Followers

Saturday, October 31, 2009

YB Tony Phua: "PKFZ, Kerajaan Pusat Perlu Ambil Tindakan TEGAS !

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Phua menggesa kerajaan pusat mengambil tindakan tegas terhadap individu yang akan dinamakan bertanggungjawab dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Menurutnya laporan yang akan dibentangkan Rabu depan perlu dipandang serius oleh kerajaan dan langkah sewajarnya perlu dilakukan bagi mengelakkan skandal seperti ini berulang. “Dalam laporan tersebut memang ada pihak-pihak pegawai dan juga menteri yang bertanggungjawab akan dinamakan. “Kita harap kerajaan akan mengambil berat mengenai laporan yang dibentangkan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas orang yang bersalah supaya tidak ada lagi perkara seperti skandal projek RM12.5 billion berlaku lagi di Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid yang akan mengemukakan laporan penemuannya berhubung skandal PKFZ di Parlimen 4 November ini.
Azmi pada sidang mediannya di lobi Parlimen berkata, segala butiran mengenai laporan tersebut akan diketahui umum pada hari tersebut atau selewat-lewatnya Khamis. YB Tony Phua berharap kerajaan tidak mengambil tindakan menutup kes berkenaan. “Tidak tutup dan tindakan keras akan diambil dan tidak akan ada orang yang bersalah dilepaskan,”
katanya.
sumber: tvselangor

MB Perak Yang Sah Minta KPN & Menteri Dlm Negeri Letak Jawatan !

Nizar Desak Hishammuddin Dan Musa Letak Jawatan
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan. Menurutnya Hishammuddin dan Musa gagal menunaikan janji bagi memastikan keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersindang di DUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat terjamin.
Katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila polis bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat terutamanya Speaker Dewan, V. Sivakumar sehingga dicekik. “Sebabnya dia berjanji bahawa anggota polis akan menjaga keselamatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pakatan Rakyat di ipoh masa persidangan 28 hari bulan. Tetapi apa yang berlaku di tempat letak kereta itu adalah disebaliknya. “Bukan hanya di tempat letak kereta bahkan di tempat hendak masuk Dwan Undangan Negeri pun kami dikasari sehingga YB Sivakumat dicekik dan dihimpit kumpulannya untuk merampas jubahnya sehinga koyak rabak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ganas polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat 28 oktober lalu. Polis bertindak ganas dengan mengasari ADUN Pakatan Rakyat bagi menghalang mereka memasuki Dewan. Polis turut mengasari Speaker Dewan, V. Sivakumar dengan mencekik beliau bagi merampas jubah yang dipakainya mengakibatkan jubah berkenaan koyak rabak. Nizar berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung tindakan ganas polis yang mencekik Sivakumar. Katanya, institusi polis tercemar kerana diperalat Umno-Barisan Nasional. “Saya minta apa yang dinyatakan polis akan menjaga keselamatan, polis tidak akan menggunakan kekasaran. Tetapi apa yang berlaku mereka terlalu kasar dengan kami. Mereka cuba merampas jubah Sivakumar itu sebabnya saya menyatakan dia tidak pegang kepada apa yang dinyatakan, dia kena berhenti termasuk Ketua polis Negara sekali. “Ini mencemarkan institusi polis setelah mereka diperalat Umno-Barisan Nasional, tiba-tiba apa yang dijanjikan tidak berlaku dan polis cukup kasar kepada kami. Kita boleh buktikan gambar di mana Sivakumar dicekik,” katanya.
sumber: tvselangor

DANA PR Perak dilancar oleh YAB Lim Guan Eng

YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng diberikan penghormatan melancarkan dana Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan didampingi oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.
Kepada para deramawan, anak Perak di perantauan dikalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat boleh lah menyumbang ke Akaun di bawah :
PAS PERAK TABUNG PAKATAN RAKYAT
BANK ISLAM NO AKAUN : 08013010073855.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:10 PM

Jambatan Roboh Tidak Mengikut Prosidur - JKR

Seorang kontraktor berpengalaman di Kampar berkata jambatan gantung yang runtuh dan mengorbankan tiga murid sekolah peserta kem 1Malaysia di situ malam Isnin lalu, mungkin dibina tanpa mengikut prosedur.
Pengarah urusan syarikat Jeram Bersatu Corporation, Mohd Kamal Rabaai berkata sekiranya prosedur itu dipatuhi, jambatan gantung di kawasan SK Kuala Dipang itu tidak mungkin runtuh dengan mudah. "Kalau tengok pada jambatan yang runtuh itu, saya rasa ujian tanah pun tidak dibuat," kata beliau yang juga telah meninjau kesan jambatan yang runtuh itu.
Mohd Kamal yang berpengalaman membina jambatan berkata, beliau mendapati tapak asas yang memegang sangga kabel jambatan itu, dibuat terlalu tohor dan tidak menggunakan cerucuk. "Saya nampak ada yang tidak betul. Tapak asas pemegang kabel itu tak cukup dalam. Sepatutnya kena ada cerucuk, kurang-kurang pun 30 kaki," katanya. Kontraktor berusia 41 tahun itu juga berkata, beliau percaya jambatan gantung itu direka bentuk sedemikian untuk menjimatkan kos. "Kalau jambatan gantung macam ini saya ingat tak sampai RM30,000. Kalau dia bina jambatan konkrit mungkin cecah hingga RM200,000," kata Mohd Kamal. Mengikut prosedur, katanya, seseorang kontraktor pada awalnya perlu memperolehi dokumen "surat mula kerja" daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN).
Dalam bidangkuasa JPN, "Ini kerana jambatan itu dibina dalam kawasan sekolah dan kawasan ko-kurikulum - kedua-duanya di bawah bidang kuasa JPN," kata Mohd Kamal yang berpengalaman sebagai kontraktor am selama 10 tahun. Katanya lagi, seseorang kontraktor itu juga perlu membuat ujian tanah di kawasan terbabit serta ujikaji makmal. Ahli perniagaan itu juga menjelasnya, khidmat ini disediakan oleh jabatan kerja raya dan juga oleh makmal-makmal swasta. "Daripada ujian makmal ke atas tanah itu, barulah kita dapat tahu bentuk tanah di situ dan apa bahan yang perlu digunakan serta rekabentuk yang sesuai," kata Mohd Kamal lagi.
Setelah pembinaan selesai, tambahnya, JPN juga perlu mengeluarkan "surat boleh guna" untuk mengesahkan projek berkenaan selesai. Menurut Mohd Kamal lagi, JKR tidak perlu menyelia projek berkenaan kerana JPN sendiri mempunyai unit teknikal untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil seperti ini. Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam pembinaan jambatan maut itu.
"Saya tidak kenal siapa yang bina. Ada yang kata dari Kuantan, dari Pahang, macam-macam...," katanya.
sumber: malaysiakini

MB Selangor : Badrol Hisham Tidak Layak Mewakili PKR !

