Followers

Tuesday, December 31, 2013

VIDEO TERKINI !!! - AKHIRNYA POLIS BENARKAN PESERTA DEMO KE DATARAN MERDEKA !!



VIDEO DARI DATARAN MERDEKA - 31 DISEMBER 2013.


Newsmaker 2013 pilihan pembaca ialah... Dicatat oleh ustazcyber

 


Mengikut tradisi setiap tahun, selama lebih satu dekad, Malaysiakini akan memilih seorang newsmaker sebelum kita melabuhkan tirai hujung tahun.

Newsmaker ini dipilih mengikut takrif  'seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau lebih teruk lagi'.

Tahun ini, Malaysiakini menyenaraikan 12 individu bagi anugerah Newsmaker 2013 untuk dipilih oleh seramai 1,450 orang pelanggan berbayar portal berita ini.


Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka bagi setiap tokoh – satu markah untuk pilihan paling rendah dan 10 markah untuk pilihan paling tinggi.


Berdasarkan keputusan tinjauan ini, pembaca Malaysiakini pada tahun ini nampaknya memberi pengiktirafan kepada wanita paling kontroversi di Malaysia.


Dan pemenangnya ialah...


Newsmaker 2013 ialah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.....lihat lagi

Pelbagai kontroversi menghimpit Rosmah selama beberapa tahun ini. Tapi apa yang menyebabkan beliau memenangi anugerah tahun ini – berbanding pencapaian di tangga ketujuh pada tahun lalu – mungkin kerana liputan mengenai lawatan beliau ke luar negara menggunakan jet peribadi dibiayai kerajaan.

Rosmah adalah wanita kedua yang memenangi anugerah yang diperkenalkan pada 2001 ini secara mutlak. Datuk Ambiga Sreenevasan memenanginya pada tahun lalu sementara Datuk Seri Rafidah Aziz berkongsi anugerah bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2005.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meraih populariti melalui kenyataan "tembak dahulu" mengekori rapat di tangga kedua.

Menariknya, satu lagi entiti kontroversi, Suruhanjaya Pilihan Raya meraih tempat ketiga dalam senarai tahun ini.

Di hujung senarai ini, persaingan antara dua pengasas Hindraf mendapati si abang, P Uthayakumar yang kini menghadapi hukuman penjara kerana menghasut, dipilih oleh pembaca.

Beliau mengatasi adiknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy yang mendapat kedudukan tercorot dalam senarai tahun ini. MK
Beriku adalah senarai penuh:




1. Datin Seri Rosmah Mansor
(9,552 mata)





2.  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
(9,116)




3. Suruhanjaya Pilihan Raya
(8,752)






4. Datuk Seri Shahrizat Jalil
(7,842)




5. Tan Sri Khalid Ibrahim
(7,721)






6. Mohamad Sabu
(7,380)





7. N Surendran 
(7,325)




8. Tengku Adnan Tengku Mansor
(6,984)






9. Tun Dr Mahathir Mohamad
(6,678)




10. P Uthayakumar
(5,750)




11. Datuk Seri Mukhriz Mahathir
(5,393)






12. P Waythamoorthy
(4,640)

UMNO BANGANG ABADI !!!!!... DAH LUDAH JILAT BALIK!!!!

UMNO BANGANG ABADI !!!!!... DAH LUDAH JILAT BALIK!!!!
Ingat tak.... "HARAM, HARAM, HARAM.."

Bila MP Pakatan desak lakukan PENJIMATAN dalam parliament tempohari?

Apa MP BN buat? Huru hara dalam dewan TOLAK cadangan Pakatan rakyat. Ada yang macam monyet koyak kertas cadangan macam kera kena belacan.

Hari ni, Najib umum benda sama.. masing masing komen positiv.. " ia.. kita harus berjimat bla bla bla:

Mana dia kelakuan 'BERUK' tempohari? Hilang semua..

Dan jadi pak turut.. kena mandren dek Roarr semah.

Tu jasa Roarr Semah yang korang tak nampak.

Nampak tak?
Suara Rakyat
Ingat tak.... "HARAM, HARAM, HARAM.."
 
Bila MP Pakatan desak lakukan PENJIMATAN dalam parliament tempohari?

Apa MP BN buat? Huru hara dalam dewan TOLAK cadangan Pakatan rakyat. Ada yang macam monyet koyak kertas cadangan macam kera kena belacan.

