Followers

Wednesday, July 30, 2014

Tentera Zionis Laknatullah Monaliza Abdo.

Israel Defense Forces's photo.
 
Photo: Meet First Sgt. Monaliza Abdo. She's Christian, Arab, Israeli and a brave defender of Jews and minorities alike. Last month, she finished her #IDF service after three years of dedication to #Israel. Give her a LIKE.
Meet First Sgt. Monaliza Abdo. She's Christian, Arab, Israeli and a brave defender of Jews and minorities alike. Last month, she finished her #IDF service after three years of dedication to #Israel. Give her a LIKE.  

Russian Muslims pray outside the central mosque in Moscow !!

MH370 - Reuters kantoi photoshop gambar serpihan MH370 agar menyerupai MH17

Rasanya cubaan memperbodohkan rakyat Malaysia telah gagal sekali lagi. Sebuah page FB yang bernama al faedah telah membongkar penipuan yang dilakukan oleh reuters yang cuba mengaburi pandangan dunia dengan mengubahsuai gambar serpihan MH370 yang ditembak di Ukraine agar menyerupai MH17.

Jika bukan konspirasi peringkat tertinggi dunia, mengapa reuters perlu edit gambar supaya menyerupai MH17.

Apakah cara yang lebih baik untuk melupuskan MH370?

Siapa sebenarnya tembah H370 ? saksikan video ini . Satellite Shows Kolomoisky Forces Fire on MH17: Visual satelit tidak rasmi dari pihak Rusia yang diserahkan kepada team editorial Veteran's Today mengenalpasti tembakan peluru berpandu darat ke udara oleh tentera Ihor Kolomoysky (Proksi Israel/rangkaian RUIM). Video ini tidak menafikan andaian letupan bom di dalam pesawat pada masa yang sama.

GAMBAR ASAL NAHAS MENUNJUKKAN KONFIGURASI "PLUGGED WINDOW" MENYAMAI KONFIGURASI MRO (MH370).

GAMBAR AKHBAR THE AGE EDISI AUSTRALIA. TINGKAP DITAMBAH UNTUK MENEPATI KONFIGURASI ASAL MRD (MH17) DAN VISUAL BENDERA MALAYSIA DI "CROP".
GAMBAR REUTERS DIMANIPULASI DAN DI UBAH DENGAN MENAMBAH TINGKAP UNTUK MENEPATI KONFIGURASI MH17/MRD: REUTERS/ Maxim Zmeyev PAUTAN: http://en.ria.ru/world/20140725/191255518/Oliver-Stone-Questions-Theories-on-MH17-Crash-Circulating-in-US.html

Monday, July 28, 2014

Perutusan Eidulfitri 1435 Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

Wallillailhamd.

Segala puji kita panjatkan ke hadrat Ilahi, setelah sebulan Ramadhan diharungi, kini bulan mulia Eidulfitri bakal dirai.

Mewakili keluarga besar KEADILAN, saya merakamkan ucapan Salam Eidulfitri buat seluruh muslimin muslimat di Malaysia. Semoga Allah SWT menerima segala amat ibadah yang telah kita imarahkan sepanjang Ramadhan yang berlalu.

Ramadhan yang bakal meninggalkan kita seharusnya dimaknai sepenuhnya dengan ibadah yang telah dikerjakan untuk mencapai redhaNya, di samping kita terus disaran memupuk ukhuwah sesama manusia khususnya kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan dihambat penderitaan. Inilah falsafah agung di sebalik Ramadhan: kita memperkukuh iktikad dan rohani ke derajat taqwa.

Ramadhan kali ini kita turut dikejutkan dengan penderitaan saudara seagama di Gaza, akibat kezaliman regim Zionis Israel yang semakin angkuh dan biadap. Demikian juga kekejaman gerombolan di Ukraine yang mengorbankan anak kapal serta penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17.