MB: Badrul Tidak Layak Wakili PKR
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ADUN Pelabuhan Klang Badrol Hisham Abdullah tidak lagi layak mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat kerana beliau gagal berkhidmat untuk rakyat walaupun berulang kali ditegur oleh pimpinan parti.
Tan Sri Khalid berkata beliau mengalu-alukan pengumuman Badrol bahawa beliau kini akan menjadi ADUN bebas dan menyokong Barisan Nasional. "Kita merasakan YB Badrul Hisham tidak boleh mewakili Pakatan Rakyat, melihat kepada rekod kerja beliau yang tidak memuaskan," kata Khalid. "Beliau dilihat tidak boleh, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat. Demikian itu, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak-ansur," tambahnya. Khalid berkata Badrul sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang mampu melaksanakan amanah penduduk Pelabuhan Kelang. "kita tidak halang beliau menjadi wakil rakyat bebas, tetapi belia dianggap telah menyalahguna parti untuk menjadi calon," kata Khalid.
"Mungkin cara yang dia lakukan ini adalah apa yang beliau fikirkan terbaik untuk dirinya. Tetapi ada yang lebih baik iaitu meletak jawatan dan membuka ruang kepada orang yang boleh bekerja, kerana beliau berkhidmat untuk semua rakyat," tegas beliau. Khalid berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di Hotel Blue Wave, Selangor. Beliau berada di situ menemui delegasi usahawan dan perniagaan terkemuka negara dan antarabangsa. Badrul bertindak mengumumkan keputusan keluar dari Keadilan dan menjadi ADUN bebas menyokong Barisan Nasional setelah Tan Sri Khalid mengusulkan kepada pucuk pimpinan Keadilan supaya Adun itu meletak jawatan. Usul itu dibuat setelah Badrul gagal membela penduduk Pelabuhan Kelang, malah enggan membuka pusat khidmatnya.
Keadaan itu memaksa Setiausaha Politik menteri Besar Nik Nadzmi untuk memikul tanggungjawab memberi khidmat kepada penduduk di situ. Meskipun Badrul diberi surat tunjuk pada 20 Ogos 2008, beliau tidak menunjukkan komitmen untuk memperbaiki diri. Khalid dan pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendirian tidak mahu bertolak-ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab seperti Badrul. Mengenai laporan memetik Ketua Pembangkang Khir Toyo sebagai mengalu-alukan sokongan Badrul kepada Umno-BN, Khalid berkata kenyataan Khir toyo itu hanya menyerlahkan budaya dalam Umno. "Tidak jadi masalah bagi saya kerana jumlah Pakatan Rakyat lebih ramai dari wakil rakyat BN," katanya. "Dan jika benar dia bersekongkol dengan Umno-BN, dengan sikapnya yang sebegitu, maka tidak menjadi masalah kepada kita kerana kita hanya pilih mereka yang boleh bekerja," tambah Khalid.
sumber: tvselangor

Friday, October 30, 2009

DS Dr. Wan Azizah: "Ahli PKR Diminta BERTENANG"

KENYATAAN MEDIA - Tarikh: 29 Oktober 2009
Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya. Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.
Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan. Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional. Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan. Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat

PAS SELANGOR: "Siasat Pembocor Rahsia Parti"

PAS Selangor hari ini menggesa parti itu turut menyiasat pembocor "rahsia parti" kepada umum, selain isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan pesuruhjayanya Datuk Dr Hassan Ali. Mesyuarat khas jawatankuasa pusat parti itu malam tadi memutuskan PAS Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin berhubung dakwaan Dr Hassan masih terlibat dengan isu tersebut. Menyokong keputusan mesyuarat khas itu, setiausaha perhubungan PAS negeri Mohd Khairuddin Othman turut mendesak jawatankuasa disiplin menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat tuduhan terhadapnya jika didapati ia tidak benar. "Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti.
"Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di Selangor," katanya dalam satu kenyataan. "Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat parti seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog." Dihubungi Malaysiakini bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Mohd Khairuddin berkata perkara yang dikelaskan sebagai rahsia itu termasuklah "apa yang terjadi dalam mesyuarat parti."
"Ia melibatkah ahli yang membocorkan apa yang berlaku dalam mesyuarat parti. Saya maksudkan mesyuarat badan perhubungan negeri, sebab ia adalah rahsia," katanya.
Ditanya sama ada "penuduh" yang dimaksudkan itu merupakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri yang membangkitkan isu itu di blognya, Khairuddin berkata:
"Tidak. Kenyataan itu dibuat secara umum. Boleh jadi sesiapa sahaja yang membuat tuduhan."
Tindakan disiplin berhubung isu rundingan PAS-Umno, yang berlarutan lebih setahun sehingga mencetus konflik berpanjangan, dibuat susulan desakan tegas Nik Aziz untuk mengadakan muktamar khas. Menulis seminggu lalu, tokoh besar PAS itu mendesak sedemikian untuk membincangkan "beberapa kerat pemimpin bermasalah", sehingga membawa kesan kemerosotan undi parti itu, seperti pada pilihan raya Bagan Pinang awal bulan ini. Selain Dr Hassan, nama-nama yang disebut di Blog Tok Guru yang dianggap bermasalah itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali. Berikut kenyataan penuh PAS Selangor:

PAS Selangor ingin merujuk kepada keputusan mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009 di Pejabat Agung PAS. Pendirian PAS Selangor adalah seperti berikut:
PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009. PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti. Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor. Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog. Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti. Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009. PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai. PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

MB Selangor Minta ADUN PKR Letak Jawatan !