Hari ni, Najib umum benda sama.. masing masing komen positiv.. " ia.. kita harus berjimat bla bla bla:

Mana dia kelakuan 'BERUK' tempohari? Hilang semua..
Dan jadi pak turut.. kena mandren dek Roarr semah.

Tu jasa Roarr Semah yang korang tak nampak.
Nampak tak?

Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan

 
Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim (gambar) menafikan penglibatannya dalam Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada malam esok sebagaimana dakwaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
 
Katanya, sejak daripada penubuhan Turun oleh teman mahasiswanya yang lain, dirinya tidak pernah secara langsung terlibat dalam mesyuarat mahupun proses membuat keputusan himpunan tersebut. 
 
"Saya berasa kecewa dan jijik terhadap tuduhan palsu tersebut. Ia sesuatu yang pelik bagaimana risikan polis boleh mengaitkan saya dengan himpunan tersebut, sedangkan saya sepanjang tempoh kempen Turun tidak pernah memberi ucapan mahupun kenyataan yang berkaitan secara langsung dengan himpunan tersebut. 
 
"Maka, setelah berbincang dengan peguam dan teman-teman, saya bersedia untuk mengemukakan saman sebanyak RM10 juta kepada PDRM dan pihak lain yang bersekongkol memburukkan nama saya di mata masyarakat dan media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
 Menurut Adam, bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 dan peguam Datuk Ambiga Sreenevasan sudah menyatakan kesediaan untuk mewakilinya dalam kes saman ini. 
 
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh pada Sabtu mendakwa beberapa individu termasuk Adam sebagai dalang kepada Himpunan Turun yang turut digelar Himpunan Gulingkan Kerajaan bakal berlangsung pada malam esok. 
 
Adam berkata risikan polis yang bertanggungjawab ternyata dengan sengaja dan berniat jahat memburukkan namanya dengan menuduh bakal membuat huru-hara dengan menggunakan bom tangan dan senjata merbahaya yang lain. 
 
Katanya, tuntutan saman ini wajar dijadikan pengajaran kepada PDRM dan pihak yang berkaitan agar tidak sewenang-wenangnya menjadikan pihak tertentu sebagai mangsa permainan politik yang diarahkan oleh pihak berkepentingan lain. 
 
"Ini adalah tuduhan yang berat dan tidak boleh diambil ringan. 
 
Pihak PDRM seharusnya adil dan saksama dalam menjalankan tugas mereka sebagai pelindung undang-undang dan keselamatan masyarakat," katanya.
 
 
Cananglanie

RM15 juta DBKL sambut 2014, gila dan menghina - Wardina

[KERJA GILA & MENGHINA] Suruh Rakyat Berjimat, DBKL Peruntuk RM15 Juta Sambut 2014


 
KUALA LUMPUR: “Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,” tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi facebook.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.

Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”.


Berikut ialah komen beliau.

Entahlah saya bersependapat dengan rakan saya...hati ni tak boleh terima 15 juta "dibazir" begitu saja Ye lah 'Celebrate'lah... suka hati lah..di saat rakyat tenat.. tenat dari banyak segi..fizikal, kewangan, spiritual, moral... in my opinion we shouldn't be "celebrating" ... (you don't have to agree)

A future full of struggles and uncertainty for me.. Happy new Year 2014...

Dari FSS: "15 JUTA diperuntukkan oleh DBKL untuk perayaan tahun baru!

Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan.

Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014.

Gila dan menghina! Di saat program menangani gejala sosial langsung tiada bajet!"


Khawatirkan Tindakan Maksiat, Ulama Aceh Haramkan Perayaan Tahun Baru

Banda Aceh - Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Banda Aceh mengeluarkan fatwa haram merayakan tahun baru masehi bagi umat Muslim. Fatwa itu dikeluarkan untuk mengantisipasi terjadinya hal-hal yang menjurus kepada maksiat.

Ketua MPU Banda Aceh, Abdul Karim Syeikh, mengatakan, perayaan tahun baru merupakan bagian dari ritual dalam agama lain. Perayaan itu lahir dari ritual Romawi Kuno.

"Kami berkesimpulan bahwa hukum merayakan tahun baru bagi umat Muslim haram hukumnya," kata Abdul Karim, Jumat (27/12/2013).

