Followers

Tuesday, September 30, 2014

PAS Digesa Pulih Hubungan atau Keluar Pakatan Rakyat




[Malaysia Kini] Sekumpulan anak muda mencadangkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya parti itu gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam parti yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat berhubung isu menteri besar Selangor.


Koordinator Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) Ekhsan Bukharee berkata pihaknya yakin kepercayaan masyarakat kepada PAS dapat dikembalikan jika parti itu mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang menggugat keutuhan Pakatan.

Memberi contoh kenyataan beberapa pemimpin PAS yang dianggap "merugikan" Pakatan Rakyat berhubung isu itu, Ekhsan turut menyarankan supaya PAS menggesa semua pemimpinnya berhenti mengeluarkan kenyataan memudaratkan hubungan dengan Pakatan.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen Pakatan Rakyat memperkukuhkan permuafakatan.

"LENSA khuatir sekiranya pertembungan dalaman Pakatan ini tidak diuruskan segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada Pakatan dan secara khusus kepada PAS.

"Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan seterusnya menyebabkan krisis mejadi semakin rumit," katanya.


Cadangan itu dinyatakan dalam surat mereka kepada PAS supaya pemimpin parti itu menghentikan tindakan mencetuskan ketegangan dengan Pakatan Rakyat.

Surat tersebut diserahkan kepada Pegawai Penerangan Pas Pusat Mohamad Shahir Abu Hasan di Pejabat PAS, di ibu negara pagi ini.

Menurut Ekhsan lagi, berdasarkan maklum balas dan analisa dalam siri forum mengenai krisis Selangor juga menunjukkan pengundi bukan Islam kecewa dan mempertikaikan sikap PAS dalam kemelut itu.

Sehubungan itu, aktivis siswa itu mengesyorkan agar PAS menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli atau pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat Pakatan.

"Hal ini bagi membuktikan ketelusan PAS bersama Pakatan Rakyat sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam PAS.

"Sekiranya ini dapat dilaksanakan, pihak LENSA yakin kepercayaan masyarakat umum dapat dikembalikan," katanya. -Anne Muhammad/30/9/14

Duniacacamarba

TERDEDAH..... KETUA UMNO BAHAGIAN DITAHAN SPRM , DAKWAAN PECAH AMANAH RM300 JUTA !!!



Nilah pemimpin UMNO Sabah yang ditahan SPRM dan disiasat atas dakwaan penyelewengan RM300 juta.... Datuk Abdul Ghani Yassin.. Ketua UMNO Pensiangan....... tapi sebelum buat apa apa conclusion... kena faham politik Sabah....Abdul Ghani Yassin ni tidak seblu dgn Musa Aman.. dan pernah membuat perjumpaan dua mata dgn Najib agar Musa Aman digugurkan.... jadi ada dakwaan ni serangan balas dari KM Sabah.. untuk membunuh seteru politiknya...

Apa pun gi mampuslah UMNO..!! korang nak gado sampai berbunuhan sekali pun.. rakyat tepuk tangan..!!
sumber


Gambar: Korupsi UMNO

Heboh kini diperkatakan di Sabah betapa seorang pemimpin UMNO Sabah bertaraf Ketua Bahagian merangkap bekas Pengerusi salah satu syarikat GLC Negeri, telah kena cekup oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah pecah amanah selaku kakitangan awam yang melibatkan jumlah wang sebanyak RM300 juta.

Siapakah pemimpin UMNO berkenaan??????

Ketua Umno Bahagian Di Sabah Ditahan SPRM

Oleh: AKIL YUNUS
editor@mstar.com.my

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno bahagian di Sabah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan ke atas dakwaan pecah amanah (CBT) melibatkan perlanggaran wang RM300 juta.

SPRM masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

Walau bagaimanapun, sumber suruhanjaya ketika dihubungi mengesahkan bahawa siasatan masih diteruskan dan butir-butir akan didedahkan dalam satu kenyataan kemudian.

Pada hari Selasa, sebuah akhbar Sabah melaporkan bahawa pemimpin bahagian itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Khamis lepas.

Beliau merupakan bekas timbalan pengerusi sebuah agensi negeri dan mengetuai salah satu daripada 25 Umno bahagian di Sabah.

Dalam posting Facebook, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Kamis Idris mempersoalkan keputusan menahan ketua bahagian itu dan berkata ia boleh didorong oleh 'dendam politik'.
 