Adun PKR Saran Badrul Letak Jawatan
Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham disaran meletakkan jawatan kerana ketidakmampuan menjalankan tugas menjejaskan perkhidmatan kerajaan negeri Selangor.
“Menteri Besar akan maklumkan pada Majlis Tertinggi Pimpinan Pusat Keadilan Rakyat bahawa beliau mahu Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan kerana kegagalan beliau menunjukkan prestasi dan sebelum ini kita sudahpun menghantar satu surat tunjuk sebab yang dihantar oleh pihak pimpinan PKR dan beliau sudah pun membalas surat tunjuk sebab itu dengan mengatakan beliau bersedia untuk bertemu kita pada bila-bila masa saja dan sampai hari ini kita cuba hubungi beliau masih tiada jawapan.Manakala Pusat Khidmat Dun beliau telah pun ditutup dan tidak dapat dihubungi oleh rakyat,”katanya. Badrul Hisham menjadi wakil rakyat setelah memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang dalam PRU 12 tahun lalu.
Walaubagaimanapun prestasi Adun PKR ini merosot ekoran masalah peribadi.
Menurut Nik Nazmi, PKR memandang serius kes ini kerana kerajaan negeri mengharapkan komitmen seratus peratus dari wakil rakyat. “Jadi macamana kita hendak bergerak ke depan kerana seorang pemimpin perlu komited dalam menjalankan amanah dan tugas beliau dan jalan terbaik adalah kita minta beliau letak jawatan,”jelasnya.
Sementara itu Adun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar menggesa Badrul Hisham supaya akur dengan keputusan kerajaan negeri. Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana wakil rakyat atau pegawai yang gagal menjalankan tugas dengan baik.
“Kita tiada masalah dengan beliau dan saya ingat beliau ada masalah peribadi sama ada masalah kesihatan atau masalah kerja,tetapi jika beliau ada masalah kerja beliau boleh berbincang dan kita boleh bantu.Tetapi beliau tidak mahu langsung bertemu atau menghadiri sebarang majlis kerajaan negeri.Jadi saya fakir beliau memang menghadapi masalah peribadi dan kita sebagai satu pasukan perlu mangambil tindakan,”jelasnya.
sumber: tvselangor

Thursday, October 29, 2009

Perjuangan Pakatan Rakyat Berhasil ?

Alhamdulillah perjuangan kami ADUN Pakatan rakyat mempertahankan madat rasa dan gelombang rakyat yang mahukan DUN Perak dibubarkan pada anggapan saya berjaya setelah kami mampu berdepan dengan tekanan yang kuat dari pasukan keselamatan sehingga terlewat namun kami akhirnya dapat juga berada dalam dewan . Tahniah kepada kehebatan "panglima" Pakatan Rakyat Perak DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang saya anggap berjaya mengepalai semua ADUN PR bagi menghadapi tekanan yang sangat dasyat dari pihak polis semasa pergelutan kami dengan pasukan polis dalam usaha mereka untuk merampas songkok dan jubah Speaker Sivakumar. Pagi ini terasa suatu kepuasan dan itulah yang saya anggap dirasakan oleh semua rakan ADUN Pakatan rakyat kerana telah berjaya konsisten dengan prinsip pada landasan yang kami yakin benar belandaskan undang-undang , namun badan terasa sakit dek pergelutan dan tolak menolak dengan "sayap kanan UMNO" itu.
Kerana itu saya ingin mengeluarkan beberapa kenyataan media :-

1. Saya menafi dengan sekeras-kerasnya dakwaan MB Kudeta Perak yang mengatakan kononnya kehadiran ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang kelmarin sebagai satu pengiktirafan kami kepada Speaker haram Ganesan.