Untuk itu, MPU Banda Aceh meminta kepada Pemerintah Kota Banda Aceh untuk tidak mengeluarkan izin keramaian saat perayaan tahun baru. MPU juga telah meminta seluruh elemen masyarakat untuk tidak merayakan tahun baru.

"Kita sudah surat Muspika plus untuk tidak merayakan tahun baru dan tanggapan mereka semua cukup baik," jelas Abdul Karim.

Selain itu, MPU juga meminta seluruh hotel maupun tempat penginapan di Aceh untuk tidak mengadakan acara pesta dan perayaan dalam bentuk apapun untuk menyambut tahun baru Masehi. Sementara untuk warga non-Muslim diminta untuk menghargai Aceh yang menerapkan syariat Islam sehingga tidak merayakan tahun baru.

"Kami meminta seluruh elemen masyarakat untuk mencegah kemaksiatan yang terjadi di Aceh," ungkap Abdul Karim. - detik.com


HEBOH DI ALAM MAYA BERITA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG BAKAL MENGGUNAKAN KERETA W221 MERCEDES BENZ S300L?????



Kini sedang berpusing amat ligat di alam siber betapa Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah membeli sebuah kereta jenama Mercedes Benz keluaran dan model paling baru dalam pasaran W221 S300L berwarna  'Palladium Silver'.

Nombor pendaftaran yang di khaskan untuk kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, PG 1 kelihatan masih di kekalkan untuk kereta tersebut.

Kisah ini di petik dari satu blog Paultan yang mengisahkan kononnya pembelian beberapa buah kereta Toyota Camry 2.5 pada bulan Oktober lalu dimana salah sebuah dariinya yang di guna pakai oleh KM Pulau Pinang hanyalah sementara waktu saja sehingga kereta Mercedes Benz ini sampai.

Jika kisah ini benar maka sememang sepatutnya YAB Sdr Lim Guan Eng memberikan penjelasan .. kalau ianya merupakan suatu fitnah jahat maka sewajarnya juga di beritahu kepada rakyat dan tindakan undang-undang harus diambil keatas pengendali blog tersebut.

Rasa-rasanya ada yang tidak kena dengan cerita ini... YAB Lim Guan Eng yang terkenal sebagai hidup sederhana boleh terliur nak pesan dan guna kereta Mercedes Benz yang harganya melebehi RM500,000. sebagai kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang.



 http://omakkau.blogspot.com/2013/12/heboh-di-alam-maya-berita-ketua-menteri.html

Ustaz Mat (MB Kelantan) ketar selepas dengar keputusan saya – TG Nik Aziz - ASLANI M

 
KOTA BHARU: “Ketika saya sebut kepada Ustaz Ahmad saya tidak boleh lagi pegang jawatan Menteri Besar, ada orang nampak Ustaz Mat ketar selepas mendengar keputusan saya.
 
“Saya membuat keputusan itu kerana masalah kesihatan. Pada hari mengundi pilihan raya umum lepas saya meninjau tempat-tempat mengundi. Saya meninjau sehingga ke Pasir Mas.

“Di sana tiba-tiba saya terjatuh akibat keletihan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pertemuan ekslusif pertama selepas beliau tidak lagi bergelar Menteri Besar.

Sebelum ini usaha-usaha untuk menemubual Mursyidul Am tidak dapat dilakukan memandangkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Sekarang beliau kelihatan semakin sihat, hampir setiap minggu beliau datang ke pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di Kota Darulnaim.

Dengan berjubah putih dengan kain serban di bahu beliau datang ke IPTG bagi memenuhi temujanji dengan beberapa pihak. Antaranya pelajar siswazah menyiapkan tesis PhD dan sarjana.

Di atas mejanya kelihatan beberapa buku dan kitab. Akhbar Harakah dan Sinar Harian “menu wajib” yang disediakan kakitangan IPTG di atas mejanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, disebabkan masalah kesihatan keesokan harinya selepas berlangsung pilihan raya beliau memanggil Ustaz Ahmad Yakob dan Datuk Mohd Amar ke rumahnya di Pulau Melaka.

“Saya percaya beliau boleh buat kerja kerana selama mana saya menjadi Menteri Besar beliaulah yang mengurus hal-hal berkaitan pentadbiran negeri.

“Boleh dikatakan hampir 80 peratus hal-hal berkaitan pentadbiran kerajaan negeri beliau yang mengurus.

