Followers

Monday, December 21, 2015

Hishamuddin mahu imej Islam dibaiki


hishamuddin
 
 
 
 | December 21, 2015 
 
Hishamuddin berkata, isunya ialah mengenai imej Islam dan bukan perjanjian kerjasama antara UMNO dan Pas.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menekankan supaya keutamaan politik pada masa kini ialah untuk memperbaiki imej Islam di mata negara dunia.

Ditanya tentang kerjasama politik antara UMNO dan Pas, Hishamuddin berkata isunya ialah mengenai imej Islam dan bukannya mengenai perjanjian kerjasama tersebut.

“Kita perlu baiki imej Islam. Itu sebabnya kita sedang bekerjasama dengan Arab Saudi.

“Ia sebagai satu isyarat simbolik kepada negara dunia. Sama dengan Pas dan UMNO di mana keutamaan harus diberikan kepada Islam, ” kata Hishammuddin dalam sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau akui pihaknya belum dapat mengesahkan status gabungan politik antara dua parti yang berpaksi kepada Melayu-Islam malah menyatakan hubungan itu masih jauh untuk dicapai.

Pada Ahad, Ketua Perkasa, Ibrahim Ali mencadangkan supaya UMNO dan Pas bekerjasama dalam isu-isu yang mengaitkan bangsa dan agama dan bukan bergabung menjadi satu entiti politik.

Ibrahim yang pernah berkhidmat di bawah UMNO dan Pas berkata, kerjasama politik di antara kedua-dua pihak tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak berkongsi ideologi politik yang sama.

“Ia tidak akan berlaku kerana Pas adalah parti Islam manakala Umno adalah sebuah parti nasionalis.

“Kami berharap kedua-dua boleh bekerja di luar bidang politik dan itulah sebabnya kami mencadangkan penubuhan majlis yang dikenali sebagai Ukhuwah Islamiyah supaya Perkasa, Umno dan PAS boleh bercakap atas alasan yang sama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.