Kedahkini

Apabila Mahathir nak jadi ulamak pula

 
Terdapat ulama di negara ini yang merestui tindakan segelintir rakyat Malaysia untuk membunuh orang Islam yang dikatakan tidak Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, ulama dan umarak (pemerintah) Islam di negara ini tidak tegas menyatakan pendirian mereka dalam isu ini.

"Ada yang dipercayai merestukan sukarelawan Malaysia pergi membunuh orang Islam yang dikatakan tidak Islam," tulis Dr Mahathir di blognya www.chedet.cc hari ini meneruskan kritikannya terhadap pengelibatan segelintir rakyat Malaysia dalam perang saudara di negara Syria.

"Ada yang percaya mereka ini berjihad bila membunuh orang yang tidak sama tafsiran dan kepercayaan Islam dengan mereka walaupun orang ini menyembah Tuhan yang sama dan mengucap akan Allah yang satu dan Muhammad adalah Rasul-Nya,” katanya.

Beliau berkata, ulama dan pemerintah di negara ini perlu memberi kata putus sama ada tindakan rakyat Malaysia menyertai kumpulan pengganas seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) itu berlandaskan ajaran agama atau tidak.

Dr Mahathir berkata, terdapat orang Islam Malaysia yang pergi ke Syria untuk berjihad dan percaya mereka akan mati syahid.

"Berjihadkah mereka apabila mereka melakukan kerja Yahudi dan Amerika?" soal Dr Mahathir.

"Mereka ini melakukan tindakan ganas dengan menembak mati askar tawanan mereka dan juga untuk pancung leher seorang tawanan mereka rakyat Amerika. Kononnya mereka berjihad untuk Islam, untuk mendiri sebuah negara Islam yang diketuai oleh Khalifah.

"Sebenarnya apa yang dilakukan mereka ialah melemahkan orang Islam supaya lebih mudah dikuasai Yahudi dan Amerika," katanya.

Dr Mahathir berkata, pihak yang menerima tuduhan segelintir orang Islam itu kafir langsung tidak berusaha untuk mengkaji walaupun tuduhan itu amat berat.

"Tidak ada fatwa yang dibuat oleh ulama yang tidak beragenda atau berkepentingan, yang pegang hanya kepada Al-Quran dan hadis yang sahih.

"Seruan berjihad mempunyai daya penarik yang amat kuat. Dalam keadaan ramai orang Islam yang cetek pengetahuan Islam, seruan ini mudah diterima. Mereka ini mudah percaya mereka mati syahid bila dibunuh," katanya.

Menurut bekas presiden Umno itu, keadaan umat Islam di dunia kini sudah sampai ke peringkat cemas dan bahaya.

"Bahayanya bukan hanya kepada diri mereka tetapi kepada agama mereka. Ini adalah oleh kerana agama Islam sudah di hijack oleh pihak tertentu yang mengganti ajaran Islam sebenar dengan ajaran yang bertentangan dengan Islam.

"Apabila ajaran ini dikembangkan pemimpin yang berkepentingan, ulama dan umarak enggan membantah, bahkan ada yang agak tertarik dengan ajaran-ajaran ini. Dengan sikap ini agama Islam akan menjadi lain daripada Islam yang diwahyukan kepada Nabi oleh Allah," katanya.

Menurut bekas perdana menteri yang berkhidmat selama lebih 22 tahun itu, tindakan umat Islam berperang dengan orang Islam lain bertentangan dengan ajaran agama itu.

"Perbuatan mereka ini bertentangan dengan ajaran Islam bahawa orang Islam itu bersaudara?

"Sama ada Sunni atau Syiah, dalam pandangan orang Yahudi dan Eropah mereka semua Islam dan musuh mereka. Mereka gemar melihat kerja mereka membunuh orang Islam dipermudahkan oleh orang Islam sendiri," katanya. – 30 September, 2014.


Pen Burok Online

[VIDEO] Apakah PAS Akan Hormati Suara Anak Muda Ini Atau Akan Di"Barua"kan Juga?

 


NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.

Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.

Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.

Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.

“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.

“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.

“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,”
katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang.

Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.

Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

“Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat.

“Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya. – TMI


Lebih baik keluar dari PR

KUALA LUMPUR: Badan pertubuhan bukan kerajaan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Menurut Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.

Tidak terhenti di situ, PAS dikatakan lewat bertindak, dan tidak konsisten.

“Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos sebetulnya mampu menyelesaikan masalah yang berlaku,

“Namun selepas mesyuarat itu, PAS dilihat beberapa kali membuat pusingan ‘U’ menyebabkan konflik semakin buntu.