“Saya yakin dengan kebolehan beliau. Malah ketika persidangan DUN beliau yang banyak menjawab soalan yang diutarakan anggota-anggota dewan,” katanya.

Oleh itu katanya, kalau ada apa-apa masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri beliau meminta semua pihak berpakat membantu kepimpinan sekarang. 
 
Kerengga

Berita Dari Selangor Yang Tidak Di War-Warkan Oleh Utusan, Berita, RTM Dan TV3 - Posted by Addin Deen


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma, mengekalkan cukai premis kediaman selain menyediakan rumah mampu milik dan menambah peruntukan beberapa program dan skim yang sedia ada, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menghadapi tahun 2014.

Beliau berkata, biarpun Selangor mempunyai kuasa terhad dalam menentukan harga barangan keperluan dan perkhidmatan, itu tidak bermakna kerajaan negeri hanya membiarkan keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tambahnya, peluang sama rata juga diberikan kepada seluruh rakyat yang menetap di Selangor bagi menikmati hasil negeri tanpa mengambil kira keturunan atau kedudukan .

"Saya memberi jaminan bahawa sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008, kita tidak mengamalkan fahaman populis, sosialis dan sebagainya.

"Sebaliknya program-program kebajikan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah berterusan dan diterima baik oleh majoriti rakyat negeri ini," kata Khalid dalam satu kenyataan sempena Tahun Baru.

Selain itu, Khalid berkata kerajaan Selangor memahami bebanan rakyatnya yang khuatir kenaikan barang dan perkhidmatan seperti tol dan kadar elektrik boleh menyebabkan harga kediaman rumah mampu milik menjadi mahal.

Katanya lagi, di atas kepercayaan rakyat yang memilih PR pada pilihan raya lalu, telah mendorong kerajaan negeri meneruskan kecemerlangan apabila dalam Belanjawan Negeri Selangor 2014, sebanyak RM2.28 bilion diperuntukkan bagi pembangunan negeri dan rakyatnnya.

Menurut Khalid, rakyat Selangor bakal menyaksikan kerajaan negeri menyediakan beberapa langkah mengurangkan beban rakyat.

"Lebih dari itu kerajaan negeri juga mahu keupayaan rakyat ditingkatkan bukan sekadar menerima pelbagai bantuan kebajikan, antaranya menerusi pembangunan desa yang dijangka dilaksanakan di kesemua daerah Selangor pada tahun depan," katanya.

Beliau pada masa turut menegur rakyatnya untuk menghormati kebebasan hak beragama seperti titah Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Demi keharmonian yang berkekalan, saya percaya rakyat berbilang kaum dan agama serta budaya di Selangor sedia mengambil maklum akan titah Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Setiap rakyat perlulah menghormati kebebasan beragama dan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang perasaan marah atau berlakunya perkara tidak diingini," katanya.  ~tmi

Marina Mahathir Bidas Langkah Penjimatan Najib

 
Sebelas langkah baru perdana menteri untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam nampaknya tidak diterima semua pihak, dengan beberapa individu terkenal tampil menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

"Apa pandangan saya untuk 11 langkah kurangkan perbelanjaan? Tiada pengorbanan, tiada kejayaan.

"Dalam kes ini, ia tidak sama dengan kesakitan rakyat, jadi kamu tidak dapat kasih sayang kami. Maaf," kata aktivis dan kolumnis Marina Mahathir (kiri).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah terbaru Datuk Seri Najib Razak, selari dengan rungutan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta kos sara hidup.

 

Menteri Bodoh Bercakap Tentang Demonstrasi Perhimpunan hanya buang masa, kata menteri


Photo: Tuesday, 31 December 2013.

Menteri Bodoh Bercakap Tentang Demonstrasi

Perhimpunan hanya buang masa, kata menteri

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rancangan untuk menghimpun rakyat untuk berarak di jalanan pada malam 31 Dis ini adalah satu perbuatan yang sia-sia serta membuang masa dan tenaga.

Beliau berkata negara mempunyai sistem iaitu Parlimen untuk menyatakan ketidakpuasan kepada kerajaan selain melalui media massa kerana kerajaan bersedia mendengar dan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.


