Followers

Saturday, August 1, 2015

Baru Saja Dr Aziz Bari Masuk DAP, Terus Dipanggil Polis

 



Hanya selepas beberapa jam menyertai DAP semalam, pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari, telah dipanggil oleh polis ke Bukit Aman untuk disoal siasat hari ini berhubung isu titah Sultan Selangor tahun lalu.

Beliau akan ke Bukit Aman di sini pada jam 3 petang ini.

Menurut pembantu peribadinya, Andy Lim, polis menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan yang melibatkan tulisan Dr Abdul Aziz tentang isu air di Selangor.

“Kami mendapat tahu tentang hal ini selepas sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan penyertaan Dr Abdul Aziz ke dalam DAP,” katanya.

Pakar Perlembagaan Persekutuan itu memilih untuk menyertai DAP kerana ia menawarkan ruang yang lebih luas untuk beliau menyumbang kepakarannya kepada parti, rakyat dan negara.

Sebelum itu, Dr Abdul Aziz merupakan Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejak 1989 sehinggalah beliau digantung tugasnya pada Oktober 2011, juga melibatkan pandangan perundangan beliau terhadap titah Sultan Selangor.

Walaupun penggantungan tugas itu ditarik balik berikutan bantahan daripada pelajar dan kakitangan akademik, beliau memilih untuk bersara dari UIA. Pada Januari 2012, UIA mengumumkan penarikan balik gelaran profesor yang diberikan kepadanya pada 2002.

Dalam pilihanraya umum ke-13, beliau bertanding atas tiket PKR di merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam, Selangor tetapi tewas dalam percubaan pertama itu.

– Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.