Followers

Saturday, November 30, 2013

Ramai kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini

 

KUALA LUMPUR: Ramai yang bimbang jika Ustaz Kazim Elias tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya Umno yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama.
“Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam Umno dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.


Menurutnya, golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah.

“Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini,” tulisnya lagi.


Berikut ialah tulisan penuh beliau.

Semoga Ustaz Kazim Elias tidak sekadar berperanan baca doa dalam Umno

UMNO semalam mengumumkan perlantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung UMNO minggu depan. Perlantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden UMNO, Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.

Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah perlantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Araf, walaupun menjadi Pengerusi YADIM tetapi beliau memang orang UMNO. 


Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.

Prof Ibrahim pula memang dikenali sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Naib Canselor UiTM tetapi sejarahnya dengan UMNO sudah berakar umbi sejak zaman pelajar lagi di mana pernah menjadi pengasas sebuah kelab UMNO di luar negara.

Lantaran itu, perlantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. 


Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada UMNO dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam UMNO masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli UMNO dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli UMNO.

Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada Allah saja.

(Gambar: Ustaz Kazim bersama Ustaz Azhar Idrus dalam program Maal Hijrah bertajuk Hijrah Menuju Ilahi di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi pada 11 Disember 2011.)

Dalam UMNO sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran perlantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli UMNO menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin UMNO tiada harga di mata Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ramai yang lain berasa kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini.

Mereka bimbang jika beliau tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT ini kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya UMNO yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama. Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam UMNO dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut.

Golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah. Ilmu agama yang dimiliki kerap kali tidak lagi menjadi pemandu dalam kehidupan dan kecintaan kepada dunia akan menenggelamkan kecintaan kepada akhirat.

Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini.


Lebih daripada itu, dengan menerima perlantikan sebagai ahli MT juga, ramai yang percaya Ustaz Kazim tidak akan berperanan dalam dakwah Islam seperti dulu lagi. Beliau akan menjadi sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti dalam UMNO dan mungkin juga bakal diberi jawatan di mana-mana agensi kerajaan.

Akhirnya beliau hanya berperanan membaca doa di majlis-majlis berkaitan UMNO saja. 


Dan mungkin tugas pertamanya membaca doa ialah dalam mesyuarat MT sebelum Perhimpunan Agung UMNO minggu depan ini ataupun ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO di PWTC nanti.

Amatlah malang, daripada berdakwah, berceramah dan menyampaikan ilmu, akhirnya hanya berperanan membaca doa saja.

Lebih malang lagi, jika selepas bergaul lama dalam UMNO dan mula hanyut dalam persekitaran UMNO sebagaimana yang sudah terbukti berlaku kepada ramai golongan agama sebelum ini, nama Allah juga semakin kurang bertakhta di hatinya, sebaliknya sudah diganti dengan Najib dan Rosmah.

- http://shahbudindotcom.blogspot.com/



Gambar Mengejutkan Dari Seorang Sultan.. Saksikanlah - Posted by Addin Deen

 

Gambar mengejutkan!! Jikalau anda tahu..  siapakah gerangan dalam gambar ni? Tidak syak lagi, itulah Sultan Kelantan..

Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.. Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga jemaah masjid disebelah asyik melihat kehairanan.

Ucapan ucaptama YB Nurul Izzah – Forum Fiqh Tawaqqu’

Masa Depan, Masa Kita!

 


Bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
 

Masa depan, masa kita!   


aya mulakan ucapan ini dengan keyakinan bahawa setiap tindak-tanduk kita bakal mencorak masa depan negara.

Selagi kita menyedari hakikat ini; termasuklah permasalahan yang menyelubungi negara dan masyarakat maka butiran penyelesaian mampu kita raih. 

Islam menuntut kita BerIkhtiar-Berusaha agar [...]

Kenduri kahwin guna air keladak.....

 


KUALA LIPIS - “Sudah lebih seminggu kami tidak mendapat bekalan air secara terus sehingga memaksa kami menggunakan air kolam yang berkeladak untuk membasuh pinggan mangkuk semasa kenduri kahwin kelmarin."

Demikian luahan penduduk Kampung Sai, Gua yang berdepan dilema masalah bekalan air bersih yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Penduduk, Rosdan Ishak, 42, berkata, sehingga kini penduduk di sekitar kawasan berkenaan masih menunggu untuk menikmati bekalan air yang sempurna bagi melancarkan rutin harian mereka.