Dunia Islam terus dilanda malapetaka – di Syria, Iraq dan Afghanistan. Kita meneruskan ikhtiar melalui doa dan munajat, agar pertolongan Allah SWT dapat mempermudahkan keadilan tertegak, insyaAllah.

Pastinya Syawal yang menjelang harus kita lapisi dengan penuh rasa syukur dan penuh keinsafan. Madrasah Ramadhan yang telah diimarah harus mensiap siagakan kita dengan penghayatan Rabbani agar ukhuwah insani terus diperkukuh, ketaqwaan padaNya kekal ampuh. Roh Islami terus kita sematkan demi mencapai kemenangan, sebagaimana firman Allah SWT di dalam ayat 48 Surah Al-Fath Ayat 1-2:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata; Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

Semoga Syawal ini terus kita raikan sebagai hari kemenangan, tidak terhad kemenangan melawan hawa nafsu, tetapi juga dimaknai dengan iktiqad memperbanyakkan amalan, menegakkan keadilan dan meruntuh kezaliman.

Salam Eidulfitri 1435 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum KEADILAN

7 Gambar Terakhir P Ramlee Sebelum Meninggal Dunia

Walaupun Allahyarham sudah lama meninggalkan kita tetapi karyanya tetap segar di ingatan. Kali ini kami nak berkongsi gambar kenangan saat-saat terakhir alayarham P. Ramlee sebelum meninggal dunia. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sunday, July 27, 2014

Hari Ke 29 Ramadhan

Photo: Hari ini hari terakhir bulan Ramadhan,bulan mulia bulan kita kita berpuasa bukan puasa tidak makan dan minum tapi puasa seluru tubuh kita...di sini kita sambut KEMANGAN....!!
 
Hari ini hari terakhir bulan Ramadhan,bulan mulia bulan kita kita berpuasa bukan puasa tidak makan dan minum tapi puasa seluru tubuh kita...di sini kita sambut KEMANGAN....!! 

Hadi Awang Khianati Pakatan Rakyat Dan AJK Pas Pusat ??

Photo: Sunday, 27 July 2014.

Hadi Awang Khianati Pakatan Rakyat Dan AJK Pas Pusat ??

Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor membuktikan beliau tidak peduli dan tidak kisah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang membuat keputusan bersetuju agar Khalid digantikan PKR dihadiri pemimpin kanan parti Islam itu seperti timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli jawatankuasa (AJK) Pusat Dr Hatta Ramli.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media pada 23 Julai lalu, Majlis Pimpinan PR menyatakan mereka sudah sebulat suara bersetuju, “menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.”

Isyarat yang diberikan presiden PAS itu kepada umum adalah beliau tidak peduli dengan keputusan PR dan timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan AJK parti itu tidak layak mewakili pandangan partinya.
"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, pada Jumaat.

Kenyataan Hadi juga merupakan satu tamparan hebat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PR sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan milik PKR.

Apabila PR bersetuju kerusi menteri Selangor itu milik PKR, PAS tidak seharusnya campurtangan siapa pun calon yang bakal diletakkan di negeri terkaya itu.

Bayangkanlah jika PKR dan DAP campurtangan dalam pemilihan kerusi menteri besar di Kelantan atau di Kedah dahulu, bagaimana perasaan PAS?

Sebagai respon balas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan menteri besar Kedah dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri itu di tangan Barisan Nasional (BN) selepas sepenggal diperintah PR.

"PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari parti Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya.

Sebelum PRU13 lalu, kerajaan negeri Kedah bergolak apabila timbulnya pergaduhan di antara kem Azizan dan orang nombor dua PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri.

Kedua-dua mereka membantah corak kepimpinan Azizan sebagai menteri besar Kedah.

Akan tetapi Hadi tidak mempedulikan bantahan akar umbi dan terus mempertahankan Azizan sebagai calon menteri besar Kedah sehingga menyebabkan Kedah jatuh ke tangan BN pada PRU13 sepertimana Terengganu pada 2004.

