Fakta itu adalah perbandingan yang boleh dilihat tentang yang yang berlaku sebelum dan sesudah PRU 2013 yang lalu
Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin berpendapat, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja pasti akan ditubuhkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab mensabotaj ekonomi negara.
Bagi menguatkan lagi pandangannya itu beliau yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press menggariskan beberapa perkara bagi menyokong pendapatnya itu di blog kadirjasin.blogspot.my.
Ketika PRU 2013
- Akibat tsunami Cina menggunapakai istilah ciptaan Mohd Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri, undi popular UMNO/Barisan Nasional jatuh kepada 48 peratus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.
- Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyokong kepemimpinan Mohd Najib dan turut berkempen menyokong UMNO/BN.
- Tun Daim Zainuddin juga berkempen tetapi memberi amaran yang jentera pilihan raya BN lemah dan orang bukan Bumiputera, khususnya Cina, tidak menyokong BN.
- Skandal 1MDB, SRC International/Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan duit derma/sedekah Arab sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib belum terdedah.
- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan pengguna belum dilaksanakan dan ekonomi berada dalam keadaan yang memuaskan.
- Tetapi rakyat jelata sudah mula merasa kesan kenaikan kos sara hidup akibat penghapusan berperingkat subsidi mulai era Tun Abdullah Ahmad Badawi.
- Bagi mengambil hati pengundi, manifesto BN, antara lain, berjanji tidak menaikkan tol lebuh raya malah akan mengurangkannya secara berperingkat.
- Skandal 1MDB, SRC International/KWAP dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Mohd Najib telah meledak dan menjadi skandal skala dunia.
- Dr Mahathir, Daim serta ramai lagi veteran Umno tidak lagi menyokong Mohd Najib malah mahu beliau berhenti.
- GST yang diperkenalkan April lalu menambah hasil kerajaan tetapi membebankan pengguna. Mohd Najib kata, GST penyelamat kewangan negara. Menang benar. Bagi tahun ini, kerajaan menganggarkan kutipan GST sebanyak RM21 bilion tapi dapat RM27 bilion. Tahun depan dijangka naik kepada RM39 bilion.
- GST, pemansuhan subsidi, kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam, kejatuhan nilai ringgit, pengangguran dan kemelesetan harga barangan utama sangat membebankan hidup rakyat jelata.
- Bala, ujian dan balasan datang bertimpa-timpa – sebuah pesawat MAS hilang entah ke mana dan sebuah lagi ditembak jatuh, banjir besar, gempa bumi maut, jerebu dan macam-macam lagi.
Katanya, pada masa ini mereka boleh lagi untuk membela pemimpin (Najib) tetapi ia tidak mungkin berlaku setelah nyawa politik mereka tercabut.
“Adakah logik mengharapkan sokongan kepada UMNO/BN meningkat pada PRU akan datang dengan segala masalah dan bebanan yang berpunca daripada salah urus, penyelewengan dan pembaziran pentadbiran Mohd Najib?,” soalnya.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.