Suka saya maklumkan bahawa hujah dan bukti dokumen yang lengkap telah kami kemukakan kepada rakan media samada disiar atau tidak disiarkan mengenai kedudukan Ganesan yang tidak sah dan ia melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri perak diluar dewan . Sekali lagi perkara tersebut dikemukan oleh kami dalam dewan walaupun pembesar suara diganggu saya beranggapan suara ADUN Buntong yang ditugaskan mengemukan hujjah tersebut sangat jelas untuk didengari oleh Ganesan, ADUN BN dan semua yang berada di dalam dewan.
2. Saya mencabar supaya rakaman hujjah yang dikemukan oleh ADUN Buntong mengenai haramnya Ganesan yang dibuat oleh petugas Bahagian Teknologi Makmumat disiarkan kepada umum khususnya rakyat Perak, termasuklah untuk menginsafkan Zambry dan semua ADUN BN bahawa mereka sebenarnya sedang memperkudakan Ganesan untuk mencapai hasrat jahatnya bagi membentag bajet 2009 yang saya anggap tidak sah.
3. Tindakan pengendalian sidang oleh seorang yang bernama Ganesan sesungguhnya memalukan sistem demokrasi dan dewan negeri Perak yang kita muliakan. Sidang 28 Okt menyaksikan satu sidang meluluskan bajet haram oleh sebuah kerajaan haram dan dikendalikan oleh seorang speaker haram.
4. Kehadiran semua ADUN pakatan Rakyat adalah atas surat yang dikeluarkan oleh Speaker Perak yang sah V. Sivakumar. Usaha Zambry memutar belit fakta dengan mengatakan kami hadir kerana mengiktiraf Ganesan adalah tindakan memperbodohkan dirinya sendiri. Tidakkah beliau sendiri menyaksikan selama sidang berlangsung dan seluruh tetamu menyaksikan serta dilaporkan oleh semua media bahawa kami tetap konsisten bersidang dan menghormati jawatan Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan kami beredar meninggalkan dewan setelah sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah V.Sivakumar selesai dan ditangguhkan. Sebaliknya kami langsung tidak menghormati Ganesan walaupun ianya dianggap sangat penting oleh BN dengan dikawal ketat oleh puluhan orang upahan.
5. Sehubungan dengan itu tidak ada istilah kami memboikot atau memulau sidang yang dikendalikan oleh Ganesan, malah saya anggap sebagai kebudak-budakan kerana dengan status Ganesan yang tidak sah sebagai speaker apakah alasan sehingga itu boleh dikatakan sidang yang sah, siapakah yang masih waras fikirannya akan mengatakan bahawa itu adalah sidang. Lebih tepat boleh saya katakan lakonan dan sandiwara untuk menyampaikan hasrat jahat BN bagi meluluskan bajet bagi meneruskan kerajaan kudeta di Perak.
6. Saya membantah tindakan kekerasan yang dilakukan terhadap ADUN Pakatan Rakyat. Jika alasan untuk menanggalkan jubah speaker seperti kononnya Sivakumar mengingkari arahan notis menyerahkannya kepada polis, kenapakah dengan cara yang tidak bertamadun seperti itu. Tidakkah negara kita masih mempunyai proses dan prosuder undang-undang untuk mendapatkan barang yang kononya dicuri.Itupun Sivakumar tidak pernah mencuri dan dia mempertahankan hak atas nama jawatan Speaker yang telah dilantik dengan sah dan jawatannya masih kekal sehingga kehari ini. Tindakan menyekik, menekan perut sehingga mengancam nyawa Sivakumar serta menanggalkan dengan paksa jubah Speaker Sivakumar adalah tindakan tidak bertamaddun dan saya yakin diarahkan oleh BN yang sudah sekian lama tidak menghormati undang-undang yang mereka sendiri cipta. Bukankah tindakan BN itulah dipanggil mencuri ?
7. Halangan yang berulangkali sehingga semua ADUN terpaksa melewati 5 sekatan adalah suatu titik hitam dan sejarah yang menyebabkan demokrasi di Perak telahpun hampir mati. Kebeaasan rakyat dan ADUN yang dipilih dengan sah disekat jelas dengan arahan pihak BN kepada pihak polis dengan bertindak diluar batas undang-undang yang sedia ada. BN semacam merancang supaya kami tidak boleh samapai ke dalam Dewan, kalau itu bukan tujuannya saya mempersoalkan kenapakan kami diperiksa sedemikian rupa.
8. Saya juga membantah tindakan polis melarang dibawa kami membawa masuk perakam video, kamera dan komputer riba adalah tindakan yang melampau dan menyalahi undang-undang.Dalam keadaan perak ingin dimajukan IT nya bagaimana sehingga ada ADUN yang dilarang membawa komputer.Selain itu saya membantah tindakan menghalang saya membawa masuk kamera. Yang jelas apabila saya meminta dari mana arahannya seorang pegawai polis cuma berani meminta dari jauh menunjukkan dari jauh tanpa berani menyerahkan kepada kami dan terus disembunyikan dibalik punggungnya.
9. Saya ingin mempersoalkan, jika sekiranya tidak ada ratusan pihak polis membantu BN untuk mennegedalikan sidang haram kelmarin, beranikah BN bersidang. Tidakkan selama ini sidang sangat aman dan tenteram dan tidak ada seorangpun polis yang berada di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kerana itu jelaslah pengunaan kuasa polis dalam rentetan sidang DUN perak termasuklah kelmarin membuktikan BN adalah penakut dan bacul dan saya mencabar kalau BN benar-benar ada hujjah dia kerajaan yang sah, speakernya sah, segera kendalikan sidang tanpa campurtangan pihak polis atau pihak lain yang diperkudakan.
9. Kerana itu saya menyeru supaya krisis ini diselesaikan dengan cara yang paling tepat iaitu segerakan bubarkan DUN Perak. berilah laluan kepada rakyat untuk kembali memilih.
Tindakan BN yang ingin menegakkan benang basah dan memperkudakan pihak keselamatan dan badan kehakiman tidak akan menyelesaikan kemelut ini.
Sekian.
KENYATAAN MEDIA/29 OKT 2009
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi PRBBC Perak/
Ketua penerangan PAS Perak.

PAS SELANGOR akan diseret ke JK Disiplin

kemaskini 2.42am Khamis Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu."Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi. Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali - yang turut menjadi sasaran kemarahan Nik Aziz - sebelum ini dan seorang lagi Naib Presidennya Salahuddin Ayub turut hadir di sisi Abdul Hadi.Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat. Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno. "Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat. "Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya. Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.


Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir. Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut. sumber: malaysiakini

Sivakumar: Polis Rampas Jubah Saya Secara Kasar !

Speaker Pakatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar hari ini mendakwa beliau menjadi mangsa taktik kotor melalui penyebaran notis makluman sidang DUN palsu yang memaklumkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan membubarkan DUN. Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP di Ipoh, Sivakumar menafikan yang beliau mengeluarkan notis itu. "Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini," kata Sivakumar yang juga ADUN Tronoh yang turut memberikan salinan contoh notis terbabit. Notis menggunakan kepala surat Speaker DUN Perak bertarikh 23 Oktober 2009 itu memaklumkan bahawa sidang DUN hari ini akan diadakan di Hotel Heritage bagi membentangkan Bajet 2010 dan usul pembuburan dewan oleh ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Notis berkenaan turut memaklumkan bahawa Sultan Azlan Shah telah berkenan menerima menghadap Mohammad Nizar di Istana Kinta di sini pada 3 petang hari ini bagi membubarkan DUN Perak untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Sivakumar berkata beliau hanya mengetahui perkara itu ketika menghadiri sidang DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini. Dalam perkembangan lain, Sivakumar mendakwa polis menggunakan kekerasan terhadap Adun pakatan pembangkang yang menghadiri sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini dengan merampas peralatan elektronik seperti kamera, kamera video dan komputer riba. Beliau turut mendakwa polis bertindak kasar semasa merampas Jubah Speaker yang dipakainya. - Bernama

Wednesday, October 28, 2009

Presiden PAS : Pintu Untuk UMNO Sudah Di Tutup !

