Followers

Saturday, August 1, 2015

DAH MULA....JENG JENG JENG Pemberontakan Umno bermula di Johor, 3 pemimpin sayap letak jawatan


Zack Ahmad's photo.

Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas 3 pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/pemberontakan-umno-ber…

KAH KAH KAH
kah kah kah

nothing to add my lord
nothing to write my lord
i now rest my case

kah kah kah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.