Followers

Saturday, August 1, 2015

Ini antara sebab kenapa Haji Hadi naik angin dengan ‪#‎Harapan‬ Baru



YDP Pas letak jawatan YDP Pas letak jawatan Status Facebook mendedahkan mengenai peletakan jawatan YDP Pas Beruas. 

IPOH: Yang Dipertua Pas Kawasan Beruas, Zainol Haron mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan yang disandang dan menyertai Harapan Baru. 

Zainol berkata, peletakan jawatan tersebut telah diumumkan dalam mesyuarat Pas kawasan berkenaan, semalam. “Memang benar saya telah meletakkan jawatan YDP Pas Kawasan Beruas. 

“Saya meletak jawatan atas kerelaan diri tanpa ada sebarang pelawaan atau pujukan dari mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

 

Menurutnya, tindakan beliau menyertai Harapan Baru adalah disebabkan selesa dengan idea dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan pertubuhan itu. 

“Idealisme dan perjuangan yang dibawa membuatkan saya cenderung memilih Harapan Baru sebagai wadah perjuangan,” katanya. 

Zainol berkata, beliau juga menafikan bahawa tindakannya keluar daripada parti itu disebabkan kecewa dengan kepimpinan Pas yang ada pada ketika ini. 

“Tidak kecewa kerana bagi saya bila kita berbeza pandangan adalah lebih baik kita keluar dan pada masa sama ia juga boleh melancarkan segala gerak kerja yang ingin dilakukan Pas di peringkat kawasan,” katanya. 

Selain itu, katanya, seramai tiga ahli jawatankuasa Pas di kawasan berkenaan juga telah mengisytiharkan keluar daripada Pas. 

“Siapa mereka saya rasa tak perlu didedahkan cuma ianya melibatkan individu yang mempunyai jawatan dalam jawatankuasa penuh parti di peringkat kawasan,” katanya. 

Kerengga
Ini antara sebab kenapa Haji Hadi naik angin dengan #Harapan Baru YDP Pas letak jawatan YDP Pas letak jawatan Status Facebook mendedahkan mengenai peletakan jawatan YDP Pas Beruas. IPOH: Yang Dipertua Pas Kawasan Beruas, Zainol Haron mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan yang disandang dan menyertai Harapan Baru. Zainol berkata, peletakan jawatan tersebut telah diumumkan dalam mesyuarat Pas kawasan berkenaan, semalam. “Memang benar saya telah meletakkan jawatan YDP Pas Kawasan Beruas. “Saya meletak jawatan atas kerelaan diri tanpa ada sebarang pelawaan atau pujukan dari mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, tindakan beliau menyertai Harapan Baru adalah disebabkan selesa dengan idea dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan pertubuhan itu. “Idealisme dan perjuangan yang dibawa membuatkan saya cenderung memilih Harapan Baru sebagai wadah perjuangan,” katanya. Zainol berkata, beliau juga menafikan bahawa tindakannya keluar daripada parti itu disebabkan kecewa dengan kepimpinan Pas yang ada pada ketika ini. “Tidak kecewa kerana bagi saya bila kita berbeza pandangan adalah lebih baik kita keluar dan pada masa sama ia juga boleh melancarkan segala gerak kerja yang ingin dilakukan Pas di peringkat kawasan,” katanya. Selain itu, katanya, seramai tiga ahli jawatankuasa Pas di kawasan berkenaan juga telah mengisytiharkan keluar daripada Pas. “Siapa mereka saya rasa tak perlu didedahkan cuma ianya melibatkan individu yang mempunyai jawatan dalam jawatankuasa penuh parti di peringkat kawasan,” katanya. -sinarharian-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.