"Saya rasa yang pergi itu (sertai perhimpunan) akan membuang tenaga...kita ada sistem Parlimen, mereka boleh bersuara dalam Parlimen, dalam media massa dan sebagainya, kerajaan sedia mendengar, kita akan sesuaikan (keperluan orang ramai)...kita jelaskan," katanya kepada pemberita selepas program bantuan sekolah kepada mangsa banjir di Kemaman di Kemaman hari ini.

Beliau berkata adalah lebih baik masa dan tenaga itu digunakan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini kerana ia lebih berfaedah daripada membuat bantahan di jalanan.

Menurutnya, kerajaan kasihan kepada sesetengah rakyat yang telah ditipu pembangkang sehingga sanggup berhimpun di jalanan dan kali ini sekali lagi rakyat cuba ditipu semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Himpunan guling kerajaan itu dirancang diadakan pada Selasa malam di Dataran Merdeka di ibu negara oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan berusaha untuk memberi setiap keluarga mangsa banjir seunit televisyen dan barangan lain seperti peti sejuk yang kini merupakan antara barang keperluan dan bukan lagi lambang kemewahan.

"Dalam sistem telekomunikasi, televisyen bukan sesuatu yang mewah tetapi keperluan untuk orang dapatkan maklumat dan sebagainya. Dulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beri komputer 1Malaysia, dalam konteks sekarang kita bagi televisyen," katanya.

Beliau berkata pihak SKMM akan cuba mengagihkan set televisyen tersebut secepat mungkin dengan anggaran keseluruhan ialah kira-kira 30,000 unit untuk mangsa banjir di Terengganu dan Pahang.

"Satu keluarga satu, cuba dalam masa sebulan, stok yang ada kualiti, munasabah untuk 30,000 keluarga," katanya.

Ahmad Shabery juga berkata sebanyak 12,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Kemaman yang terjejas banjir akan menerima bantuan persekolahan.

Pada majlis hari ini, Yayasan Al-Bukhary dan beberapa NGO termasuk Kelab Putera 1Malaysia dan Puteri Umno menyampaikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada 3,839 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, DUN Kijal dan DUN Chukai manakala esok pula kepada 4,733 penerima di DUN Air Putih manakala bakinya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pemberian insurans kepada penjawat awam yang terjejas banjir boleh membantu meringankan beban mereka yang telah banyak kerugian harta benda.

- Bernama

Posted by Jeebond BLM Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rancangan untuk menghimpun rakyat untuk berarak di jalanan pada malam 31 Dis ini adalah satu perbuatan yang sia-sia serta membuang masa dan tenaga.

Beliau berkata negara mempunyai sistem iaitu Parlimen untuk menyatakan ketidakpuasan kepada kerajaan selain melalui media massa kerana kerajaan bersedia mendengar dan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.


"Saya rasa yang pergi itu (sertai perhimpunan) akan membuang tenaga...kita ada sistem Parlimen, mereka boleh bersuara dalam Parlimen, dalam media massa dan sebagainya, kerajaan sedia mendengar, kita akan sesuaikan (keperluan orang ramai)...kita jelaskan," katanya kepada pemberita selepas program bantuan sekolah kepada mangsa banjir di Kemaman di Kemaman hari ini.

Beliau berkata adalah lebih baik masa dan tenaga itu digunakan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini kerana ia lebih berfaedah daripada membuat bantahan di jalanan.

Menurutnya, kerajaan kasihan kepada sesetengah rakyat yang telah ditipu pembangkang sehingga sanggup berhimpun di jalanan dan kali ini sekali lagi rakyat cuba ditipu semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Himpunan guling kerajaan itu dirancang diadakan pada Selasa malam di Dataran Merdeka di ibu negara oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan berusaha untuk memberi setiap keluarga mangsa banjir seunit televisyen dan barangan lain seperti peti sejuk yang kini merupakan antara barang keperluan dan bukan lagi lambang kemewahan.

"Dalam sistem telekomunikasi, televisyen bukan sesuatu yang mewah tetapi keperluan untuk orang dapatkan maklumat dan sebagainya. Dulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beri komputer 1Malaysia, dalam konteks sekarang kita bagi televisyen," katanya.

Beliau berkata pihak SKMM akan cuba mengagihkan set televisyen tersebut secepat mungkin dengan anggaran keseluruhan ialah kira-kira 30,000 unit untuk mangsa banjir di Terengganu dan Pahang.