PAS akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini mengenai isu pertukaran menteri besar di Selangor dan sudah pasti keputusan majoriti akan memihak kepada Hadi kerana konsep “wala” atau taat yang diamalkan parti Islam itu.

Ini bukan kali pertama Hadi “mensabotaj” PR.

Sebelum PRU13 lalu pada ketika PR bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri, sekumpulan pemimpin PAS yang rapat dengan Hadi bertemu dengan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk menawarkan jawatan itu kepadanya.

Ini dilakukan pada ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh Anwar sebagai calon perdana menteri PR.

Hadi juga secara peribadinya memberi kebenaran kepada Ridzuan Ismail untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada PRU13 lalu walaupun PR sudah bersetuju kerusi tersebut dipertahankan presiden PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding di atas tiket PKR kerana partinya bukan anggota PR.

Kedua-duanya Nasir dan Ridzuan akhirnya tewas kepada BN.

Jika Hadi terus menerajui PAS, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau lagi.

Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri dan BN akan terus berkuasa selagi Hadi menjadi presiden PAS. Cita PR untuk menawan Putrajaya hanya menjadi angan-angan.

Jika diimbau kembali sejarah, Hadi juga merupakan punca mengapa Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 berpecah. – 27 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan 

The Malaysian Insider. Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor membuktikan beliau tidak peduli dan tidak kisah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

The Malaysian Insider.

Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStar

Photo: Sunday, July 27, 2014.

Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStar
 
anwar dan khalid ibrahim

Isu Menteri Besar Selangor: Rundingan sulit diantara pegawai-pegawai mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dijalankan untuk menentukan masa depan kepimpinan negeri itu. mStar

Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin yang bertindak sebagai perantara, memberitahu The Star Online bahawa Khalid tidak perlu melepaskan kedudukannya jika dia memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan pucuk pimpinan PKR.

    “Kami masih dalam proses rundingan. Terdapat beberapa syarat yang Anwar mahu Khalid penuhi. Jika beliau bersetuju, Khalid mungkin kekal sehingga penggalnya tamat,” katanya ketika dihubungi.

    Namun, Azman enggan mendedahkan secara terperinci syarat-syarat tersebut kerana ia ‘sulit dan persendirian’ tetapi menegaskan ia tiada kaitan dengan projek di negeri itu.
    Beliau juga mengakui terdapat beberapa syarat yang sukar dipenuhi oleh Khalid.

    “Ia rundingan yang sukar tetapi ia bergantung kepada Khalid untuk bersetuju atau tidak,” katanya.

    KLIK BACA APA TULISAN RAFIZI RAMLI MENGENAI KHALID 

Difahamkan, antara syarat-syarat itu termasuk penyingkiran bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI).

Azman berkata, sekiranya rundingan itu tidak berjaya, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang tiada  pilihan melainkan berundur dan memberi laluan kepada peralihan kuasa.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan calon pilihan mereka iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Adun Kajang.

Bagaimanapun, menurut Azman, keputusan belum muktamad walaupun hampir pasti akan berlaku perubahan pucuk pimpinan di negeri itu.

“Khalid mempunyai tempoh sehingga 10 atau 11 Ogos untuk membuat keputusan kerana ia adalah tarikh akhir DAP dan PAS mengumumkan pendirian mereka,” katanya.

Azman juga berkata, beliau yakin Khalid tidak akan menasihati Istana untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun beliau sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Beliau tidak akan melakukan perkara seperti itu, beliau enggan menamatkan karier politiknya dengan memusnahkan parti. Beliau mahu penyelesaian secara baik terhadap krisis ini,” katanya.

Khalid kini terus menerima tekanan dari dalam parti yang mahu beliau melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

DAP dan PAS pada dasarkanya bersetuju supaya Khalid memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk mengambil alih jawatannya.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid dan mahu beliau mengekalkan jawatannya. mStar

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 27, 2014. anwar dan khalid ibrahim

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 27, 2014.