Menurutnya, penduduk berdepan masalah tekanan air sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu dalam tempoh agak lama untuk mendapatkan bekalan air.

“Kami berasa sengsara sejak sekian lama ekoran kegagalan pihak berkaitan membekalkan air bersih secukupnya.

“Pihak terbabit bukan sahaja gagal membekalkan air secukupnya secara berterusan tetapi bantuan kecemasan juga tidak dihantar segera apabila aduan dibuat hanya akan diselesaikan selepas beberapa hari,” katanya semalam.

Sementara, Ishak Subuh, 70, berkata, masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan pam penggalak baru di laluan utama kampung berkenaan.

“Sekarang ini, proses mengepam air di tangki utama yang terletak di Bukit Sarang lambat sedangkan keperluan air di rumah penduduk meningkat, lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

“Kami juga setuju sediakan tapak khas untuk meletakkan pam penggalak baru yang dijangka boleh tampung keperluan penduduk kerana kadar mengepam air ke tangki rumah penduduk dapat dilakukan lebih cepat,” katanya.



Lelaki meninggal dunia di balai polis, 4 ditahan

 

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia sebaik tiba di balai polis daerah Sentul pada malam hari Khamis.
Menurut kenyataan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa, lelaki itu didakwa dipukul oleh orang ramai sebelum dileraikan oleh polis.

Menurut Khairi, lelaki itu dalam perjalanan di dalam kereta yang dilaporkan dicuri pada hari Rabu di Puchong, Selangor.


Sehubungan itu, polis menahan empat lelaki berusia antara 22 dan 37 tahun, jam 10 pagi semalam ketika mereka datang ke Balai Polis Sentul untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu, yang berlaku di jalan susur ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Sentul.

Khairi berkata berdasarkan laporan yang diterima pihaknya, dalam kejadian pukul 7.50 petang itu, kira-kira 15 orang awam mengelilingi serta memukul mangsa yang berumur 32 tahun dan anggota polis yang tiba di tempat kejadian meleraikan keadaan sebelum membawa lelaki berkenaan ke Balai Polis Sentul dengan kereta peronda.

Khairi berkata siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku berikutan kes kecurian kereta Honda Civic dari tempat letak kereta Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu lepas.

Rakan pemilik kereta itu yang bermotosikal berjaya mengesan kenderaan berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya DUKE menghala ke Jalan Duta petang semalam.

Beliau berkata mereka cuba menahan dua lelaki, termasuk mangsa yang berada dalam kereta yang dilaporkan dicuri itu.

Katanya, seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri manakala mangsa dibelasah.

Menurutnya lagi, lelaki yang dipukul itu kemudiannya dibawa ke balai polis Sentul dengan sebuah kereta peronda.

"Sebaik tiba di perkarangan balai polis Sentul, anggota kereta peronda mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri.

"Pihak polis kemudiannya menghubungi hospital bagi memberi bantuan kecemasan kepada lelaki terbabit.

"Sebaik pihak ambulans tiba bersama pegawai perubatan memberi bantuan kecemasan, mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia," kata Khairi.

Polis juga mendakwa bahawa pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan bedahsiasat.

Kenyataan itu tidak menyebut hasil bedahsiasat ke atas lelaki terbabit.


Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu tampil memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said di talian 03-6256 2280 atau 03-6256 2307.

Sementara itu, anggota keluarga si mati telah mengenalpasti mangsa sebagai Mohd Nazri Nusi .

Kumpulan Lawyers for Liberty (LFL) telah didatangi keluarga mangsa dan kini sedang cuba untuk mendapatkan fakta-fakta di sebalik kejadian itu.


 

Dr. Maza Sokong Kenaikan Gaji Dun Selangor


Pentadbiran yang jujur bebas rasuah dan memiliki kemampuan kewangan kukuh layak menerima kenaikan gaji. Langkah tersebut juga mampu membendung MB, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Ahli DUN negeri itu dari terjebak dalam rasuah.

Ini kata-kata Dr Asri tentang kenaikan tersebut;

“Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai  satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa.


“Tidak kira Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan  selain gaji mereka semata-mata.

“Bukan Selangor sahaja naik gaji, Ahli Parlimen, Perdana Menteri juga akan naik gaji pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sarawak juga naik gaji lebih tinggi dari Selangor.

“Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya mula-mula terkejut tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah.

“Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi tetapi dalam pengurusan politik selalunya  bagi juga, tidak banyak sedikit.

“Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari.

“Selangor ada beberapa kelebihan. Pertama, duit  banyak. (Tapi) sebab Selangor negeri Pakatan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus sebab menjadikan mereka lebih berhati-hati.

“Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan pendapatan tinggi. Cuma kena fikirkan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat.” – Selangorkini.net



SPR Akui Kelemahan Dakwat Kekal




[tmi]- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laporan bedah siasat yang dikeluarkan hari ini mengakui kelemahan melibatkan penggunaan dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Dalam laporan tersebut, SPR mendedahkan mengenalpasti kelemahan dakwat kekal khususnya lambat kering sehingga terkena kertas undi dan mudah tertanggal apabila dibasuh.

"Terdapat dakwat kekal yang terkena pada kertas undi, pelaksanaan tatacara dakwat kekal tidak dijelaskan dengan terperinci.

"Dakwat kekal didapati hilang apabila dicuci dan dakwat kekal didapati lambaat kering menyebabkan terkena pada kertas undi," kata SPR dalam laporan yang diedarkan kepada media hari ini.

Bagaimanapun, SPR berkata, hasil daripada maklum balas yang diperoleh, mereka melakukan penambahbaikan dalam dua pilihan raya kecil yang berlangsung baru-baru ini.

"Berdasarkan maklum balas yang diterima pada hari pengundian, SPR membuat penambahbaikan dalam kandungan bahan dakwat, kaedah penyimpanan, penandaan pada jari daripada dicalit kepada dicelup jari telunjuk kiri pengundi dan menyediakan panduan tatacara penggunaan kepada kerani pengundian.

"Penambahbaikan ini dilaksanakan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dan Sungai Limau," katanya.

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam PRU13 lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.

Selepas PRU13, agensi pengendali pilihan raya tersebut menerima kritikan hebat daripada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan juga kumpulan sivil, malah perhimpunan besar-besaran #Black505 juga diadakan di seluruh negara bertujuan memprotes dakwaan penipuan yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa walaupun hilang majoriti undi popular.

Malah, PR mengemukakan saman pada Julai lalu ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.

Laporan itu menggariskan tujuh kelemahan lain yang dikenal pasti, antaranya kurang latihan dan taklimat kepada petugas pilihan raya, kesukaran mengesan status bermastautin dan status muflis semasa hari penamaan calon, kesukaran melaksanakan tugas pelaksanaan sepanjang tempoh rasmi berkempen, kekurangan anggota polis pengiring semasa menguruskan kertas undi pos, kelemahan semasa hari mengundi, kekeliruan semasa proses mengira undi dan kelewatan mengumumkan keputusan pilihan raya di pusat penjumlahan rasmi undi.

Selain itu, SPR mendedahkan menerima maklum balas lain antaranya isu berbeza lokaliti walaupun tinggal dalam satu rumah, isu pembersihan daftar pemilih, isu ramai pemilih didaftarkan dalam satu alamat, isu pelantikan petugas berjawatan dalam parti dan isu kebebasan serta kredibiliti SPR.

Mesyuarat bedah siasat SPR tersebut berlangsung pada 19 Jun dan berakhir 15 Julai 2013.

Antara yang terlibat dalam proses laporan itu pegawai bertugas SPR semasa pilihan raya, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

 
gambar fail
Bersih terus desak anggota SPR letak jawatan

Jawatankuasa baru Bersih 2.0 yang dipilih hari ini akan meneruskan tuntutan supaya semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, kata Maria Chin Abdullah.

Pengerusi Bersih 2.0 yang baru itu juga melancarkan petisyen berhubung perkara itu yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Januari.

“Jika tuntutan kami tidak dipedulikan, kami tidak menolak untuk menganjurkan demonstrasi jalan raya,” katanya pada sidang akhbar selepas pemilihan ahli jawatankuasa Bersih.

Maria menang tanpa bertanding sementara Dr Ahmad Farouk Musa menjadi timbalan selepas mengalahkan Syed Ibrahim Syed Noh dengan majoriti tujuh undi.

Ahmad mendapat 37 undi sementara Syed Ibrahim mendapat 30 undi.

Masjailiza Hamzah pula adalah bendahari Bersih 2.0 yang baharu.