PAS SUDAH TUTUP PINTU RUNDING KERAJAAN PERPADUAN !
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini berkata, parti itu telah menutup pintu rundingan dengan UMNO untuk membentuk satu kerajaan perpaduan. Katanya, pucuk pimpinan negara juga sudah berubah dan Pas belum mengetahui apakah sikap yang diamalkan oleh pemimpin negara sedia ada. "Kerajaan perpaduan tidak ada lagi. Itu dah tutup buku. Perdana Menteri itu (sebelum ini) pun sudah berhenti. "Pemimpin yang ada kita tidak tahu bagaimana sikapnya dan kedudukannya dan keadaan juga sudah berubah,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini mengenai cadangannya pada Muktamar Pas ke-55 mengenai pembentukan kerajaan perpaduan. Beliau berkata, UMNO juga tidak lagi membangkitkan isu kerajaan perpaduan sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat masa ini sedang menguruskan krisis yang dihadapi oleh parti komponen mereka.
kah kah kah…. SEDIH… PERIT… PILU….
woit….. PASAL APA TUTUP PINTU GUA?....
woit….. ADA MUNKEEE SUDAH PESAN KERETA BARU….
woit…. ADA MUNKEEE SUDAH TEMPAH BAJU MELAYU HITAM….
woit…. ADA MUNKEEE SUDAH TEMPAT COAT DAN TALI LEHER…

ADA MUNKEE DAH HAFAL AYAT NAK ANGKAT SUMPAH DENGAN RAJA GOPAL kah kah..

sumber: tukartiub

RASUAH 10 Juta - Bekas Ketua SU ditahan SPRM !

Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terbabit dengan rasuah membabitkan lebih RM10 juta. Difahamkan, beliau yang berpangkat Datuk itu, telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa bekas ketua setiausaha yang berusia 56 tahun, ditangkap di ibupejabat SPRM PUtrajaya hari ini. Menurutnya kenyataan itu, dia disyaki melakukan kesalahan rasuah berhubung kelulusan geran untuk projek di Pulau Pinang.
Beliau dijangka dituduh esok di Mahkamah Sesyen yang telah diwujudkan di Shah Alam khusus untuk mendengar kes-kes rasuah. The Star pula memetik sumber-sumber melaporkan bahawa bekas ketua setiausaha itu didakwa menerima rasuah berjumlah lebih RM10 juta membabitkan satu projek. Menurut sumber-sumber itu lagi, SPRM telah mula menyiasat kes tersebut sejak awal tahun ini. Dia juga difahamkan akan didakwa atas sekurang-kurangnya lapan tuduhan di bawah Akta SPRM.
sumber: malaysiakini

Tuesday, October 27, 2009

Peristiwa Menyayat Hati

Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras. Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian. Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap.

WHO NEXT ??

There has been a lot of speculation along the corridors of Mindef as to who would be the likely candidate to succeed the Army Chief, Gen Tan Sri Ismail Jamaluddin when he retires next year. Gen Tan Sri Ismail has been the Army Chief since 2006 and was at one point rumoured to succeed Gen Tan Sri Abdul Aziz Zainal as the Chief of Defence Force (CDF). This however did not materialised as the post was eventually taken up by the Chief of Air Force, Gen Tan Sri Azizan Ariffin who succeeded Gen Tan Sri Abdul Aziz on September 1st 2009.
In an open letter that I wrote to Gen Tan Sri Ismail posted on October 2009, I did imply that he should accept full responsibility with regards to the army’s involvement in politics during the Bagan Pinang by-elections held recently. The once apolitical status of the army has been ‘hijacked’ by the blatant involvement of the army under his charge during the campaigning, that has now placed the army in the firing line of the opposition for ridicule and unfavorable criticism. This will be the legacy that Gen Tan Sri Ismail will leave behind when he finally retires from the army. It is the norm in the military service that upon the retirement of the Chief, it will be the Deputy who will continue the succession. However, there has been several instances in the past where the norm has been breached, in an obvious reflection of the internal strife and politicking that occurs among those who makes the ultimate decision. This act of abnormality give rise to various speculation and perception among members of the Armed Forces that conjures negativity, favouritism and poor planning on the part of the leadership. As an illustration, during the last promotion exercise for the post of the Air Chief, the Deputy Air Chief was replaced, and another officer named to succeed the outgoing Air Chief. Another officer who was the Chief of Staff at Armed Forces HQ and possess the right credentials to be the Air Chief, was instead made the Deputy Air Chief.
In the case of the army some years back, a Deputy Army Chief had been bypassed for the post of Army Chief on three occasions, till he finally retired upon attaining the age of 55. This was an unusual case, and rumours has it that the Deputy Army Chief was a person who did not tow the line of the political masters and was ‘punished’ without any chance of a promotion. But in-so-far as the officers and soldiers were concerned, he was popularly known as the ‘Soldiers General’, and I suppose he paid dearly for being popular among the officers and soldiers. Now, rumours has it that the incumbent Deputy Army Chief is likely to share a similar fate with that of his predecessor mentioned above. His is likely to be replaced by an officer who is favoured by the Army Chief, and who is poised to become the Army Chief when the incumbent retires. Rumours are abound that this plot is to safe guard the business interest of the Army Chief when he retires, and also that of his business friends and family members. If this is true, it is only proper that an investigation be carried out to determine the verity of the rumour. It is a rumour like this that puts the army in bad light, loss of public trust and confidence and most of all, it creates discontent among the serving members. Here is where the Defence Minister being the Chairman of the Armed Forces Council (AFC) can play a decisive role to deliver a decision that may not be popular to the Chiefs, but one that is acceptable to the service. He should not show prejudice, and in making a decision, he has to be firm where the interest of the service is utmost, and to sack those who are known to have abused their position for their own personal benefit.
CRUSADE AGAINST CORRUPTION

BETUL KE NI ????

Mahathir Sememangnya Sudah Nyanyuk !

