Followers

Saturday, August 1, 2015

TERKINI - PM NAJIB KECEWA ?


Najib tak boleh pecat jawatan Timbalan Presiden UMNO milik Muhyiddin

NAJIB RAZAK, UMNO
Tidak ada satu peruntukkan di dalam Perlembagaan UMNO yang membenarkan Presiden UMNO untuk memecat Timbalan Presiden UMNO. 

PETALING JAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak tidak akan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakob menjelaskan perkara itu tidak akan dilakukan Najib kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan memberinya
kuasa untuk bertindak sedemikian.


“Tidak boleh, tidak ada peruntukkan dalam Perlembagaan UMNO. Bahkan, tidak ada satu jawatan pun di dalam Majlis Tertinggi (MT) yang boleh digugurkan oleh Presiden UMNO.

“Jawatan-jawatan yang dipegang oleh mereka semuanya ditentukan oleh kuasa pemilihan di dalam perhimpunan agung,” katanya.

 

Sewaktu dihubungi FMT, Mustapha menjelaskan bahawa desas-desus bahawa Najib akan memecat Muhyiddin hanyalah satu spekulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Mereka yang buat spekulasi itu tidak faham dan tidak baca Perlembagaan UMNO serta sengaja membuat fitnah,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, walaupun Muhyiddin tidak lagi memegang mana-mana jawatan di dalam kabinet, tetapi di dalam UMNO, Muhyiddin masih lagi orang nombor dua di dalam parti.

“Muhyiddin tetap jadi nombor dua dalam mesyuarat MT. Muhyiddin tetap akan duduk disebelah Najib, bukannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” ujar beliau.


Komen:
Zack Ahmad's photo.Berita Bik buat YB Tan Sri Muhyuddin - bermakna pemecatan YB DS Anwar Ibrhim oleh Tun Mahathir pada tahun 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO "TIDAK SAH" - Tun Mahathir boleh didakwa kerana melanggar perlembagaan parti?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.