“Walaupun pada 17 Ogos, mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB,” katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat cadangan kepada Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohamad Shahir Abu Hassan.

Jelasnya lagi, LENSA turut mencadangkan PAS menggesa semua pimpinan di setiap peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

Selain itu, LENSA mencadangkan agar PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan PR.

“Ia penting bagi membuktikan ketelusan PAS bersama PR sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam PAS.

“Sekiranya ini dapat dilaksanakan, LENSA yakin kepercayaan masyarakat umum kepada PAS dapat dikembalikan,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa pimpinan PAS telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh mengeruhkan hubungan PAS di dalam PR, antaranya Ahli Parlimen Pasir Mas , Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, dan juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Ujar Ekhsan lagi, jika PAS terus bersikap demikian dan masalah ini tidak diurus segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS.

“Kita nampak PAS boleh pergi jauh, dan sebab itu kita sebagai NGO yang tidak partisan (tidak berparti) tegur PAS.

“Kita juga tidak menolak bahawa kita akan menegur DAP dan PKR pada masa akan datang,” katanya. -FMT





ULASAN GB

GB dan blogger-blogger PAS yang lain dah banyak kena maki dengan puak yang mengaku pro-ulama. Kena barua dan sebagainya. Tapi kami tak heran sebab kami dah lama di dalam PAS dan dah lali kena maki..... itu asam garam perjuangan di alam siber...

Yang GB khuatir ada di kalangan PAS terutama yang taksub gila yang akan membaruakan anak muda di atas. Mereka anak muda itu bukan semuanya ahli PAS, tetapi mereka kebanyakannya adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Terpulang kepada PAS nak layan memo mereka macamana...




Hanya Allah SWT Sahaja Yang Ada Kuasa Mutlak !



Betullah hanya Tuhan (Allah) punya kuasa mutlak, bukannya sultan! Apa pasal pulak hal macam inipun polis tidak faham?


Kalau Ketua Polis Negara tu kafir, mungkin boleh diterima, tapi Ketua Polis Negara kan Islam, tak kan masih tak faham juga !! Pelik bin ajaib betul la polis Malaysia ni !!

Pensyarah Universiti Selangor (Unisel), Dr Abdul Aziz Bari akan dipanggil untuk disoal siasat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

Pegawai polis yang tidak dinyatakan namanya itu memberitahu, Dr Abdul Aziz hanya akan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam.


"Beliau belum ditahan, tetapi akan datang untuk sesi soal siasat esok (Rabu) di balai polis," pegawai polis itu dipetik sebagai berkata.


Pegawai polis itu juga dilaporkan sebagai berkata, lebih 100 laporan polis dibuat terhadap Dr Abdul Aziz di seluruh negara kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.


Laporan polis itu dibuat berdasarkan berita bertajuk Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari dan Only God, not Sultan, has absolute powers.


Dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider yang disiarkan di bawah berita bertajuk "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari", Aziz dilaporkan berkata Sultan terikat dengan Deklarasi Prinsip Perlembagaan 1992 yang menetapkan peraturan bagi Sultan, termasuk menjelaskan peranan kerabat diraja dalam politik.


Manakala berita bertajuk "Only God, not Sultan, has absolute powers" pula, Dr Abdul Aziz dilaporkan berkata mengikut Perlembagaan, kuasa budi bicara Sultan dalam melantik menteri besar terhad kepada kes Parlimen tergantung.


Katanya, ini tidak boleh diaplikasikan dalam kes Selangor kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.


Berita tersebut dibuat  berdasarkan ucapan Aziz semasa forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) pada 8 September bertajuk "PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju" di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH). 



Kerajaan Rakyat

Apa kerja PAS hari ini? – Izmil Amri

 
Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Kenapa pahat masih berbunyi? Sebab ada tukang pahat yang sibuk menarik perhatian. 
 
Entah benda apa yang dipahatnya, bising sekali. Padahal tukang cat, tukang bancuh simen, tukang pasang wayar, semuanya sudah pulang ke rumah melayan anak isteri masing-masing.

Demikian adanya "krisis" pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang minggu lalu sudah membuat ramai orang menarik nafas lega. Lega kerana benda yang dipanggil krisis ini nampaknya sudah bikin lelah ramai pihak, hatta apa sahaja penyelesaian boleh diterima. Yang beriya tak mahu Azmin Ali jadi menteri besar pun akhirnya mengalah.

Mengalah kerana seperti juga rakyat yang lainnya, sudah tersangat letih dan malas fikir banyak. Selagi tidak selesai isu Selangor, selagi itu lah kerja lain tak boleh dibuat. Maka apa sahaja jalan selesai akan dipersetujui. Tak perlu cakap banyak lagi.