Apa punya 'silap mata' Anuar, Azmin dan Khalid ni?.....tak pe, PRU14 lambat lagi kan

 


Blog ini dulu beri tabik spring pada TS Khalid yang pulang balik duit bonus 'ribu-riban' keuntungan PKNS.

Blog ini juga mendahului pimpinan tertinggi PAS mengsyorkan TS Khalid ni jadi Menteri Besar selepas PRU13 walaupun ikut buku politik mana sekalipun parti yang menang majoriti (walau pun 1 kerusi) akan angkat sumpah jadi MB memandangkan prestasi beliau yang cemerlang dalam urus tadbir Selangor.

Beliau banyak dipuji kerana belanja ikut keperluan walaupun rezab cash mencecah RM2.0 billion lebih.

Sekarang bukan nak kata TS Khalid udah tak bagus tapi menaikkan elaun Adun, EXCO, Speaker dan MB 'melambung' tinggi amat mengejutkan.

Betul Wakil Rakyat banyak habis duit untuk rakyat.....tapi ada orang cadangkan kenapa tak naikkan wang peruntukan wakil rakyat dari RM500,000 kepada yang sepatutnya?

Sekarang bila rakyat sudah bising, Anwar dan Azmin sudah nampak kalut, namun TS tetap ber'tegas' dengan keputusan Dewan. TS Khalid kata sapa tak setuju dengan kenaikan bolehlah sumbang kepada badan kebajikan.

Anwar terpaksalah 'reka' satu 'silap mata'......pulangkan 20% dari kenaikan elaun yang bersamaan lebih kurang RM1000.00 kepada tabung persekolahan.

Kalau boleh suap nasi kemulut ikut depan kenapa bersusahpayah melengkar tangan ikut belakan kepala untuk suap ke mulut yang sama?
 
al-brangionline:

Blog ini tetap anggap ini satu 'blunder' dari TS Khalid.

p/s Tak payah tunggu banyak 'blunder' untuk sesuatu negeri 'tumbang'......cukuplah sekadar 5 'blunder'......tak pe masih ada 4 lagi.

ALI TINJU : "Saya Bagi Amaran Keras Pada Azmin Ali"

Kalau Dah Jodoh Tak Kan Kemana.... Kalau Dah Bodoh Nak Kemana

 


 Chor Sniper MOHAMMAD KAZIM BIN ELIAS (721128086051/A2289999), adalah ahli PAS Negeri: PERAK, Kawasan: TAMBUN, Cawangan: MANJOI, No. Ahli: 0475276, Tkh. Ahli: 17/07/1998

Terkini di Bulatan Batu Bersurat ladang, Kuala Terengganu.. Runtoohh lagii..!

Photo: Terkini di Bulatan Batu Bersurat ladang, Kuala Terengganu..

Runtoohh lagii..!

Kredit pic : Tuan Hj Amzad
Lawan Corruptions


 
Kredit pic : Tuan Hj Amzad 

Elektrik naik: Kaji semula pembelian tenaga IPP

 
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kerajaan untuk menurunkan kadar pembelian tenaga dari IPP yang menjadi punca kerajaan menaikkan tarif elektrik bermula tahun hadapan.

Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman berkata kadar pembelian tenaga dari IPP itu mungkin boleh diturunkan apabila IPP terbabit sudah mendapat keuntungan dan mampu membayar balik pinjaman mereka.

Bercakap kepada Harakahdaily, Yusof menegaskan kerajaan boleh mengkaji semula kadar pembelian tersebut yang dikenalpasti antara punca menyebabkan kos pengurusan tenaga meningkat dan seterusnya tarif elektrik perlu dinaikkan.

"Jika IPP sudahpun mendapat keuntungannya, malah sudah mampu membayar balik pinjaman mereka, kadar pembelian tenaga itu boleh dikurangkan. Ia akan membantu mengurangkan kos pengurusan yang tinggi dan mengelakkan kenaikan tarif berkenaan," tegas beliau.

Malah, katanya kerajaan juga boleh mengkaji semula dasar untuk menetapkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar menjana tenaga secara sendiri pada masa akan datang.

Tambah Yusof, memang diakui TNB terpaksa menanggung kos pengurusan yang sangat tinggi, tetapi adalah lebih baik jika TNB sendiri menjana tenaga, sekaligus membekalkan kepada pengguna.

