Azalina berkta demikian apabila diaju soalan oleh
pemberita mengenai serangan berterusan yang dibuat oleh mantan Presiden
UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.
KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin yang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak digesa supaya keluar, gesa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Saya tidak kira jawatan apa yang disandang. Jika ada niat untuk membantu pembangkang dan bersikap yang memberi keuntungan kepada pembangkang dengan mengeluarkan kenyataan, secara jujurnya, saya tidak tahu kenapa anda masih ada di dalam parti.
“Ini adalah negara bebas. Jika anda tidak gembira, anda seharusnya pergi. Jadilah ‘gentleman’. Jadilah lelaki sejati, dan pergilah,” katanya.
Azalina berkta demikian apabila diaju soalan oleh pemberita mengenai serangan berterusan yang dibuat oleh mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.
Sebelum ini, Mahathir dalam tulisan di blognya mendakwa Najib cuba memberikannya wang sogokan.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.