Followers

Friday, February 12, 2010

KENYATAAN TPM YANG `KELUAR DARI BONTOT'

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIA menuju ke arah keadaan yang tidak stabil. Itulah bunyinya laporan yang dikeluarkan oleh Perunding Politik dan Risiko Ekonomi (PERC) sepertimana yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini. Maka, TPM Muhyiddin Yassin seperti biasa menangkis dakwaan tersebut dengan menganggap laporan itu `keluar dari hidung'. TPM ini masih menganggap rakyat Malaysia sekarang adalah rakyat seperti di zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman atau pun di zaman Almarhum Tun Razak yang mana rakyat kebanyakannya percaya bulat-bulat kenyataan pemimpin kerajaan, laporan akhbar dan radio pada ketika itu.


Sampai bila Muhyiddin hendak bermimpi indah-indah belaka? TPM ini sememangnya terkenal dengan sikap `penafian'nya walaupun setiap yang dinafikannya beliau gagal mengemukakan hujah atau fakta yang boleh dianggap cerdik sejajar dengan jawatan yang disandangnya. Seperti contoh, beliau pernah menuduh DS Anwar pengkhianat Melayu. Tanpa hujah dan fakta langsung, semata-mata beliau menggunakan mulutnya yang busuk itu. Beliau juga memutarbelitkan kenyataan MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz tentang isu perbincangan PAS dengan Umno. Sebelum ini juga, beliau mahu rakyat Perak menghormati keputusan mahkamah yang dikatakan mengikut lunas demokrasi. Semenjak bila mahkamah menjadi simbol demokrasi di dalam menentukan pemilihan dan pembentukan kerajaan? Malang sungguh TPM ini yang amat cetek pengetahuannya tentang demokrasi.


Kalau Muhyiddin menganggap laporan yang dikeluarkan oleh PERC itu adalah kenyataan yang `keluar dari hidung', suka kita memberitahu beliau bahawa beliau pun sudah lama banyak mengeluarkan kenyataan yang `keluar dari bontot'. Jika ditanya kepada mana-mana pakar ekonomi yang `tidak boleh dibeli' nescaya sememangnya mereka turut bersetuju dengan laporan dari PERC tersebut. Cuba kita lihat bagaimana DS Anwar membuat ulasan tentang pencapaian ekonomi negara di waktu ini, ulasan beliau dipenuhi dengan fakta dan rujukan yang kita sendiri boleh lihat. Berlainan sama sekali dengan Muhyiddin yang bercakap mengikut sedap mulut sahaja. Tidak hairanlah jika kita lihat sekarang Muhyiddin seperti tidak berfungsi di dalam kabinet Najib. Beliau adalah satu-satunya TPM yang paling lemah pernah dilahirkan di negara kita ini.


Mudah-mudahan negara kita dapat diselamatkan dari mempunyai pemimpin seperti beliau. Memang wajar sekali di negeri tempat kelahirannya ramai yang tidak yakin dengan kebolehan Muhyiddin apatah lagi apabila melihat rekod pentadbirannya sewaktu beliau menjadi MB Johor suatu ketika dahulu./Kembali ke laman asal di sini.



Posted by WFAUZDIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.