Seluruh Dunia Bersatu Menentang Kezaliman Zionis Laknatullah ! Kerajaan BN Mana?

Photo: People of the world, UNITE FOR HUMANITY!

VIDEO - Hadi Awang Perlu Letak Jawatan - Aziz Bari

Sokongan Hadi kepada Khalid berisiko pecahkan Pakatan ?

Sokongan mengejutkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor menggoyahkan Pakatan Rakyat (PR) dan berisiko memecahkan gabungan itu, kata sumber dalaman.

Sesetengah pemimpin PAS melahirkan rasa terkejut mereka, tetapi masih belum ada pendirian rasmi dari PKR dan DAP berhubung kenyataan Hadi kecuali yang ianya bercanggah dengan keputusan PR pada Rabu yang bersetuju supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan itu.

“Persoalannya sekarang, siapa yang bercakap bagi pihak PAS? Apakah pemimpin yang menghadiri mesyuarat PR atau hanya Hadi? Adakah beliau membantah kenyataan PR sekarang?” kata sumber PR kepada The Malaysian Insider.“Terpulang kepada PAS untuk menyelesaikan isu ini. Bagi pihak PR, kita sudah bersetuju untuk menggantikan Khalid dengan seseorang dari PKR,” katanya.

Seorang lagi pemimpin PR memberi amaran bahawa tindakan Hadi menyokong Khalid akan memberikan kesan besar kepada PR, termasuk memecahkan gabungan itu jika keputusan bersama itu tidak dilaksanakan.

“Apa pun boleh berlaku sekarang, daripada ancaman PR berpecah atau pilihan raya mengejut.

“Kita belum bersedia, tetapi tidak mempunyai pilihan selain menyenaraikan senario yang bakal berlaku,” katanya, dengan menambah mereka harus menunggu keputusan akhir PAS mengenai Khalid yang dikritik kerana bertindak di luar kepentingan PR.

Kepimpinan PAS hanya akan bertemu pada 8 Ogos untuk membincangkan cadangan PKR agar Dr Wan Azizah menggantikan Khalid, tetapi Hadi berkeras semalam bahawa menteri besar selama dua penggal itu tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk disingkirkan.

"Saya sudah mendengar semua hujah dan kumpulkan semuanya sebelum saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad yang mengatakan PAS negeri tidak menyokong idea menggantikan Khalid.

Kebanyakan pemimpin PAS yang dihubungi enggan memberi komen, dan Ahli Jawatankuasa Pusat Khalid Samad mengatakan keputusan akhir masih belum dibuat.

"Kita sudah bersetuju akan berbincang mengenai hal ini pada 8 Ogos. Jadi saya menganggap ini bukan keputusan rasmi PAS lagi," kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Khalid juga mengatakan kenyataan Iskandar tidak mewakili PAS Selangor kerana mesyuarat dua kali Badan Perhubungan PAS Selangor dengan Dewan Harian PAS Pusat tidak pernah mencapai apa-apa kata sepakat mengenai kedudukan Khalid.

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim mengesahkan PAS negeri masih belum membuat keputusan sama ada Khalid harus kekal sebagai menteri besar atau disingkirkan.

"Mesyuarat tidak mencapai apa-apa kata sepakat kerana kami mempunyai pandangan berbeza mengenainya. Mesyuarat memutuskan untuk diserahkan kepada pimpinan parti untuk dirundingkan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk mencapai kata sepakat," kata Izham kepada The Malaysian Insider.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak tahu mengenai pandangan Hadi itu.

"Selepas raya nanti baru kita mesyuarat," kata Mahfuz, merujuk kepada Hari Raya Aidilfitri yang bermula minggu hadapan.

Ini bukan kali pertama keputusan Hadi menggugat PR Selangor.