"Satu keluarga satu, cuba dalam masa sebulan, stok yang ada kualiti, munasabah untuk 30,000 keluarga," katanya.

Ahmad Shabery juga berkata sebanyak 12,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Kemaman yang terjejas banjir akan menerima bantuan persekolahan.

Pada majlis hari ini, Yayasan Al-Bukhary dan beberapa NGO termasuk Kelab Putera 1Malaysia dan Puteri Umno menyampaikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada 3,839 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, DUN Kijal dan DUN Chukai manakala esok pula kepada 4,733 penerima di DUN Air Putih manakala bakinya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pemberian insurans kepada penjawat awam yang terjejas banjir boleh membantu meringankan beban mereka yang telah banyak kerugian harta benda.

- Bernama

Posted by Jeebond BLM

Penunggang Motosikal Pula Bakal Di Kena Tol !



Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara dan mengkaji kemungkinan membina lorong motorsikal di semua lebuh raya. Nanyang Siang Pau memetik Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebagai berkata bahawa satu jawatankuasa khas akan meneliti cadangan itu. Beliau berkata, hanya beberapa lebuh raya di seluruh negara mempunyai lorong motorsikal.

"Kami juga akan mengkaji kemungkinan menyekat jenis motosikal yang boleh menggunakan lebuh raya berdasarkan kapasiti enjin mereka . 


"Kami juga akan mengkaji lebar lorong yang berdedikasi untuk memastikan mereka menampung motosikal pelbagai saiz. "

Komen:

 
KEBANYAKAN MACAI MACAI UMNO NAIK MOTOR - MUNGKIN AKAN DIKENAKAN TOL ? APA MACAM ? SUKA TAK? UNDI LAH BN LAGI !!

PDRM Perlu Ikut Contoh Polis Thailand Sertai Demontrasi Rakyat

 


500 pegawai polis sertai tunjuk perasaan

BANGKOK: Protes anti-kerajaan di Bangkok terus diadakan namun kali ini ia turut disertai sekitar 500 anggota polis Thailand.

Anggota polis berkenaan menyertai tunjuk perasaan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap prosedur kerajaan menangani protes rakyat.

Kumpulan berkenaan turut memakai ikat kepala berwarna hitam sebagai penghormatan kepada anggota polis yang terbunuh dalam insiden keganasan terbaru di negara gajah putih itu.

Kolonel Niwat Puenguthaisri yang mengetuai perhimpunan berkenaan berkata, anggota polis yang ditugas menyuraikan protes rakyat tidak diberi kelengkapan sepatutnya.

Selain itu, prosedur yang digunapakai oleh polis, didakwa tidak sesuai bagi menghadapi protes yang sedang berlaku.

Jelas beliau, ini adalah pertama kali di dalam sejarah Thailand, polis turut menyertai bantahan terhadap kerajaan.

Peserta perhimpunan turut bertafakur bagi mendoakan rakan pasukan mereka yang terbunuh ketika bertugas.

Pegawai polis tersebut terbunuh Khamis lalu apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa.

Dalam satu lagi perkembangan, penunjuk perasaan anti-kerajaan membersihkan tapak perkhemahan mereka di Bangkok sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baru.

Kerja pembersihan itu turut disertai ketua penunjuk perasaan,Suthep Thaugsuban. Kawasan sekitar tugu peringatan demokrasi di Bangkok telah menjadi tapak perkhemahan peserta protes sejak November lalu.

Walaupun, penunjuk perasaan sedia memberi laluan kepada acara sambutan tahun baru, Suthep berikrar meneruskan bantahan besar-besaran selepas sambutan berkenaan.

Protes itu dirancang bagi meningkatkan tekanan kepada kerajaan Thailand supaya mempercepatkan proses transformasi politik.

Tindakan mereka mengganggu proses penamaan calon bagi pilihan raya umum Thailand setakat ini membuahkan hasil.

Pendaftaran bagi pilihan raya 2 Februari tahun depan itu telah ditangguh di empat wilayah. 
 
=astroawani.
 
Kelab Greenboc.

Jom Turun Bantah Harga Naik ! - Bukan GULING KERAJAAN...........



 

Allahu Akhbar!! Kiamat Semakin Hampir.. Mungkinkah Ini Petandanya? - Posted by Addin Deen


Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. 
 
Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” 
 
Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. 
 
Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.

(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)


~sh