Followers

Monday, December 21, 2015

Kekecohan Kota Raya tiada kaitan dengan Ali Tinju

December 21, 2015 

Ali Tinju disoal siasat selama satu jam berhubung insiden pergaduhan di Plaza Kota Raya dan dia akui insiden itu tiada kaitan dengannya serta Gerakan Merah.

PETALING JAYA: Kekecohan di Plaza Kota Raya pada Ahad tidak ada kaitan dengan Gerakan Merah atau Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom.

Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju berkata demikian dalam keterangan yang diberikan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada pagi Isnin.

Ali Tinju disoal siasat selama satu jam berhubung insiden pergaduhan di Plaza Kota Raya pada Ahad.
“Kekecohan yang berlaku semalam tiada kaitan dengan saya dan Gerakan Merah.

“Saya telah mengesahkan perkara itu, malah ia bukti yang menunjukkan bahawa peniaga di plaza berkenaan telah bertindak menipu pengguna,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, sekumpulan lelaki bertindak menyerang peniaga di Plaza Kota Raya dengan mendakwa peniaga tersebut menipu pembeli dan bertindak mengurung pelanggannya di dalam sebuah bilik kecil.

Peniaga itu dikatakan cuba menjual empat unit telefon bimbit pada harga RM10,000 walaupun asalnya mempersetujui untuk menjualnya RM200 seunit.

Ekoran itu Ali Tinju mengunjungi plaza tersebut sebagai respon terhadap kes tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.