Beliau secara peribadinya memberi kebenaran kepada Ridzuan Ismail untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu walaupun kerusi tersebut dipertahankan Presiden PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding di atas tiket PKR kerana partinya bukan anggota PR. Kedua-duanya tewas kepada BN.

Terdapat persoalan mengapa Hadi membenarkan Ridzuan bertanding kerana hanya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang boleh mengeluarkan surat mengesahkan calon.

Walaupun kalah di Kota Damansara, PR menang lebih besar di Selangor dengan PAS dan DAP mendapat 15 kerusi sementara PKR mendapat 14.

Umno memenangi baki 12 daripada 56 kerusi negeri itu.- TMI

VIDEO - Realiti Dalam Masyarakat Sekarang !!

Anda & Malaysia Bangga Melahirkan Atlet Telanjang Begini?

The Malaysian Gymnastics Federation will be hoping for rhythmic gymnasts Wong Poh San (pic), Amy Kwan Dict Weng and Fatin Zakirah Jalany Zain Jalany to deliver at the Commonwealth Games in Glasgow in July 23. - Filepic

SUKAN

Poh San raih pingat peribadi ketiga Sukan Komanwel
 
KUALA LUMPUR - Selepas memenangi gangsa dalam acara gimrama berpasukan dan gelung, Wong Poh San menambah pingat ketiganya pada Sukan Komanwel XX apabila meraih perak acara riben di Glasgow, sebentar tadi.

Poh San, 17, menamatkan saingan dengan 14.250 mata, 0.25 mata di belakang juara, Francesca Jones dari Wales.

Tracie Ang going through a training routine. The injury-plagued gymnast will join Farah Ann Abdul Hadi, Tan Ing Yueh and Natasha Raymund Jayadev Devaraj for the Commonwealth Games. - GLENN GUAN / The Star.

Peserta pilihan yang juga pemenang lima pingat emas, Patricia Bezzoubenko dari Kanada sekadar berpuas hati meraih gangsa menerusi 13.800 mata.
Seorang lagi peserta negara, Amy Dict Weng Kwang menutup cabaran di tangga keempat dengan 13.600 mata. - UTUSAN ONLINE

The national women's hockey team were victors at the World League Round One, winning all four matches by scoring 37 goals without conceding any. - filepic
The national women's hockey team were victors at the World League Round One, winning all four matches by scoring 37 goals without conceding any. - filepic

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang ramai yang bangga kerana atletnya dapat meraih piala dunia. Tapi masih ada yang sedih kerana Malaysia tidak mampu melahirkan atlet-atlet begini yang dapat meraih piala dan pahala di akhirat.
 
Malaysia tidak mampu menggabungkan sukan ke arah mendapatkan piala kehormatan dunia khirat, walaupun kerajaan Malaysia ialah kerajaan umat Islam. Bahkan ada pemimpinnya yang tidak pernah berfikir ke arah itu. Na 'auzubllahi minzalik!

Kenyataan Haji Hadi itu bukan keputusan parti.

Tribulasi yang PAS terpaksa hadapi gara-gara mulut gatal

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata sokongan Hadi untuk Khalid hanya pandangan "peribadi" dan menegaskan bahawa PAS hanya akan menyatakan kedudukan rasmi sama ada atau tidak ia bersetuju untuk menggantikan Khalid selepas pucuk pimpinan bertemu pada 10 Ogos.

 "Itu adalah pandangan peribadi beliau, kita akan bertemu pada 10 Ogos Pada 10 Ogos ia akan menjadi pendirian rasmi parti itu," portal berita dalam talian Antarapos memetik Mohamad sebagai berkata.

 Orang Nombor dua PAS itu berkata sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu akan dihormati oleh semua ahli dalam parti.

 "Apa sahaja keputusan, kita akan patuhi," katanya di sini
Harap-harap akan ada lagi suara-suara pemimpin PAS lain yang lebih garang lagi mengenai isu ini sementara nak menuggu tarikh 10 Ogos tu!