"Dasar yang ada sekarang, penjanaan tenaga dibuat oleh IPP, TNB hanya membekalkan kepada pengguna. Pada masa akan datang, mungkin TNB boleh jana tenaga sendiri, sekaligus membekalkan tenaga. Biarpun kosnya masih tinggi, ia masih mampu menjimatkan kadar pembelian tenaga dari IPP," tegas beliau lagi.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili mengumumkan Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan.

Bagaimanapun, Ongkili berkata, kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.

"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 dan 20 peratus. Angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.

"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," kata Ongkili. - Harakahdaily

Tidak usahlah bermain dengan ayat-ayat retorik di Sabah lagi Tengku Razaleigh Hamzah - Keadilan Tuaran


Photo: Tidak usahlah bermain dengan ayat-ayat retorik di Sabah lagi Tengku Razaleigh Hamzah. Jika betul simpati dan mahu ikut menuntut demi keadilan Sabah berasaskan perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 63, buktikan lah, Tengku mempunyai peluang di parlimen untuk menyuarakannya! Kenapa di parlimen, duduk diam saja? Jangan hanya berani di Sabah tapi di parlimen pengecut macam tikus!

link:
http://tengkurazaleighhamzah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=334%3Acerita-mengenai-penubuhan-malaysia&catid=50%3Ablog&Itemid=131
 
Jika betul simpati dan mahu ikut menuntut demi keadilan Sabah berasaskan perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 63, buktikan lah, Tengku mempunyai peluang di parlimen untuk menyuarakannya! 
 
Kenapa di parlimen, duduk diam saja? 
 
Jangan hanya berani di Sabah tapi di parlimen pengecut macam tikus!

Kenyataan Terkini Ust Kazim Elias Selepas Dilantik Ahli MT Umno.


Photo: Sabtu, 30 November 2013.

Kenyataan Terkini Ust Kazim Elias Selepas Dilantik Ahli MT Umno.

Ustaz Kazim Elias antara sembilan orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik, tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini. Ia diumumkan oleh SU Agung Umno, Tengku Adnan semalam. Perlantikan kerana `budi` selalu mempertahankan Umno sebelum ini.

Kenyataan terkini beliau setelah dilantik ke jawatan tersebut.

“Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.

Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam.

Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.

Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.

Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll.

Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.” – FB Ustaz Kazim Elias

Kita lihatlah peranannya nanti nak membetulkan Umno dan kita harap beliau taklah ‘hanyut’ diulit Umno selepas ini. Juga janganlah mula tergagap-gagap nak bertegas terhadap sesuatu isu yang melibatkan Umno nanti! ~ Sumber


Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Ustaz Kazim Elias antara sembilan orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik, tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini. 
Ia diumumkan oleh SU Agung Umno, Tengku Adnan semalam. Perlantikan kerana `budi` selalu mempertahankan Umno sebelum ini.

Kenyataan terkini beliau setelah dilantik ke jawatan tersebut.

“Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? 
Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.

Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam.

Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..
Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.

Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.

Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?
Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll.

Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.
Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.” – FB Ustaz Kazim Elias

Kita lihatlah peranannya nanti nak membetulkan Umno dan kita harap beliau taklah ‘hanyut’ diulit Umno selepas ini. Juga janganlah mula tergagap-gagap nak bertegas terhadap sesuatu isu yang melibatkan Umno nanti! ~ Sumber


Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Demi Mendisiplin Rakyatnya.... Biarpun NegaraKu Berdaulat...

Photo: Demi Mendisiplin Rakyatnya....
Biarpun NegaraKu Berdaulat...
Katanya Kerajaan yg diBentuk Kerajaan Berimbang.......with Pak Menteri Separuh Banghangg...Sebab Tuu Pengampuu Pun Sebu..
Tapi jika Sistem DEMOKRASI Telus...,JahanamLah Lah Parti Timbang..!!!
Apepun....1 Negara diTanah Tumpah yg Sama Tapi Semua Bulehh Ke Dia dan Para Juaknya..

Katanya Kerajaan yg diBentuk Kerajaan Berimbang.......with Pak Menteri Separuh Banghangg...Sebab Tuu Pengampuu Pun Sebu..

Tapi jika Sistem DEMOKRASI Telus...,JahanamLah Lah Parti Timbang..!!!

Apepun....1 Negara diTanah Tumpah yg Sama Tapi Semua Bulehh Ke Dia dan Para Juaknya..
— 

Kita Jangan Lupa Kes Khir Toyo Belum Lagi Selesai.....