Namun malangnya ada tukang pahat ini, yang masih berbunyi-bunyi. Barangkali dia mahu orang tahu dia pun bekerja juga. Atau dia mahu tunjuk rajinnya, yang masih mahu memahat apa-apa yang boleh, supaya diiktiraf peranannya itu dalam proses membina rumah.

Krisis MB Selangor memang berpunca dari salah sukat teman-teman PKR. Nawaitu asalnya jelas mahu melengser Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan digantikan dengan orang lain. Cuma sewaktu "Langkah Kajang" itu direncana, tidak ada kata putus tentang siapa yang akan menggantikan Khalid. Jadi ada sedikit serabut di situ.

DAP sebagai rakan yang setia dan barangkali memahami kelaku PKR yang suka buat benda pelik-pelik, sekadar menurut sahaja. Lagipun sudah memang konsensus bersama kerusi MB Selangor itu milik PKR, jadi dia punya pasallah apa dia nak buat.

DAP akur dengan setiap satu kerenah PKR. Sebaik sahaja diumum Langkah Kajang, ia bergegas membuka pusat operasi, dan menyatakan kesediaan membantu. Tak cakap banyak. Setelah tempoh hari diputuskan Azmin yang jadi MB dan bukan Datuk Seri Dr. Wan Azizah, DAP juga setia menyatakan persetujuan. Tak banyak bunyi.

Bagi DAP, Khalid mesti dilengser.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgItJ8wBQaTHLixFJnY_ptu26XE6s2mZYqyNKY7jcagjGLjeaFSCwYMOwM4a6adJhnYXpGhpX1h1DNUdcA0BXKm4JjPG4o7UQOn24o6tde6ET9NTY8T8OMsmEklWY_UH2bnBC1QAIsat7K8/s1600/170+-+kerajaan+selangor+khalid+ibrahim.gifYang tidak mahu Khalid dilengser ini PAS. Parti Islam tersebut ternyata menghasilkan lebih banyak kerenah berbanding PKR, dan menambah rumit kepada kerja yang sedia jenuh. PAS dengan cemerlang dan jayanya berfungsi seperti tikus membaiki labu, sambil mempertontonkan kepada umum betapa tunggang terbaliknya parti politik tersebut ketika muktamarnya berlangsung. Inilah dia pahat yang masih bising itu.

Kekalutan PAS ini bermula saat bocor perbualan Whatsapp pimpinan pusatnya, yang kemudian menimbulkan syak ramai pihak termasuk orang kebanyakan tentang keikhlasan PAS dalam bertahalluf bersama DAP dan PKR.

Itu kemudiannya disambut dengan langkah dangkal menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam soal terowong bawah laut, yang akhirnya membuatkan Lim Guan Eng terpaksa memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen PAS Temerloh, Ustaz Nasrudin Hasan.

Tidak selesai itu, beberapa kali pula pimpinan utama PAS melakukan aksi u-turn dalam soal pencalonan MB, setelah mesyuarat memutuskan sebaliknya. Mulanya setuju Dr. Wan Azizah, kemudian tidak jadi. Kemudian katanya calonkan Azmin juga, namun akhirnya hantar nama Adun sendiri.

Tak habis lagi di situ, bergaduh pula di muktamar sampai Pengerusi Tetap terpaksa dikejarkan ke hospital kerana sakit dada dan sesak nafas melayan kerenah perwakilan. Perwakilan pula ada yang tabur fitnah samakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Barisan Nasional, walhal perwakilan itu Ahli Majlis MPPP.

Kemudian meracau lah kata kena buli dan sebagainya. Eh, anak jantan kalau lari balik ke rumah mengadu kena buli, pastilah ditampar di belakang kepala. Apa punya lembik.

Persoalannya sekarang, setelah PAS kelihatan begitu kucar kacir (padahal PKR si pencetus masalah sudah berdamai dan maju ke depan) apa sebenarnya yang PAS sedang kerjakan?

Di saat orang sedang penat berkempen lawan Akta Hasutan, lawan politik ras, mendesak soal-soal ekonomi dan sebagainya, PAS seakan khayal dengan sesuatu yang tidak dapat kita pastikan.

Adakah masih wujud kelompok yang masih berahi mahu menikah dengan Umno sehingga angau kala pulang ke rumah Pakatan Rakyat? 
 