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar telah turut menyatakan bahawa Kenyataan Haji Hadi itu bukan keputusan parti

Sehingga kini nampaknya belum ada mana-mana pemimpin PAS lain yang berani membuka mulut walaupun dari Setiausahanya, Mustafa Ali.

Haji Hadi dibiarkan kesaorangan dalam kekalutan yang dia cipta sendiri. Apakah menantu 'D.A' kesayangannya itu sanggup membiarkan Pak Mentuanya lemas seorang diri? Esok lusa, kita tunggulah.

Selepas 10 Ogos nanti, kalau PAS Pusat ambil keputusan tidak akan menyokong pertukaran Khalid, maka ramai yang akan beranggapan bahawa itu adalah kerana gara-gara dipengaruhi oleh sikap gelojoh Haji Hadi.

Orang ramai tidak akan menghormati pendirian PAS itu kerana Haji Hadi sudah awal-awal menyuarakannya terlebih dahulu. Dan orangramai akan melihat 15 Adun PAS Selangor tu standard anak ayam yang hanya tahu mematuk-matuk untuk makan!

Perkara sebegini tidak akan berlaku kalau Haji Hadi tidak gatal mulut buat kenyataan yang kalut macam itu sebelum bermesyuarah dengan Jawatankuasa Pusat. Orang ramai pun tidak akan tahu sikapnya itu. 

Maka apa-apa keputusan yang bakal PAS ambil, orangramai akan menganggapnya itu adalah keputusan muafakat PAS melalui mesyuarat.

Takkanlah Haji Hadi tidak tahu PAS bukan milik dia seorang tetapi jemaah.Maka perlulah hormati pandangan jemaah!

Namun apa yang akan menjadi lebih dramatik  dan akan mempengaruhi dan mengubah landscape parti PAS itu sendiri ialah apabila mesyuarat itu mengambil keputusan menyokong pertukaran Khalid.

Menyokong pertukaran Khalid bermakna, majoriti  Jawatankuasa PAS tidak akur dengan kehendak peribadi Haji Hadi yang telah pun kita semua ketahui.

Sudah tentu ini akan memalukannya dan takkanlah dia masih mahu terus duduk macam kayu di situ ... 

" Askar Israel Dalam Ketakutan. Tanggalkan Baju Tentera Dan Melarikan Diri "

Punya takutnya askar Israel laknatullah sehingga sanggup tanggalkan pakaian dan melarikan diri. Inilah perbezaan besar orang kafir dengan orang Islam.

Kita ada jihad, kita ada syahid, mati di jalan Allah sedangkan mereka mati sia-sia.

Terengganu Terima Royalti RM1 billion, Tetapi Rakyat Masih Hidup Susah

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang sapu tidak tahu gambar kanak-kanak perempuan yang sedang tidur keletihan atas troli sampah yang tersebar dalam Facebook, adalah anaknya sendiri. Fazilah Mohamad, 30, berkata, dia terpaksa membawa anak tunggalnya itu bersama-sama ketika itu memandangkan tiada siapa dapat menjaganya.

“Saya tidak tahu siapa yang ambil gambar itu, tapi masa itu memang dia letih kerana ikut saya menyapu. Saya pun ke tempat kerja hanya berjalan kaki kerana tiada kenderaan.

“Saya ingat tahun depan nak hantar anak (Farah Nadiya Abdullah, 5) ke tadika supaya dia tidak lagi ikut saya ke tempat kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Fazilah, yang tinggal di Panji Alam, baru sebulan bekerja sebagai tukang sapu.

Dia yang tinggal bersama kakak dan seorang abang orang kurang upaya (OKU) berkata, dia bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga.

Katanya, kakaknya turut bekerja sebagai tukang sapu di syarikat sama, manakala abangnya ambil upah membuang sampah.