Assalamualaikum,
Bekas perdana menteri mengaku telah nyanyuk. Baca seterusnya dibawah.
Dalam usaha menabur benih fitnah dan benih perpecahan agar orang PAS terikut terikut dengan acahannya, beliau telah mengaku telah nyanyuk. Kemudian cuba pula menyelit unsur fitnah dengan mengatakan Tuan Guru Nik Aziz pun dah masuk dalah kategori yang sama Tun, kecerdasan minda orang menghafal Qur'an dan Hadis serta ilmu Allah tidak sama dengan orang yang alat deria mereka dikotori oleh pelbagai dosa. Makam terbaru ini hanya layak disandang oleh Tun seorang.
.
Former premier Tun Dr Mahathir Mohamad today urged PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz to step down, saying that the Kelantan mentri besar is doing more harm than good to the party by overstaying. His statement, made against the backdrop of a power tussle in PAS, is apparently aimed at driving a deeper wedge into a party that is already split between factions keen on co-operating with Umno and those committed to Pakatan Rakyat (PR).
"He's been PAS leader for too long. He has overstayed his post and when you do that, you tend to get a bit senile... like me," Dr Mahathir said in jest at a press conference."I believe that no leader should stay on too long because if you do, you tend to become kolot (conservative)," he said, adding that was what people had called him when he stayed on as prime minister for 22 years. Nik Aziz had recently made a bold call for PAS to hold a special assembly to oust “problematic” leaders, a statement believed to be targeted towards the pro Umno-PAS co-operation faction led by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
The PAS spiritual leader believes Hadi's faction, consisting of deputy president Nasharuddin Mat Isa, party secretary-general Datuk Mustafa Ali and Selangor chief Datuk Dr Hasan Ali, was hampering closer ties with its PR allies. His statement rocked PAS and precipitated another crisis just after it barely survived Umno's attempt to split the pact by courting Hadi's faction.
Though Dr Mahathir seemed to be at odds with the whole "unity government" talks with PAS, the former premier however appears to be siding Hadi on this one. He, just like other Umno and Barisan Nasional leaders, said Nik Aziz is a stooge to his sworn enemy, PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. "He wants to get rid of Hadi because he is under Anwar and Hadi wants to try and co-operate with Umno." But Dr Mahathir is not all for co-operation with PAS either. He said for it to happen, both parties must "give and take". "But Umno wants to take and PAS don't want to give... so how?" said the former premier with a smile.

Katak Tua Mula Bercakap

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti. Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas."Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti."Tengok di Sabah berapa ramai... tidak ada pemimpin Sabah yang tidak lompat parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini Jumaat lalu. Malah, katanya, pemimpin besar negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn juga pernah keluar Umno apabila Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno, dan beliau (Hussein) kembali semula ke pangkuan Umno. "S46 masuk balik Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) menentang kerajaan, masuk Umno, kemudian keluar (Umno) tubuh (parti) Keadilan, mengapa tidak disebut lompat (katak)?" soalnya. Katanya, begitu juga dengan pemimpin seperti Marina Yusof, Datuk Asri Muda, Hassan Adli dan ramai lagi. 'Sama saja...' "Kenapa saya...kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera... tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno)," katanya. Rais dan Shabery kini merupakan anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Sama saja... tapi buruknya Ibrahim Ali... tapi buruk Ibrahim Ali pun tidak ada rekod rasuah dan penyelewangan. "Saya pegang banyak jawatan juga - pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas - adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan 'ikan kaloi'?... tak ada ... Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?... tak ada...mana (ada).. "Alhamdullah, kalau dapat pertahan diri 30 tahun jadi pemimpin politik yang tidak dikait dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, kira okaylah. Jadi tengoklah kebaikan saya....saya pun berjuang untuk bangsa dan negara juga," katanya. Ibrahim berkata, antara sumbangan besarnya ialah perjuangan menaikkan taraf Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi universiti. Katanya, orang lupa bahawa pada 1972, diploma ITM hanya diiktiraf sama dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tunjuk perasaan"Ringkas cerita, (semasa) saya menjadi setiausaha agung dan kemudiannya presiden Persatuan Siswa ITM pada 1972,buat memorandum desak kerajaan. "Pada 22 April (1972), berlaku tunjuk perasaan besar. ITM ditutup dan Tun Abdul Razak Hussein masih menjadi perdana menteri, sehinggalah kita buat rundingan penyelesaian sebahagian daripada diploma ITM pada masa itu diiktiraf setaraf dengan ijazah am di universiti-universiti lain. "Siapa punya kerja... untuk orang Melayu, untuk Islam. Yang berpekik melolong kata kat Ibrahim Ali tu apakah sumbangan mereka?" soalnya lagi. Namun, kata Ibrahim, perjuangannya tidak berhenti setakat ini sahaja dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau menyertai politik pada tahun 1981. "(Semasa) menjadi exco Pemuda Umno, saya lantang balik (mendesak) supaya diadakan fakulti perubatan di ITM untuk orang Melayu dan orang Islam, kerana saya tengok inilah gedung ilmu untuk tingkatkan martabat orang Melayu. "Bila jadi ahli parlimen mulai 1986, setiap kali saya bahaskan perbelanjaan, saya mesti desak ITM dinaikkan (ke taraf) Universiti... saya juga bercakap dalam Majlis Tertinggi (MT) sehingga (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'kamu ni Ibrahim tak ada kerja lain... ITM universiti, ITM universiti... "Kemudian bila saya jadi timbalan menteri pada 1997, saya kata, inilah kesempatan paling baik. Saya himpunkan 15,000 bekas siswazah ITM di Stadium Melawati. Waktu itu Datuk Seri Najib (Tun Razak) selaku menteri pelajaran. Saya pengerusi perhimpunan. Saya berucap dan pelajar angkat kain rentang dan bendera mahukan ITM jadi universiti. "Saya duduk di tengah-tengah, Dr Mahathir (di sebelah kanan). Perdana menteri tanya kat Datuk Seri Najib boleh tak kita isytihar ITM jadi universiti, peninglah saya dengan Ibrahim ini, itulah kata Dr Mahathir. Najib kata tak ada salah... Dr Mahathir orang yang luluskan, yang melaksanakannya Najib dan saya orang ketiga yang mendesak."Ini kerja katak, lutung, orang (yang didakwa) tak berprinsip... Tanyalah siswazah ITM. Tanyalah (bekas pengarah ITM), Tan Sri Arsyad Ayub, pergilah tanya...," katanya.
sumber: malaysiakini

Monday, October 26, 2009

Dato Nik Aziz Tetap Mahu EGM PAS !

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya. Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti. katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam, lapor Bernama. "Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan. "Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.
Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik. Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas. Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan: "Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar. Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan. "Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa
bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu. Nik Aziz tetap mahu EGM Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat Kota Bharu hari ini, Nik Aziz berkata beliau tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas tersebut. Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai. "Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat Kota Bharu hari ini. Turut hadir bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangannya, supaya PAS mengadakan muktamar khas bagi menentukan kedudukan pemimpinnya, ditolak oleh sesetengah pemimpin PAS peringkat negeri atas alasan cadangan itu tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahupun negeri ketika ini. Sambil menafikan bahawa cadangan itu dibuat kerana terpengaruh oleh individu tertentu dalam politik, Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah matang dalam politik dan tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Putrajaya: Nama GAH Tapi Pusat MAKSIAT ?

PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan ‘projek’ ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu. Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam. Keadaan menjadi lebih ‘meriah’ waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka. Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan. Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini. Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam. Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan.
“Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain.
“Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk.
“Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti,” katanya. Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu. Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu.
Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai ‘projek’, malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan ‘*****’,” katanya. Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata. Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan.“Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu. “Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa,” katanya. Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh. “Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku,” katanya.
sumber: kedahlanie

Sunday, October 25, 2009

Samseng UMNO Bersiap Sedia Disidang DUN ?

LUMUT:- Sidang pada 28hb Oktober ini kami diberitahu oleh orang dalaman yang rapat dengan kami bahawa bentara lama telah diberhentikan dan dilantik 15 bentara baru dari kalangan samseng Umno, demikian penegasan MB Perak Pakatan Rakyat, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di Markaz PAS bt8 Lekir disini pagi tadi. Katanya jika ini berlaku besar kemungkinan katanya dengan alasan kami akan buat kecoh,mereka merancang selamatkan Adun BN dan mengunci bilik dan melanyak kami."Kami hanya boleh masuk jam 10 pagi, sebenarnya nak masuk bila-bila masa kepada Adun. Keselamatan dikatakan tidak membenarkan Adun bawa rakan, kamera dan perakam video. Mereka nak mengekalkan kerajaannya dengan apa cara sekalipun " kata Ds. Nizar."Ganesan tidak ada kuasa panggil sidang. Kami datang sebab Speaker Sivakumar panggil. Kami pertikaikan perlantikan Ganesan, dia juga tidak meletakkan jawatan peguam yang sah sehingga 7hb Ogos,dia tidak ada intergriti untuk memimpin DunPerak.." kata Ds. Nizar lagi. Beliau juga mengulangi komitmen semua Adun Pakatan Rakyat untuk hadir sidang walaupun kami diugut oleh Zambry dan PM 1 Malaysia. Dalam sidang akhbar yang sama, Exco Kerajaan PR Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham menjelaskan keputusan Mahkamah Speaker Sivakumar mendapat perintah memeriksa keputusan SPR tidak membenarkan pengundian di Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, ini bermaksud ketiga-tiga mereka bukan Adun termasuk Hee yang mempengerusikan pelantikan Ganesan lagi tidak sah, haram seharamnya.
cina islam

DS Nizar Merayu Pada Sultan Perak ?

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.
Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji). Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini. Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam. "Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar. "Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya. Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti. "Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya.
sumber: perakwilthlove

Dr. M: Kita Harus Bersyukur !

kah kah kah kah kah...PALA HOTAK HANG...kah kah ka kah..kah kah HANG CAKAP APA NI woii FIRAUN MALAYSIA...kah kah kah kah..kah kah MELAYU TAK PERNAH LUPA...MU TAK NYANYUK...TAPI...MU LUPA...kah kah kah kah CUBA MU INGAT BALIK UCAPAN-UCAPAN KAU MASA LEPAS:
1. “ Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga TIDAK PERLU berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu TIDAK PERLULAH kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t sahaja.” - Ucapan Dasar Presiden UMNo, Dr Mahathir Mohamad. Petikan dari Berita Harian/Utusan Malaysia 11 Mei 2000
2. Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
3. Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
4. Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
5. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.
kah kah kah kah...kah kah...KERANA PERLU NILAI-NILAI ISLAM SEBENARLAH, MAKA...UMNO PERLU BUAT 7 PINDAAN DAN TAMBAH 4 RUKUN
KERANA PERLU NILAI-NILAI ISLAM YANG SEBENARLAH...146,000 PERWAKILAN AKAN MEMILIH PEMIMPIN UMNO kah kah kah kah...SELAMA INI UMAT MELAYU DIHIDANGKAN DENGAN 'ISLAM MADEY' YANG TAK BOLEH PAKAI...MALAH MELINGKUPKAN...kah kah kah kah

Exco Pakatan Rakyat Buat Laporan Polis

Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berikutan pendedahan terbaru mengesahkan 80 peratus pembantunya mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh bukan terjatuh. Laporan dibuat di balai polis Seri Kembangan pagi ini mendesak pihak polis menyiasat kes ini dari sudut kes pembunuhan bukannya bunuh diri atau mati mengejut.
KAH KAH KAH…
woit…. BERAPA JUTA LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT… kah kah kah..
woit… INGAT POLIS NAK AMBIL POT… kah kah kah…
kah kah kah…MANA POLIS BERANI BUAT SIASATAN… kah kah kah…
kah kah kah… NANTI SPRM PULAK BUAT SIASATAN ATAS POLIS PULAK..…kah kah kah…kah kah kah... TAK KAN POLIS NAK CARI NAHAS.. kah kah kah
Dicatat oleh Tukar Tiub
Label: JANGAN MELEBONG jangan bodohkan melayu

DS Nizar dihalang ke P. Pangkor? Dr. Zambry Kecut!

Kawalan ketat pihak polis berlanjutan kepada program sebelah petang yang dijadualkan di Pulau Pangkor petang ini. Ds. Nizar dan Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat Perak serta Ust. Azman Shafawi dihalang untuk ke Pulau Pangkor melalui feri biasa yang mengangkat penumpang ke pulau itu. Ds. Nizar juga antara yang dihalang dan akhirnya dapat menaiki feri setelah menunggu beberapa ketika. Selain itu, Pemimpin Pemuda yang lain kebanyakannya terpaksa menaiki bot nelayan yang disewa khas dari Teluk Batik ke Pulau Pangkor. Didapati Ketua Polis Lumut dan puluhan polis mengadakan kawalan ketat di jeti feri petang ini. Inilah suasana yang mewarnai Program Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak hari ini. Kawalan yang melampau dan melanggar hak asasi warganegara Malaysia yang dibenarkan bergerak dan berhimpun secara aman.
Cina Islam

Saturday, October 24, 2009

Dua Ekor Katak Ingin Kembali Kepada PKR?