Kerana bibit-bibit serangan geng Kerajaan Perpaduan itu dapat kita saksikan dengan rancaknya serangan-serangan teman-teman dari PAS terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 
 
Malah sebenarnya kita dapat lihat betapa ada kumpulan di dalam PAS yang seakan begitu teringin mahu dihalau keluar dari rumah PR, demi berahinya terhadap Umno.

Seandainya sikap ini tidak dibetulkan, dan tanzim PAS tidak benar-benar muhabasah akan keadaan yang membelenggu parti ini, nescaya tidak mustahil ramalan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang Kelantan tidak lagi akan menjadi jajahan PAS.


Semalam ada teman-teman di laman sosial berkongsi gambar pimpinan PR di Kedah sama-sama bersarapan, dengan kapsyen bertulis "Kesepakatan kami sayang PR". PR di Kedah nampaknya sudah insaf dan sedar tugas melawan Umno hanya boleh dilakukan sekiranya ia dilakukan secara berjemaah.

Seandainya PAS gagal untuk menyedari hakikat keperluan bekerja secara berjemaah serta untuk kembali kepada konsensus dan dasar bersama PR, pastinya rakyatlah yang akan menanggung sengsara harus bertuankan Umno untuk beberapa generasi lagi. Dan PAS akan terpaksa membina semula tapak sokongannya yang roboh.

Jadi apa kerja PAS sekarang? Meraung lari pulang mengadu kena buli, atau mengesat air mata dan membalut luka untuk terus berjuang bersama PR demi kemaslahatan ummah? PAS fikirkan. Takkan saya pula kena tolong jawab? – 30 September, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/apa-kerja-pas-hari-ini-izmil-amri#sthash.LpY99hon.dpuf
 
 
KedahLanie

Singkir Pas Dari PR - Zuhdi Buat Hal Lagi..

 

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Ujar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.

Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.

“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.

“Malah, pengurangan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor (oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali) juga tindakan provokasi supaya Pas memikirkan semula masa depan dengan PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam, mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.

Menurut Mohd Zuhdi, ketegasan yang disuarakan Pas terutama dalam isu Menteri Besar Selangor menyebabkan rakan dalam PR mula membenci parti itu.

Namun beliau menolak pendapat bahawa Pas kelihatan dibuli atas sebab parti itu sendiri lambat membuat keputusan sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Pas secara berhati-hati cuba membuat keputusan yang terbaik.

“Dalam isu Menteri Besar Selangor, Pas hendak jaga hati perlbagai pihak, termasuk kakitangan Kerajaan Selangor dan rakyat Selangor, yang memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan (buat keputusan) semata-mata (berdasarkan) rakan dalam PR.

“Kita tidak mahu gelojoh dalam buat keputusan. Mereka (DAP dan PKR) mahu keputusan yang cepat dengan bagi kata dua kepada kita selain tidak beri ruang yang luas untuk berbincang dalam PR,” katanya.

Beliau juga menyifatkan pimpinan PKR dan DAP hanya mementingkan agenda parti sendiri apabila mendesak Pas segera membuat keputusan dalam sebarang isu yang membabitkan kesepakatan parti itu.

Menurut Mohd Zuhdi, buat masa ini semua ahli dan pimpinan Pas perlu ikut semua nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pas perlu ikut apa yang ditegaskan oleh presiden (Pas). Dalam ucapan semasa Muktamar Tahunan Pas ke-60 (baru-baru ini), Abdul Hadi telah buat satu penegasan bahawa Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam PR.

“Apa yang Pas mahukan sekarang adalah persefahaman dan kerjasama yang baik daripada rakan kita dalam PR. Keluhan hati kecil saya, Pas perlu bina kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada sokongan parti lain,” katanya.


Segarkan terus politik tahaluf - MOHAMED HANIPA MAIDIN

 
Berjuang atas parti Islam bukan suatu yang mudah kerana pendukungnya membawa mesej Islam ke tengah-tengah masyarakat. Apabila PAS membawa mesej Islam tidak dapat tidak rakyat akan mengaitkan segala tindak tanduknya dengan Islam. 
 
Jika ada tindak tanduk PAS yang dilihat tidak selari dengan Islam maka bukan sahaja imej PAS yang akan tercalar imej Islam juga turut sama tercalar. Di sinilah beban besar yang ditanggung oleh PAS.

Muktamar PAS baru berlalu. Muktamar PAS kali ini mengukir banyak sejarah yang manis dan yang pahit. Sejarah manisnya buat kali pertama PAS berjaya mengadakan muktamarnya di Johor. Semua tahu betapa sukar bagi PAS untuk melebarkan sayapnya di Johor - negeri yang sinonim dengan Umno.