“Untuk persiapan hari raya, saya sudah beli kelengkapan baju raya untuk saya dan anak,” katanya.

Gambar yang dirakam mendapat simpati banyak pihak, termasuk seorang kakitangan kerajaan, Mohd Aziruddin Majid, 29, yang mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada rakan untuk disumbangkan kepada Fazilah sekeluarga.

ULASAN GB

Semasa Terengganu di bawah pemerintahan UMNO BN yang dipmpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said, royalti yang telah diterima mencecah hampir RM1 billion.

Tiba-tiba ada kes yang menyayat hati di negeri Terennganu seperti di atas.

Anda tahu kemana wang royalti RM1 billion itu dibelanjakan? Ada pengauditan atau tidak dilakukan semenjak wang royalti itu diberikan? Misi ke Antartika siapa tanggung?

Kerajaan terima royalti RM938 juta

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu tidak ada terma dan perjanjian baru akan dibuat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berhubung royalti minyak yang diterima Kerajaan Terengganu.

“Sehingga Mac tahun ini kerajaan negeri telah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika menjawab soalan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang).

Haji Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) mewakili Dato’ Seri Haji Abdul Hadi yang tidak hadir sidang DUN kerana ada urusan di Kuala Lumpur, meminta kerajaan negeri nyatakan terma yang dipersetujui dalam rundingan antara Kementerian Kewangan, kerajaan negeri dan Petronas untuk mengembalikan semula royalti Petroleum kepada kerajaan negeri.

Dato’ Seri Haji Ahmad menegaskan, jumlah yang sepatutnya diterima kerajaan negeri adalah RM938 juta di mana pemberian pertama sebanyak RM670 (Mac), RM150 juta (minggu ini -Mei) dan baki RM118 juta lagi akan dibayar bulan depan (Jun).

“Ini bererti jumlah keseluruhan yang akan kerajaan terima royalti minyak daripada Kerajaan Pusat adalah sebanyak RM938 juta sehingga Jun tahun ini,” katanya.

Katanya, kerajaan diberi tahu Petronas akan membayar sebanyak RM938 juta dan akan menerima jumlah berkenaan secara berperingkat sebagaimana yang dijanjikan dan ia kekal seperti dalam perjanjian asal, cuma cara pembayarannya dibuat melalui Kerajaan Pusat.

Menjawab soalan tambahan daripada Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) Menteri Besar menjelaskan, Petronas telah membuat pembayaran sebanyak lima peratus hasil royalti (RM938 juta) berkenaan melalui Kerajaan Pusat yang kemudiannya menyalurkannya kepada kerajajan negeri dan Kerajaan Pusat tidak ambil satu sen pun wang berkenaan.

“Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutama berkaitan Dana Khas dulu ada peruntukan kerajaan negeri yang digunakan untuk pembiayaan projek-projek lain dan projek yang komited itu masih belum selesai bayarannya,” katanya.

Katanya, hasil rundingan terakhir baru-baru ini, telah mencapai kata sepakat bahawa semua baki yang tinggal akan diserahkan kepada kerajaan negeri setelah semua urusan berkaitan projek pembinaan fasa kedua Lapangan Terbang Sultan Mahmud selesai. -jheatweb

Saturday, July 26, 2014

Foto Letupan Bom Di Betong - Polis Nasihat Jangan Pergi Ke Sana

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, meminta orang ramai supaya mengelakkan diri daripada menuju ke wilayah Betong, dalam masa terdekat, berikutan insiden pengeboman di sana, petang tadi.

Katanya, keadaan di Betong, Thailand, yang terletak bersempadan dengan Pangkalan Hulu, Perak, pada masa ini adalah amat merbahaya dan tidak menentu.

"Saya ingin nasihatkan semua rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan ke Betong, untuk melawat saudara-mara dan sahabat handai mereka supaya menangguhkan atau membatalkannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas mereka," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi bagi mengulas keadaan semasa di sana.