana yang akan dirujuk pihak polis, tetapi hanya satu sidang akhbar yang disertai Mandeep iaitu bersama Bersih 4," katanya kepada The Malaysian Insider di balai polis malam ini.
Mandeep ditangkap ketika beliau hadir secara sukarela ke balai polis petang ini.

Pada 29 Julai lalu, Bersih 2.0 mengumumkan yang mereka akan mengadakan perhimpunan jalananan semalaman bermula 29 hingga 30 Ogos, yang digelar Bersih 4, bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rombakan Kabinet.

Sebelum ditangkap, Mandeep memberitahu The Malaysian Insider hari ini beliau dipanggil untuk hadir ke balai polis tanpa diberitahu sebabnya. 

Terdahulu hari ini, aktivis Demi Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Syukri Rezab ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi susulan penganjuran demonstrasi jalananan ‪#‎TangkapNajib‬ yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok. 

Tiga tahanan terbabit dihantar ke balai polis Jinjang malam ini dan permohonan reman terhadap mereka dijangka dilakukan esok pada jam 10 pagi.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.