 
 
 

Bila isu kenaikkan gaji MB dan Exco Selangor menjadi tajuk utama akhbar , TV, blogger dan facebook berbagai komen pro dan kontra kita lihat.


Apapun pandangan dan komen rakyat itu adalah hakmasing2.

Paling penting bila gaji sudah naik janganlah pula menjadi tamak dengan kemewahan dan lupa pula memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Semoga selepas kenaikkan gaji ini yb2 tidak lagi bersungut untuk memberi derma kilat atau kecemasan kerana rezeki dah bertambah...alhamdulillah...!!!

Kenali Bapa MaLaysia yg BerWibawa...


 
Jangan Nanti Terngagha Mulut Bila diTanya.....
Zaman Transformasi Rakyat Kian Merungut Saban Hari.....

Projek Dari Idea Mahathir - PERWAJA BANGKRAP?

Photo: PERWAJA BANGKRAP?

Berita ni tak keluar dalam Utusex Meroyan, Berita Hairan, TV 3 Suku ataupun apa media Pencacai UMNO. PERWAJA Steel Sdn. Bhd sebuah syarikat perusahaan besi waja yang tersohor suatu ketika dulu kini dah hampir muflis akibat  pengurusan yang tak telus berterusan. Kilang besi yang diilhamkan oleh Dey Kuty ini sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai skandal keewangan yang teruk yang turut dikaitkan dengan Dey Kuty.......   

http://mari209.tripod.com/2002feb/2002-0339.htm

Seorang kakitangan yang telah lama bekerja dengan syarikat ini memberitahu bahawa gaji kakitangannya pada bulan Oktober masih belum dibayar sehingga ke hari ini (29.11).  Kisah kakitangan dibuang kerja oleh syarikat kerana syarikat dah tak mampu nak bayar gaji pekerja dah jadi cerita biasa bagi syarikat ini. Para pekerja syarikat ini sekarang masuk dan pulang dari kerja mestilah mendapatkan  tandatangan dari supervisor yang bertugas kerana mesin punch card yang ada semuanya tak boleh diguna. Ini disebabkan punca tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB selama ini telah dipotong bekalannya berikutan kegagalan pihak syarikat membayar bil-bil tunggakan yang kini telah mencecah RM 6 juta lebih. Pihak syarikat ini hanya membayar RM 100 ribu lebih saja dari jumlah tersebut.

Manakala Kera jaan Mat Said pula dikatakan tidak menunjukkan sebarang minat untuk backing syarikat ini kerana dia dah ada Eastern Steel yang diusahakan sama dengan sebuah syarikat dari China yang bakal beroperasi tak lama lagi.      

Dulu Eric Chia sampai mati tak  disabitkan bersalah biarpun telah  menggelapkan duit syarikat berjumlah jutaan ringgit sehingga  2 kali bertukar teraju iaitu Maju Holding Sdn. Bhd dan Kim Kee Group Sdn. Bhd. masih lagi tak mampu nak backup syarikat ini.    

Beginilah jadinya bila sekumpulan penyamun yang menguruskan wang yang berjumlah jutaan ringgit, maka tiada cerita pihak pengurusan kebas duit timbul kerana semua rekod telah 'Dibersihkan'. Tau-tau syarikat ni dah masuk ICU. Malaun-malaun ni cuma tau bucitkan perut sendiri saja.....

Apa Ulasan Macai dalam kes ini?


Berita ni tak keluar dalam Utusex Meroyan, Berita Hairan, TV 3 Suku ataupun mana2 media Pencacai UMNO. 
 
PERWAJA Steel Sdn. Bhd sebuah syarikat perusahaan besi waja yang tersohor suatu ketika dulu kini dah hampir muflis akibat pengurusan yang tak telus berterusan. 
 
Kilang besi yang diilhamkan oleh Dey Kuty ini sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai skandal keewangan yang teruk yang turut dikaitkan dengan Dey Kuty....... 
 
 

http://mari209.tripod.com/2002feb/2002-0339.htm

Seorang kakitangan yang telah lama bekerja dengan syarikat ini memberitahu bahawa gaji kakitangannya pada bulan Oktober masih belum dibayar sehingga ke hari ini (29.11). 
 
Kisah kakitangan dibuang kerja oleh syarikat kerana syarikat dah tak mampu nak bayar gaji pekerja dah jadi cerita biasa bagi syarikat ini. 
 