Namun kecemerlangan muktamar PAS malangnya diselit dengan beberapa adegan yang sedikit sebanyak mencacatkan sedikit sebanyak jati diri dan imej PAS. Adegan beberapa orang perwakilan Pemuda meninggalkan dewan semasa ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS dalam muktamar Pemuda PAS dan adegan dalam muktamar penuh PAS khususnya adegan perwakilan Wilayah Persekutuan membaca doa yang penuh dengan kata-kata yang tidak mencerminkan sebuah doa dan adegan mengeboo oleh para pemerhati menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak..apa sudah jadi pada PAS? Di mana akhlak orang orang PAS yang selama ini dicemburui oleh rakan-rakan dan musuh-musuh politik PAS?

Apa pun muktamar PAS masih tetap tegas berpegang kepada keputusan mengukuhkan tahaluf Pas bersama Pakatan Rakyat.

PAS adalah parti politik yang terlibat dalam sistem demokrasi. Penyertaan dalam politik adalah suatu keperluan bagi mendapatkan kuasa di mana kuasa itu pula perlu bagi melaksanakan agenda agenda Islam dalam aspek pentadbiran dan kenegaraan.

Dalam sistem demokrasi kuasa disandarkan kepada rakyat maka bagi mendapatkan kuasa, parti politik termasuk PAS tidak boleh berpisah dari rakyat. Dr Ali Shariati menggambarkan kalimah al-nas di dalam Al Quran dengan istilah rakyat dan para Nabi dan Rasul adalah memimpin al-nas.

Rakyat Malaysia adalah pelbagai kaum , bangsa dan agama. Maka PAS tidak ada pilihan selain menerima hakikat realiti komposisi rakyat Malaysia yang ditakdirkan begitu. Atas dasar itu sebagai parti politik PAS perlu mendekati seluruh rakyat Malaysia bagi mendapatkan sokongan jika ingin berkuasa di negara ini.

Sejarah PAS menunjukkan bahawa apabila ia bergerak bersendirian PAS hanya mampu menawan negeri negeri di pantai timur yang majoritinya berbangsa melayu dan beragama Islam. Maka tidak dapat tidak bagi mendapat sokongan orang bukan Islam dan bukan Melayu, bergerak secara solo, buat masa ini, bukan suatu opsyen bagi PAS.

PAS tidak boleh elak selain mengadakan kerjasama dan kesepakatan politik dengan parti parti politik yang mempunyai agenda yang substantifnya sama dengan PAS meskipun berlainan ideologi.

Melalui Pakatan banyak manfaat yang PAS perolehi jika PAS bijak mengambil peluang manfaat itu. PAS kini boleh memasuki ruang dan wilayah yang selama ini tidak boleh ditembusi atau sukar dimasuki oleh PAS. Ini, bagi saya satu imbuhan kepada PAS apabila ia bersama PR.

Politik tahaluf berpremiskan kesediaan menerima kepelbagaian bagi berhadapan musuh yang sama. Di situlah signifikannya hilfu al fudul iaitu kesepakatan atau tahaluf antara orang orang jahiliyyah bagi menentang musuh mereka yang sama yang dilakukan di rumah Abdullah ibn Judan, pemimpin bani taym yang mana Rasulullah s.a.w (ketika itu baginda masih belum menjadi Rasul) turut hadir di rumah tersebut dan menyaksikan hilfu al fudul tersebut.

Apa yang menarik Rasulullah s.a.w menyatakan jika Baginda masih diminta untuk mengambil bahagian dalam pakatan seperti itu ketika waktu ini (waktu Baginda sudah pun menjadi Rasul), Baginda merasa gembira untuk menerimanya. Hatta Rasulullah s.a.w menyanjungi pakatan tersebut yang Baginda sifatkan sebagai suatu yang amat cemerlang sehingga Baginda tidak akan sama sekali menukar ganti pakatan tersebut sekalipun diminta ditukar ganti dengan sekumpulan unta merah yang tinggi nilainya.

Dalam buku kupasan mengenai seerah oleh Dr Tariq Ramadan dalam bukunya bertajuk "In the footsteps of the Prophet..lessons from the life of Muhammad", penulis menulis antara lain: "Di sini Rasulullah s.a.w secara jelas mengakui keesahan prinsip keadilan dan prinsip membela golongan yang tertindas yang dipersetujui oleh satu pakatan sebelum era Islam. Keduanya Rasulullah s.a.w juga mengakui keesahan berpegang kepada prinsip keadilan dan membela golongan yang dizalimi tanpa mengira prinsip itu datang dari dalam kerangka Islam itu sendiri atau di luar kerangka Islam."