IPOH: Ketika memuncak cerita dua ADUN PKR yang kini menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan DUN Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen. Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen. Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi (foto), ADUN Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar. Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut. Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak. Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu. “Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar,” kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman. Jamaluddin dan Osman Jailu (ADUN Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas. Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran. Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini. Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan tiga wanita Cina itu. Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah. Mereka berdua bersama ADUN BN yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

[Nampaknya kisah politik Perak ini akan kembali bergegar dengan perkembangan terkini itu. Maknanya bekas Exco terbabit tidak bersalah dan segala tuduhan yang dibuat terhadapnya hanyalah rekaan semata-mata. Sememangnya angin kencang menyatakan bahawa kedua-dua ADUN bebas terbabit ingin kembali kepada Pakatan Rakyat, selepas mereka dipercayai telah ditipu dengan bayaran yang dijanjikan. Malah ada laporan mengatakan "orang tengah" yang menguruskan keluarnya mereka dari Pakatan Rakyat juga telah meninggal dunia. Kekecewaan mereka itu kini sudah ditahap paling maksima, dan memang terdapat ura-ura yang mengatakan mereka akan bersama Pakatan Rakyat semula. Soalnya sekarang, apa akan terjadi kepada kerajaan haram di Perak sekarang ini jika mereka kembali bersama Pakatan Rakyat. Bukankah senario politik juga akan berubah dan makin panas. Justeru itulah Sultan Perak wajar mempertimbangkan pembubaran DUN demi menjaga keharmonian dan memberi rakyat peluang untuk memilih kerajaan baru di negeri Perak].
SUMBER" PAHANGDAILYONLINE


ADUN bebas yang menyokong UMNO mula bercakap!

ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.
Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya. "Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering. Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi. Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut. "Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.
Mengulas kes rasuah yang sedang dibicarakan, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepadanya di kerusi tersebut. "Saya yakin boleh menang (kes ini) kerana saya yakin diri saya tidak bersalah," katanya kepada Malaysiakini lewat petang semalam.
"Bagus juga (dibicarakan) kerana ini menjadi peluang untuk saya membersihkan nama dan mengembalikan sokongan pengundi kepada saya." Tambah Mohd Osman, makin ramai pengundi kini kembali semula kepadanya setelah beliau meninggalkan Pakatan pada Februari lalu – bersama dua lagi ADUN Pakatan – yang memulakan krisis sehingga menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak sejurus selepas itu. "Alhamdulillah, sokongan pengundi bertambah baik berbanding sebelum ini. Saya adakan satu majlis rumah terbuka minggu lepas, ramai yang datang dan minta maaf kepada saya," katanya. Wakil rakyat PKR Jamaluddin Mohd Radzi, yang keluar parti bersama Osman, juga dibicarakan atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Ipoh. Selain mereka berdua, pergolakan besar di Perak disumbangkan oleh tindakan wakil rakyat DAP Hee Yit Fong yang menyokong BN selepas meninggalkan parti lamanya.
Menjelang persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini, timbul pula cakap-cakap yang mengatakan Osman dan Jamaluddin kini berkira-kira untuk menyertai semula PKR dengan dakwaan tidak berpuas hati dengan BN. "Ada yang kata saya ingin berbalik semula kepada PKR, ada yang kata saya telah meluat dengan BN," kata Mohd Osman lagi. "Ini semua karut. Sokongan saya tetap konsisten (terhadap BN)." Jelasnya, pandangan itu sengaja ditimbul-timbulkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang tidak mempunyai banyak pilihan lain lagi untuk mendesak pembubaran DUN Perak. "Sebenarnya mereka kini hanya boleh mainkan sentimen saja. Mereka tidak ada cara lagi untuk membubarkan DUN Perak, kecuali berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas status (kesahihan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar negeri itu). Tambahnya, beliau tetap akan menghadiri sidang DUN pada 28 Oktober dan akan menyokong usul bajet yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

KATAK buat Laporan Polis !

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat laporan polis berhubung borang kaji selidik yang dikeluarkan Majlis Peguam yang bertujuan menilai hakim-hakim di Malaysia. Laporan itu dibuat di Balai Polis Travers petang ini bagi meminta polis menjalankan siasatan segera kerana borang kaji selidik itu dikatakan boleh mempengaruhi soal pelantikan hakim. "Borang kaji selidik yang dikeluarkan melalui web www.malaysianbar.org.my seolah-olah memberi peluang kepada orang awam membuat penilaian terhadap hakim-hakim di negara ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya borang kaji selidik itu yang bertajuk "Survey Form For Feedback On Judiciary" dikeluarkan laman web terbabit pada 25 Ogos dan 28 September lepas.
"Cara begini adalah salah kerana ia boleh mencemarkan nama baik (kehakiman) dan ia juga bertentangan dengan undang-undang negara sebab kita tidak boleh menyentuh tentang kedudukan hakim-hakim di negara ini," katanya.

P/S cukup lah Brahim ooi...agak2 lah kalau nak bodek pun..

Friday, October 23, 2009

Kami Terpaksa Demi Parti - Chua Soi Lek

Walaupun kelihatan tenang dan sesekali menguntum senyuman sewaktu sidang akhbar, tetapi kenyataan bekas timbalan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membayangkan wujudnya rasa tidak puas hati berhubung pelan damai. Dalam sidang akhbar petang tadi, musuh politiknya yang juga presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan bahawa mereka berdua telah mengenepi perbezaan mereka untuk menyatu dan memperkukuhkan MCA yang sedang dilanda krisis kepimpinan.
Duduk di sebelah presiden ialah Chua, timbalan presiden yang baru dilantik Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin kanan MCA yang lain.
Hanya selepas didesak oleh jurugambar, Chua menjabat tangan dengan Ong. Ditemui selepas sidang akhbar tersebut, bekas timbalan presiden itu membayangkan bahawa perkembangan terbaru itu bukanlah pilihannya."Demi kebaikan parti, kami tiada pilihan," katanya kepada pemberita."Pandangan saya ialah beliau (Ong) mendapat separuh sokongan dan saya pula mendapat lagi separuh sokongan. Jadi demi masa depan parti, maka kami perlu bekerjasama," tambahnya. Chua berkata, beliau mengadakan tiga pertemuan dengan Ong sejak mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober lalu, di mana perwakilan menyokong usul tidak percaya terhadap Ong dan menolak usul menerimanya kembali sebagai timbalan presiden. Menurut spekulasi pelan damai itu dipersetujui selepas kedua-dua pemimpin MCA yang bertelagah itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Walaupun Ong dan Chua mengaku bertemu perdana menteri tetapi kedua-duanya menafikan mereka menerima tekanan dari Najib.