Para pekerja syarikat ini sekarang masuk dan pulang dari kerja mestilah mendapatkan tandatangan dari supervisor yang bertugas kerana mesin punch card yang ada semuanya tak boleh diguna. 
 
Ini disebabkan punca tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB selama ini telah dipotong bekalannya berikutan kegagalan pihak syarikat membayar bil-bil tunggakan yang kini telah mencecah RM 6 juta lebih. Pihak syarikat ini hanya membayar RM 100 ribu lebih saja dari jumlah tersebut.

Manakala Kera jaan Mat Said pula dikatakan tidak menunjukkan sebarang minat untuk backing syarikat ini kerana dia dah ada Eastern Steel yang diusahakan sama dengan sebuah syarikat dari China yang bakal beroperasi tak lama lagi.

Dulu Eric Chia sampai mati tak disabitkan bersalah biarpun telah menggelapkan duit syarikat berjumlah jutaan ringgit sehingga 2 kali bertukar teraju iaitu Maju Holding Sdn. Bhd dan Kim Kee Group Sdn. Bhd. masih lagi tak mampu nak backup syarikat ini. 


Beginilah jadinya bila sekumpulan penyamun yang menguruskan wang yang berjumlah jutaan ringgit, maka tiada cerita pihak pengurusan kebas duit timbul kerana semua rekod telah 'Dibersihkan'. Tau-tau syarikat ni dah masuk ICU. Malaun-malaun ni cuma tau bucitkan perut sendiri saja.....

Apa Ulasan Macai dalam kes ini?
 

FELDA UNTUNG ? ATAU RUGI?


 

SUDAH TERANG LAGIKAN BERSULUH.....Penduduk Ipoh Pasti Ketawa Besar....


 

Membujur Lalu Melintang Patah.... Usah Duk Diam diSitu tatkala Harta Negara BERSIH diPunggah...

Johor Akan Naikkan Gaji ADUN - Posted by Addin Deen

Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar).    

Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor.  
"56 orang Adun Johor mempunyai banyak kerja tetapi kita belum sampai peringkat terdesak untuk menaikkan gaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Agro Johor 2013 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor, di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini hari ini.    

Mohamed Khaled menegaskan Johor tidak berasa cemburu dengan kenaikan gaji Adun Selangor dan tidak akan bersaing untuk menyamai apa yang dilakukan kerajaan berkenaan.    

Rabu lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, Exco dan Adun dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.    

Sementara itu, berucap merasmikan ekspo itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan Johor sentiasa komited untuk membangunkan sektor pertanian negeri ini bagi memastikan ia kekal sebagai gedung dan pengeluar utama makanan negara.    

Beliau berkata pelbagai usaha sudah dilaksanakan kerajaan negeri bagi meningkatkan pengeluaran tanaman termasuk menerusi program pembukaan tanah secara besar-besaran, membangunkan tanah terbiar dan teknologi serta melahirkan modal insan bagi menyokong sektor pertanian.    

"Johor bukan sahaja berjaya mengurangkan import pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan penduduk negeri ini malah mampu membekalkannya kepada Singapura dan Hong Kong.    

"Mengikut statistik tahun lepas, Johor menduduki tangga kedua pengeluaran sayur-sayuran di negara ini dengan jumlah pengeluaran melebihi 136,000 tan metrik berbanding pengeluaran keseluruhan Malaysia 878,975 tan metrik," katanya. 

Beliau berkata, Johor juga kekal sebagai pengeluar ayam daging utama di negara ini iaitu melebihi RM2.54 bilion setahun manakala telur ayam pula dengan pengeluaran output 3 bilion biji bernilai RM1.06 bilion.  
Dalam sektor perikanan, beliau berkata Johor menduduki tempat ketiga tahun lepas dalam kategori pembekalan ikan air payau dengan 11.67 peratus pengeluaran manakala pengeluaran ikan hiasan melebihi 238 juta tan metrik iaitu lebih 70 peratus sumbangan keseluruhan kepada negara.  

Ekspo Agro Johor 2013 yang bermula Rabu hingga Ahad ini merupakan kemuncak Mini Agro Johor yang diadakan di Johor Baharu, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan Muar sejak dua bulan lepas.  

Bertemakan 'Johor Gedung Makanan Negara', ekspo tersebut menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta serta kehadiran 500,000 pengunjung ke 220 gerai jualan. ~bernama