Di sini juga menunjukkan mesej Islam bukanlah satu sistem nilai yang tertutup (a closed value system) yang sepanjang masa bercanggah atau berkonflik dengan sistem nilai yang lain.

Kepelbagaian bukan suatu yang mudah untuk diuruskan melainkan ada satu sikap toleransi dan tahap kesabaran yang tinggi. Tanpa toleransi dan kesabaran tahaluf sukar untuk dipertahankan. Toleransi dan kesabaran akan mudah dicapai jika PAS memahami bahawa Islam tidak tertegak atas retorik semata mata sebaliknya ia dimanifestasi melalui satu kepercayaan yang jitu dan kental ke atas kehebatan Islam dan pembawa mesej Islam itu sendiri.

Tahaluf juga bagi saya memerlukan satu persiapan mental dan jiwa dari semua lapisan dalam PAS menyesuaikan diri dengan kaedah dan wasilah baru dalam merealisasikan hasrat dan cita-cita PAS.Kegagalan menyesuaikan diri dalam politik tahaluf akan mengancam kestabilan tahaluf itu sendiri.

Mereka yang selesa berjuang bersendirian dan enggan menyesuaikan diri mereka dengan politik tahaluf akan mudah mengalah dan kecewa. Begitu juga mereka yang tidak melihat Islam dalam bentuknya yang holistik dan universal khususnya Islam sebagai rahmah kepada alam sebaliknya lebih selesa memilih untuk menyampaikan Islam dalam bentuk hukum akan terasa tahaluf melambatkan proses untuk "memenangkan Islam".

Apabila PAS menggagaskan idea Negara Kebajikan dan PAS for all, bagi saya, ia adalah satu bentuk penyesuaian diri dan kebijaksanaan PAS bagi menjayakan proses tahaluf siyasi ini. Kedua dua idea ini telah berjaya membantu PAS mendekati segmen rakyat yang dahulunya terlalu prejudis dengan PAS!

Selagi PAS bergerak mengguna wasilah demokrasi dan muwajahah silmiyyah maka PAS mesti sedar bahawa ia terlibat dalam pertembungan idea dan pemikiran. Idea dan pemikiran tidak boleh dipaksakan ke atas sesiapa. 
 
Idea yang dipaksa untuk diterima tidak akan mampu bertahan lama. Idea dan pemikiran perlukan pujukan dan rayuan dengan menggunakan bahasa dan hujah yang terang dan nyata, rasional, logikal dan tidak bersifat judgmental (menghukum), munasabah dan tidak memaksa, lembut tanpa apologetik.

Di sinilah perlunya para pimpinan tertinggi PAS mendidik semua lapisan dalam PAS supaya membudayakan dialog atau hiwar dan memilih pendekatan inklusif dan bukannya eksklusif dalam berhadapan masyarakat yang rencam tabiat dan kelakuannya. 
 
Tanpa kesedaran ini akan berlakunya kontradiksi berpanjangan antara pendirian PAS dan tindak tanduknya. Pendiriannya bertahaluf tapi tindak tanduknya menghancurkan tahaluf!

Jika tahaluf gagal jangan salahkan orang lain salahkan diri kita sendiri!


Umno Kata Pas Sudah Termakan Nasi Kangkang ??

 
Tuesday, 30 September 2014.

Umno Kata Pas Sudah Termakan Nasi Kangkang ??

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan PAS pada bila-bila masa akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) selepas tindakan membuli dan memalukan dari kepimpinan parti tersebut.

Beliau melihat tindakan yang dilakukan oleh PAS merupakan batu penghalang cita-cita DAP bagi menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan cita-cita PKR untuk meletakkan Ketua Umumnya menjadi Perdana Menteri.

Katanya, ini dibuktikan dengan tindakan DAP menggugurkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dari PAS dan membekukan semua peruntukan untuknya. Ini juga bukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh ditegur serta mahu menjadi ‘abang besar’ dalam PR.

“Apa yang dikatakan oleh Iszuree Ibrahim semasa muktamar PAS baru-baru ini jelas mengiyakan pandangan ramai pihak sebelum ini bahawa kerajaan DAP tidak pernah memikirkan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

“Malah, DAP menganggap anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang sebagai sampah yang bekerja keras selama ini untuk memenangkan calon DAP dan PKR di negeri ini semasa pilihan raya umum lalu,” katanya dalam entri www.umnobahagiancheras.blogspot.com .

Tambahnya, PAS perlu bangkit dari lena kerana terdapat usaha-usaha halus dan memalukan sedang dirancang oleh DAP dan PKR yang mahu menendang parti itu keluar dari PR pada bila-bila masa.

Beliau juga turut berasa hairan dengan kepimpinan PAS yang berdiam diri apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang menggelarkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

“Saya mahu bertanya di sini adakah PAS telah termakan ‘nasi kangkang’ DAP dan PKR sampai sudah diperingkat diperbodohkan oleh kedua-dua parti sekutu itu masih mahu mendiamkan diri?

“Sampai bila pemimpin PAS mahu diperkotak-katikkan oleh DAP sehingga tidak berani untuk membuka mulut bagi mempertahankan diri apabila dibuli dengan sedemikian rupa.

“Mana maruah PAS sebagai parti yang kononnya mendominasi PR selama ini? Apa pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bila melihat anggota parti itu diberikan layanan buruk oleh PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang?,” soalnya.

Katanya, sampai bila PAS dilihat lemah dan tidak berwibawa apabila terus tunduk di telapak kaki DAP dan PKR yang mula mabuk kuasa.

Posted by Jeebond BLM Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan PAS pada bila-bila masa akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) selepas tindakan membuli dan memalukan dari kepimpinan parti tersebut.

Beliau melihat tindakan yang dilakukan oleh PAS merupakan batu penghalang cita-cita DAP bagi menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan cita-cita PKR untuk meletakkan Ketua Umumnya menjadi Perdana Menteri.

Katanya, ini dibuktikan dengan tindakan DAP menggugurkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dari PAS dan membekukan semua peruntukan untuknya. 

Ini juga bukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh ditegur serta mahu menjadi ‘abang besar’ dalam PR.

“Apa yang dikatakan oleh Iszuree Ibrahim semasa muktamar PAS baru-baru ini jelas mengiyakan pandangan ramai pihak sebelum ini bahawa kerajaan DAP tidak pernah memikirkan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

“Malah, DAP menganggap anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang sebagai sampah yang bekerja keras selama ini untuk memenangkan calon DAP dan PKR di negeri ini semasa pilihan raya umum lalu,” katanya dalam entri www.umnobahagiancheras.blogspot.com .

Tambahnya, PAS perlu bangkit dari lena kerana terdapat usaha-usaha halus dan memalukan sedang dirancang oleh DAP dan PKR yang mahu menendang parti itu keluar dari PR pada bila-bila masa.

Beliau juga turut berasa hairan dengan kepimpinan PAS yang berdiam diri apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang menggelarkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

“Saya mahu bertanya di sini adakah PAS telah termakan ‘nasi kangkang’ DAP dan PKR sampai sudah diperingkat diperbodohkan oleh kedua-dua parti sekutu itu masih mahu mendiamkan diri?

“Sampai bila pemimpin PAS mahu diperkotak-katikkan oleh DAP sehingga tidak berani untuk membuka mulut bagi mempertahankan diri apabila dibuli dengan sedemikian rupa.

“Mana maruah PAS sebagai parti yang kononnya mendominasi PR selama ini? Apa pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bila melihat anggota parti itu diberikan layanan buruk oleh PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang?,” soalnya.

Katanya, sampai bila PAS dilihat lemah dan tidak berwibawa apabila terus tunduk di telapak kaki DAP dan PKR yang mula mabuk kuasa.


Posted by Jeebond BLM

AZIZ BARI AKAN DISIASAT POLIS

 
Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari akan disoal siasat di bawah Akta Hasutan kerana komen yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Menurut laporan portal berita dalam talian, Aziz dijangka akan dipanggil untuk soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pada Rabu selepas hampir 100 laporan polis dibuat terhadapnya.


"Beliau tidak pernah ditahan, tetapi hanya akan datang untuk disoal siasat esok (Rabu)," pegawai polis memberitahu portal berita.

Aziz, yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, sedang disiasat kerana kenyataan yang dibuat dalam artikel dalam talian awal bulan ini.

Kenyataan beliau didakwa telah mempersoalkan peranan royalti dalam politik dan juga mencadangkan kuasa budi bicara Sultan hanya terhad kepada keadaan di mana terdapat DUN tergantung.

Aziz akan menjadi ahli akademik kedua yang akan disiasat di bawah Akta Hasutan jika didakwa selepas pensyarah undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom didakwa pada awal September.



Lantak HANGPA